Anda di halaman 1dari 7

2.0 Karya Sastera Yang Di Pilih.

Genre Sastera : Lagenda


Tajuk : MAHSURI : Sebuah Tragedi Negeri Kedah
Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh
Sumber : Ku 1usoh ( Penduduk Tertua Pulau Langkawi)


Kira-kira dua ratus tahun dahulu, dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdullah
Mukaram Shah yang kedua yang memerintah Kedah antara tahun 1762 hingga 1800, ada seorang
Melayu miskin tinggal di pulau Langkawi itu bersama-sama isterinya. Mereka berdua hanya
mempunyai seorang anak perempuan. Nama orang itu Pandak Maya, nama isterinya Mek Andak
Alang dan anaknya dipanggil Mek Yah.
Pada suatu hari sedang suaminya mencari seekor kerbau hilang, maka dengan tiba-tiba turun
hujan yang sangat lebat serta guruh petirnya. Pandak Maya berteduh di dalam sabuah pondok
tinggal. Semasa ia berada di dalam pondok itu ia telah mendengar tangisan seorang kanak-kanak
kecil. Ia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-
kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang
dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut.
Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Ia berasa takjub kerana dengan
serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti.
Selepas memerhatikannya maka dilepaskannya kerak nasi itu dan kedengaran semula bunyi
kanak-kanak menangis. Pandak Maya bertambah hairan apabila melihatkan kejadian itu. Apabila
hujan sidang ia pun berjalan balik dengan membawa sedikit kerak nasi itu. Apabila sampai di
rumah diberinya kerak nasi itu kepada isterinya serta diceritakannya apa yang telah berlaku.
Isterinya menyatakan kepadanya bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan kanak-
kanak seperti itu ialah tangisan "semangat" buah padi.
Mek Andak pun menyimpan kerak nasi itu dan pada tiap-tiap kali ia memasak nasinya, sama ada
untuk makan siang atau makan malam dimasukkannya kerak nasi itu ke dalam nasinya dan
mereka bertiga beranak pun makanlah seperti biasa.
eberapa bulan kemudian Mek Andak pun mengandung sekali lagi. Selain daripada berladang
padi untuk menambah pencarian keluarganya, Pandak Maya biasa pergi ke dalam hutan tidak
jauh dari rumahnya kerana mencari damar, iaitu getah daripada pokok meranti. Pada suatu hari,
ia merayau di dalam hutan itu berjalan dari sebatang pokok ke sebatang pokok memungut damar
di suatu tempat bernama elanga Pechah, maka ia telah sampai ke sebuah gua. Di gua itu
dilihatnya satu benda seperti cendawan melekat pada tepi gua itu. Diambilnya sedikit untuk
dimasak oleh isterinya kalau-kalau benda itu cendawan.
Di tengah jalan pulang ia berjumpa seorang China bernama Ah Pek. Maka ditunjukkannya
kepada Ah Pek benda yang dibawanya itu, serta bertanyakan nama benda itu. Ah Pek sendiri
tidak kenal benda itu lalu meminta sekeping supaya dapat ditunjukkannya kepada taukenya yang
tinggal di Padang Mat Sirat. Tauke sendiri tidak tahu apakah benda lalu dibawanya ke Pulau
Pinang supaya dapat dikenali.
Apabila ia balik dari Pulau Pinang beberapa hari selepas itu, Tauke itu pun bersama-sama
dengan Ah Pek pergi ke rumah Pandak Maya dan memberitahu kepadanya bahawa benda yang
disangka oleh Pandak Maya cendawan itu ialah sarang burung yang boleh dimakan. Tauke itu
menyatakan sarang burung itu sukar didapati dan harganya sangat mahal.
Pandak Maya sudah tentu sangat gembira kerana ia boleh dapat dengan banyak di dalam gua itu.
Maka ia pun pergi ke gua tersebut lalu mengumpul sarang burung itu, kemudian ia menyuruh
jualkan kepada Tauke itu di Pulau Pinang. Kadang-kadang ia sendiri pergi menjualnya. Dengan
wang jualan sarang burung itu ia membeli kain baharu serta barang-barang lain untuknya sendiri
dan untuk keluarga. Dia juga membeli barang-barang untuk dijual kepada orang-orang di
kampungnya.
Tiada berapa lama kemudian pecahlah khabar bahawa Pandak Maya telah menjumpai sarang
burung dan dia telah menjadi kaya-raya.
Pada suatu hari seorang kawan Pandak Maya bernama Mat Jusoh telah datang ke rumahnya dan
bertanya kepadanya kalau-kalau boleh ia memberitahu di mana dia mendapat sarang burung itu.
Sebagai seorang yang lurus dan pemurah dia telah menemani Mat Jusoh pergi menunjukkan
tempat itu. Sebelum sampai betul-betul ke tempat tersebut maka dengan tiba-tiba datang angin
ribut yang amat kencang serta guruh petirnya. eberapa pohon besar telah bongkas. Dengan
yang demikian Pandak Maya dan kawannya itu pun mengambil keputusan membatalkan
perjalanan mereka itu lalu pulang.
Tiada lama selepas itu mereka pergi sekali lagi dan sekali lagi hujan lebat turun serta kilat
sabung-menyabung. Oleh itu bukan sahaja mereka tak dapat mencari sarang burung bahkan juga
tak dapat menemui gua itu. Maka tak ada ikhtiar lain, lalu mereka pun pulang dengan tangan
kosong.
Mat Jusoh dan kawan-kawannya menuduh Pandak Maya tidak jujur iaitu dengan cuba
merahsiakan gua itu daripada mereka.
Dalam masa isteri Pandak Maya hamil maka kebunnya yang bertanam dengan pokok pisang,
pokok buah-buahan dan pokok sayur-sayuran yang lain telah hidup dengan subur dan ayam
itiknya menjadi biak. Jiran-jirannya selalu datang kepadanya membeli daun sirih dan sayur-
sayuran.
Namanya menjadi terkenal bukan sahaja di kampungnya dan di dalam Mukim tempat ia tinggal
tetapi juga di seluruh Pulau Langkawi itu.
Pada suatu malam sedang ia berbual-bual dengan isterinya serta mengucap syukur kepada Tuhan
atas rahmat dan kemakmuran yang telah diturunkan olehNya kepada mereka itu, mereka telah
terdengar bunyi ular cinta mani dekat rumah mereka. Dengan tidak bertangguh-tangguh, Pandak
Maya pun turun ke tanah serta nampaklah ia ular itu ada dua ekor. Ditangkapnya kedua-kedua
ekor ular itu. Mengikut satu kepercayaan orang tua-tua bahawa barang siapa dapat melihat dan
memakan ular cinta mani itu akan hidup senang-lenang. Oleh yang demikian ular itu pun
dibunuh mereka lalu dimasak dan mereka bertiga beranak memakannya dengan tidak ada sisa
barang sedikit pun.
Kira-kira sebulan selepas itu, pada suatu hari yang terang cuacanya dan pada saat yang baik isteri
Pandak Maya berasa sakit hendak bersalin. Ia pun menyuruh panggil bidan. idan pun datang
dengan gopoh-gapah dan apabila ia sampai ia menyuruh Pandak Maya mengambil sedikit air
tetapi oleh kerana musim kemarau pada masa itu tak dapatlah ia air yang cukup dari tempat yang
berhampiran dengannya. Kemudian bidan menyuruh Pandak Maya mengambil daun sirih tetapi
ini pun tidak diperolehnya kerana junjung sirih itu tersangat tinggi.
Tidak berapa lama kemudian seorang kanak-kanak telah selamat dilahirkan dan Pandak Maya
dipanggil masuk oleh bidan untuk menamakan kanak-kanak itu. Oleh kerana kanak-kanak itu
seorang perempuan ia telah diberi nama Mahsuri.
Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Maya bermimpi bahawa ia hendaklah membawa
anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tiada jauh dari rumahnya. Ia pun menunaikan
kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu pun dibawa pulang.
Untuk melapangkan hatinya, Pandak Maya pergi bersia-siar di dalam hutan kerana itulah
kesukaannya. Sedang ia berjalan di dalam hutan itu ia telah ternampak setimbun batu yang ganjil
rupanya. Dibedek-bedeknya dan ditakiknya dengan parangnya benda itu lalu dibakarnya. Asap
yang keluar daripada pembakaran itu harum dan keras baunya. Dipungutnya beberapa ketul lalu
dibawanya pulang. Selepas itu ditunjukkannya kepada Ah Pek. Kata Ah Pek benda itu ialah
kemenyan dan boleh dijual dengan senang dan harganya pun baik. Pandak Maya telah mengutip
banyak lagi kemenyan dan minta dijualkan kepada Ah Pek di Pulau Pinang.
Tempat Pandak Maya menjumpai kemenyan itu hingga hari ini dinamakan Lubok Kemian. Hasil
daripada jualan kemenyan itu menambahkan wang Pandak Maya.
Apabila Mahsuri besar rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya dan
membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah besar panjang rupa parasnya bertambah-
tambah cantik dan dia pandai pula melayan tetamu-tetamu yang datang serta bertimbang rasa
terhadap orang-orang yang miskin. Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi
kecantikkannya di seluruh Pulau Langkawi itu.
Pada masa tersebut Langkawi telah diperintah oleh seorang orang besar yang dianugerahi oleh
Sultan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan nama isterinya Mahura. Apabila Dato' itu mendengar
cerita Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu beliau pun pergi ke Mawat
dengan maksud hendak melihat Mahsuri.
Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Maya didapatinya Pandak Maya dan isterinya tidak
ada di rumah. Anak mereka, Mahsuri ada. Ia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu
bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak. Dato' itu mengatakan
bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.
Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta
timbullah di dalam hatinya bahawa ia ingin hendak mengambil gadis itu untuk menjadi isterinya.
Apabila dinyatakannya hasrat hatinya kepada isterinya maka terjadilah satu perkelahian yang
begitu sengit sehingga terpaksa Dato' itu membatalkan cita-citanya hendak mengahwini Mahsuri.
Dato' Seri Kerma Jaya ada seorang anak bernama Mat Deris dan setelah berbaik-baik semula
dengan isterinya Dato' itu telah berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk
anaknya itu dan isterinya itu pun bersetuju. Pandak Maya serta isterinya telah menerima
kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadatnya dan mereka pun bersetujulah
atas peminangan itu. Tiada berapa lama kemudian majlis perkahwinan pun diadakan dengan
secara besar-besaran dan hampir-hampir semua penduduk Pulau Langkawi telah dijemput hadir
ke majlis yang meriah itu.
Selepas perkahwinan itu sepasang suami isteri pun tinggal bersama-sama dalam aman sentosa
dan rukun damai. ulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah
pergi ke Siam kerana urusan perniagaan dan sebagai biasa lama dia tiada pulang.
Dalam masa Mat Deris tidak ada maka datanglah seorang pengembara Melayu muda lagi miskin
ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Ia mengembara di seluruh
Semenanjung termasuklah Pulau Pinang dan Perlis. Dari Perlis ia menyeberang ke Langkawi
kerana hendak tinggal beberapa hari.
Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, dan sangat pandai berpantun serta membaca
cerita dalam bentok prosa. Pada suatu hari dia datang ke rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan
melihatkan keadaan pengembara miskin ini lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya beberapa
hari dengan izin ibu bapanya. Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima kasih
kepadanya.
Pada waktu malam Deramang telah berpantun dan bercerita. Orang-orang yang tinggal
berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar pantun dan cerita Deramang.
eberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang laki-laki, dan
telah diberi nama Mat Arus.
Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke
rumah Mahsuri dan sedikit sahaja datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Oleh kerana begitu
terkenalnya Mahsuri maka namanya sentiasa di bibir mulut tiap-tiap orang.
Mahura isteri Dato' berasa cemburu dan iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal dan
dengan mengingatkan cita-cita suaminya tempoh hari hendak memperisterikan dia dan telah
menimbulkan perselisihan di antara dia, dengan suaminya itu maka ia mengambil keputusan
hendak membuat Iitnah.
Pada suatu malam yang gelap dia meminta izin daripada suaminya Dato' hendak pergi ke rumah
Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang berpantun dan bercerita. Dato' telah
mengizinkan dia pergi. Ia pun pergi. eberapa ketika kemudian dan sebelum sampai ke rumah
Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta dengan tangisnya
dan memberitahu suaminya bahawa ia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-
cumbuan dan Deramang memakai sebentuk cincin yang diberi kepadanya oleh Mahsuri.
enar Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan
izin bapanya kerana menghargai jasa-jasa Deramang dalam menglipurkan hatinya dengan
berpantun dan bercerita dalam masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama.
Apabila mendengarkan cerita isterinya itu maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya dan
pada keesokan paginya ia telah mengerah orang-orangnya menangkap Mahsuri dan dengan tidak
menyiasat lebih lanjut serta perbicaraan, ia telah dijatuhkan hukuman bunuh.
Orang-orang Dato' itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat dan mereka dapati dia tidak ada
di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat tiada jauh dari rumahnya mendodoikan anaknya di
dalam buaian di bawah sepohon kayu. Orang-orang itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa
dengannya. la diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato' menangkap dan
membunuh akan dia kerana kelakuan sumbangnya dengan Deramang. la hendak dibawa ke suatu
tempat bernama Padang Hangus dan di sanalah hukuman itu hendak dijalankan.
Mahsuri berasa hairan dan merayu bahawa dia tiada bersalah. Tetapi segala rayuannya itu sia-sia
belaka.
apanya Pandak Maya yang sedang berada di dalam rumahnya apabila mendengar khabar mala
petaka yang menimpa anaknya itu telah membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi
wang untuk menebus anaknya itu tetapi tiada berhasil.
Perkhabaran berkenaan dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak
dengan pantas ke seluruh kampung di dalam Mukim itu dan ramai orang telah membantah
perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya.
eratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pembunuhan itu.
Permintaan Mahsuri yang terakhir ialah hendak menentang wajah anaknya bagi kali yang
terakhir tetapi Dato' tiada membenarkannya.
la telah diikat kepada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam telah digunakan.
Apabila ditikamkan ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut
bahunya mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi kulit atau dagingnya. SeIepas
segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu pembunuh-pembunuhnya bahawa jika
sekiranya mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh akan dia, dia ada sebilah
lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuh
akan dia.
Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing Mahsuri. Apabila ditikamkan
lembing itu ke tubuh badannya maka kelihatan darah putih memancut ke atas lalu terbentuk
seperti payung di atas kepalanya.
Sebelum Mahsuri menghembuskan naIasnya yang akhir dia telah berkata dengan suara yang
lembut dan jelas bahawa oleh kerana perbuatan zalim ini Pulau Langkawi tidak akan makmur
dan tidak akan menikmati keamanan selama tujuh keturunan yang akan datang. Ramalan
Mahsuri itu betul berlaku.
Deramang pula apabila ia mendengar peristiwa yang dahsyat ini ia telah lari ke Perlis dan
langsung tidak kedengaran ceritanya.
eberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam dan telah ditawan dan dibinasakan
mereka. Dato' Seri Kerma Jaya dan kesemua ahli keluarganya telah dibunuh oleh tentera yang
menyerang itu. Ramai daripada penduduk pulau itu telah ditawan dan dibawa ke Silim.
Sebagai ikhtiar yang akhir sebelum tentera Dato' yang bertahan itu mengundurkan diri, mereka
telah menggunakan taktik menjahanamkan harta benda iaitu dengan membakar padi beras rakyat
dan bekalan-bekalan tentera.

Anda mungkin juga menyukai