Anda di halaman 1dari 3

KATA-KATA ALUAN Bismillah hirohmanirohim..

Yang berusaha Pn hjh Zanariah Bt Hj Ibrahim, Pengetua SMK Sultan Abdul Samad, Pn Hjh Norazni Bt Othman, Pen Kanan Pentadbiran, En Soo Choon Yong, Pen Kanan HEM, En Ibrahim Bin.., Pen Kanan Kokurikulum, Pn Low Swee One, Pen Kanan Pendidikan Khas, Barisan Guru-guru Kanan Bidang, Guru-guru, dan pelajar yang dikasihi sekalian... Assalamualaikum w.b.t , Selamat sejahtera & Salam 1 Malaysia. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul disnini untuk satu Majlis Restu bagi pelajar-pelajar kita yang akan menduduki peperiksaan SPM pada minggu hadapan. Sebelum majlis dimulakan, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan : Lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Hadirin diminta bersedia. BACAAN DOA KEJAYAAN Seterusnya, tibalah masa untuk kita berdoa, memohon kepada Tuhan, agar segala usaha guru-guru, khususnya para pelajar yang telah bertungkus-lumus menimba ilmu dan mengulangkaji pelajaran serta tidak dilupakan juga, penat lelah ibu bapa yang telah membesarkan para pelajar selama ini, akan terbalas dengan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM tahun ini. Oleh itu, saya dengan segala hormatnya menjemput En Hazril Bin Mohd Yusof untuk mengetuai bacaan doa memohon kejayaan khas buat pelajar-pelajar semua. Dengan hormatnya majlis mempersilakan Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Hazril diatas bacaan doa itu tadi, semoga segala harapan yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T tadi diperkenankan hendaknya. Amin, amin ya rabbal alamin. TAKLIMAT MATA PELAJARAN Seterusnya, majlis diteruskan dengan taklimat mata periksaan yang akan disampaikan oleh PN NG YOKE GO. Taklimat ringkas ini adalah sangat penting sebagai panduan terakhir kepada para pelajar bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada minggu hadapan.

Diharap para pelajar dapat menumpukan perhatian dan mencatatkan segala pesanan & taklimat yang akan disampaikan sebentar lagi.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh Puan Ng Yoke Go. UCAPAN PENGETUA . Seterusnya, dengan segala hormatnya saya menjemput Pn Hjh Zanariah Bt Hj Ibrahim Pengetua SMK Sultan Abdul Samad untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata serta kata-kata nasihat & azimat terakhir kepada anak didik SMK Sultan Abdul Samad sebelum menghadapi peperiksaan SPM Dengan hormatnya Majlis mempersilakan. PENYAMPAIAN SIJIL 5 BINTANG Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua dia atas kata-kata nasihat & semangat terakhir kepada anak didik semua. Guru-guru & pelajar-pelajar sekalian, sebagai menghargai usaha gigih para pelajar dalam menghadapi peperiksaan percubaan PMR yang lepas, pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin menganugerahkan sijil pencapaian anugerah 5 bintang kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Anugerah tersebut adalah berdasarkan pencapaian kedudukan di dalam kelas masing-masing. Bagi menyempurnakan anugerah ini, saya dengan ini menjemput Pn Hjh Zanariah Bt Hj Ibrahim, pengetua kita, diiringi Pn Hjh Norazni untuk menyampaikannya. PERSEMBAHAN SIJIL PENGHARGAAN USAHA KREATIVITI Majlis diteruskan lagi dengan penyampai sijil penghargaan usaha kreativiti .Anugera h ini diberikan diatas usaha kreativiti pelajar ini dalam menghasilkan power point kelas yang sangat kreatif dan memberi inspirasi kepada kita semua.Berikan tepukan gemuruh kepada ONG WEI SHENG daripada tingkatan 5D. Terima Kasih diucapkan kepada Pn Pengetua PERSEMBAHAN POWER POINT KELAS. Yang berusaha tuan puan hadirin yang dihormati sekalian. Sekarang mari kita sama sama menyaksikan persembahan power point kelas yang sungguh menarik dari semua kelas tingkatan 5 dan Persembahan Power Point bersempena Majlis Graduasi 2011.

ACARA BERSALAMAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMA

seterusnya pelajar-pelajar akan bersalaman dengan semua guru-guru sebagai tanda terima kasih dan memohon restu kepada segala ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar-pelajar. semua guru dijemput untuk beratur di luar dewan ini bersama-sama pengetua untuk bersalaman dengan para pelajar. Dengan bermulanya acara bersalaman ini nanti, Maka berakhirlah majlis restu PMR pada hari ini dengan ucapan SELAMAT BERJAYA PELAJAR SMK SULTAN ABDUL SAMAD!!!!!!