Anda di halaman 1dari 10

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 1103/2


BAHASA MELAYU
Kertas 2 September

2 ½ jam Dua jam tiga puluh


minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan S.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak
[Lihat sebelah
1103/2 (C) 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi
keselesaan hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik.
Contohnya, udara yang bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, pencemaran udara akan menyebabkan
sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai yang dicemari dengan sisa
kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan
akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah
pencemaran tersebut, semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu
dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi


akan datang. Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang
melibatkan alam sekitar perlulah dirancang dengan teliti. Selama ini kita
dapati kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan alam sekitar, seperti
menangkap ikan dan membalak telah merubah alam semula jadi di
sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal kegiatan-kegiatan yang
dilakukan oleh mereka bagi mengekalkan keseimbangan ekologi alam
sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan
pengilangan yang tidak diuruskan dengan baik telah menghasilkan sisa
toksik yang berbahaya serta mendatangkan risiko tinggi kepada kesihatan
manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa
toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan
dengan cara yang selamat seperti ditanam.
Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan.
Walau bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan
jalan raya dan lebuh raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan.
Di samping itu, pembukaan tanah untuk projek perumahan dan
pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-
tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau
perlu dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika
langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat
menikmati keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk
mengejar pemodenan, kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan
itu, pewartaan hutan simpan perlu diperbanyak bukan sahaja untuk
mengekalkan keseimbangan suhu malah sebagai kawasan tadahan hujan.
Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti
manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak
harus dikorbankan demi ktpentingan dunia sejagat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
"Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda
peranan alam sekitaryang berkualiti?" oleh
Nasron Sira Rahim, Berita Harian 2006.)

1103/2 (C) 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor


SULIT
SULIT 3 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mendatangkan risiko tinggi.


[2 markah ]
(ii) Nyatakan kesan buruk yang terpaksa kits hadapi jika udara dan air tercemar?
[ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah media massa boleh berperanan dalam menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan alam sekitar?
[4 markah ]
[lihat sebelah

1103/2 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT


SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR: (Suaranya lembut, tapi masih tidak bergerak atau menyentuh Safiah) Aku tahu
ayahmu selalu menyebut soal di luar negeri. Mungkin maksudnya baik, tapi lebih
baik lagi kalau kita mengisi tenaga yang kurang. Terlalu banyak mahasiswa
Melayu yang jadi MCS. Jawatan ini bagus, asal sahaja kita dapat
melaksanakannya untuk pembangunan masyarakat kita. Tapi jangan semua
tenaga dicurahkan pada satu lapangan sahaja. Sebab itulah aku suka jadi guru,
lapangan yang kurang diperhatikan oleh mahasiswa kita. (Bermenung, sedikit
kesal) Kalaulah aku bagus dalam sains dulu ....

SAFIAH: (Mengangkat mukanya, berkata tersedu-sedu) Aku sayang padamu Mar!


Masuklah sahaja, aku ikut kau. Piah ikut ke mana sahaja!

UMAR: (Menggenggam erat kedua-dua belah tangan Safah, matanya bercahaya


memandang kekasihnya) Piah, percayalah, kau tak akan kecewa. Masa depan kita
gemilang, bukan gelap sebagai sangkaanmu!

IBU: (Masuk) Eh, Mar, ayahnya dah habis sembahyang, mari makan! (Umar dan Safiah
tersentak, Umar melepaskan tangan Safiah. Safiah mengesat air mata dengan
bajunya, cuba menyembunyikan mukanya dari ibu, tapi masih ketara) Eh, Piah,
kenapa menangis?

(Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang dalam antalogi Anak Laut, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Umar kepada Safiah untuk menjadi seorang
guru?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Umar mempertahankan keputusannya untuk menjadi
guru?
Berikan alasan anda.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Safiah berdasarkan petikan drama di atas dan satu perwatakan
Safiah yang lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

1103/2 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT


SULIT 5 1103/2

Soalan 2 (c)- Petikan Prosa Klasik


Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Tun Mhrnat, "Kami ini orang Melaka, nama kami Tun
Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini.
Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini: tiada boleh naik; akan
hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?"
Maka sahut perempuan itu. "Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah
pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba
persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri."
Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itupun
lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua,
bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat,
"Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudablah dipersembahkan oleh
Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri,
"Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu,
jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan
peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata
setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan
darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh
demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu."
Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.
(Dipetik daripada `Peminangan Puteri Gunung Ledang', dalam antologi Anak Laut, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud biar hamba persembahkan.


[2 markah]

(ii) Siapakah Tun Mamat?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud memilih Tuan Puteri Gunung Ledang
untuk dijadikan isteri baginda?
[3 markah]
[lihat sebelah

1103/2 © 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri lohor SULIT


SULIT 6 1103/2
Soalan 2 (d)- Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Kiasan
Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,


Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,


Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,


Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,


Budak-budak melempar burung;
Harimau di hujan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
(Puisi Melayu Tradisi, 1985 Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Terangkan maksud ungkapan
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah orang yang merantau perlu memiliki
sifat merendah diri?
[3 markah]

(iii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.


[4 markah]

1103/2 (C) 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT
SULIT 7
1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran


Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas

(i) reka bentuk


(ii) rukun tetangga
(iii) rumah tangga
(iv) temu duga
(v) ulang kaji
(vi) urus setia
[6 markah]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat dasar
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS) dan Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) bagi ayat-ayat
tersebut.

(i) Encik Imran peguam di syarikat guaman di Johor Bahru.


(ii) Hadiah itu untuk ayah saya sempena hari lahimya esok.
(iii) Pemain skuasy negara itu sungguh handal.
(iv) Puan Hayati doktor pakar sakit puan di Hospital Tawakal.
(v) Mahasiswa itu mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Putrajaya sangat cantik.
' [6 markah]

1103/2 (C) 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT
SULIT 8 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu serrtula.

(i) Kaki tangan kerajaan diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis sebagai
salah satu usaha memaju industri batik.

(ii) Menurut pandangan agama, orang yang menjadi guru diberi lebihan berganda clan
disanjung tinggi oleh masarakat

(iii) Bagi membendong kenaikan harga barang, setiap individu perlu berhemat ketika
membelanja barang-barang keperluan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para siswazah mestilah mempunyai otak kelas pertama dan berani meneroka pekerjaan di
dalam bidang yang lebih mencabar.
(ii) Setiap kaum perlu saling hormat-menghormati untuk mewujudkan penyatuan kaum di
negara kita.
(iii) Kami memerlukan lain-lain cadangan clan sokongan daripada penuntun untuk
memantapkan mutu siaran kami.
[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai untuk
diisikan pada tempat kosong.

Jiwa anak-anak perlu dipupuk dengan semangat patriotisme sejak mereka kecil lagi bak kata
pepatah. ............................(i)......................................................... Anak-anak patut mengenali
pejuang-pejuang tanah air yang berpegang kepada
pepatah....................................(ii)....................................................................... kerana pejuang-
pejuang ini sanggup berkorban nyawa demi tanah air tercinta. Oleh itu, generasi muda perlu
bekerjasama dan bermuafakat demi menjaga keamanan clan keselamatan negara kita ibarat
....................(iii).........................
[6 markah]

1103/2 (C) 2008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT
SULIT 9 1103/2

Soalan 4 : Novel [ 15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar masa yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa pada
permulaan setiap novel itu yang mendorong anda untuk terus membaca novel berkenaan
sehingga tamat.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 (C)2008 HakCipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor SULIT

Anda mungkin juga menyukai