Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT APLIKASI TEKNOPEN & ICT DLM P&P ANJURAN PKG DAERAH SEREMBAN 24 FEBRUARI 2009

(SELASA, JAM 8.00 PG)

1.

PENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus 2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku. 3. BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Dengan Limpah Kurnianya Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat Sempena Majlis Taklimat Aplikasi Teknologi Pendidikan & ICT peringkat daerah Seremban Tahun 2009. Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan. (APABILA SELESAI DOA) Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa sebentar tadi. 1 untuk tampil

4.

KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus - Yang Berbahagia Dato Abdullah b. Mohammad, Pengarah Pelajaran NSDK - Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK - Yang dihormati Tn Hj. Musa b. Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, - Penceramah2 jemputan dari Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM , - Pengetua-pengetua kanan , para pengetua - Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, -Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru - Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Sirih pinang di dalam puan, Buat santapan putera idaman, Sebagai hidangan puteri rupawan, Buat cicipan dagang nan maulan; Selamat datang kami ucapkan, Buat tuan puan budiman, Ke sidang majlis penuh taakulan, Bersama merapat ukhwah dan taulan. Hadirin yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izinNya didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis Taklimat Aplikasi Teknologi Pendidikan & ICT peringkat daerah Seremban 2009 .

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis

mengalu-alukan kehadiran Yang

Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini. Yang berhormat, tuan2 & puan2 sekalian, Sememangnya tidak boleh menafikan bahawa teknologi pendidikan adalah penting dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti. Namun dengan kewujudan pelbagai perkembangan dalam teknologi komunikasi maklumat, profesion keguruan terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran pendidikan. Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja menuntut kegigihan para pendidik dalam memartabatkan profesion mereka tetapi juga harus berupaya menampilkan diri dengan beberapa ketrampilan baru dalam aspek teknologi moden serta ketinggian ilmu dalam mendidik dan membimbing generasi muda negeri ini. Justeru majlis ini diadakan bertepatan dengan objektifnya bagi memberi maklumat kepada warga pendidik ke arah penciptaan kaedah P&P dan teknologi pendidikan yang dapat menjana, menyubur serta mengembangkan minat , bakat dan kebolehan minda pelajar seterusnya memperkaya proses pembelajaran . 5. UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)

Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Noh b Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

6.

UCAPAN PENGARAH PENGARAH PELAJARAN NSDK majlis dengan hormatnya mempersilakan Dato

Bagi meneruskan acara, Dipersilakan.

Abdullah b Mohammad, pengarah Pelajaran NSDK menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran NSDK. 7. DELI Hadirin yang dihormati, Segala bicara sama dinanti, Rintihan hati sama diselami, Bisikan nurani sama difahami, Luahan azimat sama didengari. Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian Majlis Taklimat Aplikasi Teknologi Pendidikan & ICT peringkat daerah Seremban Tahun 2009. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Shamsulkahar b Mohd Deli Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini. Dipersilakan Begitulah ucapan perasmian Majlis Aplikasi Teknologi Pendidikan & ICT peringkat daerah Seremban Tahun 2009. Pihak majlis merakamkan setinggitinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. UCAPAN PERASMIAN OLEH YB TN SHAMSULKAHAR B.MOHD

9.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian, Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn. Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Tn Shamsul Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan. Tk Tuan Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Adenan B Deraman Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. TK tuan Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK. TK tuan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan. 11. UCAPAN PENUTUP & JAMUAN Tuan-tuan dan puan-puan, Maka sempurnalah sudah perasmian Majlis Taklimat Aplikasi Teknologi Pendidikan & ICT peringkat daerah Seremban Tahun 2009. Sekali lagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Shamsulkahar b Mohd Deli dan tetamu jemputan atas kesudian hadir bersama kita pada pagi ini. Majlis mempersilakan Tn Mohd Noh b Abadan menjemput dan mengiringi Yang Berhormat tetamu jemputan ke bilik jamuan. Terima kasih.

Tuan2 dan puan2, Majlis diteruskan dengan sesi taklimat yang pertama iaitu Pengenalan Eduwebtv. Majlis dengan sukacitanya menjemput Othman, Penolong pengarah Sektor Penyiaran menyampaikan taklimat tersebut. En Md.Kamsani b. BTP, KPM untuk

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa, majlis Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara. Bias luahan buat titipan, Rona curahan jadikan sisipan; Refleksi kendiri jadikan amalan, Impak dan impian jadikan iltizam. Banyak kelok ke penarik, Kelok tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan buruk tinggalkan di sini. Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menyaksikan pameran serta menjamu selera hidangan yang tersedia. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kalau guru diberi latihan, Anak didik dapat kemahiran. Kalau guru banyak ilmu, Apa diajar tidak jemu. Kalau guru diberi motivasi, Amalan hidup ada kualiti. Kalau guru kurang bersedia, Dalam kelas banyak bercerita. Kalau guru tidak merancang, Dalam kelas banyak temberang. Renungkanlah warga pendidik apa yang tersirat di sebalik kata-kata yang saya nyatakan ini.

Anda mungkin juga menyukai