Anda di halaman 1dari 6

UNIVLkSI1I 1UN nUSSLIN CNN MALASIA

IAkUL1I LNDIDIkAN 1LkNIkAL (I1ek)


IA8A1AN LNDIDIkAN kLIUkU1LkAAN
http]]wwwuthmedumy








TAJUK TUGA8AN: BCARA POTRET
LkkLM8ANGAN kUkIkULUM DALAM 1V
88L4122




DISLDIAkAN CLLn
DAANG SI1I knA1IIAn 8IN1I AWANG DAMI1
A8080127

DISLDIAkAN UN1Uk
1UAN nAII nASSAN 8IN ASkAN

1AkIkn
28 SL1LM8Lk 2011


Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali
menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah
tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar
buat selamanya. Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anak di dalam
rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa
demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khaliIah Allah di atas muka bumi ini. Kasih dan
sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah
kepada seorang wanita yang bergelar ibu. Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu
ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang
itu sendiri menjadi ibu. Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding
hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
maIhumnya:
'Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW
maka ia berkata: 'Wahai Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan
yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab, ibumu Ia berkata lagi: kemudian siapa?
Rasulullah menjawab, ibumu. Dia berkata lagi, 'kemudian siapa? Rasulullah menjawab
lagi, ibumu. Dia berkata lagi, 'kemudian siapa? Rasullullah menjawab, ayahmu (Hadis
Riwayat Bukhari Dan Muslim).
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya
seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu
dihormati selepas Allah dan Baginda. Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di
bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan
Allah.
Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun
dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh
anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan
diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu
orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah
keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan
al-Hakim). Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud : 'Semua dosa akan
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali
balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan
balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa
mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan
penjagaan dan mudah tersinggung. Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk
menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka
kepada anak-anak ketika kecil. Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa
maki-hamun.
Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka
yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang
bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya.
Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah
boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan
anak.Lantas Baginda ditanya : Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?Jawab baginda :
Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya.
Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!Nabi
Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa,
nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah
menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya
jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak
menjurus kepada sesuatu yang mungkar.Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang
tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan
mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.Allah tidak menerima ibadat orang
yang derhaka kepada ibu bapa.
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada
keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut
meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut
memurkai kita. Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai
perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya.Baginda marah dan menempelak
sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya
sendiri ada hak ibu bapanya.Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa.
Hakikat ini perlulah kita insaIi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di
dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka
masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia,
selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah
sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka
akan menerima pahala itu.
Rasulullah SAW pernah berpesan : Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang
berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka.
Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa
banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan
sedikitpun kepadanya.
Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman :
'Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan,
dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu
bapamu ! kepadaKu tempat kembali. (Lukman:14).
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya,
sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian
kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.
Ingatlah Iirman Allah ini : Ertinya: 'Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan
kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tua, maka janganlah engkau
mengatakan kepada keduanya cis` dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi
hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah
sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku,
kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih
saying semasa aku kecil. (Al-Isra`: 23-24).
Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa
yang sama sebagai seorang ayah atau ibu. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti
kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita.Rebutlah
peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia.
Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan
layanan yang kurang menarik terhadap mereka. Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih
sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang
diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar ibu. Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa
berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke
syurga.
Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita
mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih
seorang yang bergelar ibu. Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayang seorang ibu. Ibu
adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hati ibu bersedih, seorang
ibu sanggup menyembunyikan kesedihan itu demi membuatkan anak-anaknya bahagia. Bagi
seorang ibu, gelak tawa anak-anak adalah penawar segala kepahitan yang alami. Ibu adalah
insan yang mengajar anak-anaknya tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka.
Sebab itulah kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.
Sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu,
kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya
penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua
makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan
yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu? Induk
itulah ibu. Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana
kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa
ibu. Maha Suci Allah. Muliakanlah ibu-ibu kami.

Anda mungkin juga menyukai