Anda di halaman 1dari 2

Ujian Topikal Bahasa Melayu Kelas Tambahan Nama:_________________ Kelas 6 ( ) Pilih jawapan yang betul. 1.

Pusat rawatan itu dibuka ____ pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. A di B ke C dari D kepada 2. Kita perlulah menjaga______ apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. A tatakata B tatatertib C tatacara D tatabahasa 3. Sultan Mansor seorang pemerintah yang adil dan saksama. _______ disayangi oleh rakyat jelata. A Aku B Beliau C Engkau D Baginda 4. Pekebun-pekebun di daerah itu saling membantu. _____, hasil tanaman mereka bertambah. A Justeru B Oleh itu C Namun D Walaupun 5. ______, banyaknya limau di dalam bakul itu! A Oh B Ah C Wah D Aduhhai 6. Warna kain batik menjadi luntur setelah _____ dengan serbuk peluntur. A dibilas B disapu C dijemur D direndam 7. Pelancong Korea itu ______ memilih kain batik yang hendak dibeli kerana corak kain batik itu cantik-cantik belaka. A gelap mata B putih mata C rabun mata D rambang mata 8. Setiap hari mereka duduk _______ di atas tikar sambil berbual. A bersila B berlatih C beradab D berjemur 9. Kerja-kerja ______ paip yang bocor itu akan dilakukan secepat mungkin. A pencarian B pembaikan C pembuangan D pengubatan 10. Segala cabaran yang kita _____ akan melatih diri kita menjadi dewasa. A sedari B perolehi C bantahi D tempuhi 11. Sikap Nasrul yang selalu ______ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang. A berbual-bual B berkata-kata C berpuak-puak D bermuka-muka 12. Pak Adan berehat ______ sebelum meneruskan kerja-kerja membajak sawahnya. A sementara B seketika C sentiasa D selalu 13. Walaupun baru berusia lima tahun, tetapi Awang Chik _____ bersilat. A pantas B tangkas C lancar D cergas 14. Berita tentang penangkapan ahli-ahli Geng samun itu hanyalah ______. A khabar angin B buah mulut C serkap jarang D cakap besar 15. Beras di dalam guni itu berbau _____ kerana telah lama tersimpan. A masam B hanyir C tengik D hapak 16. Ramuan ______ digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional. A rempah-ratus B kayu-kayan C sayur-mayur D rumput-rumpai 17. Koleksi ____ yang dipamerkan di muzium itu menjadi perhatian ramai. A barangan klasik B barangan lapuk C barangan purba D barangan antik 18. Pembuat keris itu sedang _______ sebatang besi untuk dibuat keris. A menempa B mengadun C mengukir D membentuk 19. Pengadil yang _____ itu dicerca oleh penonton yang tidak berpuas hati dengan cara beliau mengadili perlawanan tersebut. A kaki bangku B makan suap C berat sebelah D lepas tangan 20. Walaupun Habil dan Qabil adik-beradik kembar, tetapi tingkah laku mereka jauh berbeza seperti _______. A langit dengan bumi B pahat dengan penukul C isi dengan kuku D anjing dengan kucing Markah:_____________