Anda di halaman 1dari 5

GARIS PANDUAN PENULISAN JURNAL 1.

Konsep Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan. 2. Objektif Pelajar dapat: 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 2.5. 2.6. 3. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru. menjadikannya sebagai bahan pembimbing/guru pembimbing. perbincangan dengan pensyarah

meningkatkan kemahiran profesionalismenya.

Garis Panduan 3.1. 3.2. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan untuk tindakan pembetulan / dan penambahbaikan. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 4.

Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal 4.1. 2. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

SENARAI SEMAK PENULISAN JURNAL


( Diisi oleh Pensyarah dan Guru Pembimbing setiap kali menyemak penulisan jurnal pelajar)

NAMA PELAJAR OPSYEN/KUMPULAN NAMA SEKOLAH TARIKH

: : : :

_________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ STATUS Ada Tiada

BIL. 1. 2. 3.

PERKARA Penulisan Jurnal Ditulis Setiap Minggu. Isu /Peristiwa/ Masalah Yang Difokuskan Relaven/Sesuai. Isu/ Masalah/Peristiwa Yang Difokuskan Dianalisis Secara Terperinci. I. Mengenal pasti Punca/ Sebab Isu/ Masalah /PeristiwaYang Difokuskan. II. Mengenal pasti Kemungkinan Penyebab Kepada Isu/Masalah. III. Mengenal pasti Kelemahan Isu/ Masalah /PeristiwaYang Difokuskan. IV. Mengnalpasti Kekuatan Isu/ Masalah /PeristiwaYang Difokuskan. V. Meramal Kesan dan Akibat Isu/Masalah/PeristiwaYang Difokuskan. Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca/kelemahan I. Sesuai dan releven II. Kritis/kreatif

CATATAN

4.

BIL. 5.

PERKARA Tempuh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu/masalah yang dikenal pasti. Tindakan Susulan Dirancang Untuk Dilaksanakan Bagi Menyelesaikan Isu/Masalah. Yang Dikenal pasti. I. Pelan Tindakan/ Jadual Kerja / Senarai Semak Disediakan. II. Rujukan pembacaan/internet/perbinca ngan dll. Pelaksanaan Terhadap Langkahlangkah Penambahbaikan Dijalankan. I. Tempuh masa yang ditetapkan sesuai. II. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan. Kesimpulan /Refleksi I. Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. II. Halangan-halangan yang timbul (jika ada)

STATUS Ada Tiada

CATATAN

6.

Semak bukti-bukti di dalam portfolio

Semak bukti-bukti di dalam portfolio Semak bukti-bukti di dalam portfolio

7.

Semak bukti-bukti di dalam portfolio

8.

Tanda Tangan Pensyarah / Guru Pembimbing.

------------------------------------------------( )

CONTOH PENULISAN JURNAL Minggu _kelima______ 1. Isu / Masalah Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan . c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan . d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Tarikh _30.7.2007__ hingga __03.8.2007_

4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah maktab dan rakan pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini. 6. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.

Anda mungkin juga menyukai