Anda di halaman 1dari 6

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.

Rosli bin Maarof dan En Masrom bin Miswan diiringi YDP PIBG masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis persaraan En. Rosli Maarof, Guru Besar SKRP dan En Masrom Miswan, GPK HEM SKRP. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha En Zainal Abidin b Kassim Guru Penolong Kanan 1 Yang Berusaha Pn. Hjh. Asmah bt Mohd Ali Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Yang Dihormati En. Anuar bin Majid YDP PIBG Sessi 2011 Yang Dihormati En. Yusof b Chik Pengerusi Jawatankuasa Majlis persaraan selaku Pengerusi BKGP dan seluruh ahli jawatankuasanya Yang Diraikan En. Rosli bin Maarof Guru Besar SKRP En Masrom Miswan GPK HEM Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis persaraan tokoh yang kita raikan En. Rosli Maarof, Guru Besar SKRP dan En Masrom Miswan, GPKHEM

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Maslin b Duki Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Maslin b Duki atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Rosli b Maarof dan En Masrom b Miswan sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar dan GPKHEM di SKRP. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En Rosli Maarof dan En Masrom Miswan. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Rosli b Maarof dan En Masrom Miswan. Mudahmudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En Zainal Abidin b Kassim, Guru Penolong Kanan 1, SKRP. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Zainal Abidin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Anuar b Majid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKRP untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En Anuar Majid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Masrom b Miswan / En Rosli Maarof. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Masrom / En Rosli atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ____________. Mereka akan mempersembahkan....

Itulah sebentar tadi kumpulan .. yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada En Zainal Abidin, Guru Penolong Kanan 1, SKRP untuk mengiringi Yang Diraikan En. Rosli / En Masrom untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1 Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En Anuar Majid untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SKRP. Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Yusof b Chik untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKRP. Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En Rosli dan En Masrom. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En Zainal Abidin mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Rosli / En Masrom turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri. Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Rosli / En Masrom untuk menyempurnakan upacara tersebut. JIKA ADA Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Rosli dan En Masrom bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis perpisahan persaraan ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai