Anda di halaman 1dari 2

1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA

(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang


berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya
rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula
menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu
“berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan
terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-
penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada
awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun
yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat
tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak
disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan
menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah
menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-
rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan
bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu
kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan
keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di
dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-
ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami
beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian)
yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan
bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas
cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan
sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar
penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian.
“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang
cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang.
Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal
pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang
dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi
hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon
keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu
batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang
Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan
“mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami
rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului
siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan
untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat
dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar.
Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-
rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-
Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai