Anda di halaman 1dari 66

MESEJ UTAMA & SOKONGAN

STRES
ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI
Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan

mental terhadap perubahan Boleh dialami samada di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun semasa bersukan dan beriadah. Boleh juga menjadi faktor motivasi. Setiap individu memberi persepsi yang berbeza terhadap stres.

STRES
ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI Tindakbalas ke atas stres boleh berlaku secara positif atau negatif. Kanak-kanak juga sering mengalami stres.

PUNCA STRES
Peribadi / Diri Cita-cita, harapan, harga diri, rasa selamat, keyakinan(tergugat)
Takut untuk gagal.

Perubahan pada tubuh badan, penyakit. Perbandingan dengan orang lain seperti adik-beradik atau kawan. Ejekan oleh orang lain misalnya awak tidak berguna.

PUNCA STRES
Rumah
Konflik antara ibubapa,perpisahan/ penceraian ibu bapa

Kehilangan atau perpisahan akibat dari kematian


Tidak mampu untuk memenuhi kehendak ibu bapa Konflik dengan ibu bapa dan adik-beradik.

PUNCA STRES
Rumah
Ibu bapa jatuh sakit/ masuk wad Kelahiran adik baru

Pindah rumah/ sekolah


Kematian/ kehilangan haiwan kesayangan Perubahan pekerjaan ibu bapa (mereka ditinggalkan untuk tempoh yang lama) Didera & diabaikan.

PUNCA STRES
Sekolah
Mula bersekolah Bertukar sekolah Perkelahian dengan rakan-rakan (berpanjangan & serius) Dibuli Mengambil bahagian terlalu banyak aktiviti Kehendak yang tinggi Kehilangan sahabat yang rapat

PUNCA STRES Masyarakat


Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik.) Tempat tinggal sempit. Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat ( penyalahgunaan dadah, pelacuran).

STRES
BOLEH MEMPENGARUHI KITA MELALUI PELBAGAI CARA Reaksi Terhadap Stres Adalah Berbeza Reaksi terhadap stres bergantung kepada :
Tempoh perkembangan kanak-kanak tersebut. Kemampuan daya tindak.

Tempoh.
Intensiti. Tahap sokongan yang diberikan.

REAKSI TERHADAP STRES ADALAH BERBEZA


Dua indikator boleh dilihat ialah: Perubahan tingkahlaku

Kemerosotan tingkahlaku.

REAKSI TERHADAP STRES


DI KALANGAN KANAK-KANAK ADALAH : Peringkat awal kanak-kanak
Memencilkan diri. Perasaan bahawa mereka tidak disayangi. Sikap bergantung kepada orang lain. Sikap tidak mempercayai sesiapa.

REAKSI TERHADAP STRES


DI KALANGAN KANAK-KANAK ADALAH : Peringkat awal kanak-kanak
Tidak hadir ke sekolah atau tidak berkawan. Bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan.

Panas baran.
Masalah untuk melahirkan perasaan.

REAKSI TERHADAP STRES


DI KALANGAN KANAK-KANAK ADALAH : Peringkat pertengahan kanak-kanak
Bimbang tentang masa depan. Mengadu sakit kepala. Mengalami masalah untuk tidur.

REAKSI TERHADAP STRES


DI KALANGAN KANAK-KANAK ADALAH :
Peringkat pertengahan kanak-kanak Hilang selera makan. Mengalami masalah menumpukan perhatian di dalam kerja sekolah. Kencing malam.

REAKSI TERHADAP STRES


DI KALANGAN KANAK-KANAK ADALAH :
Remaja pula boleh mengalami : Perasaan marah Perasaan kecewa Kurang keyakinan diri. Perasaan tidak percaya yang umum terutamanya terhadap orang dewasa.

STRES BOLEH MEMBERI KESAN POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA INDIVIDU Kesan positif stres Mampu memotivasi seseorang untuk memperbaiki diri. Membantu kanak-kanak membuat pilihan, mencari jalan penyelesaian atau membuat sesuatu yang membuatkan mereka berasa selesa. Lebih berupaya menerima cabaran atau memberikan komitmen.

STRES BOLEH MEMBERI KESAN POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA INDIVIDU Kesan negatif stres Merendahkan harga diri individu :-

Menangis.
Membuat perangai. Mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi.

STRES BOLEH MEMBERI KESAN POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA INDIVIDU Kesan negatif stres Merendahkan harga diri individu :-

Tertekan atau memencilkan diri.


Menjadi marah atau agresif (lisan dan fizikal). Fizikal ( letih, sakit kepala/perut)

STRES BOLEH MEMBERI KESAN POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA INDIVIDU Kesan negatif stres Tingkahlaku ekstrim/perlakuan berisiko tinggi

penyalahgunaan dadah,
merokok lumba haram mencuri mencederakan diri.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Simptom psikologikal:
Tidak mampu untuk membuat keputusan.

Daya tumpuan lemah.


Daya ingatan dan perhatian kurang. Mengalami mimpi buruk.

Berfikiran negatif serta mudah putus asa.


Berasa diri tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Simptom psikologikal
Sering merasa risau tentang masa depan.

Mengalami kesukaran untuk tidur.


Kencing sewaktu tidur. Perubahan dalam selera makan (selera makan yang keterlaluan atau berkurangan) Perubahan berat badan yang ketara.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN
Simptom emosi Kelihatan takut, sensitif, marah-marah, risau atau gelisah. Kelihatan terganggu/ bermasalah, berasa sedih, rendah diri, kurang keyakinan, murung dan risau.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Simptom emosi Mudah terkejut, pilu, marah, benci, rasa bersalah dan malu. Akan menghadapi masalah kurang minat terhadap aktiviti harian.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Fizikal Lebih terdedah kepada kemalangan, sakit kepala / perut. Mudah letih Sembelit / cirit-birit Menggigit kuku. Berasa tegang Kesukaran tidur Sakit-sakit badan, mudah terperanjat.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Fizikal Mempunyai degupan jantung yang kencang. Loya. Perubahan selera makan. Perubahan berat badan. Sakit di seluruh badan. Kerap demam. Kerap mendapat jangkitan, asma, ekzema atau migrain.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Tingkahlaku Kurang selera makan.

Mengabaikan penjagaan diri.


Keras kepala

Tingkahlaku yang agresif seperti suka membuli, berbohong, mencuri, laku musnah dan mengasing diri.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Tingkahlaku Mungkin terlibat dengan penyalahgunaan dadah / ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri. Makan secara berlebihan, tidur sepanjang masa dan merungut.

AKIBAT DARIPADA STRES


BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN Hubungan Interpersonal Mengalami masalah ( dalam perhubungan dengan orang lain seperti dengan kawankawan dan ibubapa ) di sekolah, atau rumah Ini akan menimbulkan perasaan takut, risau, memencilkan diri, atau terasa dipulaukan.

STRES
BOLEH DIKENDALIKAN
Bertenang.
Berfikiran positif.

Menyukai diri sendiri.


Kongsi masalah dengan keluarga dan kawan-kawan. Merancang masa dengan baik.

STRES
BOLEH DIKENDALIKAN
Adakan hobi.
Relaks dan beriadah.

Bersifat asertif berani berkata TIDAK.


Tetapkan matlamat yang realistik.

STRES
BOLEH DIKENDALIKAN
Amalkan cara hidup sihat seperti
bersenam selalu, makan secara sihat tidur secukupnya. jangan merokok atau minum minuman keras.

KEMARAHAN
ADALAH SATU MASALAH EMOSI UTAMA AKIBAT STRES
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada: Sakit hati / kecewa. Ancaman / ugutan. Kehilangan.

KEMARAHAN
HANYA AKAN MENJADI SATU MASALAH APABILA :
Berlaku terlalu kerap. Keterlaluan. Berpanjangan. Berlaku dalam situasi yang tidak sesuai.

Membawa kepada tindakan agresif.

KEMARAHAN
BOLEH MANIFESTASI DALAM 3 CARA:
Tindakbalas fizikal Berasa tegang pada bahagian dada, kesukaran bernafas, jantung berdegup kencang dan kesukaran untuk tidur.

KEMARAHAN
BOLEH DIMANIFESTASIKAN DALAM 3 CARA:
Tindakbalas emosi Tingkahlaku yang menyakitkan hati orang lain, syak-wasangka, murung, sukar untuk memaafkan, kurang kreatif, terganggu dan marah yang tidak terkawal.

KEMARAHAN
BOLEH DIMANIFESTASIKAN DALAM 3 CARA:
Tindakbalas tingkahlaku. Bertindak agresif (contohnya menengking, membaling barang atau mencederakan orang). Bersikap pasif (memendam perasaan dan menarik diri).

KEMARAHAN
BOLEH DIMANIFESTASIKAN DALAM 3 CARA:
Tindakbalas tingkahlaku. Pasif agresif (tidak menunjukan secara langsung walaupun dia tidak setuju). Menjauhkan diri dan menafikan.

KEMARAHAN
BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Kemarahan orang dewasa sering menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

KEMARAHAN
BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak boleh mengalami kemarahan. Punca-punca kemarahan : Perbalahan/percanggahan pendapat dengan orang dewasa, rakan-rakan dalam isu kepercayaan dan nilai seperti melakukan kerja rumah, membersihkan bilik dan memilih pakaian.

KEMARAHAN
BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak boleh mengalami kemarahan. Punca-punca kemarahan : Kekecewaan akibat halangan untuk melakukan sesuatu. Contoh: keluar bermain, menonton televisyen.

KEMARAHAN
BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Punca-punca kemarahan Kehendak yang tidak dipenuhi. Contoh: permainan baru, keluar bermain, bercuti, telefon bimbit, baju baru, tindik telinga, mewarnakan rambut.

Pelanggaran hak mereka. Contoh: ketidakadilan, dimalukan, penderaan fizikal atau kata-kata, hilang kepercayaan.

KEMARAHAN
BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Punca-punca kemarahan
Infleksibiliti Perkara utama yang menyebabkan kemarahan ialah kepercayaan yang terlalu rigid dan tidak boleh diubah. Contoh: hendaklah dan mestilah.
Tidak fleksibel
Kanak-kanak perempuan tidak boleh

duduk di tangga rumah

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah 1) Kenalpasti perasaan marah Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti perasaan marah anda Saya marah. 2) Bertenang (kira hingga 10, tarik nafas panjang, mengucap).

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah 3) Berfikir dahulu sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.

4) Saya perlu bertenang.

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah
5) Nyatakan dan kenal pasti punca kemarahan anda. Kenapa saya marah? Kenapa dia bertindak sedemikian terhadap saya?

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah
6) Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain. Awak bodoh Saya tidak mahu bercakap dengan awak Saya benci awak

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah

7) Fokuskan kepada isu sebenar dan jangan mengungkit perbalahan lalu


Saya sangat marah kerana awak patahkan pensil saya minggu lepas Awak tidak benarkan saya bermain bersama-sama awak kelmarin

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah

8) Bertegas diri (Asertif) dengan menzahirkan kemarahan secara positif.


9) Jelaskan kepada individu berkenaan tanpa menyalahkan mereka.

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah
10) Gunakan perkataan Saya berbanding Awakuntuk menggalakkan perbincangan. Contoh: Saya berasa sangat marah apabila bukan Awak membuatkan saya marah. Ini akan membuatkan seseorang itu lebih bertanggungjawab terhadap tindakannya.

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah

11) Cuba bertenang dan kawal suara.


12) Mendengar. 13) Memaafkan orang lain

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah

14) Kanak-kanak perlu belajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menerima pendapat dan cadangan orang lain.

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah 15) Dapatkan pertolongan (terlalu susah untuk ditangani/menggugat keselamatan) contoh: apabila seseorang kanak-kanak dibuli. 16) Menulis dan mencurahkan perasaan anda.

KANAK-KANAK BOLEH BELAJAR CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MENJADI MARAH
Berfikir secara positif. Mempunyai hobi. Luangkan masa untuk belajar dan bermain.

KANAK-KANAK BOLEH BELAJAR CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MENJADI MARAH
Jangan memperbesar dan meremehkan sesuatu perkara. Tidur awal dan bangun awal. Dapatkan mentor / seseorang untuk berbicara. Amalkan cara hidup sihat.

KEMAHIRAN MENANGANI KEMARAHAN


1. Lihat dan dengar.

2.
3. 4.

Elakkan bertindak mengikut perasaan


Membenarkan kanak-kanak meluahkan perasaan. Mengenalpasti kekunci kemarahan dan penawar individu

Kekunci Kemarahan Individu

Berhenti

Mengenali punca kemarahan. Mengenalpasti perasaan marah.

Berfikir

Mencari ikhtiar dan mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan setiap pilihan. (Rujuk penyelesaian masalah IDEAL).

Kekunci Kemarahan Individu

Bertindak

Membuat pilihan dan bertindak

Langkah-langkah menangani kemarahan. (Kira hingga 10, tarik nafas panjang)

ORANG DEWASA PERLU MENGENALPASTI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KEMARAHAN


Carta semak Kanak-kanak: tiada kawan. selalu menyendiri.

mempunyai pandangan negatif terhadap kebolehannya.

ORANG DEWASA PERLU MENGENALPASTI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KEMARAHAN


Carta semak Kanak-kanak: suka menangis. agresif. tidak boleh memberi perhatian yang lama.

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA AMAT PERLU BAGI KANAKKANAK UNTUK MENANGANI KEMARAHAN DENGAN LEBIH BERKESAN
Kanak-kanak memerlukan sokongan daripada : ibu bapa, guru dan kawankawan. Luangkan masa dan galakkan mereka berbicara tentang masalah mereka.

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA ADALAH PERLU


Bantu kanak-kanak untuk membina harga diri. Bantu kanak-kanak untuk bertindak asertif. Ajar cara-cara menangani kemarahan secara sihat - bertenang, kawal rasa marah, rancang cara penyelesaian dan berkongsi cara penyelesaian dengan orang lain.

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA ADALAH PERLU

Luangkan masa untuk berbicara mengenai masalah mereka. Bantu kanak-kanak kemahiran menyelesaikan masalah (IDEAL).

IDEAL
I Identify the problem (Kenalpasti masalah sebenar) D Describe possible options (Terangkan atau cari cadangan penyelesaian yang ada) E Evaluate consequences of each options (the pros and cons) (Buat penilaian setiap cadangan kebaikan/keburukan) A Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik) L Learn (Belajar dari pengalaman samada hasilnya berjaya atau tidak).

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA ADALAH PERLU


Meramal (menjangka) situasi stres dan bantu mereka untuk lebih bersedia.
Jangan bebankan mereka dengan tanggungjawab-tanggungjawab / aktivitiaktiviti yang banyak.

Gunakan jenaka (gentle humour).

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA ADALAH PERLU


Galakkan kanak-kanak untuk membentuk sokongan sosial. Contohnya kawan, datuk nenek dan saudara-mara.
Galakkan kanak-kanak untuk beriadah contohnya bersenam. Galakkan kanak-kanak untuk mempunyai minat yang lain contohnya melaksanakan kegiatan luar, hobi. Dapatkan khidmat pakar sekiranya tidak dapat menangani masalah tersebut.

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA ADALAH PERLU

Permasalahan antara ibu bapa tangani secara efektif.


Selesaikan permasalahan dengan berkesan dan jangan libatkan kanak-kanak di dalam perkelahian. Jangan bertengkar dan mengkritik satu sama lain di hadapan kanak-kanak. Yakinkan kanak-kanak bahawa mereka bukannya punca permasalahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai