Anda di halaman 1dari 2

17: MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR DAN IBADAT BATIN

Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, sembahyang
diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan
oleh Allah:
"Kerjakan sembahyang dengan tetap dan akan sembahyang yang terlebih
penting". (Surah al-Baqaraah, ayat 238).

Sembahyang menurut peraturan agama (rukun sembahyang) terdiri daripada


berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud, duduk, membaca dengan kedengaran
beberapa doa. Pergerakan dan perbuatan ini melibatkan bahagian-bahagian
tubuh, pembacaan diucap dan didengar melibatkan pancaindera dan deria,
adalah sembahyang diri zahir. Kerana tindakan diri zahir ini dilakukan berulang-
ulang, acapkali, di dalam setiap lima waktu sehari, bahagian pertama menurut
perintah Allah "Dirikan sembahyang", adalah lebih dari satu. Bahagian kedua
perintah Allah "terutamanya sembahyang pertengahan" merujuk kepada
sembahyang hati, kerana hati berada di tengah-tengah pada kejadian manusia.
Tujuan sembahyang ini adalah mendapatkan kesejahteraan pada hati. Hati
berada di tengah-tengah, antara kanan dengan kiri, antara hadapan dengan
belakang, antara atas dengan bawah, antara kebaikan dnegan keburukan. Hati
adalah pusat, titik pengimbang, penengah. Nabi s.a.w bersabda, "Hati anak
Adam berada di antara dua jari Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah
mana yang Dia kehendaki". Dua jari Allah adalah sifat kekerasan-Nya yang
berkuasa menghukum dan sifat keindahan-Nya dan pengasih-Nya yang memberi
rahmat dan nikmat.

Sembahyang sebenar adalah sembahyang hati. Jika hati lalai daripada


sembahyang, sembahyang zahir tidak akan teratur. Bila ini terjadi kesejahteraan
dan kedamaian diri zahir yang diharapkan diperolehi daripada sembahyang zahir
itu tidak diperolehi. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda, "Amalan sembahyang
mungkin dengan hati yang diam".

Sembahyang adalah penyerahan yang dicipta kepada Pencipta. Ia adalah


pertemuan di antara hamba dengan Tuannya. Tempat pertemuan itu ialah hati.
Jika hati tertutup, lalai dan mati, begitu juga maksud sembahyang itu, tidak ada
kebaikan yang sampai kepada diri zahir daripada sembahyang yang demikian,
kerana hati adalah intipati atau hakikat atau zat bagi jasad, semua yang lain
bergantung kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, "Ada sekeping daging di dalam
tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua anggota tetapi jika ia jahat maka
jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah hati".

Sembahyang yang diperintahkan oleh agama (syariat) dilakukan pada waktu


tertentu, lima kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di dalam masjid secara
berhemah, menghadap ka'abah, mengikut imam yang tidak munafik dan tidak
ria'.
Masa untuk bersembahyang batin tidak mengira masa dan tidak berkesudahan,
bagi kehidupan ini dan juga akhirat. Masjid bagi sembahyang ini ialah hati.
Jemaahnya ialah bakat-bakat kerohanian, yang mengingat dan mengucapkan
nama-nama Allah Yang Esa di dalam bahasa alam batin. Imam sembahyang ini
ialah kehendak yang tidak dapat disekat, arah kiblatnya ialah keesaan Allah,
yang di mana-mana, dan keabadian-Nya dan keindahan-Nya.
Hati yang sejati adalah yang boleh melakukan sembahyang yang demikian. Hati
yang seperti ini tidak tidur dan tidak mati. Hati dan roh yang demikian berada di
dalam sembahyang yang berterusan, dan manusia yang memiliki hati yang
demikian, samada dia dalam jaga atau tidur, sentiasa berbuat kebaktian.
Sembahyang batin yang dilakukan oleh hati adalah keseluruhan kehidupannya.
Tiada lagi bunyi bacaan, berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Pembimbingnya, imam
sembahyang itu adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda berkata-kata dengan
Allah Yang Maha Tinggi, "Engkau yang kami sembah dan Engkau jualah yang
kami minta pertolongan". (Surah Fatihaah, ayat 4). Ayat suci ini ditafsirkan sebagai
tanda manusia sempurna, yang melewati atau melepasi dari menjadi kosong,
hilang kepada segala kebendaan, kepada suasana keesaan. Hati yang
sempurna demikian menerima rahmat yang besar daripada Ilahi. Satu daripada
rahmat itu dinyatakan oleh Nabi s.a.w, "Nabi-nabi dan yang dikasihi Allah
meneruskan ibadat mereka di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di
dalam rumah mereka ketika mereka hidup di dalam dunia". Dalam lain perkataan
kehidupan abadi hati meneruskan penyerahan kepada Allah Yang Maha Tinggi.

Bila sembahyang tubuh badan dan sembahyang diri batin berpadu, sembahyang
itu lengkap, sempurna. Ganjarannya besar. Ia membawa seseorang secara
kerohanian kepada kehampiran dengan Allah, dan secara zahir kepada peringkat
yang paling tinggi mampu dicapai. Dalam alam kenyataan mereka menjadi
hamba Allah yang taat. Suasana dalaman pula mereka adalah orang arif yang
memperolehi makrifat sebenar tentang Allah. Jika sembahyang zahir tidak
bersatu dengan sembahyang batin, ia adalah kekurangan. Ganjarannya
hanyalah pada pangkat atau kedudukan, tidak membawa seseorang hampir
dengan Allah.

Anda mungkin juga menyukai