Anda di halaman 1dari 1

Thursday, May 26, 2011

Strategi pengurusan air sawah bagi menjimatkan penggunaan air


Sawah dan input air

Kawasan tanaman padi tanah rendah di Malaysia yang ditanam secara tabur terus atau
transplanter biasanya berada dalam keadaan digenangi air. Penyediaan tanah sebelum
menanam biasanya melibatkan kerja-kerja merata, membajak dan menggembur dalam
keadaan kering dan basah. Menaikkan air di dalam petak sawah memudahkan kerja
mengawal rumpai, memecahkan partikel keras tanah dan memudahkan kerja merata sawah
serta mengubah (transplanting) anak pokok. Dalam keadaan biasa, tanah sawah akan
dibanjiri dengan air dan selepas kerja penyediaan tanah, tanah akan dibiarkan dalam keadaan
digenangi air dalam tempoh masa tertentu sehingga proses menanam (tabur terus atau
transplanting). Dalam "tempoh menunggu" tersebut, air dinaikkan ke paras 5 hingga 10 cm.

Di bawah keadaan tanah sawah dibanjiri air, air yang diperlukan perlu sama dengan kadar air
yang keluar (outflow process). Disebabkan air dalam keadaan statik, tekanan hidrostatik akan
terus menerus "menekan" air ke bawah melalui lapisan yang dibajiri air tersebut. Apabila air
ditekan ke bawah sehingga di bawah paras zon akar, proses ini dinamakan resapan
(percolation), (P), dan apabila air mengalir di bawah ban, proses ini dinamakan sesapan
(seepage), (S). Disebabkan proses ini sukar dipisahkan di antara satu sama lain, S dan P
biasanya diambil sebagai satu terma, SP.

Air juga hilang melalui evaporasi (E) melalui udara dan transpirasi (T) melalui tanaman.
Proses ini juga sukar dipisahkan di antara satu sama lain dan sering digabungkan dalam satu
terma, ET. Walaubagaimanapun, ketika peringkat tanah dibanjiri air semasa penyediaan
tanah, hanya E akan mengambil tempat, dan ketika tanaman mula tumbuh, proses E dan T
akan terjadi bersama. Akhir sekali, air turut hilang melalui aliran keluar dari atas ban (surface
runoff) apabila aras air naik melebihi ban.

Jadual 1 memberi nilai tipikal aliran keluar air dari sawah. Bagi pertumbuhan tanaman dalam
tempoh 100 hari (d), keperluan air berada di antara 675 hingga 4,450 mm, bergantung kepada
musim dan karakteristik tanah dengan 1,500 hingga 2,000 mm merupakan nilai yang tipikal
bagi kebanyakan tanah rendah.
http://hijausawah.blogspot.com/2011/05/strategi-pengurusan-air-sawah-bagi.html

Anda mungkin juga menyukai