Anda di halaman 1dari 14

Perbazaan makro dan mikro pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga

lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Ia juga merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.

Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakalbakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.
Manakala Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup. Begitu juga ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah ,makmal atau bilik lain. Selain itu, guru akan mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah. Guru menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar.

Kemahiran Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu,

kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh Penerangan Aprisiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain. 1. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 1. Struktur

Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. 1. Membuat perkaitan Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. 1. Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 3. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. 5. Penggunaan Pancaindera Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. 5. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. 2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. 3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. 4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. KEMAHIRAN PENEGUHAN Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;1. Peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri

Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. 3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya. Peneguhan yang berkesan ialah:1. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 1. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya. 1. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. 1. Kefahaman murid tentang peneguhan

Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid. KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas i. Pembentukan soalan guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. ii. Fokus Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. iii. Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. iv. Penyebaran Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. v. Pemberitahuan Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Penyoalan yang kompleks A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. ii. Ingat semula Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. iii. Kefahaman sesuatu perkara. Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai

iv. Aplikasi Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. v. Analisis Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. vi. Sintisis Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. vii. Penilaian Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. B) i. Penyungkilan Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. ii. Soalan penjelasan padat. iii. Soalan Penyokongan tertentu itu diberikan oleh muridnya. Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan

iv. Soalan Persetujuan Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. v. Soalan Contoh Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu. Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro 1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid.

Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;i. Contoh mudah guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. ii. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan. iii. Contoh ingin tahu menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid. iv. Media yang sesuai menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar. v. Pendekatan memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. vi. Penglibatan murid murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model KEMAHIRAN PENERANGAN Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan, a. b. c. Pentarifan Penerangan Sebab menjelaskan sesuatu isu menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. pemberian alasan

Penerangan berstruktur

(a) Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang terlibat. (b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat. (c) Penyimpulan guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya. Dr. G.A. Brown, Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan. Penerangan Penyampaian (a) Penggunaan penyampaian yang jelas guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi. Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan. (b) Penggunaan penekanan variasi rangsangan guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu. Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya. (c) Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh: Petunjuk Perkaitan Keutamaan Tiga bidang utama. Ini membawa kepada Dengan ini.

(d) Jauhkan kekaburan ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas. Elakkan menggunakan perkataan .. dan lain-lain, . dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya. (e) Sekuens guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul. (f) Maklumat balas penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan. KEMAHIRAN PENUTUP

Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;1. 2. 3. 4. Menegaskan semula perkara-perkara penting. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif). Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial. Cadangan aktiviti i.Menegaskan semula Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji Semula ( boleh melibatkan murid ) (a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan. (b) Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi Rangsangan ii. Penilaian Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif. 1. Kaitan kehidupan sosial Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid. 1. Cadangan aktiviti (a) kaitkan dengan kognitif dan menjalankan kajian. membuat latihan,membuat projek baru Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

(b) Perkaitan sosial - menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi. (c) galakan motivasi mengekalkan minat. Penutup yang berkesan ialah;1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid. 2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran. 3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami. kemesraan dan semangat untuk

4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan. 5. Mengukur pembelajaran murid. 6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Inkuiri bererti suatu rangkaian kegiatan belajar yang melibatkan secara maksimal seluruh kemampuan siswa untuk mencari dan menyelidiki secara sistematis, kritis, logis, analitis, sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya dengan penuh percaya diri. Pembelajaran inkuiri beriorientasi pada, keterlibatan siswa secara maksimal dalam proses kegiatan belajar, keterarahan kegiatan secara maksimal dalam proses kegiatan belajar, mengembangkan sikap percaya pada diri siswa tentang apa yang ditemukan dalam proses inkuiri. Ada tiga ciri pembelajaran inkuiri, yaitu pertama, Strategi Inquiry menekankan pada aktivitas siswa secara maksimal untuk mencari dan menemukan (siswa sebagai subjek belajar). Kedua, seluruh aktivitas yang dilakukan siswa diarahkan untuk mencari dan menemukan jawaban sendiri yang sifatnya sudah pasti dari sesuatu yang sudah dipertanyakan, sehingga diharapkan dapat menumbuhkan sifat percaya diri. Ketiga, tujuan dari penggunaan strategi pembelajaran inquiry adalah mengembangkan kemampuan berpikir secara sistematis, logis dan kritis. pembelajaran masteri. Dari segi teorinya pendekatan ini memerlukan seorang guru mengajar sesorang murid atau sekumpulan murid sesatu hasil pembelajaran (learning outcome) sehingga murid itu mencapai hasil pembelajaran itu dengan betul dan tepat. Oleh kerana seseorang murid atau kumpulan murid itu tidak sama kadar pembelajarannya (having different pace of learning) maka pencapaian hasil pembelajaran tidak akan sama. Mengikut pendekatan ini selagi hasil pembelajaran tidak dicapai maka pembelajaran tidak boleh berubah. Murid dan guru mesti mengulang pembelajaran berkali-kali sehingga hasil pembelajaran yang dikehendaki tercapai.
Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran

Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah,


kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. meningkatkan prestasi pencapaian murid. mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

Kepentingan Kajian Tindakan kepada Para Guru:


1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya 2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan 3. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri 4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif 5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. 6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan

Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian & refleksi (Kember & Gow, 1992) Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith & Lytle, 1990) Satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut (Ebbut, 1985) Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya (McNiff, 1988)

Kandungan Penghargaan Abstrak 1 Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu 2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Tindakan Yang Dijalankan/Methodologi 6.0 Cara Pengumpulan Data /Pelaksanaan Kajian 7.0 Keputusan/Analisis/Dapatan Kajian 8.0 Rumusan/Refleksi Kajian 9.0 Cadangan Kajian Seterusnya 10.0. Rujukan/Bibliografi Lampiran

Perkara yang diterangkan mesti mendahului penerang salah Cili sos betul Sos cili

pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah.


Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100 101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak

selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan cadangan bagi mencari jalan keluar. untuk mengkaji keberkesanan pemikiran dan amalan refleksi dalam membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan

kefahaman baru kesedaran keinsafan perubahan persepsi