Anda di halaman 1dari 23

Sekapur Sireh

Alhamdullillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Ribuan terima kasih saya kepada Encik Kannan Loganathan yang telah banyak membantu memberi tunjuk ajar dan panduan bagi meyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga individu-individu lain yang telah banyak membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak. Insya Allah tugasan ini sedikit sebanyak akan menjelaskan kepentingan Etika Kerja Professional. Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudahmudahan Allah SWT yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua, Amin.

MOHAMAD ZAIDI BIN HJ. ASMAWI

ISI KANDUNGAN ******************************************************************************************** Tajuk/ perkara 2. TAJUK TUGASAN 3. PENDAHULUAN 4. DEFINISI ETIKA 5. GEJALA RASUAH 6. KEPENTINGAN PELAJARAN ETIKA DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI 7. MEMPERKENALKAN PRINSIP ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR 8. PENERAPAN NILAI MURNI DALAM ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR 9. CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN ETIKA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH HINGGA KE UNIVERSITI DALAM MENANGGANI GEJALA RASUAH 10 09 08 09 Muka surat 03 04 05 06

10.AMALAN ETIKA DAPAT MENGHALANG RASUAH KETIKA BEKERJA 16 11. PENUTUP 12. BIBLIOGRAFI 20 21

TAJUK TUGASAN : RECENT NEWS COVERAGE OF CORRUPTION SCANDALS AT SOME OF THE NATIONS CORPORATE GIANTS HAS PLACED THE SPOTLIGHT ON THE IMPORTANCE OF ETHICAL TEACHING AND TRAINING IN ORDER TO COUNTER THIS FORM OF UNHEALTHY PRACTICES. ONE OF THE SOCIAL SCIENTIST HAD EVEN PROPOSED THAT THE INITIAL STAGE TEACHING AND LEARNING OF ETHICS SHOULD STAR FROM PRIMARY SCHOOLS UNTIL TERTIARY LEVELS. THE OTHER STAGE SHOULD START FROM THE TIME WHEN HE/SHE JOINED THE WORKFORCE .

PENGENALAN

Pembangunan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang telah menghasilkan output fisikal yang menguntungkan rakyat. Sejarah pembangunan Malaysia haruslah diketahui oleh semua lapisan masyarakat. dihargai dan disyukuri. Setiap manusia pasti akan menghadapi dilema etika tidak kira sama ada berkaitan dengan diri secara langsung atau berlaku kerana persekitaran. Etika, sering dikaitkan dengan tingakahlaku atau aksi seseorang itu menangani sesuatu perkara yang dihadapinya, dan etika ini terlalu subjektif untuk dirungkaikan kerana melibatkan berbagai pihak dari berbagai punca beserta kesannya sama ada dalam sedar atau tidak. Dan etika juga sering bermain di minda kita setiap hari malahan boleh juga dikatakan setiap masa, ini kerana diakibatkan oleh dilema-iaitu permasalahan atau aksi yang memerlukan kita membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Etika amat penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Perbuatan yang tidak beretika lazimnya juga dianggap sebagai tidak bermoral. Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan moral dan apa yang membimbangkan ialah masalah ini kian meruncing. Kepesatan pembangunan di Malaysia yang dikecapi bersama oleh seluruh warga mestilah

DEFINISI ETIKA Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsipprinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia. Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai

professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

GEJALA RASUAH Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk material. Rasuah adalah satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu hukuman yang dikenakan pada masa sekarang bagi mereka yang telah melakukan jenayah ini adalah tidak relevan. Ini kerana jumlah denda yang dikenakan adalah amat kurang daripada jumlah nilai barangan atau bahan yang dirasuah. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak

masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin. Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdosa dan amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksi-saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut. Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat terhadap kerjaya seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal. Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan.

Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan.

KEPENTINGAN PELAJARAN ETIKA DI AJAR DI SEKOLAH HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI. Saya sangat bersetuju sekiranya Matapelajaran Etika ini di ajar di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Mata pelajaran ini sangat penting dalam mendidik para pelajar agar dapat mengamalkannya ketika bekerja nanti. Memperkenalkan Etika Kerja ketika bekerja adalah sesuatu yang terlambat dan kurang berkesan berbanding memperkenalkannya ketika di sekolah rendah lagi. Diantara kepentingan Mata Pelajaran Etika diperkenalkan ketika di sekolah rendah hingga ke peringkat universiti ialah : menanamkan sifat positif dalam melaksanakan tugas yang diberi serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan; meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan cemerlang dengan memenuhi kehendak pelanggan dan organisasi dan memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

MEMPERKENALKAN PRINSIP ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR. Etika Kerja perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip seperti yang berikut: niat yang betul; perlakuan yang baik; penggerak ke arah kebaikan; memperkotakan apa yang dikatakan; beradab dan kekitaan, kesetiaan, syura dan muafakat.

PENERAPAN NILAI MURNI DALAM ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR. Terdapat dua belas nilai murni yang menyokong Etika Kerja iaitu: amanah; adil; benar dan telus; bijaksana; bersyukur dan bersabar; cekap, cepat dan tepat; ikhlas; penyayang; berdisiplin; bersih; bertanggungjawab dan berdedikasi.

CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN ETIKA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH HINGGA ke UNIVERSITI DALAM MENANGGANI GEJALA RASUAH. Rasuah merupakan aktiviti yang cukup tidak beretika yang dilakukan

bukan sahaja oleh golongan rendah tetapi juga mereka yang berada di kedudukan tinggi seperti kata Mantan Perdana Menteri melalui laporan akhbar: Tun Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian rasuah dan salah guna kuasa yang menular di kalangan golongan berilmu dan kedudukan tinggi dalam kerajaan dan swasta. (Sumber :Utusan Malaysia, 22 Ogos 2005) Perlu diingatkan juga bahawa gejala rasuah telah lama menular dalam sektor swasta. Misalnya, dalam sektor perbankan. Pegawai kredit yang mengendalikan perjanjian jual beli hartanah dan rumah (S&P), tidak lagi segan silu meminta habuan daripada peguam-peguam yang mendapatkan fail yang diberikan. Pegawai kredit ini dengan berani meminta sehingga 50 peratus keuntungan peguam. Bayangkan jika seorang pegawai kredit bank mendapat sekurangkurangnya RM2000 dalam setiap S&P, bermakna jika dia mempunyai 10 S&P, wang haram rasuah yang diperolehi paling minimum sebulan adalah RM20,000. Persoalannya, adakah wang ini halal dan bukan rasuah? Pada hemat saya, mengambil atau memakan wang rasuah ini lebih haram daripada makan babi. (Utusan Malaysia Isnin, 22 Disember 2008) Oleh : DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

10

a) Pendedahan Keburukan Rasuah. " Melentur buluh biarlah dari rebungnya" adalah pepatah yang boleh dijadikan pendekatan untuk melahirkan generasi muda berpegang teguh kepada integriti dan membenci rasuah. Perbuatan rasuah berlaku sejak kecil. Ini kerana sifat tamak, pentingkan diri dan tidak amanah berlaku sejak muda lagi. Oleh itu penting sekali membuang atau mengikis sikap tamak dalam hati remaja. Menanam kesedaran bahawa sikap tamak yang membawa kepada rasuah tidak akan menguntungkan. Generasi muda adalah pelapis kepada kepimpinan masa depan dan penentu kepada kesinambungan kejayaan pembangunan yang dikecapi generasi sekarang. Jesteru, mereka perlu dididik supaya bersedia mengharungi cabaran lebih getir dan mampu menyeimbangi kemewahan yang diwarisi dengan nilai kehidupan yang berteraskan ajaran agama serta moral yang tinggi. Jenayah rasuah berlaku disebabkan sikap rakus manusia yang mengejar kuasa dan kekayaan semata-mata. Perasuah mengadaikan maruah diri hanya kerana keuntungan peribadi dan membelakangkan tanggungjawab serta amanah kepada bangsa dan Negara. b) Memahami Cabaran 2020. Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran penting yang perlu diberikan perhatian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Apakah takrifan maju yang diidamkan negara dan adakah ia semata-mata maju dari segi pembangunan, ekonomi dan infrastrukturnya saja? Kemajuan yang kita idamkan ialah kemajuan yang seimbang antara aspek pembangunan fizikal dan kerohanian. Kita tidak mahu menjadi seperti negara maju mengikut takrifan Barat, sedangkan masalah sosial seperti jenayah, seks bebas, penyalahgunaan dadah, polarisasi kaum dan sebagainya masih menular. Oleh itu, cabaran keempat Wawasan 2020 menggariskan aspek berikut:

11

"Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi budi pekerti yang luhur. c) Mengetahui Badan Penguatkuasaan. Badan pencegah Rasuah (BPR) sebagai badan penguatkuasa yang ditubuhkan untuk memerangi jenayah rasuah, penyelahgunaan kuasa dan penyelewengan berlandaskan juga nilai telah kerohanian menggariskan dan moral visinya yang iaitu tinggi." ' Melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah dan hidup Pelbagai pendekatan dan usaha dilaksanakan kerajaan bagi memastikan hasrat dan cita-cita murni ini dicapai. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) jelas memeperlihatkan kesungguhan kerajaan memastikan cabaran untuk melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan nilai kerohanian dan etika yang tinggi, dapat dicapai sepenuhnya. d) Penerapan Nilai Murni. Satu langkah berkesan yang dapat memastikan usaha ini dicapai ialah menerusi penerapan elemen nilai murni dan etika di peringkat sekolah. Anak diibaratkan kain putih. Kitalah yang dapat mencorakkannya mengikut kehendak dan matlamat yang diinginkan. Masa depan kita ditentukan oleh budaya dan ilmu yang diterapkan kepada generasi muda hari ini. Melihat kepada dasar semasa kerajaan dan kepentingan pendidikan pencegahan rasuah di peringkat sekolah, BPR dengan kerjasama kementerian pelajaran sudah merangka beberapa langkah penting untuk menggerakkan pengamalan nilai murni dan pendidikan pencegahan rasuah kepada generasi muda khususnya pelajar.

12

Langkah

pertama

dianjurkan

Kementerian

Pelajaran

ialah

memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. e) Seminar dan Bengkel Untuk Para Pendidik. Sehubungan itu, BPR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa siri bengkel dan seminar pendidikan pencegahan rasuah kepada pengurusan sekolah dan guru bagi menerapkan pendidikan pencegahan rasuah di kalangan pelajar. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Selain guru kaunselor, pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua kanan dipilih mengikuti seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program berkenaan tahun lalu.

Antara rumusan yang dihasilkan dalam seminar berkenaan ialah pengurus sekolah hendaklah : Memahami dan mengamalkan konsep pengurusan integriti dalam organisasi. Memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda menerusi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan supaya mereka membenci rasuah. Bertindak sebagai pengurus kewangan bertanggungjawab ke atas segala peraturan dan tatacara kewangan sekolah.

13

Memastikan peraturan perolehan dipatuhi sebelum membuat pengesahan kewangan. Memperkayakan maklumat dan mempertingkatkan kemahiran kepimpinan untuk mewujudkan sekolah cemerlang. Bertanggungjawab kerja yang negatif. memperkukuhkan organisasi dengan membentuk suasana kerja kondusif bagi mengatasi budaya

f) Kempen Pencegahan Rasuah. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripasda jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah mengikutinya. Secara keseluruhannya, maklum balas peserta amat memberangsangkan dan rata-rata menyatakan bahawa program berkenaan dapat memberi faedah dari aspek : o Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal. o Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan. o Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.

14

o Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR serta saling bertukar maklumat. o Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar. o Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Langkah mengadakan kempen ini adalah tindakan serius BPR dan Kementerian Pelajaran untuk memastikan generasi muda dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya rasuah terhadap diri, keluarga dan negara. Sekiranya, ditakdirkan tidak mendapat kerja yang baik, mungkin sekadar buruh, pembantu pejabat atau tukang sapu. Namun carilah rezeki dengan cara yang baik, walaupun ditakdirkan mendapat dalam jumlah yang sedikit. Tambahkan usaha, agar yang sedikit itu bertambah secara bertahap-tahap. Kata pepatah, jangan cuba menaiki tangga dengan cara melompat. Golongan pelajar merupakan kumpulan sasaran yang dianggap penting untuk dibimbing sepanjang tahun 2005. Ini kerana golongan ini merupakan pewaris atau pelapis kepada kepimpinan negara di masa depan. Dalam mendidik pelajar terutama IPTA/IPTS ke arah membenci rasuah, BPR akan berusaha memperkenalkan subjek etika dan integriti sebagai subjek wajib ke arah merealisasikan strategi pelan tindakan terhadap golongan pelajar. Harapan BPR peluasan dan peningkatan jangkaan disektor - sektor pelajar akan mewujudkan enviroment perbelanjaan dan pendidikan pencegahan rasuah yang lebih berkesan dan meyeluruh mencukupi aspek pemikiran (cognitive dan sikap affective).

15

Golongan

pelajar

ini

terdiri

daripada

kategori

berikut

a. Siswa / Siswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. b. Pelatih di Institusi-institusi Kemahiran dan Maktab-Maktab Perguruan. c. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Manakala Sektor NGOs dan Parti Politik pula, sokongan padu dan kerjasama jentera Politik dan NGOs kepada pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran pencegahan rasuah oleh BPR. Penglibatan aktif pemimpinpemimpin NGOs dan parti politik selaku Key Communicator dapat memantapkan lagi usaha-usaha pencegahan rasuah oleh BPR khususnya dan Kerajaan amnya. Golongan Key Communicator yang dianggap penting ialah terdiri daripada. i.Pemimpin Persatuan NGOs dan barisan jawatankuasa pembuat dasar dan keputusan ii. Ketua Bahagian Kewangan Parti-Parti Politik iii. Pemimpin Parti Politik Peratusan penumpuan aktiviti mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini adalah sektor awam 30%, sektor swasta 30%, sektor pelajar 20% dan sektor NGOs & parti Politik 20%.

AMALAN ETIKA DAPAT MENGHALANG RASUAH KETIKA BEKERJA Amalan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

16

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. a) HARGA DIRI Hakikatnya mereka yang mengamalkan rasuah mempunyai kualiti moral rendah, tidak mempunyai harga diri dan sanggup menggadai integriti sebagai manusia demi untuk mencapai matlamat salah.Dalam sesebuah organisasi, kadang kala pengamal rasuah mempamerkan penampilan diri yang hebat hingga mampu menenggelamkan sifat tersembunyi dirinya yang bercanggah dengan budaya pengurusan. b) ISYTIHAR HARTA Langkah awal untuk mengesan pengamal rasuah ialah memantau gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan. gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan. c) PENDIDIKAN AGAMA Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat pemberi

17

rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan. (Hadis riwayat Ahmad) Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka. (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi) Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita. Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan menjadi peminta sedekah. d) TAAT PADA UNDANG-UNDANG Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram, wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini

18

akan menjadi panduan dan menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan. e) MELAKUKAN KEBAJIKAN HARTA Apa yang nyata, dasar Islam dalam pekerjaan bertujuan membawa rahmat kepada manusia sejagat iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan dan masyarakat. Jika semangat berzakat dan bersedekah diamalkan serta menjauhi tabiat meminta-minta dan rasuah maka warga organisasi mampu mewujudkan organisasi hebat dan cemerlang kepada pelanggan serta masyarakat. Hanya manusia yang kuat berpegang kepada nilai agama dan mempunyai integriti tinggi mampu menolak amalan rasuah. Dengan demikian mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana: 1. Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan beriman dan berintegriti; 2. Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga

pengurusan; 3. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi najis rasuah; 4. Membuktikan bahawa amalan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah dirinya terbabit dengan najis rasuah.Dalam usaha mewujudkan kesinambungan keluarga yang beriman dan berfungsi sebagai pembawa rahmat kepada organisasi serta pelanggan, maka renungilah peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji. (Hadis riwayat Ahmad)

19

PENUTUP Umum mengetahui bahawa tindakan yang tidak beretika seperti gejala rasuah telah menimbulkan kecelaruan dalam sistem kehidupan manusia. Sistem dibuat semata-mata untuk mewujudkan perjalanan hidup yang teratur tetapi apabila ada pihak menceroboh sistem tersebut akhirnya berlakulah masalah melebihi daripada kecelaruan seperti hilang tanggungjawab pada majikan dan tidak jujur dalam melaksanakan tugas. Dalam perbincangan ini, saya amat bersetuju sekiranya pelajaran Etika Profesional dijadikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal hingga ke pusat pengajian tinggi agar ia dapat diamalkan dalam kehidupan manusia untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun pengajaran dan pembelajaran etika ini tidak dapat membendung sepenuhnya gejala rasuah daripada berlaku. Sebenarnya perilaku seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri yang boleh menilai samada perbuatan yang dilakukan itu bermoral atau tidak. Usaha pihak kerajaan untuk membenteras rasuah perlu disokong kerana iannya mengembalikan semula kekredibiliti sesuatu orgainsasi. Jika sekiranya cadangan-cadangan mengatasi setiap masalah itu diterima dan diimplimentasi, aktiviti tidak beretika tentunya dapat di atasi.

20

Bibliografi
1. 2. 3. 4. Mohamad Md. Yusoff, (2002) Media dan Masyarakat, Satu Kumpulan Mohd Tap bin Sallleh, Zakaria bin Ahmad, Nilai dan Etika Dalam Sa`adduddin Al-Sayyid Salih (1996) Strategi Musuh Menentang Islam, Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu (2005, Ogos,

Esei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur: Intan, 1991. Seminar Motivasi Kesedaran Minda Ummah, Kuala Lumpur, Darul Numan, 22), Utusan Malaysia ( P.1 ) 5. Mohd. Janib Johari, Etika Profesional, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2001. 6. Koleksi Kertas Kerja, Etika Pengurusan: Amalan Masa Kini dan Arah Masa Depan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-14 Mac, 1990. 7. Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications. 2001. 8. 9. 10. 11. Blog Masjid Negara. Gov. My/blog Wikipedia dan Ensiklopedia Rasuah. Wikipedia dan Ensiklopedia Etika Profesional. Dr. Riduan Tee Abdullah ( 22 Disember 2008, Utusan Malaysia, Rencana)

http://www.bpr.gov.my/bm2/punca.htm http://www.fka.utm.my/jhh/content.asp?contentid=387 http://www.islam.gov.my/portal/etikakerja http://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php? id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuah http://www.ikim.gov.my

21

ISI KANDUNGAN ******************************************************************************************** Tajuk/ perkara 1. SEKAPUR SIREH 2. TAJUK TUGASAN 3. PENDAHULUAN 4. DEFINISI ETIKA 5. GEJALA RASUAH 6. KEPENTINGAN PELAJARAN ETIKA DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI 7. MEMPERKENALKAN PRINSIP ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR 8. PENERAPAN NILAI MURNI DALAM ETIKA KERJA KEPADA PELAJAR 9. CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN ETIKA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH HINGGA KE UNIVERSITI DALAM MENANGGANI GEJALA RASUAH 09 08 07 08 Muka surat 01 02 03 04 05

10.AMALAN ETIKA DAPAT MENGHALANG RASUAH KETIKA BEKERJA 15 11. PENUTUP 12. BIBLIOGRAFI 19 20

22

23