Anda di halaman 1dari 2

18: PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG TELAH MENGASINGKAN

DIRINYA DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN


DUNIA.

Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk
kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.

Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat Ilahi memerlukan pelajaran yang


membimbing seseorang di dalam proses penyucian cermin hati daripada
gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan, ucapan atau memikirkan dan
mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci, perkataan rahsia
yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah boleh dia melihat
sifat-sifat Allah yang sebenar. Kemudian mata itu melihat gambaran kemurahan
Allah, nikmat, rahmat dan kebaikan-Nya di atas cermin hati yang murni itu. Nabi
s.a.w bersabda, “Mukmin adalah cermin bagi samanya mukmin”. Juga sabda
baginda, “Orang berilmu membuat gambaran sementara orang arif menggilap".
Juga sabda baginda, “Orang berilmu membuat gambaran sementara orang arif
menggilap cermin hati yang menangkap kebenaran." Bila cermin hati sudah
dicuci sepenuhnya dengan digilap terus menerus secara menzikirkan nama-
nama Allah, seseorang itu mendapat jalan kepada pengetahuan dan sifat Ilahi.
Penyaksian terhadap pemandangan ini hanya mungkin berlaku di dalam hati.

Penyucian yang bertujuan mencapai Zat Ilahi adalah melalui terus menerus
mentafakurkan kalimah tauhid. Ada tiga nama keesaan, tiga yang akhir daripada
dua belas nama-nama Ilahi. Nama-nama tersebut ialah:
LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan
HU : Allah yang bersifat melampaui sesuatu
HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat)
HAYYUN : Hidup Ilahi yang kekal abadi
QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan bergantung kepada-
Nya
QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas
WAHID : Yang Esa
AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu

Nama-nama ini mestilah diseru bukan dengan lidah biasa tetapi dengan lidah
rahsia bagi hati. Hanya dengan itu mata hati melihat cahaya keesaan. Bila
cahaya suci Zat menjadi nyata semua nilai-nilai kebendaan lenyap, semua
menjadi tiada apa-apa. Ini adalah suasana menghabiskan sepenuhnya segala
perkara, kekosongan yang melampaui semua kekosongan. Kenyataan cahaya
Ilahi memadamkan semua cahaya:
“Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Zat-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).
“Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia tetapkan apa yang Dia
kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab”. (Surah ar-Ra’d, ayat 39).

Bila semuanya lenyap apa yang tinggal selamanya adalah roh suci. Ia melihat
dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia melihatnya. Di sana tiada gambaran,
tiada persamaan di dalam melihat-Nya:
“Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar dan melihat”. (Surah
asy-Syura, ayat 11).

Apa yang ada hanyalah cahaya murni yang mutlak. Tidak ada apa untuk
diketahui lebih dari itu. Itu adalah alam fana diri. Tiada lagi fikiran untuk memberi
khabar berita. Tiada lagi sesiapa melainkan Allah yang memberi khabar berita.
Nabi s.a.w bersabda, “Ada ketika aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa,
malaikat yang hampir atau nabi yang diutus, boleh masuk antara aku dengan-
Nya”. Ini adalah suasana pemisahan di mana seseorang itu telah membuang
semua perkara kecuali Zat Allah. Itu adalah suasana keesaan. Allah
memerintahkan melalui Rasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari segala perkara dan
carilah keesaan”.

Pemisahan itu bergerak daripada semua yang keduniaan kepada kekosongan


dan ketiadaan. Hanya dengan itu kamu memperolehi sifat-sifat Ilahi. Itulah yang
dimaksudkan oleh Nabi s.a.w apabila bersabda, “Sucikan diri kamu, benamkan
diri kamu dalam sifat-sifat yang suci (sifat Ilahi)”.

Anda mungkin juga menyukai