Anda di halaman 1dari 7

1.Sinopsis cerpen : Abang, isteri dan anak-anaknya.

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang abang yang bernama Abang Hanif
yang menjadi cemuhan dan kemarahan keluarga kerana sikapnya yang tidak mahu
mendengar nasihat dari keluarganya sendiri.Hanya seorang adik perempuan yang
bersimpati dengan nasib abangnya yang mempunyai empat belas orang anak serta
mempunyai kehidupan yang agak susah.Adik perempuannya cuba memahami
situasi Abang Hanif apabila ibunya marah dan mencemuh Hanif kerana tidak mahu
mendengar nasihat.bunya juga marah dengan sikap menantunya iaitu Kak Ton
yang malas dan tidak mahu menyesuaikan diri apabila balik ke rumah ibu
mertuanya.Kak Longnya juga marah kepada Abang Hanif kerana keadaan
rumahnya yang semak dan tidak dijaga kebersihannya. Adik perempuannya selalu
membantu Abang Hanif dari segi kewangan.Pada suatu hari Abang Hanif telah
membawa isteri dan anak-anaknya berkunjung ke rumah adik perempuannya ke
Kuala Lumpur.Kenakalan anak-anak Abang Hanif dan kemalasan Kak Ton semasa
berada di rumah telah membuat adiknya marah.Selepas melayani kunjungan Abang
Hanif sekeluarga barulah adiknya memahami keadaan mengapa ibunya, Kak Long
dan adik-beradiknya yang lain marah dan mencemuh keluarga Abang Hanif.









Cerpen ini yang bertemakan kekeluargaan dimulakan dengan penulis


mengimbas kembali kisah yang berlaku sewaktu arwah ibunya masih hidup.Arwah
ibu penulis menceritakan kepulangan Abang Hanif bersama isteri dan anak-anaknya
ke kampung.
2. Gaya bahasa
.1 Paradoks
bu penulis menggambarkan menantunya yang cantik dan muda tetapi tidak tahu
menjaga kebersihan diri.
Contoh :
Macam belangkas, hujan ribut tidak peduli, bini muda yang macam seratus tahun
tidak pernah mandi itu diaraknya juga ke hulu ke hilir.
. Metafora
..1 bu penulis digambarkan sebagai seorang yang telah tua.
Contoh :
Matanya yang jernih bening terlindung di dalam kelopak yang dipenuhi kedutan
pengalaman itu, merenungku.
.. Perasaan marah penulis dengan sikap Kak Ton yang malas.
Contoh :
Setelah mengurut dada seketika, aku kembali keluar menyambung tugas membuang
dan memungut sampah-sampah basah itu dengan perasaan
kering.Menggelupas.Sakit.Berdarah.
..3 Kemarahan penulis digambarkan apabila anak-anak saudaranya
mematahkan pensel.
Contoh :
Aku merenung puntung-puntung pensel yang harganya tidak seberapa itu, namun
dadaku terasa panas benar dibakar api kemarahan.

2.3 SimiIe
.3.1 Rambut ibu penulis yang telah beruban tetapi masih halus dan lembut.
Contoh :
Rambut yang halus lembut bagaikan urat-urat benang sutera itu kuusap dengan
rasa penuh kasih.
.3. Sikap kakak ipar penulis yang tidak mahu berbuat apa-apa apabila berkunjung
ke rumah keluarga suaminya.
Contoh :
Apabila datang terus saja terus saja duduk macam dipakukan ke lantai dengan
anak-anak penuh di sekeliling pinggangnya.
2.4 Sinkof
Penyingkatan perkataan yang digunakan dalam cerpen ini :
Contoh :
.4.1 Hendak mandi pun tak boleh.
.4. Aa, tak ada elektrik !
.4.3 Aa, api dah ada balik !
.4.4 Hei ! Apa ni ?






3. Kesantunan Bahasa.
3.1 Di dalam cerpen abang, isteri dan anak-anaknya, penulis menggunakan bahasa
yang baik dan lembut ketika bercakap dengan ibunya walaupun mereka tidak
sependapat.
Contoh :
Tuhan menggalakkan kasih sayang di antara sesama manusia apatah lagi di antara
suami isteri.bu tidak patut menyampah pada Abang Hanif. Aku cuba memujuk ibu
dengan dengan suara yang kurasa paling lembut pernah kuucapkan.
3.2 Abang Hanif agak marah kerana Kak Long menjemput makan kenduri kahwin
anaknya seperti jemputan luar.Walaupun Abang Hanif tidak menyukai Kak Long
tetapi dia menghormati Kak Long kerana selalu memberi nasihat serta tunjuk ajar
dan Kak long adalah kakak yang tua.
Contoh :
Biarlah. Dia adalah kakak kita juga. Barangkali dia memang berhak menunjuk ajar
aku, biarpun tidak semestinya dia betul. Abang Hanif mengambil kesimpulan.
3.3 Penulis berusaha menjaga suara dan tingkah lakunya semasa menegur anak-
anak Abang Hanif agar tidak menyinggung perasaan Abang Hanif dan Kak Ton
walaupun penulis berasa marah dengan kenakalan anak-anak mereka.
Contoh :
Bagaimanapun, sedaya upaya aku cuba mengawal seluruh gerak-geriku supaya
tidak sampai memperlihatkan gaya yang boleh menyinggung perasaan Abang Hanif
dan isterinya.
3.4 Penulis yang merasa geram masih bercakap dengan lembut dengan Kak Ton
walaupun Kak Ton bersikap tidak tahu dan hanya tersenyum melihat kenakalan ank-
anaknya.
Contoh :
Kak Ton, tolong campakkan kulit tembikai yang di bawah kaki Kak Ton itu ke dalam
dulang ini ! Aku bersuara lembut.


3.5 Penulis masih menghormati Kak Ton sebagai tetamu walaupun Kak Ton tidak
membuat apa yang di minta.Penulis tidak marah dengan perbuatan Kak Ton
menyorokkan kulit tembikai di celah kerusi set.
Contoh :
Kemudian dengan ekor mataku aku ketika itu aku masih memungut kulit lain yang
bersepah bagaikan tong sampah dibongkar anjing itu - melirik ke arah tangan Kak
Ton.Perlahan dia mencapai kulit tembikai di bawah kakinya itu, lalu menyorokkannya
di celah kerusi set.
Astaghfirullah. ....! Aku mengucap perlahan.














4. Sistem Sapaan.
Sistem sapaan dalam cerpen ini adalah menggunakan nama-nama panggilan
kekeluargaan.
4.1 Arwah ibu penulis membahasakan panggilan Abang Hanif kepada penulis.
Contoh :
Hari itu Abang Hanif kau, balik, kata ibu perlahan sambil berbaring meniarap ...
4.2 Arwah ibu penulis juga membahasakan kakak ipar penulis sebagai Kak Ton.
Contoh :
Maksud ibu, Kak Ton ada anak kecil lagi ?
4.3 Penulis membahasakankan kakaknya yang sulung sebagai Kak Long.
Contoh :
Cerita terbaru yang terbaru yang kudengar tentang Abang Hanif ialah apabila
Kak Long mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya yang tunggul.
4.4 Penulis juga membahasakan suami kakaknya sebagai Abang Long.
Contoh :
Ramai juga. Kata Abang Long 90 peratus daripada yang dijemput, hadir.
4.5 Walaupun isteri pertama Abang Hanif telah meninggal dunia adik penulis masih
membahasakannya sebagai Kak Leha.
Contoh :
Kau sendiri pun nampak, masa Kak Leha isteri pertama Abang Hanif masih hidup
dahulu kelilig rumah penuh hijau dengan tanaman ....


4.6 Anak saudara penulis membahasakan penulis dengan panggilan makcik.
Contoh :
Emak tak pernah buat mi macam makcik.

Anda mungkin juga menyukai