Anda di halaman 1dari 3

16 Ogos 2011

PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (09/11) Semua Para Pelajar Sarjana Muda Pengajaran Program Pensiswazahan Guru (SMP - PPG) Ambilan Khas Mac 2011

Tuan/Puan,

PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN MUET Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman para pelajar, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mewajibkan kepada semua para pelajar SMP - PPG mulai ambilan Mac 2011 untuk lulus peperiksaan MUET dengan sekurang-kurangnya Band 2 sebagai syarat untuk bergraduat. 3. Sah laku MUET adalah selama 5 tahun dari tarikh keputusan peperiksaan MUET dikeluarkan dan pelajar perlu memastikan keputusan MUET masih lagi sah pada tarikh graduasi bagi program yang diikuti. Untuk makluman, pelajar program SMP PPG ambilan Mac 2011 akan bergraduat pada 31 Disember 2014 (semester September 2014). 4. Sehubungan itu, pihak universiti telah menyediakan mekanisma untuk membantu para pelajar membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan berkenaan seperti berikut: Para pelajar akan disediakan kelas bimbingan MUET. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pentadbir pusat pembelajaran masing-masing atau dengan melayari laman web www.meteor.com.my mulai 1 September 2011. Ambilan bagi kelas bimbingan MUET, tarikh pendaftaran peperiksaan dan tarikh peperiksaan adalah seperti berikut:

Ambilan November 2011

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan 1 Sept 31 Okt 2011

Tarikh Peperiksaan
BULAN JAN 14/1/2012 21/1/2012 TARIKH 28/1/2012 18/2/2012 25/2/2012 FEB 4/2/2012 11/2/2012

April 2012

1 Dis 2011 31 Mac 2012


BULAN MEI 5/5/2012 12/5/2012 TARIKH 19/5/2012 26/5/2012 23/6/2012 30/6/2012 JUN 9/6/2012 16/6/2012

Julai 2012

1 Mei 30 Jun 2012


BULAN SEPT 1/9/2012 8/9/2012 TARIKH 15/2/2012 22/5/2012 29/5/2012 OKT 6/10/2012 13/10/2012 20/10/2012 27/10/2012

Sekiranya pendaftaran peperiksaan dibuat selepas dari tarikh pendaftaran yang dinyatakan bagi setiap ambilan, maka pelajar hanya akan layak menduduki peperiksaan MUET pada ambilan yang seterusnya.

5. Bagi pelajar yang telah pun menduduki MUET, hendaklah mengambil perhatian terhadap prosedur berikut : a) Pencapaian hendaklah sekurang-kurangnya Band 2. Pelajar yang tidak mencapai Band 2 dikehendaki mendaftar semula MUET. b) Keputusan MUET masih dalam tempoh sah sehingga tarikh graduasi.

c) Mengisi maklumat MUET dalam borang online di portal myVLE (klik EServices, Exam Online, Penghantaran Keputusan MUET). d) Salinan keputusan MUET hendaklah disahkan dan dihantar kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan OUM di Kampus Induk melalui surat atau faks (03-26978819). 6. Para pelajar adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri bagi menduduki peperiksaan ini lebih awal untuk memudahkan perancangan sebelum bergraduat. Sekiranya para pelajar mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Pentadbir Pusat Pembelajaran OUM yang berhampiran. Segala kerjasama para pelajar dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

KAMARIAH MOHD NOOR Pendaftar s.k. Presiden / Naib Canselor Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Dekan-dekan Fakulti Pengarah / Ketua Pusat Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan) Pengarah / Pengurus Kanan / Pengurus / Pentadbir Pusat Pembelajaran Pengurus-pengurus kanan Ketua Pusat Pengurusan Pelajar Pengarah (Meteor Learning Sdn Bhd)