Anda di halaman 1dari 2

10: ZIKIR

Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya
mengingati-Nya:
“Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah,
ayat 198).

Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan
keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar
keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik adalah
yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa Llah”.

Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan masing-masing ada cara yang


berlainan. Ada yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada pula yang
diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang
perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian
peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik
kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-
rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi
sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi.
Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung
kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang.

Zikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahawa hati tidak
lupa kepada Allah. Zikir secara senyap di dalam hati adalah pergerakan
perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan di dalam hati tentang
kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir adalah melalui
pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah.
Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada
pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa
seseorang kepada:
“Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah
Qamar, ayat 55).

Zikir peringkat terakhir yang dipanggil khafi al-khafi – yang paling tersembunyi
daripada yang tersembunyi – membawa seseorang kepada suasana fana diri
sendiri dan penyatuan dengana yang hak. Dalam kenyataannya tiada sesiapa
kecuali Allah yang mengetahui keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam
yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala
perkara.
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).

Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang
berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan
seni daripada roh-roh yang lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat.
Ketika dalam bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk
mencari dan menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain
supaya mendapatkaan Zat Allah Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang
dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak terdapat
pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen.
“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirim roh dari
perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:. (Surah Mukmin, ayat 15).

Roh khusus ini dihantar daripada makam Yang Maha Perkasa dan diletakkan di
dalam alam maya yang nyata di mana sifat-sifat Pencipta menyata pada
penciptaan, tetapi roh ini adalah kepunyaan alam yang hak. Ia tidak berminat
dan tidak memperdulikan apa sahaja melainkan Zat Allah. Nabi s.a.w bersabda,
“Dunia ini tidak disukai dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat.
Akhirat pula tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan
diberi kepada mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Zat Allah dunia dan akhirat
tidak menarik perhatiannya”. Roh untuk yang hak. Orang yang memilikinya akan
mencari, menemui dan bersama Tuhannya.

Apa sahaja yang kamu buat di sini zahir kamu mestilah menurut jalan yang lurus.
Ia hanya mungkin dengan mengikuti dan mematuhi serta memelihara peraturan
dan hukum agama. Untuk berbuat demikian seseorang haruslah menyedari,
mengingati Allah malam dan siang, zahir dan batin, berterusan. Bagi mereka
yang menyaksikan yang hak mengingati Allah adalah wajib sebagaimana
perintah-Nya:
“Maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan
sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu”. (Surah Nisaa’, ayat 103).

“Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring
dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai
Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci
Engkau’”. (Surah Imraan, ayat 191).

Anda mungkin juga menyukai