Anda di halaman 1dari 1

PENDEKATAN HUMANSTK

Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow. Menurut beliau manusia sebagai
insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejati untuk berkembang ke arah
kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham Maslow ini digunakan untuk melihat
keperluan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Mahmood Nazar Mohamed (2001: 276-277) menjelaskan individu harus tahu yang
manusia berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi atau lebih bermakna bagi
diri sendiri. Menurut Maslow seseorang individu akan berusaha atau bergerak dari
hiraki bawah hingga hiraki yang tertinggi yang boleh dicapai olehnya.

Terdapat lima tahap keperluan manusia yang diberikan oleh Abraham Maslow,
keperluan manusia seperti berikut:

Tahap pertama manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup iaitu udara, air ,
makanan, minuman, dan tempat tinggal. a amat penting untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Sekiranya keperluan ini dicapai barulah keperluan lain dicari.

Tahap kedua manusia memerlukan keselamatan untuk hidup, ia perlu untuk
membebaskan diri daripada ancaman luaran dan dalaman. Keperluan terhadap adanya
peraturan dan undang-undang dalam masyarakat menjamin keselamatan manusia.

Tahap ketiga ialah manusia memerlukan kasih sayang, hubungan kasih sayang dengan
insan lain penting kerana manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Tahap keempat ialah manusia memerlukan penghargaan diri, ini kerana manusia ingin
disanjungi dan dihormati. Penghargaan diri penting supaya manusia mempunyai harga
diri, kebolehan, berguna, dan boleh berjasa kepada masyarakat.

Tahap kelima ialah manusia berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri. Menurut
Maslow jika manusia tidak berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri mereka akan
mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup dan ianya amat penting bagi
mendapatkan kesejahteraan dalam kehidupan.

Berdasarkan keperluan manusia di atas, kehendak hierarki Maslow menjelaskan
keunikan tiap-tiap individu dan membantu manusia meningkatkan potensi mereka
ketahap maksimum.