Anda di halaman 1dari 10

PERSIDANGAN RIO DE JANEIRO

Pada Jun 1992, Persidangan Pembangunan dan Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNCED) atau juga dikenali sebagai Earh Summit (Persidangan Dunia) telah diadakan di Rio
de Janeiro, Brazil. Persidangan tersebut dihadiri oleh 188 pemimpin negara membangun dan
perindustrian, NGO Alam Sekitar dan 10,000 individu prihatin. Tujuan diadakan persidangan
ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah yang semakin
membimbangkan kesan daripada kerosakan kekal alam sekitar yang berpunca daripada
pelepasan gas rumah hijau (khususnya CO
2
) yang membawa kepada kebimbangan
pemanasan global, kerosakan melampau terhadap biodiversiti yang disebabkan oleh
kemusnahan hutan hujan dan kebimbangan terhadap alam sekitar akibat peningkatan populasi
yang mendadak dari pertumbuhan industri dalam negara selatan.
Di dalam Persidangan Rio De Janeiro, Malaysia di bawah Dr. Mahathir sebagai wakil
Negara Selatan telah mengambil langkah tegas dalam isu alam sekitar. Merujuk kepada Far
Eastern Economic Review, Dr. Mahathir telah mengkritik Negara Utara yang telah menuduh
Negara-negara selatan yang membangun sebagai punca kepada masalah alam sekitar dan
pada masa yang sama menyembunyikan keupayaan Negara-negara Selatan dalam
memelihara pembangunan yang mampan. Pendirian Dr. Mahathir terhadap isu Utara-Selatan
ini telah mendapat pujian ramai pihak sehingga beliau mendapat pengiktiraIan di Earth
Summit 1992 di Rio De Janeiro di mana peranan Malaysia dalam mempertahankan maruah
Negara-negara Selatan telah dihargai.
Persidangan Rio menghasilkan pelan Agenda 21. Agenda 21 merupakan perjanjian atau
panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio De Janeiro (Sidang
Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus
dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB yang menerima pakai agenda ini dan
seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara,
dan kemudiannya diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut
antaranya mengandungi kegiatan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran
yang dihadapi, serta isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.
Walaupun sebahagian besar kerosakan alam sekitar global disebabkan oleh industrilisasi
barat. Namun begitu, Iokus utama persidangan di Rio adalah apa yang berlaku di Negara
Selatan. Hal ini kerana, Negara Selatan mempunyai potensi untuk memburukkan lagi
kemusnahan alam sekitar melalui pertambahan populasi yang mendadak dan perkembangan
desa ke bandar yang semakin meningkat di negara selatan. Negara Selatan lebih memberi
keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dalam populasi yang ramai. Hal ini semestinya
akan membawa kepada kesan luaran negatiI terhadap alam sekitar. Perwakilan negara selatan
bimbang akan mengalami kegawatan sekiranya keputusan Persidangan Rio De Janeiro ini
diteruskan.
Walau bagaimanapun, tidak seperti krisis hutang 1980an, di mana LDCs menderita akibat
program pemulihan IMF dan Bank Dunia, dalam kes alam sekitar, corak hidup negara
Selatan secara langsungnya dipengaruhi oleh keputusan polisi LDC. Kebergantungan
terhadap alam sekitar membawa kejayaan kepada LDC untuk memohon bantuan kewangan
antarabangsa dan bantuan teknikal untuk meneruskan objektiI pembangunan dalam
mengekalkan alam sekitar. Walaupun negara penyumbang utama, Amerika Syarikat tidak
menjamin untuk memberikan komitmen terhadap tambahan bantuan di Persidangan Rio,
negara-negara Kesatuan Eropah dan Jepun mengumumkan kesediaan untuk meningkatkan
dana.
Selain itu, kumpulan penyumbang kepada Negara selatan (termasuk AS) membuat
keputusan untuk menubuhkan dana baru untuk Agensi Pembangunan Antarabangsa Bank
Dunia (World Bank International Development Agency ) atau IDA yang akan menyediakan
pinjaman alam sekitar yang mengenakan Iaedah yang rendah kepada negara kurang
membangun. Akhirnya negara Utara bersetuju untuk menggandakan dan mungkin
meningkatkan sehingga 3 kali ganda $13 bilion World Bank Global Environment Facility
(GEF) yang ditubuhkan pada 1989 untuk membiayai projek-projek alam sekitar LDC.
Terdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Agenda 21 ini
mempunyai 800 muka surat yang bertujuan untuk membersihkan persekitaran global dan
menggalakkan pembangunan tanpa pencemaran bunyi. Atas persetujuan ramai, Agenda 21
menekankan 6 bidang dalam aktiviti antarabangsa:
1. Menyediakan bantuan pembangunan kepada program yang memIokus kepada penghapusan
kemiskinan dan kesihatan seperti menyediakan perkhidmatan kesihatan dan air bersih,
mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada pembakaran hutan dan penyediaan
keperluan asas.
2. Melabur dalam kajian perkhidmatan lanjutan untuk mengurangkan hakisan tanah dan
menggalakkan kaedah pertanian yang mesra alam sekitar.
3. Menyediakan lebih kemudahan untuk perancangan keluarga dan melanjutkan pendidikan dan
peluang pekerjaan kepada wanita supaya pertambahan populasi dapat dikurangkan.
4. Membantu LDC yang sedang berusaha untuk mengubahsuai projek-projek yang mengancam
alam sekitar.
5. Menyediakan dana untuk melindungi habitat natural dan biodiversity.
6. Melabur dalam R&D dalam tenaga alternatiI bukan karbon berkenaan perubahan cuaca dan
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
PERBEZAAN PERSPEKTIF NEGARA UTARA DAN SELATAN TERHADAP
PERSIDANGAN RIO DE JENAIRO.
Setelah dua tahun Persidangan Rio De Janeiro, terdapat perbezaan persepsi yang
berbeza-beza antara Negara Utara dan Negara Selatan. Negara Utara lebih menekankan
kepada persekitaran kerana negara utara sangat khuatir kepada ancaman kesan kerosakan
alam sekitar. Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (PGPI) akan meningkatkan Irekunsi
dan intensitas badai, merosakkan pertanian dan akan menyebabkan tergenangnya daerah
pantai yang rendah. Kerosakan alam sekitar ini akan mengurangkan kemampuan Negara
Utara untuk mengembangkan jenis tanaman unggul, peternakan ikan serta ubat-ubatan baru.
Hal ini akan menyebabkan kerugian ekonomi yang sangat besar kepada Negara Utara dan
kesihatan juga akan turut terjejas akibat daripada pencemaran. Oleh itu, Negara utara telah
berusaha untuk mendapatkan dua kelulusan konvensyen iaitu:
i. Konvensyen tentang perubahan iklim : Negara Utara telah mendesak untuk diadakan
konvensyen tentang hutan, tetapi mereka telah gagal. Di dalam persidangan Rio De
Janeiro, hanya prinsip-prinsip tentang hutan sahaja diluluskan.
ii. Konvesyen keanekaan hayati.
Negara Selatan sebaliknya lebih menekankan kepada pembangunan. Oleh itu, negara-
negara Selatan tidak bersetuju dengan keputusan Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro
kerana keputusan tersebut akan menghalang kepada pembangunan. Hal ini kerana, Negara
Selatan menginginkan agar pembangunan haruslah dilaksanakan dengan segera. Halangan
pembangunan di Negara Selatan terjadi kerana kurangnya dana daripada Negara Utara,
terdapatnya syarat baru untuk mendapatkan dana, peningkatan kos pembangunan dan
terganggunya perdagangan Antarabangsa kerana persyaratan persekitaran.
Selain itu, di antara Negara Utara dan Negara Selatan terdapatnya jurang yang sangat
besar untuk tidak meneruskan keputusan yang diperolehi daripada Sidang Kemuncak Rio De
Janeiro. Kerajaan dan masyarakat (NGO, Universiti dan pernigaan) di Negara Utara sangat
giat menjalankan penyelidikan. Negara Utara telah menghasilkan beberapa konsep seperti
internalisasi kos luaran, ekolabel, audit persekitaran dan analisis kitar hidup. Internalisasi kos
luaran ialah memasukkan bayaran kerosakan alam sekitar ke dalam kos syarikat, ekolabel
pula ialah sebuah sistem sertiIikasi untuk produk yang memenuhi syarat pembangunan
berterusan, audit persekitaran pula merupakan laporan tentang neraca bahan dan tenaga yang
digunakan dalam industri dan yang keluar sebagai produk dan sisa. Manakala, analisis kitar
hidup ialah analisis persekitaran yang sangat luas, iaitu bermula daripada kesan diambilnya
bahan untuk suatu produk (contohnya dari hutan dan tambang), pengangkutan bahan ke
kilang, proses pengeluaran dalam kilang, transport produk ke pasaran dan pelanggan,
penggunaan produk oleh pelanggan dan akhirnya pembuangan produk setelah tamat tempoh
masanya.
Selain itu, Negara Utara juga turut menukarkan sistem cukai. Negara Utara telah
menghapuskan cukai pendapatan kerana bagi Negara Utara bekerja merupakan kegiatan yang
produktiI. Mereka telah mengantikan cukai tersebut kepada cukai yang mempunyai kesan
negatiI terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, cukai karbon untuk tenaga yang mereka pakai
iaitu International Standardization Organisation (ISO) telah mengenakan yuran baru khusus
bagi persekitaran iaitu TC207. ISO sangat berwibawa dengan adanya TC207 ini. Hal ini
kerana, perdagangan antarabangsa akan mempunyai perkaitan dengan persekitaran kerana
TC207 telah didominasi oleh Negara Utara dan juga dikuasai oleh persepsi persekitaran
daripada Negara Utara.
Negara Utara juga turut menghasilkan teknologi untuk pembangunan berterusan yang
mereka patenkan seperti Zat Kimia sebagai pengganti CFC untuk mengurangkan terjadinya
lubang ozon dan teknologi jimat tenaga. Dengan adanya paten ini, Negara selatan akan
semakin bergantung kepada Negara Utara. Dalam masalah sampah, Negara Utara telah
meninggalkan konsep pemprosesan sisa pada akhir proses pengeluaran yang disebut akhir
paip ( end-oI-pipe). Hal ini kerana, Negara Utara telah mencipta teknologi yang baru iaitu
teknologi pengeluaran bersih (clean production) untuk meminimumkan sisa pada setiap mata
rantai produksi. Teknologi ini ternyata lebih cekap dan juga dapat menurunkan kos
pengeluaran. Manakala, teknologi end oI-pipe pula telah dieksport ke Negara-negara
Selatan.
Oleh kerana, Negara Utara terdesak dengan undang-undang persekitaran yang semakin
ketat di negara mereka, para pengusaha di Negara Utara telah memindahkan industrinya yang
kotor ke Negara Selatan yang disebut Relokasi Industri. Namun begitu, disebabkan oleh
kecekapan pengeluaran yang rendah telah menyebabkan terjadinya banyak sisa dalam
industri yang kotor ini. Hal ini menyebabkan kos pengeluaran dalam industri yang kotor
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri yang melaksanakan pengeluaran bersih.
Penguatkuasaan Ekolabel, teknologi baru dan juga pemindahan industri kotor ke Negara
Selatan telah meningkatkan daya saing di Negara Utara manakala daya saing di Negara
Selatan pula menurun. Konsep audit persekitaran yang datang dari Negara Utara telah
menyebabkan Negara Selatan tidak mengetahui cara untuk melakukannya. Oleh itu, Negara
Selatan harus menyewa konsultan asing untuk melakukannya.
Sistem pengeluaran yang tidak atau kurang memenuhi syarat pembangunan berterusan
akan menyulitkan Negara-negara Selatan untuk mendapatkan modal dari Negara Utara.
Selain itu, bunga modal juga turut menjadi lebih tinggi kerana dianggap berisiko tinggi. Hal
ini, akan menaikkan pula premium insurans. Selain itu, perjualan saham di pasaran modal
antarabangsa juga akan menjadi lebih sukar. Kesemua masalah ini akan mengakibatkan arus
modal adalah lebih besar dari Negara-negara Selatan ke Negara Utara daripada sebaliknya.
Negara-negara Selatan pula akan lebih ketinggalan dari Negara Utara dan jurang antara
kedua-dua Negara tersebut akan menjadi lebih besar. Kebimbangan Negara Selatan di Rio De
Janeiro menjadi kenyataan kerana perkongsian global seperti yang dinyatakan di dalam
Deklarasi Rio De Janeiro tidak tercapai kecuali terjadinya tuduh-menuduh antara Negara
Utara dan Negara Selatan.



PERBEZAAN PERSPEKTIF NEGARA UTARA DAN NEGARA SELATAN TENTANG
HUTAN TROPIKA.
Isu Hutan Tropika mendapat perhatian di kalangan warga dunia terutama sekali dari
Negara-negara Utara. Hal ini kerana ,sumber hutan ini tidak lagi wujud di negara mereka,
sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara selatan. Negara Utara mengkritik
hebat tentang isu hutan tropika ini. Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh
mengubah keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu albedo akan berubah di
sesuatu kawasan. Pemusnahan hujan merupakan satu perbuatan yang sangat merugikan.
Menurut satu kajian, hutan pernah meliputi 60 peratus daripada kawasan daratan bumi.
Namun kini, ianya hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu, Hutan Hujan
Tropika telah ditebang pada kadar 41 hektar seminit.
Sejak 1940-an lagi, didapati setengah daripada hutan hujan tropika dunia telah
dimusnahkan dan setiap seminit sebanyak 100 ekar hutan hujan telah hilang. Keluasan ini
sama dengan 60 padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap tahun, hutan
bersaiz England, Scotland danWales akan dimusnahkan. Kerosakan yang paling teruk adalah
diakibatkan oleh syarikat pembalakan dari Jepun di Asia Tenggara. Namun begitu
ketidakseimbangan ini bukan disebabkan oleh hutan tropika sahaja. Pemanasan
suhu dan perubahan iklim bumi sekarang juga disebabkan kegiatan perindustrian, peperangan
konvensional, pembuangan sisa-sisa industri, jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan
sebagainya. Dr Mahathir sebagai wakil Negara Selatan memberi anologi dengan mengkritik
Negara utara. Beliau mengatakan bahawa Malaysia telah mengenakan cukai 300 peratus ke
atas kereta yang mempunyai kapasiti enjin besar tetapi di negara maju, cukai yang dikenakan
ke atas kenderaan dan petrol adalah minimum menyebabkan bilangan kereta menjadi terlalu
banyak. Oleh itu, Negara utara juga harus bertanggungjawab.
Hutan sederhana di negara-negara maju telah lama ditebang. Bagaimanapun orang-
orang barat tidak berminat menanam semula hutan mereka tetapi lebih mendesak negara-
negara selatan supaya jangan mengikut jejak langkah mereka yang telah menggersangkan
hutan mereka. Campur tangan negara utara ini sungguh licik sekali. Mereka kelihatan
mempunyai satu gerakan besar-besaran dan terancang. Campur tangan mereka dilihat dalam
bentuk dasar-dasar yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
persidangan peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar, Kesatuan Eropah, dasar yang
diputuskan oleh kerajaan negara maju, tekanan dari kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) di negara maju disokong pula oleh kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan
kerajaan di negara yang terbabit. Selain itu juga, campur tangan ini juga boleh dilihat
daripada manipulasi oleh media massa asing dan orang perseorangan seperti Bruno Munser
dan Harrison Ngau.
Negara Utara sering mengaitkan hutan tropika dengan ozon. Saintis mendakwa 100
tahun lagi suhu bumi akan meningkat 5 darjah celcius. AtmosIera adalah perisai bumi dan
perisai terpenting adalah lapisan ozon. Ozon terletak pada 10 km - 60 km dari muka bumi dan
lapisan ozon menyerap ultraungu. Ozon adalah gas berwarna biru iaitu gas oksigen. Saintis
dari Britain Antartic Survey di Teluk Halley, Antartika telah mengesan lubang ozon setiap
musim iaitu pada bulan September hingga Oktober. Pada tahun 1988, lubang ini amat
menakutkan kerana luas lubangnya seluas benua Antartika, Australia dan New Zealand. Jika
lubang ozon terlalu lebar ia akan memberikan kesan yang amat dahsyat. Manusia lebih
mudah mendapat penyakit seperti barah kulit, katarak dan buta. Selain itu tumbuhan dan
plankton akan berkurangan. Rantaian makanan hidupan akuatik akan terganggu. Dengan
demikian jumlah ikan akan berkurangan dan menjejaskan sumber protein manusia.
Negara Utara sebenarnya lebih banyak memusnahkan ozon. Hal ini kerana, Negara
utara lebih banyak memiliki peti sejuk dan alat penghawa dingin. Dalam alat-alat ini
terkandung bahan merbahaya kepada ozon iaitu CFC. Dari segi kerosakan alam sekitar,
negara utara sebenarnya didapati lebih bersalah, namun media barat, pencinta alam sekitar
dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan Iakta sebenar tentang alam sekitar.
Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Negara yang paling
banyak NGO ialah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan. Selain itu, terdapat beberapa
perkara yang disembunyikan oleh mereka. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat adalah
negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah
hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990. Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan
panas dilepaskan ke atmosIera. Amerika Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6
daripada keseluruhan gas perangkap panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon
dioksida, 130 juta tan metrik methane dan 350 juta tan metrik kloroIlurokarbon (CFC).
Manakala, Soviet Union menduduki tempat kedua, dikuti dengan Brazil, China, India
dan Jepun. Namun begitu , Negara Utara masih menyalahkan Negara Selatan. Sebagai
contoh, Malaysia (Negara Selatan) telah dipersalahkan walaupun hanya mengeluarkan 26 juta
tan metrik atau 0.4 dari keseluruhan gas pemanas dunia. Sehinggakan Senator Al Gore
dari Tennesse, Amerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan penebangan hutan di
Sarawak kepada dua pertiga. Ketika negara utara melaungkan slogan 'Selamatkan Hutan
Tropika' tetapi dalam pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari.
Negara Selatan juga dinaIikan hak mereka untuk menggunakan sumber asli bagi
tujuan pembangunan. Semasa negara mereka dijajah, penjajah dengan sewenang-wenangnya
menebang kayu balak dan lain-lain sumber asli. Kekayaan yang diperolehi bukan untuk
pembangunan negara dijajah. Sebaliknya diangkut balik ke negara mereka .Negara utara kini
menuntut apa yang masih ada di negara selatan sebagai hak mereka, setelah mereka
merosakkan apa yang ada di negara sendiri. Selain itu, negara selatan menginginkan
pembangunan, namun negara utara secara tidak adil telah mencadangkan supaya negara
tropika hanya menjual hasil hutan untuk perubatan dan kegiatan pelancongan. Dalam hal ini
negara utara yang mengaut keuntungan kerana mereka mempunyai kepakaran dalam
penyelidikan perubatan. Namun begitu, Negara Selatan telah meminta hak mereka untuk
meneruskan rancangan pembangunan di samping menggiatkan rancangan pemuliharaan dan
pengawetan alam sekitar.
Persidangan tentang alam sekitar sepatutnya dapat menangkis tuduhan Negara utara
yang mendakwa negara selatan mengabaikan alam sekitar, khususnya dalam industri
pembalakan. Dr Mahathir sendiri mencanangkan slogan Greening oI The World iaitu tugas
untuk menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab sesebuah negara , malah melibatkan
setiap orang di dunia ini. Oleh itu, Negara Utara seharusnya tidak hanya mengecam tetapi
turut membantu menyelamatkan hutan tropika. Namun begitu, malangnya negara utara
enggan memindahkan teknologi terbaru kepada negara-negara selatan. Mereka mendakwa
'teknologi hijau ' dapat mengatasi masalah alam sekitar. Tetapi itu semua tenyata meleset.
Tambahan pula dipersulitkan lagi dengan dengan soal hak cipta, harta intelektual , modal dan
manipulasi politik. Oleh itu, Negara utara seharusnya tidak boleh mendesak Negara selatan
sepenuhnya untuk menghentikan pembalakan. Hal ini kerana, sebagai contoh di Malaysia
masih terdapat 74 hutan di Malaysia berbanding dengan 2 hutan di Amerika Syarikat
dan 9.3 hutan di Britain. Selain itu, pembalakan di Malaysia juga telah dilakukan secara
sistematik.
Selain itu, negara barat juga bersikap talam dua muka dan juga tamak. Mereka sering
berdolak dalik dalam pelbagai perkara isu alam sekitar. Tembelang mereka pecah apabila
Dr Frank Notestein menyarankan Barat jangan membantu pembangunan ekonomi dan
perindustrian di dunia selatan ( negara-negara sedang membangun ) kerana pada akhirnya
penduduk barat jadi kecil dan kekayaan serta kuasa orang barat akan merosot. Dr Frank
Notestein adalah berbangsa Amerika dan pernah menjadi Ketua Bahagian Kependudukan
di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa kini, 30 penduduk dunia berada di
negara utara dan 70 penduduk lagi tinggal di selatan . Namun begitu, 70 harta dan
kekayaan dunia dinikmati oleh negara maju.
Negara-negara tropika amat memerlukan pembangunan ekonomi. Mereka hanya
mampu menjual sumber asli iaitu kayu balak tropika. Hal ini kerana, negara-negara tropika
tidak mempunyai barangan perindustrian untuk dijual. Negara tropika juga mustahil untuk
bergantung kepada sumbangan negara barat, pinjaman dari tabung dunia dan IMF. Semua
sumber kewangan ini mempunyai niat yang tersembunyi. Kerajaan-kerajaan negara selatan
selalunya akan diugut jika menentang mereka iaitu Negara Utara. Melalui Bank Dunia dan
Tabung Kewangan Antarabangsa IMF , negara utara akan menekan dan mengugut akan
menarik balik bantuan serta pinjaman yang diberikan kepada Dunia Ketiga jika gagal
mematuhi peraturan dan syarat-syarat mereka.
Negara barat terutama Amerika tidak lagi segan silu menyerang negara Nicaragua,
Granada, Iraq , AIghanistan dan Iraq sekali lagi. Kini negara barat dapat satu lagi isu untuk
meneruskan dasar kolonialisme. Kali ini mereka berpura-pura mengutamakan alam sekitar,
tetapi sebenarnya mereka mahu negara selatan terus bergantung ekonomi dan kekuatan dari
negara barat. Zaini Ujang menyatakan bahawa sebahagian negara maju yang sedang tertekan
dengan kemelesetan ekonomi dalam negeri, ditambah pula dengan kemunculan negara
industri yang baru di rantai Asia PasiIik, akan cuba membendung pasaran barangan dari
negara membangun. Alasan mereka, proses penghasilan barangan tersebut mencemarkan
alam sekitar. atau tidak hjau. Sebagai pilihannya negara utara menganjurkan 'barangan hijau'
yang boleh dihasilkan serta digunakan tanpa mencemarkan alam sekitar.
Sidang Bumi di Rio merupakan jalan penyelesaian kepada isu alam sekitar,
perhutanan, pembalakan dan isu hutan tropika khususnya. Oleh itu, setiap negara haruslah
mematuhi kerangka yang dikeluarkan di Persidangan Puncak Bumi di Rio Jeneiro.
Malangnya masih banyak negara masih bertangguh dalam perlaksanaannya. Ini termasuklah
kepentingan untuk menjimatkan kos pengeluaran barangan di sesebuah negara dan
mendapatkan bahan mentah seperti petroleum. Negara selatan misalnya mengharapkan
rancangan pembangunan diteruskan dengan kadar yang lebih cepat bagi mengurangkan beban
kemiskinan rakyat. Sumber-sumber ekonomi mesti diransang dan dipelbagaikan ,khususnya
sektor industri dan pertanian.
Negara maju pula hendaklah membantu dengan pemindahan teknologi dalam pelbagai
bidang. Sekiranya, negara maju memindahkan teknologi penebangan balak, maka pembaziran
hutan dapat dikurangkan. Begitu juga dengan teknologi pertanian yang dapat mengurangkan
kadar penebangan hutan untuk kawasan pertanian. Contoh terbaik ialah sawah padi yang
kecil di Jepun amat kecil keluasannya tetapi mampu menampung keperluan rakyatnya. Selain
itu pasaran negara utara hendaklah dibuka seluas-luasnya kepada barangan dari negara
selatan. Jika ada sekatan, barangan yang bermutu rendah ini tidak dapat bersaing di mana-
mana negara dan pada akhirnya terpaksa menebang hutan.
Berhubung dengan alam sekitar, negara selatan menegaskan kaedah pemuliharaan
lebih sesuai berbanding dengan kaedah pengawetan. Pengawetan ialah kaedah penjagaan
alam sekitar yang tidak langsung 'menjejaskan sebarang komponen ' alam sekitar. Dengan
perkataan lain, kegiatan pembangunan tidak boleh dijalankan biar apapun alasannya kerana
sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar secara kualitatiI dan kuantitatiI.
Pemuliharaan pula ialah kaedah saintiIik bagi memastikan kegiatan pembangunan tidak
menjejaskan keseimbangan alam sekitar, menerusi pelbagai langkah secara Iizikal dan
biological. Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED di
persidangan Rio De Janeiro menyatakan cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan
bumi.