Anda di halaman 1dari 4

1

Panduan Menjawab Kertas Penulisan Bahagian A Pengenalan Dalam Bahagian A, calon akan diberi gambar tunggal atau gambar bersiri. Gambar tersebut akan mengandungi pelbagai situasi atau aktiviti. Calon akan diminta membina ayat yang lengkap. Kelima-lima ayat yang lengkap akan diberi 10 markah. Masa yang dicadangkan selama 15 minit. Isi Sesuatu ayat itu akan dianggap isi sekiranya maklumat yang dinyatakan terdapat dalam gambar. Hal ini bermakna calon tidak boleh mereka-reka pernyataan yang tidak terdapat dalam gambar.

sempurna. Jika mempunyai masa yang lebih, segera berpindah ke Bahagian B pula. Panduan Menjawab Kertas Penulisan Bahagian B PANDUAN SKOR A Pendahuluan Setiap karangan perlu mempunyai sebuah perenggan pendahuluan yang menarik. Pendahuluan merupakan gambaran secara umum akan hal yang akan dibincangkan dalam penulisan tersebut. Hal ini bermakna, calon akan memulakan ayat-ayat yang menarik untuk memikat pemeriksa berterusan membaca karangan calon. Idea Setiap karangan sekurang-kurangnya mempunyai tiga idea. Namun untuk memperoleh Skor A, calon digalakkan menulis sehingga empat atau lebih idea. Setiap idea (seperti juga pendahuluan dan penutup), memadailah tiga ayat. Bagi karangan berunsur fakta, sebaik-baiknya ayat pertama merupakan isi, kemudian diikuti contoh dan kesan. Ketika menghuraikan isi, gunakanlah bahasa yang memikat dengan meletakkan peribahasa untuk memberi kelebihan dalam bidang bahasa. Bahasa Penyampaian atau persembahan perlu jelas dan menarik untuk dibaca. Pengolahan idea hendaklah menggunakan pelbagai jenis ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. Penutup Penutup merupakan kesimpulan terhadap keseluruhan idea yang diperkatakan. Selain peribahasa, calon boleh menyertakan kata-kata hikmat dan pantun. KELEMAHAN CALON Karangan yang terpesong ialah karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk/tema yang diberi, markah maksimum ialah 5 markah. Manakala bagi karangan yang tidak mematuhi format yang dikehendaki, 2 markah akan ditolak daripada markah keseluruhan.

2011
Bersama

Bahasa Ayat yang ditulis perlulah mengikut aspek tatabahasa yang betul. Jangan menggunakan bahasa yang berbelit-belit. Panduan Menjawab Perhatikan arahan soalan sama ada meminta calon menulis tentang aktiviti, gambaran/suasana/situasi atau pernyataan umum. Jika meminta menyatakan tentang aktiviti, hanya ayat yang menyatakan aktiviti sahaja yang akan dinilai. Maklumat yang terdapat dalam gambar perlu dikembangkan menjadi ayat yang sempurna. Jika terdapat banyak maklumat, pilih yang penting sahaja. Jika terdapat lebih daripada satu gambar, calon perlu menulis ayat yang seimbang (contoh gambar pertama 2 ayat dan gambar kedua 3 ayat). Jawapan perlu ditulis dalam bentuk point atau nombor. Calon hanya perlu menulis lima ayat sahaja. Pemeriksaan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan. Pensekoran Cemerlang Untuk memperoleh 9 hingga 10 markah, calon perlu menggunakan ayat yang gramatis dan menepati gambar yang diberi. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan gambar. Penggunaan ejaan dan tanda baca pula betul. Kesimpulan Bahagian ini merupakan bonus untuk calon memperoleh 10 markah maksimum. Carilah beberapa banyak maklumat yang terdapat dalam gambar, kemudian bina ayat yang

KHAIRUDDIN AYIP
Guru Cemerlang DG48

khairuddinayip@yahoo.com.my 019-3622928

Panduan Menjawab Kertas Penulisan Bahagian C Pengenalan 1. Sebuah petikan yang kepanjangannya sekitar 75 perkataan hingga 100 patah perkataan akan diajukan. 2. Calon diminta menyatakan nilai yang terdapat dalam petikan tersebut. 3. Calon perlu menjawab lima nilai murni atau lima pengajaran sahaja. 4. Soalan ini membawa 20 markah dan dicadangkan perlu dijawab dalam masa 20 minit. Memahami Teks 1. Teks yang diberi pelbagai jenis; cerita, fakta, dialog, dan puisi (pantun, syair, dan sajak). 2. Sebelum membaca teks perlu membaca kata kunci yang diberi sama ada meminta nilai murni, nilai mulia, amalan baik, pengajaran, dan sifat yang boleh dicontohi. 3. Pada asasnya cara menjawabnya sama calon diminta menulis apa sahaja nilai-nilai yang baik dalam teks. 4. Calon boleh menulis sebarang panjang yang diingini, asal sahaja melebihi 50 patah perkataan. Cara Penulisan Ulasan

Pensekoran Cemerlang Untuk memperoleh 17 hingga 20 markah, ulasan calon perlu jelas dan tepat dengan menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. Manakala penggunaan ejaan dan tanda baca pula betul. Perlu diingat, walaupun calon menyertakan banyak nilai murni atau pengajaran, hanya 5 nilai murni / pengajaran terbaik sahaja akan diberi markah. Contoh Nilai Murni Terdapat 16 nilai murni asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu, 1 2 3 4 5 6 7 8 Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormatmenghormati Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian 9 1 0 1 1 1 2 1 3 1 4 1 5 1 6 Kebersihan mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakat fizikal dan

Model 2 Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

Contoh Model Bahagian B [Karangan Umum] Model 1 [Berbentuk Cerita] Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform. Salah satu acara yang diadakan ialah merentasi hutan. Ketika kamu mengikuti aktiviti tersebut, kamu telah tersesat. Tulis tindakan yang kamu lakukan sehingga kamu dapat bertemu dengan kumpulan kamu semula. Sesat Sebelum Senja Pasukan Pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di kaki Gunung Besaout. Seramai 36 murid dengan diiringi empat orang guru menyertai perkhemahan

Antara nilai/nilai murni/pengajaran daripada petikan ialah kita perlulah ____________, contohnya _______________________________. Seterusnya kita hendaklah _________________, contohnya ________________________________. Selanjutnya kita haruslah _____________, contohnya ________________________. Selain itu kita sewajarnya ____________, contohnya _________________________. Akhir sekali kita sepatutnya __________, contohnya __________________________. 1. Nilai murni apa sahaja perlakuan yang bersikap baik. Untuk menjawab bahagian ini, calon perlu menyatakan

Contoh Model Bahagian A [Membina Ayat] Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

tersebut. Kami menaiki bas yang disewa khas tepat jam 8.00 pagi dan tiba 90 minit kemudian. Apabila kami tiba, kami diarahkan untuk memasang khemah dan bersiap-siap untuk mengikuti aktiviti yang dirancang. Petang itu, setelah solat zuhur, kami dibawa merentasi hutan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk mendedahkan kami dengan keindahan alam sekitar. Saya berjalan mengiringi teman-teman yang lain di barisan belakang. Oleh sebab terlalu leka melihat dan mendengar kicauan burung, saya terputus hubungan dengan kumpulan saya. Saya menjerit memanggil rakan-rakan saya, tetapi tiada jawapan. Saya yang hancur hati membawa diri saya bertenang dan berfikir menghadapi sebarang kemungkinan. Tindakan saya perlu tepat kerana jika silap langkah saya akan tidur di dalam hutan belantara ini. Tiba-tiba saya terdengar deruan air terjun. Saya menuju ke arah air terjun. Saya memerhatikan arah aliran air terjun itu. Saya mengikuti arah aliran air itu kerana yakin, air akan menuju ke sungai dan sungai terletak di pinggir hutan, tempat tapak perkhemahan. Walaupun terpaksa menempuh kesukaran, akhirnya saya berjaya tiba di anak sungai. Di situ saya ternampak kumpulan saya sedang bermandi-manda dan saya yakin sebahagian yang lain sedang mencari saya. Saya bersyukur tidak terus tersesat dan pengalaman ini mendidik saya agar mendengar arahan guru dengan penuh hati-hati. Model 2 [Berbentuk Fakta] Sekolah kamu mempunyai perpustakaan. Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah perpustakaan kepada kita. Faedah-faedah Perpustakaan Di setiap sekolah pasti mempunyai perpustakaan. Di perpustakaan terdapat buku cerita, majalah, dan akhbar.

Buku-buku cerita boleh kita pinjam dengan menggunakan kad khas. Perpustakaan boleh menambahkan pengetahuan kita. Sebagai contoh, kita akan mengetahui tentang sejarah apabila kita membaca buku tentang sejarah negara. Kesannya, segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Apabila kita sering ke perpustakaan bermakna kita memanfaatkan masa lapang kita. Sebagai contoh, jika tidak ke perpustakaan, kemungkinan kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kita akan melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mencuri. Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberi hiburan kepada kita. Sebagai contoh, kita akan terhibur dengan cerita-cerita yang ditulis oleh pengarang. Kesannya, perasaan kita menjadi tenang dan hidup kita bertukar menjadi gembira. Apabila kita ulat buku, penguasaan bahasa kita akan meningkat. Sebagai contoh, apabila kita banyak membaca buku dalam bahasa Inggeris, penguasaan kita dalam bahasa itu akan lebih baik. Kesannya, di kelas mudah untuk mengarang dengan menggunakan bahasa tersebut. Sesungguhnya perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Jika ada kelapangan, marilah kita ke perpustakaan. Namun kita harus menggunakan buku di situ dengan cermat. Model 3 [Berbentuk Fakta] Kamu telah terpilih memasuki satu pertandingan syarahan. Tajuk yang ditetapkan ialah Faedah-faedah Belajar Secara Berkumpulan. Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya. Faedah-faedah Belajar Secara Berkumpulan Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedahfaedah Belajar Secara Berkumpulan.

Belajar secara berkumpulan merupakan satu kaedah terbaik bagi setiap murid. Jumlah ahli jangan terlalu ramai, cukup sekitar tiga hingga lima orang. Pembelajaran cara ini boleh dilakukan di dalam rumah atau tempat terbuka seperti di bawah pokok. Hadirin yang dimuliakan, Belajar secara berkumpulan akan memudahkan kita memahami sesuatu tajuk pelajaran. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak memahami sesuatu tajuk, rakan kita akan menerangkan lebih mendalam. Kesannya, pelajaran kita akan meningkat, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Belajar secara berkumpulan dapat mengelakkan bosan. Sebagai contoh, setelah penat belajar kita boleh berbual kosong sekitar lima minit tetapi jangan bercakap panjang bagai puyuh laga. Kesannya, perasaan tertekan kita akan hilang, sebaliknya hidup kita sentiasa ceria. Hadirin yang dikasihi, Belajar secara berkumpulan menimbulkan semangat untuk bersaing. Sebagai contoh, sekiranya rakan kita mendapat 100 peratus dalam sesuatu mata pelajaran, kita juga mahu seperti rakan kita. Kesannya, seluruh ahli kumpulan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan satu teknik pembelajaran yang sihat. Demikianlah sahaja syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berpisah, dengarlah serangkap pantun yang berbunyi, Angin bertiup kembangkan layar, Kembangkan layar bersama rakan; Hidup ini hendaklah berikhtiar, Kemudian berserah kepada Tuhan. Sekian, terima kasih.

Persamaan Isi untuk Karangan Berunsur Fakta Bahagian B: Karangan Umum 3 Fakta yang Perlu Dihafal [PaMaH] (1) Menambahkan Pengetahuan Apabila kita _______________, pengetahuan kita akan bertambah. Sebagai contoh, kita akan memperoleh pengetahuan tentang ________________________. Pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas. (2) Memanfaatkan Masa Lapang

Praktis Ulasan 1 Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

membuang masa, Razif yang berusia 17 tahun segera menyelamatkan kanak-kanak yang tenggelam timbul dipukul ombak. Kanak-kanak itu dibawa ke tepi. Keluarganya mengucapkan terima kasih atas pertolongan Razif. Tengah hari itu, mereka sekeluarga makan tengah hari yang dibawa dari rumah. Dari bawah pohon yang rendang, mereka ternampak semakin ramai orang yang mengunjungi Teluk Kemang. Selepas makan, mereka mengemas persekitaran tempat mereka duduk, kemudian barulah mereka pulang.

Kebiasaannya pada hari minggu seperti ini, selepas bersarapan, Anita akan mengulang kaji pelajaran. Dia lebih suka membaca buku daripada menonton telvisyen. Sedang dia membaca, dia terdengar namanya dilaung. Tanpa membuang masa dia keluar dari dalam bilik. Tolong emak siram pokok anggerik itu, pinta Puan Zainon. Anita dengan senang hati membuat seperti yang diminta oleh ibunya. Sambil menyiram, dia akan mengutip sampah yang bertaburan di halaman. Tanpa diduga, dia ternampak seekor ular daun menjuntai dari celah pokok anggerik. Anita berdiri tegak, kemudian mengundur secara perlahan untuk mendapatkan ibunya yang sedang mencuci lantai anjung rumah.

Model Ulasan 4 Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Kami akan ke rumah Cikgu Safuan, kata Kim Boon, berbohong kepada ibunya. Kim Boon, Taufik, dan Raja secara diam-diam ke lombong di hujung kampung. Sebelum sampai di tempat dimaksudkan, mereka akan melalui dusun Pak Tahir. Tanpa meminta izin tuan punya dusun, mereka memakan sepuas hati buah rambutan, duku, dan langsat. Setibanya di tasik bekas lombong itu, mereka segera mandi. Sekiranya ibu bapa mereka mengetahui aktiviti tersebut, sudah tentu mereka akan dimarahi. Mereka mandi di situ sudah 90 minit. Sedang mereka mandi, tiba-tiba Kim Boon meminta tolong. Beberapa minit kemudian dia hilang daripada pandangan. Taufik dan Raja cuba membantu, tetapi gagal. Petang itu, lebih 50 penduduk kampung berusaha mencari Kim Boon. Usaha mereka berhasil tetapi Boon Kim sudah tidak bernyawa. Taufik dan Raja berasa sedih dan menyesal akan perbuatan mereka bermandi-manda di kawasan yang dilarang.

Selanjutnya, apabila kita _______________, bermakna kita manfaatkan masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah. Jika kita tidak ___________, kemungkinan kita melakukan aktiviti negatif seperti berfoya-foya atau bercampur dengan budak-budak nakal. Jika aktiviti tersebut kita lakukan, kita boleh terjebak gejala tidak sihat seperti merokok dan mencuri.

Model Ulasan 3 Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Mereka meletakkan barang-barang yang dibawa di sebatang pohon yang rendang. Setelah mendapat keizinan daripada ayahnya, Razif segera bertukar pakaian. Setelah bertukar pakaian, Razif dan dua orang adiknya segera mandi di tepi pantai. Razif mahu mandi di kawasan kurang dalam walaupun dia tahu berenang. Dia mengingatkan adik-adiknya agar berhati-hati ketika mandi. Sedang mereka tiga beradik itu bermandi-manda, tibatiba mereka mendengar orang meminta pertolongan. Tanpa

(3)

Memperoleh Hiburan

Seterusnya, aktiviti ______________ dapat memberi hiburan kepada kita. Jika hati kita terhibur, hati dan perasaan kita akan menjadi tenang. Kesannya, mudahlah untuk kita mengulang kaji pelajaran, sekali gus menjanjikan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai