Anda di halaman 1dari 10

NAMA :_____________________

KELAS : ____________________
SULIT NO.K.P :_____________________
1103/2
Bahasa A.GILIRAN :_____________________
Malaysia
Kertas 2
Ogos
2008
2 ½ jam
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH
---------------------------------------------------------

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

EXCEL 2
2008

BAHASA MALAYSIA

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah
SULIT
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang kesan negatif
amalan rasuah dan sebab-sebab berlakunya amalan tersebut. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rakyat Malaysia, khususnya kakitangan awam, wajar mengambil perhatian


terhadap ingatan Perdana Menteri bahawa rasuah akan menghalang negara daripada
mencapai kemajuan. Kita semua bercita-cita untuk menikmati hidup dalam sesebuah
negara maju menjelang tahun 2020 selaras dengan wawasan yang dirintis oleh Perdana
Menteri ke-4. Cita-cita ini bukan satu perkara yang mustahil dan pasti dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri, rakyat negara ini,
khususnya kakitangan awam mesti menghindarkan diri daripada rasuah. Rasuah
merupakan suatu amalan buruk yang tidak harus ada pada mana-mana penjawat awam
memandangkan perlakuan itu mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan negara.
Hal ini kerana amalan rasuah akan menyebabkan segala urusan pentadbiran sengaja
dihalang bagi mendapatkan habuan.
Kita percaya, walau dalam apa-apa juga bentuk, sama ada kecil atau besar, rasuah
mesti dibanteras. Sebarang tolak ansur dalam soal rasuah, sama ada kecil sekalipun akan
merintis budaya yang lebih besar. Justeru, masyarakat di negara ini perlu disedarkan
tentang bahaya rasuah. Malah, mereka sendiri berkemungkinan sudah dapat merasakan
keburukan amalan rasuah seumpama itu kerana amalan rasuah boleh menimbulkan
ketidaklicinan dan ketidakcekapan dalam jentera pentadbiran kerajaan. Hal ini jelas
kerana segala tindakan akan memikirkan habuan yang bakal diterima. Selain itu, amalan
rasuah juga jelas melahirkan suasana ketidakadilan apabila mereka yang mempunyai
kekayaan akan menguasai pentadbiran negara, sementara rakyat biasa akan tersekat
dalam usaha mereka untuk menikmati yang lebih baik.
Amalan rasuah hanya dapat berlaku jika terdapat pihak yang memberi dan pihak
yang menerima. Kedua-duanya bersalah. Amalan itu tidak boleh dielak dengan adanya
mekanisme-mekanisme lain seperti undang-undang, peraturan, prosedur, ketelusan, dan
konsep kepimpinan melalui teladan. Apabila disebut rasuah sebagai budaya, maka
pembanterasannya juga harus meliputi semua sektor masyarakat. Maka, dalam sektor
swasta, dalam kalangan ahli perniagaan, dalam urusan sesama sendiri, mereka juga harus
menghindarkan diri daripada rasuah. Kita percaya badan-badan perniagaan sendiri juga
sedar bahawa amalan rasuah dalam kalangan kakitangan mereka akan mendatangkan
kemudaratan yang akhirnya boleh memusnahkan syarikat berkenaan. Apa tidaknya, kos
syarikat meningkat disebabkan terpaksa menampung perkara negatif ini. Untuk
menghalang rasuah daripada menjadi budaya, sikap membenci rasuah harus dipupuk di
semua peringkat masyarakat termasuk dalam kalangan kanak-kanak.
Justeru, hal ini bermakna, pendidikan menentang rasuah wajar juga disalurkan,
baik melalui sekolah mahupun dalam keluarga. Generasi baharu wajar dididik untuk
membenci rasuah demi masa depan mereka supaya cita-cita negara ini untuk mencapai
status negara maju berjaya dicapai. Biarlah semua anggota masyarakat menolak rasuah
kerana menyedari bahawa amalan itu buruk dan bukan semata-mata takut pada hukuman

SULIT
SULIT 3 1103/2

undang-undang. Namun begitu, anggota masyarakat juga perlu aktif memberikan


kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membanteras budaya itu
daripada terus menular. Jika masyarakat berpakat menolak amalan ini, sudah tentu
masalah dapat dibendung daripada terus menjadi duri dalam daging dalam masyarakat
kita.

(Diubahsuaikan daripada ‘Tolak Rasuah untuk Berjaya’


Utusan Malaysia,8 Januari 2003)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata merintis budaya yang lebih besar.
[2 markah]

(ii) Bagaimanakah amalan rasuah dapat dibendung dalam masyarakat kita ?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rasuah dikatakan dapat membinasakan


sesebuah negara ?
[4 markah]

SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Yalah, lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu,
lebih-lebih lagi wanita itu isterinya. Sorry Zel , aku tak bermaksud untuk merendahkan
abah kau. Tapi aku fikir reputasi abah kau sebagai guru sekolah rendah tercabar apabila
melihat mama kau jauh lebih berjaya. Huh, wanita sukses dalam bidang komputer dan
perniagaan . Wow, that’s great enough for a woman like your mum!”
Kembang kuncup dadaku apabila mendengar kata-kata Win, teman baik sejak
kecil. Tetapi sebentar itu aku hampir terduduk apabila memikirkan sesuatu yang jahat,
sesuatu yang tidak wajar, sesuatu yang menyimpang jauh daripada pemikiran luhur. Ya,
adakah mama career woman yang sengaja mahu mengeksploitasi keintelektualannya,
kebijaksanaannya, kecerdasannya, kebolehannya, kelebihannya agar abah rasa inferior?
“Setiap manusia ada menyimpan ego. Tak ada kekecualian antara lelaki dan
wanita.” Kata-kata Win kembali menyelit. Ma ada ego ? Ma hendak tunjuk egonya ?
Yang akhirnya membuatkan mereka terpisah ? Kami terpisah ?

(Dipetik daripada
“Virus Zel Untuk Abah”
oleh Amil Jaya dalam antologi Kerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah abah dan mama berpisah ?


[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan perceraian ibu bapa kepada anak-anak ?

[3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan daripada
keseluruhan cerpen .

[3 markah]

SULIT
SULIT 5 1103/2

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada antara itu berkata seorang budak. “Apa kerja kita berkubukan betis
ini? Kita perdayakan diri kita demikian ini jika kita berkubukan batang pisang alangkah
baiknya”.
Telah didengar oleh Paduka Seri Maharaja, maka titah baginda. “Benarlah seperti
kata kanak-kanak itu.”
Maka baginda pun mengerahkan segala rakyat berkotakan rias. Maka todak pun
datang, serta ia melompat lekat jungornya pada batang pisang itu, maka datang orang
menetak dia. Maka tidaklah terkira-kira lagi banyak matinya todak itu, bangkainya
bertimbun-timbun di pantai itu. Maka tiada termakan lagi oleh manusia di dalam negeri
Singapura. Maka todak itupun tidaklah melompat lagi.
Pada suatu riwayat, daripada deras lompat todak itu, datang ke atas gajah, kena
baju Paduka Seri Maharaja, carik lengannya maka dibuatkan orang nyanyi:

Carik baju raja,


Dilompati todak;
Bukan disahaja,
Sebab akal budak.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembali. Maka sembah orang besar-besar,
“Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia
besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.”

(Dipetik daripada
“Kezaliman Membawa Padah”
dalam antologi Kerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata berkotakan rias seperti yang terdapat di dalam
petikan di atas.
[2 markah]

(ii) Gambarkan suasana yang berlaku apabila todak melanggar Singapura setelah
budak memberi cadangan kepada Paduka Seri Maharaja?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pembesar-pembesar ingin supaya budak


cerdik itu dibunuh?
[3 markah]

SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2 (d) - Petikan Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,


Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Antalogi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Mengapakah orang dagang mesti pandai membawa diri semasa di perantauan?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita melayan tetamu yang berkunjung
ke rumah kita?
[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.
[3 markah]

SULIT
SULIT 7 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan
nama khas.

(i) tulus - telus


(ii) seloroh - seluruh
(iii) cocok - cucuk

[6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah
kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh
remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi
masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama.
Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan
ialah gengsterisme.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi
mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak
beberapa hari lalu.

SULIT
SULIT 8 1103/2

(ii) Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena hari
keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

(iii) Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan
menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka.
[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untuk
mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara
kita dalam tempoh satu setengah tahun.

(ii) Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan.

(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke
Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang.

[6 markah]

(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap
daripadanya.

(i) seperti lembu dicucuk hidung

(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(iii) biar mati anak, jangan mati adat


[6 markah]

SULIT
SULIT 9 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novel
yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT
SULIT 10 1103/2

SULIT

Anda mungkin juga menyukai