Anda di halaman 1dari 13

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

A) Bermatlamat.
Hidup seseorang itu ibarat perahu di laut, ada destinasinya. Perlu ada persiapan sebelum berlayar. Keselamatan bergantung kepada kecekapan pengemudinya. Setiap pelajar perlu ada matlamat. Matlamat membentuk usaha untuk berjaya.

B)Pemusatan Fikiran dan Daya Usaha


Dalam menentukan haluan hidup, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ramai orang gagal kerana tidak berusaha dan tidak mencuba. Ramai juga yang kecewa kerana mereka cuba membuat lebih daripada keupayaannya. Kejayaan atau kegagalan adalah pilihan anda sendiri. Faktor nasib memainkan peranannya terlalu sedikit, usaha yang menentukan kejayaan seseorang.

C Bertenaga.

bertenaga bermaksud selalu ghairah belajar. - Berjaya mengusir rasa malas, jemu, dan bosan. - Cara untuk mengusir perasaan di atas:a) Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai. b) Berikan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja. c) Adakan satu matlamat yang mesti dicapai. d) Elakkan diri dari gangguan luaran.

D) Kesihatan diri
Kesihatan merupakan faktor penting dalam menentukan kecemerlangan. Kesihatan bukan sahaja dari segi tubuh badan, kesihatan mental dan emosi juga perlu dijaga. Elakkan dari rasa hasad dengki dan iri hati. Rasa cemburu atas kejayaan orang lain adalah baik jika diikuti dengan usaha untuk mengatasinya. Mental yang sihat selalu memberi keghairahan untuk belajar.

E) Bersabar dan Tabah

- Gopoh atau keresahan adalah contoh orang yang tidak sabar. - Pelajar yang takut mencuba adalah pelajar yang takut menghadapi kegagalan. - Untuk berjaya, pelajar perlu bersabar menghadapi segala cubaan. - Perlu melakukan sesuatu dengan teratur semasa belajar. - Hanya orang y ang sabar akan memimpin dirinya kepada kejayaan.

F) Bersikap Positif

Elakkan dari menggunakan perkataan kalau, tetapi, dan kecuali. - Kegagalan adalah guru yang paling baik untuk menjadi murid cemerlang. - Terima sesuatu tugasan dengan hati yang terbuka. - Sifat suka merungut, menyesal, dan mengadu adalah milik orang yang tiada matlamat.
-

G ) Percaya kepada Tuhan dan Diri Sendiri

Setiap agama percaya adanya pencipta. - Tuhan tidak menentukan seseorang itu pandai atau bodoh, kita diberi pilihan untuk menentukannya. - Sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal untuk seterusnya. Berapa kali gagal bukanlah ukuran, tetapi berapa kali kita mencuba adalah langkah untuk menuju kecemerlangan. - Setiap manusia yang dilahirkan ada keistimewaan sendiri. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya.

Penggunaan Deria Dalam Pembelajaran


Pelajar Visual ( Penglihatan )
-

Lebih mudah faham kalau dapat melihat. Biasanya bercakap pantas. Kemas dan teratur. Merancang secara jangka panjang. Mempunyai pemerhatian yang tajam. Pandai mengeja. Lebih ingat apa yang dilihat dari yang didengar. Biasanya tidak mudah terganggu dengan bunyi bising. Pantas membaca. Mudah terlupa pesanan kalau tidak ditulis.

Pelajar Auditory ( Pendengaran )


Selalu bercakap pada diri sendiri. Mudah terganggu oleh kebisingan. Membaca dengan menyebut. Lebih suka bercakap daripada menulis. Belajar secara mendengar, lebih mudah ingat apabila mendengar. Suka berbual dan berbincang dengan panjang lebar.

C) Pelajar Kinesthetic ( Sentuhan dan Tindakan )


-

Bercakap perlahan. Suka menyentuh orang untuk mendapat perhatian. Suka duduk rapat apabila bercakap dengan orang. Banyak bergerak. Belajar melalui tindakan. Gunakan jari apabila membaca. Banyak menggunakan bahasa badan. Tidak boleh duduk diam lama.

KONSEP

4P 1T P- PERANCANGAN P- PELAKSANAAN P- PENGORBANAN P- PENILAIAN T- TAWAKKAL

Sekian, terima kasih


Jumpa lagi..

Anda mungkin juga menyukai