Anda di halaman 1dari 2

35 Ciri Guru Yang Berkesan 1.Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang. 2.

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi. 3.Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti. 4.Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat. 5.Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci. 6.Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. 7.Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran. 8.Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan. 9.Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan sedarjah. 10.Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. 11.Mereka tahu sama ada pelajar-pelajar mereka memahami apa yang telah diajar. 12.Mereka sentiasa peka dan mengambil berat tentang kualiti pengajaran mereka. 13.Pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep-konsep yang telah diajar. 14.Mereka mengambil berat ke atas pelajar-pelajar tanpa pilih kasih. 15.Pelajar-pelajar adalah sebagai sahabat mereka. 16.Mereka akan berhubung dengan pelajar-pelajar secara individu. 17.Mereka mengenali pelajar-pelajar mereka dan akan menegur sapa apabila bertemu di luar sekolah. 18.Mereka mudah dihubungi oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa. 19.Pelajar-pelajar dihormati sebagai seorang individu. 20.Mereka adalah orang-orang yang dinamik dan bertenaga. 21.Cara pengajaran mereka adalah amat menarik dan tidak membosankan. 22.Mereka amat berminat dan seronok menjadi guru. 23.Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. 24.Kepantasan dan intonasi percakapan mereka dipelbagaikan. 25.Mereka mempunyai sifat berjenaka ( sense or humour ). 26.Mereka mahir dalam mata pelajaran yang diajar. 27.Pengajaran mereka dikaitkan dengan alam semesta dan kehidupan harian. 28.Mereka mengambil berat tentang kemajuan dan peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar. 29.Alat Pandang Dengan dan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas di dalam setiap pengajaran mereka. 30.Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran itu digunakan secara optimum dan berkesan. 31.Mereka mampu mengawal kelas dengan baik.

32.Pujian kerap diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan tepat. 33.Mereka memberi penjelasan mengapa jawapan yang diberi pelajar adalah tidak tepat. 34.Semua pelajar diberi peluang sama rata dalam pengajaran dan pembelajaran. 35.Mereka memberi tindakbalas serta merta kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar. Adakah ANDA mempunyai ciri-ciri yang tersebut di atas? Jika jawapannya YA, Syabas saya ucapkan. Teruskan perkhidmatan anda dengan lebih berjaya dan berkesan. Jika jawapannya, YA sebahagian sahaja, maka anda masih boleh menambahkan usaha ke arah menjadi guru yang berkesan. Jika jawapan anda TIDAK, AWAS! anda akan merosakkan insan-insan kerdil yang anda didik. Berusahalah ke arah keberkesanan pengajaran anda sebelum lebih ramai insan-insan kerdil menjadi mangsa kedaifan anda. INGAT! anak anda mungkin akan diajar oleh guru seperti anda. Selamat berusaha.