Anda di halaman 1dari 36

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

PENGENALAN
Perisian komputer boleh dibahagikan kepada perisian sistem dan perisian aplikasi. Topik ini akan memberi tumpuan terhadap perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem boleh dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu sistem pengoperasian, atur cara utiliti, pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Perisianaplikasi pula boelh dikategorikan kepada pemprosesan kata, hamparan data, pangkalan data dan persembahan . Setiap kategori ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam topik ini.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenal pasti maksud dan peranan perisian sistem; 2. mengenal pasti 4 kategori perisian sistem; 3. mengetahui fungsi dan ciri-ciri sistem pengoperasian; 4. mengetahui kelemahan dan kelebihan sistem pengoperasian; dan 5. mengetahuan kategori perisian aplikasi

5.1

PERISIAN

Apabila orang memikirkan tentang komputer, mereka selalunya memikirkan tentang perkakasan seperti papan kekunci, monitor, pemproses dan lain-lain. Bagaimanapun, sebenarnya perisian iaitu set suruhan terancang dan langkah demi langkah adalah diperlukan untuk menukar data menjadi maklumat yang membuatkan komputer berguna. Umumnya, perisian boleh dikategorikan sebagai perisian sistem atau perisian aplikasi. Bagaimanapun, perisian sistem jarang diperkatakan; lazimnya perbincangan berkisar tentang subset perisian sistem yang dikenali sebagai sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian adalah perisian asas yang terdapat pada semua komputer. Sebenarnya perisian sistem terbahagi kepada sistem pengoperasian, atur cara utiliti, pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Sistem pengoperasian mempunyai beberapa fungsi dan ciri-ciri seperti multi tugasan, multipengguna, multipemproses dan lain-lain. Ada banyak jenis sistem pengoperasian di pasaran dan setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Windows adalah sistem pengoperasian komputer peribadi yang paling popular dan dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Unix pula banyak digunakan pada sistem pelayan. Linux pula mempunyai beberapa ciri-ciri Unix dan semakin popular kerana ia adalah sistem pengoperasian yang percuma dan boleh harap. Perisian komputer dibangunkan dengan bahasa pengatur caraan. Terdapat banyak jenis bahasa pengatur caraan seperti bahasa imperatif, berorientasikan objek, bahasa berasaskan logik dan bahasa berasaskan fungsi. Setiap bahasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat beberapa generasi
52

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

bahasa pengatur caraan bermula dari bahasa mesin hingga ke bahasa tabii. Beberapa bahasa pengatur caraan yang popular seperti C, C++, Java dan lain-lain dibincangkan beserta dengan contoh atur cara. Perisian aplikasi digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan tugas-tugas tertentu seperti menyediakan dokumen, menyiapkan laporan, menghasilkan persembahan, melakukan kira-kira dan lain-lain. Komputer memerlukan arahan dari manusia untuk melakukan sebarang tugas. Oleh itu, manusia menggunakan perisian untuk mengarahkan komputer melakukan sesuatu. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi di pasaran dewasa ini. Antara perisian aplikasi yang paling selalu digunakan adalah pemproses kata, perisian hamparan, pangkalan data dan perisian grafik. Rajah 5.1 menunjukkan hubungan komponen komputer, sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.
Perisian Aplikasi Pemproses kata Multimedia Permainan Komunikasi Pengkompil Pangkalan Data Hamparan Elektronik Persembahan - MS-Word, WordPerfect, Writer - Flash, Director, Authorware - Caesar III, Quake, FIFA2001 - Netscape Navigator, Internet Explorer, Opera - Borland C++ - DB2, Foxpro, MySQL - Excel, Lotus 1-2-3, Calc - Powerpoint, Impress

Sistem Pengendalian Sistem Pengendalian (Unix, Linux, Windows)

Komponen Komputer RAM, Monitor, Pencetak, Tetikus Papan Kekunci, CPU,...

Rajah 5.1: Hubungan di antara komponen komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi

OUM

53

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

5.2

PERISIAN SISTEM: SISTEM PENGOPERASIAN DAN BAHASA PENGATUR CARAAN

Perisian adalah arahan yang dilarikan pada komputer. Perisian sistem bertujuan untuk menghidupkan komputer dan ia terletak di belakang perisian aplikasi. Ia juga menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Perisian sistem membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan komputer. Perisian sistem mengendalikan kerumitan fizikal perkakasan komputer. Antara peranan utama perisian sistem ialah memberitahu komputer bagaimana menterjemah data dan suruhan, bagaimana menjalankan peranti komputer seperti pencetak dan pemacu cakera dan bagaimana menggunakan perkakasan komputer. Perisian sistem terbahagi kepada empat kategori iaitu sistem pengoperasian, atur cara utiliti, pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Secara ringkas peranan keempat-empat kategori adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kategori perisian sistem

(i)

Sistem pengoperasian adalah atur cara yang menjalankan mikrokomputer anda. Ia menyelaras sumber, menyediakan antara muka pengguna dan komputer serta menjalankan aplikasi. Atur cara utiliti melaksanakan tugas khas yang berkaitan dengan pengurusan sumber komputer atau fail. Ia termasuk atur cara yang membantu pengguna mengenalpasti masalah pada perkakasan, mencari fail yang hilang dan membuat salinan sandaran data. Dalam erti kata lain, atur cara utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pengformat cakera keras, perisian pemampat dan perisian membuat salinan.

(ii)

(iii) Pemacu peranti adalah atur cara yang direkabentuk khas untuk membenarkan peranti input dan output berkomunikasi dengan lain-lain sistem komputer. (iv) Penterjemah bahasa menterjemah arahan pengatur caraan yang ditulis oleh pengatur cara ke dalam bahasa yang difahami dan diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengatur caraan. Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, penterjemah dan penghimpun.

54

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Apakah kegunaan utama komputer?

5.3

SISTEM PENGOPERASIAN

Setiap sistem komputer sama ada besar atau kecil mempunyai sistem pengoperasian dan setiap sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi asas iaitu menguruskan sumber, membekalkan antara muka dan menjalankan aplikasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3. Sumber yang diuruskan sistem pengoperasian termasuklah tetikus, pencetak, papan kekunci, peranti storan dan ingatan. Antara muka pengguna dibekalkan oleh sistem pengoperasian apabila sistem membolehkan pengguna berinteraksi dengan atur cara aplikasi dan perkakasan melalui antara muka pengguna. Sistem pengoperasian memuatkan dan menjalankan aplikasi seperti pemproses kata.

Rajah 5.3: Tiga fungsi asas sistem pengoperasian

Sistem pengoperasian memantau dan mengawal semua aktiviti pemprosesan di dalam komputer. Ia menentukan bagaimana Ingatan Capaian Rawak diagihkan kepada perisian, menetapkan kepentingan tugas-tugas yang perlu dilakukan dan mengawal aliran maklumat kepada dan dari pemproses. Sistem pengoperasian adalah satu atur cara komputer yang paling kompleks dan amat penting untuk komputer. Contohnya, sistem pengoperasian Windows 2000 dikatakan mempunyai 30 juta baris atur cara, dibangunkan oleh lebih 5000 pengatur cara, memakan masa lebih dari 3 tahun dengan perbelanjaan hampir RM3.8 billion. Sistem pengoperasian Linux pula mempunyai hampir 2.5 juta baris atur cara dan dibangunkan oleh 150 pengatur cara.

OUM

55

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Sistem pengoperasian membolehkan komputer melaksanakan berbagai jenis tugas. Sistem pengoperasian juga membolehkan komputer menjalankan lebih dari satu tugas serentak. Sistem pengoperasian membolehkan komputer mengenali pemproses (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan sebagainya. Sistem pengoperasian juga menyediakan kemudahan untuk pengguna berkomunikasi dengan komputer dan bertindak sebagai landasan untuk menjalankan perisian aplikasi. Sistem pengoperasian selalunya terdiri dari beberapa program asas. Satu program yang penting dalam sistem pengoperasian adalah program penyelia. Program ini juga dikenali sebagai monitor, executive, kernel atau command processor. Sebagai contoh, program penyelia pada Windows 98 adalah win32.dll dan pada Linux adalah vmlinux. Sistem pengoperasian selalunya disimpan di cakera keras. Apabila komputer dimulakan, komputer akan melakukan swa-ujian mula-kuasa atau POST (power on self-test). Kemudian BIOS(basic input output system) yang terdapat pada ROM(Read Only Memory) akan mencari sistem pengoperasian untuk dibutkan. BIOS akan mencari sistem pengoperasian pada sektor MBR(Master Boot Record) di cakera liut. Jika sistem pengoperasian tiada di cakera liut, BIOS akan mencari sistem pengoperasian di MBR cakera keras. Sektor MBR mengandungi maklumat tentang sistem pengoperasian yang ada pada komputer tersebut. Setelah membaca data dari MBR dan berjumpa dengan program penyelia di cakera keras, BIOS akan memuatkan program penyelia tersebut ke dalam ingatan utama(RAM). Selanjutnya BIOS akan menyerahkan pengurusan komputer kepada program penyelia. Pada ketika ini, komputer sudah di bawah seliaan sistem pengoperasian dan sudah boleh menerima arahan dari pengguna. Sebahagian sistem pengoperasian akan disimpan dalam ingatan utama sepanjang masa komputer dihidupkan. Sebahagian ini yang sentiasa berada dalam ingatan disebut residen (tinggal tetap) dan terdiri daripada program penyelia. Program penyelia akan mengawal keseluruhan sistem pengoperasian dan memuatkan ke dalam ingatan utama program-program sistem pengoperasian yang lain dari cakera keras apabila diperlukan. Program-program sistem pengoperasian yang terletak di dalam cakera keras adalah bukan residen. Ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Kawalan sistem pengoperasian

56

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Sistem pengoperasian menjadi teras yang membolehkan komputer berfungsi. Ia bekerja di belakang tabir dan menjadi perantara untuk permintaan dari pengguna dan atur cara. Ia juga bertindak untuk mengurus dan memacu perkakasan komputer serta membaca dan menulis data ke atas atau dari pemacu cakera. Apabila pengguna bekerja dengan satu perisian aplikasi, program penyelia akan memuatkan perisian tersebut ke dalam ingatan utama sebelum perisian tersebut dilaksanakan. Semasa pengguna menggunakan komputer, ingatan utama mengandungi program penyelia, perisian aplikasi yang dijalankan serta data atau maklumat yang diproses. Oleh itu, semakin banyak ingatan utama (RAM) dalam satu komputer akan membolehkan komputer berfungsi dengan lebih pantas dan selesa. Jika komputer tidak mempunyai RAM yang mencukupi untuk melarikan perisian, komputer akan berfungsi dengan perlahan atau mungkin akan menyebabkan komputer tergantung.

Cetak laman web yang paling bermaklumat dan tulis satu perenggan yang menerangkan sifat-sifat yang paling penting bagi sistem pengoperasian tersebut.

5.4
(i)

FUNGSI SISTEM PENGOPERASIAN


Menyediakan antara muka kepada pengguna untuk menggunakan komputer. Terdapat dua jenis antara muka: antara muka baris-perintah dan antara muka grafik. Dengan menggunakan antara muka baris-perintah, pengguna perlu menaip perintah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6. Contoh sistem pengoperasian berasaskan baris perintah adalah MS-DOS yang amat popular pada 80-an.

Amnya, fungsi sistem pengoperasian adalah:

Rajah 5.6: Antara muka baris perintah

OUM

57

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Sebagai contoh perhatikan baris perintah di bawah: C:\> copy c:\myfile a:\yourfile Baris perintah ini mengarahkan komputer untuk menyalin satu fail dari satu cakera keras C ke cakera liut A. Anda perlu menggunakan perintah yang jelas semasa menggunakan baris perintah. Baris perintah ini juga menunjukkan bahawa anda perlu memberitahu komputer di mana untuk cari fail MYFILE dan ke mana salinan perlu dibuat. Jika anda tertinggal maklumat penting atau menggunakan format yang salah, mesej kesalahan akan dipaparkan pada skrin. Amnya, antara muka baris perintah lebih sesuai untuk pengguna mahir yang telah lama menggunakan komputer dan dapat mengingati perintah-perintah yang diperlukan. Sistem pengoperasian Unix dan Linux juga menggunakan baris perintah. Antara muka ini juga disebut sebagai CUI (character user interface). Lazimnya, sistem pengoperasian berasaskan CUI mempunyai satu lapisan lain yang bertindak sebagai penterjemah perintah kepada program penyelia. Lapisan ini dikenali sebagai cengkerang (shell). Contoh cengkerang untuk Linux adalah csh (C Shell) dan bash (Born Again Shell). Kini bilangan komputer yang menggunakan antara muka baris perintah semakin berkurangan. Ianya masih digunakan dalam sistem kerangka utama dan juga sistem pelayan yang menggunakan platform UNIX. Tren sistem pengoperasian komputer menuju kepada persekitaran mesra pengguna dan berorientasikan grafik yang dinamakan antara muka grafik. Antara muka grafik bergantung kepada perisian berasaskan grafik yang membolehkan teks disepadukan dengan imej grafik. Antara komponen dalam antara muka grafik (GUI) adalah ikon, kotak dialog dan menu. Contoh perisian yang menggunakan antara muka grafik adalah seperti BeOS, Macintosh dan Windows. Pengguna GUI berinteraksi dengan sistem pengoperasian dan lain-lain pakej perisian dengan menggunakan peranti penuding seperti tetikus dan papan kekunci untuk memasukkan arahan. Kini pengguna tidak perlu menaip setiap baris perintah, pengguna hanya perlu membuat pilihan dari paparan pada skrin. Pengguna menggunakan tetikus untuk memanipulasi ikon, kotak dialog dan menu. Dalam GUI, ikon adalah imej grafik yang mewakili sesuatu aktiviti pemprosesan. Sebagai contoh, pengguna mungkin memilih ikon tong sampah untuk menghapuskan fail dari storan. GUI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 pada komputer Macintosh. GUI banyak memudahkan pengguna di mana kini pengguna tidak perlu menghafal dan memasukkan arahan rumit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7. (ii) Menguruskan perkakasan seperti komponen-komponen input (tetikus, papan kekunci, pengimbas), output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama (RAM). Sistem Pengoperasian berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki/ mengikuti atur cara mana yang memerlukan perkakas mana.

(iii) Menguruskan sistem fail cakera keras. Sistem pengoperasian menguruskan perjalanan data dari komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor) dan dari storan sekunder kepada ingatan utama serta dari ingatan utama kepada storan sekunder.

58

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.7: Antara muka grafik

(iv) Menguruskan proses atau perjalanan perisian yang lain. Andaikan pelaksanaan satu perisian sebagai satu proses. Jika pengguna menggunakan tiga perisian serentak (contohnya, menghasilkan grafik dengan CorelDraw, melayari Internet dengan Internet Explorer dan mendengar muzik dari Internet dengan RealAudio) maka terdapat tiga proses yang berbeza sedang dilaksanakan dalam komputer. Sistem pengoperasian bertanggungjawab agar ketiga-tiga proses tersebut berjalan lancar dan tidak berlaku apa-apa yang boleh menyebabkan pemprosesan komputer tergantung. Kemampuan menggunakan tiga perisian serentak dikenali sebagai multi tugasan. Ciri yang amat penting bagi sistem pengoperasian dalam menguruskan multi tugasan ialah teguh, iaitu sekiranya berlaku kegagalan pada satu perisian tidak akan menyebabkan komputer atau proses lain tergantung. Sistem pengoperasian yang mempunyai ciri teguh adalah Unix,Linux dan BeOS.

OUM

59

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Lain-lain fungsi utama sistem pengoperasian adalah seperti berikut :(i) (ii) Untuk membantu interaksi antara komputer dan pengguna. Untuk membantu komunikasi antara komponen-komponen komputer.

(iii) Untuk mengurangkan masa bagi menjalankan arahan pengguna. (iv) Untuk mengoptimakan penggunaan sumber sistem komputer. (v) Untuk menjejak semua fail dalam storan cakera. (vi) Untuk memastikan keselamatan kepada sistem komputer. (vii) Untuk memantau semua aktiviti sistem dan memberi amaran kepada pengguna tentang sebarang masalah pada sistem.

Latihan 5.1
1. 2. Nyatakan kelebihan antara muka pengguna bergrafik (Graphical User Interface, GUI) ke atas antara muka baris perintah (Command line). Nyatakan dua cara membuka fail dengan GUI.

5.5

CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN

Setiap sistem pengoperasian mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Malah kemampuan setiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama untuk satu sistem pengoperasian seperti multi tugasan, multipengguna, multipemprosesan, kelompok dan ingatan maya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Ciri-ciri sistem pengoperasian

5.5.1

Multi Tugasan

Keupayaan sesuatu sistem komputer untuk mengendalikan lebih dari satu tugasan pada satu masa secara serentak dikenali sebagai multi tugasan. Sekiranya suatu sistem pengoperasian hanya membenarkan satu tugasan dilakukan pada satu masa, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pengoperasian tugasan tunggal.
60

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Multi tugasan membolehkan seorang pengguna melaksanakan satu tugasan baru tanpa perlu keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan dan menggunakan hasil dari tugasan kedua dalam tugasan pertama. Contohnya, pengguna boleh menghasilkan carta dalam perisian hamparan semasa menggunakan perisian memproses perkataan dan memasukkan carta tersebut dalam dokumen yang sedang ditulis. Multi tugasan terbahagi kepada dua kaedah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.9.

Rajah 5.9: Multi tugasan

(i)

Multi tugasan kerjasama (cooperative multitasking). Multi tugasan kerjasama adalah satu atur cara yang ditulis agar ia boleh bertanya kepada sistem pengoperasian secara berkala dari semasa ke semasa sama ada wujud atur cara lain yang perlu menggunakan pemproses. Sekiranya ada atur cara lain yang memerlukan pemproses, atur cara ini akan melepaskan pemproses. Contoh sistem pengoperasian dengan kaedah multi tugasan seperti ini adalah Macintosh dan Windows XP. Multi tugasan bantutan (preemptive multitasking). Sistem pengoperasian akan melayan satu proses yang terdiri dari setiap atur cara atau perisian yang dilaksanakan. Sistem pengoperasian akan menyelenggarakan senarai proses-proses yang sedang dilaksanakan. Dengan cara ini sistem pengoperasian menentukan keutamaan pelaksanaan setiap atur cara. Dengan cara yang sama sistem pengoperasian berkuasa mencelah dan mengubahsuai keutamaan tersebut, menentukan berapa lama perlu melayan setiap proses sebelum melaksanakan proses lain dan boleh membantut/ memberhentikan proses yang sedang dijalankan dan menggantikan proses yang lebih penting pada setiap masa. Contoh sistem pengoperasian yang berkemampuan multi tugasan bantutan adalah Linux, BeOS, OS/2 dan Windows 2000.

(ii)

Pengguna selalunya tidak nampak perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kaedah multi tugasan dalam keadaan biasa. Perbezaan ketara mungkin dapat dilihat dalam aplikasi masa nyata (real-time application). Kaedah multi tugasan bantutan adalah lebih teguh dan stabil dari multi tugasan kerjasama.

5.5.2

Multi Pengguna

Sekiranya sistem pengoperasian berkebolehan untuk membolehkan lebih dari satu pengguna mencapai komputer pada satu masa, ia dikatakan mempunyai kemampuan multipengguna.

OUM

61

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Kadang-kala multi tugasan juga disebut sebagai perkongsian masa (time-sharing). Selalunya, sistem pengoperasian multi pengguna membenarkan multi tugasan. Setiap pengguna mendapat selang masa yang sama atau disebut juga hirisan masa (time slices). Contoh sistem pengoperasian berkemampuan multi pengguna adalah Unix, Window 2000 dan Linux.

5.5.3

Multi Pemproses

Multi pemproses merujuk kepada sistem pengoperasian yang boleh mengendalikan lebih dari satu pemproses secara serentak. Penggunaan lebih dari satu pemproses sesuai untuk komputer saintifik kerana komputer jenis ini melakukan pengiraan dan pemprosesan yang banyak. Oleh itu, komputer saintifik memerlukan sistem pengoperasian yang boleh menguruskan lebih dari satu pemproses. Contoh sistem pengoperasian multipemproses adalah Unix (Solaris), Linux, BeOS dan Windows 2000. Jadual 5.1 menunjukkan sistem pengoperasian dan bilangan maksimum pemproses.
Jadual 5.1: Sistem Pengoperasian dan Bilangan Maksimum Pemproses Sistem Pengendalian BeOS Sun Solaris Linux SGI Irix Bilangan Maksimum Pemproses 8 64 16 128

5.5.4

Kelompok

Kelompok (batch) merujuk kepada penggunaan sistem pengoperasian. Pada awal era komputer, pemprosesan data digunakan secara kelompok. Ini bermaksud data dan atur cara disediakan secara kelompok untuk diproses oleh komputer. Pengguna tidak boleh memasukkan data semasa atur cara diproses. Data dan atur cara dikumpul dan dimasukkan sekaligus untuk diproses oleh komputer. Pemprosesan kelompok ini masih digunakan sehingga kini di dalam persekitaran sistem kerangka utama. Kini sistem pengoperasian memproses data secara interaktif, di mana pengguna boleh memasukkan data semasa atur cara dilaksanakan.

5.5.5

Ingatan Maya

Lazimnya, sistem pengoperasian akan memuatkan perisian aplikasi ke dalam ingatan utama atau RAM untuk melarikan perisian aplikasi. Jika ingatan RAM bersaiz kecil atau saiz perisian adalah besar, perisian tersebut mungkin tidak akan dapat ditampung dan dilarikan. Sebagai langkah penyelesaian untuk masalah ini, sistem pengoperasian akan menggunakan kaedah ingatan maya. Dengan kaedah ini, sistem pengoperasian akan menggunakan storan sekunder (cakera keras) sebagai sebahagian daripada ingatan utama. Dalam kaedah ini, sistem pengoperasian memasukkan sebahagian perisian aplikasi ke dalam ingatan dan sebahagian ke dalam ingatan maya. Apabila ini terjadi, perjalanan komputer akan menjadi perlahan kerana capaian dari storan sekunder adalah lebih perlahan berbanding dengan capaian dari ingatan utama.

62

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Sebagai contoh, pengguna sering mendapati komputer menjadi perlahan semasa dua atau tiga perisian dilarikan sekaligus. Ini disebabkan sistem pengoperasian perlu memindah data dari ingatan utama (RAM) kepada storan sekunder (cakera keras) dan sebaliknya. Proses pemindahan data ini perlahan, dan sering melibatkan bunyi bising yang menunjukkan komputer sedang mencapai cakera keras. Proses memindah data dari ingatan maya ke ingatan utama dan dari ingatan utama kepada ingatan maya disebut sebagai swap. Ruang swap pada cakera keras adalah saiz storan yang digunakan sebagai ingatan maya seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.10. Sistem pengoperasian yang tidak mempunyai kemampuan ingatan maya adalah DOS, sementara yang ada kemampuan ini adalah Unix, Linux, BeOS dan Windows.

Rajah 5.10: Ruang swap

5.6

PERISIAN APLIKASI

Perisian aplikasi mengandungi atur cara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak pengguna yang tertentu. Perisian aplikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu perisian asas dan perisian termaju. Perisian asas adalah perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti pengguna manakala perisian termaju pula adalah perisian untuk tujuan khusus dan memerlukan kepakaran untuk menggunakannya. Dengan bantuan komputer, kini anda boleh melaksanakan berbagai operasi yang dahulunya hanya boleh dilaksanakan oleh pakar yang terlatih. Perisian aplikasi adalah perisian yang mengandungi aturcara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak tertentu pengguna. Jika perisian sistem dianggap sebagai perisian belakang tabir, perisian aplikasi pula dianggap sebagai aturcara yang melakukan kerja yang berfaedah seperti menaip, mengira dan melukis. Perisian aplikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu perisian asas dan perisian termaju. Perisian asas juga dikenali sebagai aturcara aplikasi tujuan am. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran pengguna dengan membantu

OUM

63

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

pengguna melakukan tugas-tugas lazim. Ia disebut juga pakej pengeluaran. Contoh perisian asas adalah perisian pemprosesan kata, perisian hamparan, pengurusan pangkalan data, perisian kelompok, perisian gabungan, komunikasi dan aksesori atas-meja. Perisian termaju adalah perisian untuk tujuan khas dan memerlukan kebolehan dan kepakaran yang lebih untuk digunakan. Perisian ini juga disebut sebagai aturcara tertentu yang boleh dikategorikan kepada tiga seperti di dalam Rajah 5.11.

Rajah 5.11: Kategori perisian termaju

(i)

Aturcara aplikasi perniagaan (business application program) iaitu perisian untuk menyelesaikan kehendak fungsi perniagaan dan industri seperti perakaunan, jualan, kewangan, pembuatan, pengurusan operasi dan lain-lain. Aturcara aplikasi saintifik (scientific application program) iaitu perisian untuk melaksanakan tugas pemprosesan yang berkaitan dengan sains seperti sains tabii, fizikal, sosial, kelakuan, matematik, statistik, kejuruteraan dan lain-lain.

(ii)

(iii) Aturcara aplikasi lain iaitu perisian selain daripada perisian untuk tujuan perniagaan dan saintifik. Ini meliputi perisian untuk pendidikan, perubatan dan lain-lain.

5.7

TEKNOLOGI PERISIAN APLIKASI

Semua perisian aplikasi mempunyai ciri-ciri asas seperti tetingkap, kursor, palang tatal, palang menu, menu tarik-turun, menu bantuan, menu pop timbul, kotak dialog, makro, tutoran dan dokumentasi. Pada sistem pengendalian Windows, dua jenis teknologi yang digunakan pada perisian aplikasi adalah DDE and OLE. Rajah 5.12 menunjukkan teknologi perisian aplikasi.

64

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.12: Teknologi perisian aplikasi

DDE (Dynamic Data Exchange) adalah teknologi yang membolehkan perisian aplikasi yang berbeza berkongsi data. Sebagai contoh, data dari perisian pangkalan data MSAccess boleh dikait/dirujuk ke dalam dokumen perisian pemproses kata MS-Word. Bagaimanapun, teknologi DDE mempunyai satu kekangan. Pengguna tidak boleh mengemaskini data perisian pangkalan data melalui dokumen pemproses kata yang terlibat. Pengguna perlu mengemaskini data perisian hamparan dalam aplikasi pangkalan data, dan kemudian melaksanakan aplikasi pemprosesan kata untuk mengemas kini data tersebut. OLE (Object Linking and Embedding) adalah satu teknologi untuk membaiki kelemahan DDE. Ia membenarkan pengguna mencipta satu objek dalam satu perisian aplikasi, sebagai contoh satu jadual dalam perisian hamparan, dan kemudian membenamkan/memasukkan objek tersebut dalam perisian aplikasi lain, contohnya perisian pemprosesan kata. Dengan DDE, data tidak dibenamkan ke dalam dokumen, sebaliknya data hanya dikait/dirujuk ke dalam dokumen. Di dalam OLE, apabila data telah dibenamkan ke dalam aplikasi tersebut, ia dianggap sebagai satu objek dan boleh diubahsuai. Bagaimanapun, data (fail asal) sebenarnya tidak boleh diubah. Jika kita perlu mengubahnya, kita perlu klik dua kali pada objek tersebut, misalnya jadual perisian hamparan, dan objek tersebut akan dibuka di bawah perisian aplikasi asal. Perubahan yang dibuat tidak akan mengubah fail asal kerana OLE hanya memaut perisian dan tidak data. Teknologi selanjutnya yang diperkenalkan oleh Microsoft adalah COM (Component Object Model) dan yang paling terkini DCOM (Distributed Component Object Mode). Contoh yang diberikan melibatkan perisian hamparan dan pemprosesan perkataan, tetapi pengguna boleh memasukkan/membenamkan apa jua data dalam dokumen pemprosesan kata seperti audio, video, grafik dan sebagainya. Windows 95/98/NT juga memperkenalkan OCX (OLE Custom eXtension) iaitu komponen kecil yang boleh digabungkan untuk membangunkan perisian. Contohnya, pengguna boleh mengabungkan beberapa OCX untuk membina penyunting atau perisian hamparan. Teknologi ini telah dinamakan ActiveX pada tahun 1996.

Latihan 5.2
Apakah perbezaan antara perisian asas dan perisian termaju?

OUM

65

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

5.8
5.8.1

JENIS PERISIAN ASAS


Pemproses Kata

Mereka yang terlibat dalam perniagaan menggunakan pemproses kata untuk menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dan apa-apa sahaja yang perlu ditaip. Pengguna dalam persekitaran rumah menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dan banyak lagi. Perisian pemprosesan perkataan membolehkan anda mencipta, sunting, format, simpan dan cetak teks dan grafik di dalam satu dokumen. Memandangkan anda boleh menyimpan memo atau dokumen yang anda taip ke dalam cakera, anda boleh mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu dengannya. Bahagian dokumen tersimpan yang tidak berubah tidak perlu ditaip semula; seluruh dokumen yang telah disemak boleh dicetak semula seperti baru. Satu tugasan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer adalah penyediaan maklumat dalam bentuk dokumen. Perisian pemproses kata adalah perisian yang banyak digunakan oleh pengguna. Lima aktiviti penting pemproses kata adalah kemasukkan maklumat, paparan maklumat, penyuntingan maklumat, storan dan capaian semula dan cetakan maklumat seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.13.

Rajah 5.13: Lima aktiviti pemproses kata

66

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Konsep pemprosesan kata pada komputer peribadi adalah berasaskan kepada konsep WYSIWYG (what you see is what you get). Apa yang dilihat pada skrin adalah bagaimana sesuatu dokumen akan dihasilkan oleh pencetak fon, grafik dan sebagainya. Fon merujuk kepada jenis, saiz dan rupa huruf. Kebanyakan pemproses kata mempunyai ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan keupayaan pemproses kata. Ciri-ciri tersebut adalah seperti penyemak ejaan, penyemak nahu, thesaurus, makro, isihan dan penggaris idea. Aktiviti yang boleh dilakukan semasa memproses kata adalah seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen. Anda boleh mencari sebarang perkataan dengan cepat dalam sesuatu dokumen dengan menggunakan perintah cari dalam pemproses kata. Perintah ganti pula boleh menggantikan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Selain dari itu, ejaan boleh disemak dengan aturcara penyemak ejaan. Penyemak nahu pula akan mengecam penggunaan ayat yang kurang tepat, nahu yang salah atau ayat yang terlalu panjang. Contoh perisian pemproses kata yang terawal adalah Wordstar. Contoh perisian pemprosesan kata yang meluas sekarang adalah seperti Word Perfect, Ami Pro dan MSWords. Dengan pertambahan bilangan fitur dalam pakej pemproses kata, pemprosesan kata telah menyeberangi sempadan ke kawasan penerbitan atas meja. Pakej penerbitan atas meja selalunya lebih baik dari pakej pemprosesan kata dalam memenuhi keperluan penerbitan aras tinggi, khasnya tentang pemilihan huruf dan penghasilan semula warna. Banyak majalah dan suratkhabar hari ini bergantung ke atas perisian penerbitan atas meja. Perniagaan menggunakannya untuk menghasilkan akhbar yang kelihatan profesional, laporan dan risalah untuk meningkatkan komunikasi dan memberikan gambaran yang lebih baik kepada dunia luar. Apabila dokumen sedang disunting oleh pengguna, perisian pemproses kata akan memuatkan satu salinan dokumen dari storan sekunder (cakera keras) ke dalam ingatan utama (RAM). Semua aktiviti suntingan akan dilakukan pada salinan di ingatan utama. Ini kerana capaian data dari ingatan utama lebih pantas dari capaian dari ingatan sekunder. Bila pengguna selesai menyunting, pengguna boleh menyimpan kembali (save) dokumen tersebut ke dalam storan sekunder untuk menggantikan salinan yang asal. Dokumen yang dihasilkan oleh perisian pemproses kata komersil seperti Word Perfect dan MS Words adalah dalam format tertentu dan bukan dalam bentuk teks atau ASCII. Sebagai contoh, MS-WORD menggunakan format menyimpan dokumen tersendiri. Oleh itu, dokumen MS-Words tidak mudahalih kerana dokumen tersebut tidak boleh digunakan pada pelantar selain dari pelantar Windows.

Format pdf (portable document format) adalah satu format dokumen mudah alih. Ini boleh menimbulkan masalah dalam persekitaran bercampur di mana terdapat sistem pengendalian Unix, OS/2, BeOS Windows dan Linux di satu tempat. Beberapa kaedah boleh diambil untuk menghasilkan satu bentuk dokumen yang mudah alih. Di antara kaedah tersebut adalah dengan menghasilkan dokumen dalam format pdf, ps atau dalam bahasa penanda seperti SGML, XML atau TeX.

OUM

67

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Pengguna boleh menggunakan format ini untuk menghasilkan dokumen mudahalih di antara sistem pengendalian yang berlainan. Semua bentuk dokumen seperti dokumen hamparan, persembahan powerpoint, pemprosesan kata dan grafik boleh ditukar kepada bentuk pdf dengan menggunakan perisian Distiller. Dokumen pdf yang terhasil mempunyai kemampuan hiperteks, boleh dicetak, boleh dipapar pada komputer tetapi ia tidak boleh disunting. Format pdf telah diperkenalkan oleh syarikat Adobe. Kebanyakan artikel yang didapati secara percuma dari Internet terdapat dalam format postscript atau pdf. Dokumen dengan format postscript atau pdf boleh dipaparkan dengan perisian Ghostview yang boleh diperolehi secara percuma di http:// www.cs.wisc.edu/~ghost. Syarikat Adobe memberikan secara percuma perisian paparan pdf iaitu perisian Adobe Acrobat di http:// www.adobe.com. Pengguna boleh juga menggunakan format ps (postscript). Sebenarnya postscript adalah satu bahasa pemerihalan halaman (page description language) dan banyak digunakan di dalam pencetak laser untuk menghasilkan cetakan bermutu tinggi. Contoh dokumen dalam format ps adalah seperti di dalam Rajah 5.14. Dokumen ini akan menghasilkan satu dokumen yang mempunyai perkataan Selamat datang ke OUM jika dicetak pada pencetak berkemampuan postscript. /TeXDict 300 dict def TeXDict begin /Ndefdef /Bbind defN /FMat[1 0 0 -1 0 0]N /FBB[0 0 0 0]N /nn 0 N /IE 0 N /ctr 0 N 4 MB /w0 rmovetoB /lp -4 wB /mp -3 wB /np -2 wB /op p 1 wB /rp 2 wB /sp 3 wB /tp 4 wB /x0 S rmovetoB /y aB /bos/SS save NB /eosSS restoreB end TeXDict begin 39158280 55380996 1000 600 600 (hello.dvi) @start /Fa 14 117 dfI116 D E 1 0 bop 639 523 a Fa(Selamat)28 b(datang)e(k)n(e)h(OUM)1926 5255 y(1)p eop end userdict /end-hook known end-hook if
Rajah 5.14: Contoh format ps (postscript)

Pengguna boleh juga menghasilkan dokumen mudahalih dalam bahasa penanda seperti HTML (Hypertext Markup Language), SGML (Standardized Markup Language) dan XML (Extensible Markup Language). Tujuan utama menghasilkan dokumen dalam bahasa penanda ialah untuk memisahkan maklumat dengan format dokumen. Konsep ini sama dengan konsep memisahkan aturcara dengan data dalam pangkalan data. Dengan ini, format dokumen boleh diubahsuai dengan mudah tanpa melibatkan maklumat yang terdapat dalam dokumen.

68

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

SGML adalah satu piawai antarabangsa untuk menghasilkan dokumen elektronik yang bebas pelantar dan bebas perkakasan. Ini membawa maksud bahawa dokumen dalam SGML boleh digunakan pada pelantar Unix, Windows, Linux dan apa jua pelantar tanpa sebarang perubahan. Dokumen dalam bentuk SGML juga boleh diubah kepada berbagai jenis format seperti pdf, CD-ROM, ps, pangkalan data, sistem maklumat, hiperteks atau apa juga format yang diperlukan dengan mudah. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1960an. HTML adalah subset SGML untuk kegunaan Internet. XML dihasilkan untuk mengatasi kelemahan HTML di mana ia merupakan superset pada HTML dan subset dari SGML. Pengguna juga boleh menggunakan perisian TEX untuk menghasilkan dokumen mudahalih dari dokumen dalam bentuk bahasa penanda TeX. Dokumen berasaskan TeX boleh diproses untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk pdf, ps dan dvi (Device Independence). TEX banyak digunakan dalam menghasilkan dokumen matematik dan saintis.

Latihan 5.3
1. 2. Apakah yang anda faham dengan konsep WYSIWYG? Senaraikan beberapa ciri tambahan pemproses kata yang anda tahu?

5.9

PERISIAN HAMPARAN

Hamparan yang terdiri dari baris dan lajur nombor, telah digunakan sebagai alat perniagaan sejak berkurun lamanya. Hamparan yang dihasilkan secara manual rumit untuk disediakan, dan apabila terdapat perubahan, banyak pengiraan yang perlu dilakukan semula. Perisian hamparan boleh melakukan pengiraan semula hasil secara automatik apabila satu nombor berubah. Misalnya, satu tugas hamparan adalah mengira jarak berasaskan kadar dan masa, perubahan pada kadar akan menyebabkan pengiraan semula secara automatik yang akan turut mengubah jarak. Kebolehan ini membolehkan ahli perniagaan mencuba gabungan nombor-nombor berbeza dan mendapatkan hasil dengan cepat. Kebolehan untuk bertanya Apa jika? dan kemudian melihat hasil di atas komputer sebelum membelanjakan sebarang sumber membolehkan ahli perniagaan membuat keputusan yang lebih pantas dan baik. Secara ringkas, perisian hamparan adalah perisian untuk membuat analisa, perhitungan, perancangan dan permodelan matematik dalam komputer. Bagaimana dengan perisian hamparan untuk pengguna di rumah? Kebolehan untuk memasukkan gabungan nombor dalam cara yang bermakna seperti gabungan bayaran muka dan kadar faedah untuk belian rumah memberikan gambaran kewangan kepada pengguna yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Pengguna di rumah menggunakan hamparan untuk semua perkara daripada menyediakan belanjawan hingga menimbangkan sama ada untuk menerima kerja baru hingga menjejak kemajuan di gim. Ia boleh digunakan untuk mencipta model berasaskan matematik dan lain-lain aktiviti perniagaan. Kini, perisian ini telah menggantikan kertas hamparan kerja, kalkulator dan pensil.

OUM

69

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Antara fungsi tradisional yang boleh disokong oleh perisian hamparan adalah: (i) (ii) menyimpan data secara automatik membuat ringkasan data mentah dan menghasilkan maklumat

(iii) melaksanakan analisis dan meningkatkan perancangan Kekuatan hamparan ialah ia boleh melakukan pengiraan secara automatik dengan cepat dan tepat. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk melakukan analisis what-if, analisis kepekaan, keperluan perbelanjaan, ramalan keuntungan, mencipta grafik dan melakukan simulasi. Sebarang masalah yang melibatkan data yang boleh dimasukkan dalam bentuk lajur dan baris adalah sesuai untuk hamparan. Contoh perisian adalah Quattro Pro dan Lotus 1-2-3. Hamparan terbahagi kepada lajur dan baris. Setiap baris diberi nombor dan setiap lajur diberi nama. Persilangan setiap lajur dan baris dikenali sebagai sel. Setiap sel mempunyai alamat rujukan dan alamat tetap. Dalam setiap sel, pengguna boleh menaip nombor, teks atau formula matematik. Secara asasnya, penyelesaian masalah menggunakan hamparan boleh dibahagikan kepada empat langkah. (i) Peringkat takrifan masalah yang meliputi tujuan hamparan kerja, jenis output yang dikehendaki, jenis input yang perlu diubah, anggapan semasa pengiraan dan jenis formula yang akan digunakan. Peringkat merancang bentangan hamparan kerja yang meliputi bagaimana menyusun label, data, formula dan suruhan lain untuk kecekapan, kejelasan dan kebolehlenturan maksimum.

(ii)

(iii) Peringkat memasukkan hamparan kerja yang melibatkan jenis perintah yang diperlukan untuk memasukkan, menyunting dan menyimpan nilai, label, formula dan fungsi dalam bentangan yang dikehendaki. (iv) Peringkat uji dan guna iaitu peringkat menguji sama ada hamparan menghasilkan keputusan yang tepat bila data dimasukkan. Ciri-ciri lain yang terdapat pada hamparan elektronik adalah makro (bahasa aturcara ringkas yang boleh digunakan untuk mengulangi langkah-langkah yang tertentu), fungsi matematik, grafik, plot 3-D, fungsi cergas dan integrasi dengan aplikasi lain. Perisian hamparan untuk Windows 95 mempunyai kemampuan OLE/DDE dengan aplikasi lain. Rajah 5.15 menunjukkan hamparan elektronik Excel.

70

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.15: Hamparan elektronik Excel

Latihan 5.3
Nyatakan kegunaan hamparan elektronik dalam perniagaan.

5.10

PANGKALAN DATA

Perisian ini boleh menyimpan data, mengemaskini, memanipulasi, mencapainya, melapor dalam berbagai pandangan dan mencetaknya dalam banyak bentuk. Apabila data berada dalam peringkat laporan iaitu bentuk yang berguna kepada pengguna; data telah menjadi maklumat. Penganjur konsert, misalnya boleh menyimpan dan mengubah data tentang tarikh konsert akan datang, tempat duduk, harga tiket dan jualan. Setelah ini dilakukan, penganjur boleh menggunakan perisian untuk mencapai maklumat, seperti bilangan tiket yang dijual dalam setiap julat harga atau peratus tiket yang dijual pada hari sebelum konsert. Perisian pangkalan data berguna untuk sesiapa yang mesti menjejak jumlah fakta berhubungan yang besar. Sebagai contoh, seorang sukarelawan yang mencari penderma darah untuk Tabung Darah Negara, menyimpan fail semua penderma dalam kawasannya supaya dia boleh mencapai nama dan nombor telefon dengan bertanya soalan berasaskan jenis darah, poskod atau tarikh terakhir derma darah dilakukan. Perisian sistem pengurusan pangkalan data (DMBS) juga dikenali sebagai pengurus pangkalan data.

OUM

71

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

DBMS ialah sistem yang berasaskan komputer untuk mentakrif, memanipulasi, mengawal, mengurus, menyelenggara dan menggunakan pangkalan data. Pangkalan data boleh ditakrifkan sebagai; (i) (ii) satu koleksi data serta maklumat dan hubungan antara data tersebut. satu koleksi data tentang satu entiti yang berkaitan.

Data boleh melibatkan teks, video, grafik, audio dan lain-lain. Pangkalan data disimpan pada storan sekunder. Untuk memenuhi sesuatu keperluan organisasi, data perlu dikumpul, disimpan dan dicapai secara efektif. Pangkalan data boleh membantu dalam ketiga-tiga proses ini. Ia juga membolehkan data diproses dan dikongsi bersama oleh pelbagai pihak. Data juga boleh disunting, ditambah dan dibuang dengan mudah. Pengguna juga boleh melakukan pertanyaan (query) terhadap pangkalan data untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa istilah penting dalam pangkalan data adalah entiti, atribut, medan, rekod dan hubungan. Entiti adalah benda, orang, tempat atau kejadian yang mana data dan maklumat adalah mengenainya. Contoh entiti adalah seperti universiti, pelajar, pekerja, kereta dan doktor. Atribut atau medan adalah data atau maklumat yang menerangkan sifat atau ciri-ciri entiti tersebut. Sebagai contoh, entiti adalah pelajar. Contoh atribut untuk entiti pelajar adalah nama, alamat, tarikh lahir, kad pengenalan, nombor matriks dan jantina. Rekod, iaitu koleksi beberapa atribut yang berkaitan untuk satu entiti. Ia juga boleh memerihalkan sesuatu peristiwa/keadaan, iaitu beberapa medan yang berkaitan tentang sesuatu peristiwa/keadaan digabungkan secara logikal untuk membentuk rekod. Contoh satu rekod yang menggabungkan beberapa atribut untuk satu entiti pelajar adalah seperti berikut; Nama Nombor matrik Kad pengenalan Alamat Tarikh lahir : : : : : Abdullah Adam 789 770101-01-1111 No 7, Jalan Sephia 2, Taman Sephia Permai, Bangi 1/1/1977

Fail ialah beberapa koleksi rekod yang mempunyai atribut yang sama. Contohnya, fail pelajar tahun pertama adalah terdiri dari semua rekod pelajar tahun pertama yang menuntut di Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia. Pangkalan data adalah koleksi beberapa fail yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Sumber data utama untuk sesuatu sistem maklumat berasaskan komputer adalah pangkalan data. Pangkalan data juga bertujuan untuk mengurangkan penduaan data. Contohnya, pangkalan data pelajar mungkin terdiri dari gabungan fail peribadi pelajar, fail kursus yang ditawarkan di OUM, fail kegiatan ko-kurikulum dan fail kewangan pelajar seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.16. Rajah 5.17 menunjukkan tahaptahap yang berbeza dalam pangkalan data.

72

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.16: Pangkalan data

Rajah 5.17: Tahap-tahap dalam pangkalan data

5.10.1

Jenis Pangkalan Data

Terdapat empat jenis pangkalan data: hubungan, rangkaian, hirarki dan berasaskan objek seperti di dalam Rajah 5.18. Pangkalan data jenis hubungan adalah yang paling banyak digunakan sekarang. Dalam pangkalan data jenis ini, data disusun dalam bentuk jadual yang mengandungi lajur dan baris. Setiap lajur merupakan satu atribut, dan setiap baris merupakan satu rekod. Jadual data tersebut juga mempunyai ciri-ciri berikut: (i) (ii) Setiap lajur hanya menerangkan satu sifat sahaja. Urutan lajur dan baris tidak mustahak.

(iii) Setiap baris adalah unik.

OUM

73

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Rajah 5.18: Jenis-jenis pangkalan data

5.10.2

Organisasi DBMS

DBMS berfungsi untuk menguruskan data dan maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data. Ia boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia bertindak sebagai fasilitator yang membenarkan pengguna mencapai dan memanipulasi unsur data terkamir dalam pangkalan data. Contoh DBMS untuk komputer peribadi adalah seperti MS-Access, dBase V, FileMaker Pro, FoxPro, Visual Fox Pro dan Paradox. DBMS berbeza dengan sistem pengurusan fail tradisional di mana pengurusan fail tradisional adalah satu sistem di mana fail-fail adalah berasingan di antara satu sama lain. Sebagai contoh, fail pelajar dan fail kursus yang ditawarkan pada setiap semester adalah berbeza dan tidak mempunyai sebarang hubungan. Ini menyulitkan pemprosesan fail jika maklumat dari beberapa fail diperlukan. Sebagai contoh, kita mempunyai rekod serta atribut-atribut berikut: (i) (ii) fail pelajar - nama, matrik, I/C, jabatan fail pendaftaranKursusTZ1443 - matrik, nama, jabatan

(iii) fail pendaftaranKursusTU2983 - matrik, nama, jabatan (iv) fail pensyarahBilik - nama pensyarah, no. bilik Dengan sistem fail tradisional, kita mungkin menghadapi masalah dalam mendapatkan senarai nama pelajar berdasarkan jabatan atau senarai kursus yang diambil oleh pelajar A kerana maklumat-maklumat tersebut berada dalam tiga fail yang berbeza. Sistem pemprosesan fail tradisional ini mempunyai beberapa kelemahan: (i) (ii) (ii) Lewahan data (data redundancy), iaitu atribut data yang sama terdapat dalam fail yang berbeza. Kewibawaan data (data integrity), iaitu data perlu dikemaskini dalam semua fail untuk memastikan agar data adalah konsisten. Kebebasan aturcara dan data (program and data independence), iaitu program dan data berhubungkait antara satu sama lain.

74

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

DBMS dicipta sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah di atas. DBMS mempunyai lima objektif utama iaitu: (i) (ii) Ia membolehkan integrasi data dari berbagai sumber fail atau pangkalan data. Ia mengelakkan lewahan data.

(iii) Ia juga membolehkan perkongsian data di antara aplikasi yang berbeza. (iv) Kewibawaan pangkalan data dapat dikekalkan dari segi keselamatan dan kebolehpercayaan. (v) Data dalam pangkalan data boleh diubah mengikut keperluan.

Di dalam pangkalan data, setiap fail mempunyai hubungan dengan fail yang lain. Hubungan di antara setiap fail dilakukan melalui medan kunci (key field). Dalam pangkalan data, kamus data menyimpan maklumat tentang data dan struktur pangkalan data. Dalam membina aplikasi pangkalan data, langkah-langkah berikut dilakukan adalah seperti di dalam Rajah 5.19.

Rajah 5.19: Langkah-langkah membina aplikasi pangkalan data

Langkah-langkah ini lazimnya dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kursus Analisa dan Rekabentuk Sistem. DBMS diperlukan untuk membebaskan data dan aturcara aplikasi. Ini akan memudahkan capaian dan penyuntingan data, meminimumkan lewahan data, mentakrifkan data, menguruskan keselamatan data dan menyenggarakan kekamiran data. Ia boleh ditakrifkan sebagai lapisan perisian yang mengelilingi pangkalan data. Perisian ini termasuk bahasa pertanyaan, penjana laporan dan utiliti serta grafik. Sistem pengurusan pangkalan data mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, perisian ini adalah mahal. Untuk komputer peribadi, perisian DMBS berharga antara RM1000-RM2500 setiap satu. Perisian ini adalah untuk pengguna tunggal dan mempunyai had bilangan fail yang boleh dicipta. Contohnya Access, FoxPro, Paradox dan dBase.

OUM

75

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Untuk komputer kerangka besar, seperti perisian pangkalan data yang digunakan untuk pendaftaran pelajar di UKM, pendaftaran kereta di JPJ atau pendaftaran pesakit di HUKM, harga perisian DBMS adalah tinggi. Contoh DBMS berkemampuan tinggi adalah seperti IDMS, DB2, Oracle, Sybase dan Informix. Penggunaan DBMS juga memerlukan storan sekunder yang besar dan CPU yang berkuasa tinggi. Terdapat juga keperluan kepada pekerja yang mahir untuk menguruskan sistem DBMS ini. Pekerja yang menguruskan sistem DBMS dikenali sebagai Database Administrator (DBA). Pembangunan sistem maklumat berasaskan DBMS ini adalah lebih kompleks, memakan masa dan lebih tinggi kosnya. Namun demikian, perisian DBMS merupakan perisian teras mana-mana organisasi sama ada besar atau kecil untuk menguruskan maklumat. Hampir semua organisasi besar dalam berbagai industri menggunakan perisian DBMS untuk menguruskan maklumat. Setengah pihak mengatakan bahawa organisasi tidak akan dapat berfungsi tanpa satu sistem DBMS yang baik. Terdapat tiga perhubungan yang boleh wujud dalam pangkalan data hubungan iaitu satuke-satu, satu-ke-banyak dan banyak-ke-banyak seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 5.20. Sebagai contoh, kita ambil satu pangkalan data untuk satu perniagaan yang mempunyai fail pelanggan, fail jualan, fail inventori dan fail pembekal. Perhubungan satu-ke-satu di mana satu data hanya boleh berhubungan dengan satu data yang lain. Contohnya, perhubungan fail pelanggan dengan fail jualan. Perhubungan satu-kebanyak di mana satu data boleh berhubungan dengan lebih dari satu data lain. Contohnya, fail pelanggan dengan fail jualan jika pelanggan melakukan banyak pembelian. Perhubungan banyak-ke-banyak dimana satu atau lebih data boleh berhubungan dengan lebih dari satu atau banyak data. Contohnya, banyak pembekal boleh membekalkan lebih dari satu barang.

Rajah 5.20: Contoh hubungan satu-ke-satu, satu-ke-banyak dan banyak- ke-banyak

Terdapat beberapa jenis organisasi pangkalan data. Tiga jenis organisasi pangkalan data: hirarki, rangkaian dan hubungan akan dibincangkan di sini.

76

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

KLIA Keberangkatan

Kota Baharu Ketibaan

Kuching

Kota Kinabalu

Labuan

MH110 Nombor Penerbangan

MH139

MH209

Jefri Din Penumpang

Chong Kam

Kaipakan

Rajah 5.21: Contoh pangkalan data hirarki

Dalam pangkalan data hirarki, rekod disusun atau digabung dalam kumpulan berkaitan yang menyerupai pokok keluarga, iaitu konsep anak dan bapa. Pangkalan data ini berfungsi dengan baik jika mempunyai hubungan satu-ke-banyak. Struktur mesti ditakrifkan lebih awal dan kaku. Setiap anak hanya boleh mempunyai satu bapa dan tiada hubungan antara anak. Hubungan banyak-ke-banyak tidak boleh dilakukan. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1960an. Rajah 5.21 yang berikut menunjukkan contoh pangkalan data hirarki. Dalam pangkalan data rangkaian, setiap anak boleh mempunyai lebih dari satu bapa. Susunan ini lebih mudah lentur dibandingkan dengan pangkalan data hirarki tetapi ada had bilangan pautan dan memerlukan takrifan awal sebelum digunakan. Pangkalan data ini boleh mempunyai semua jenis hubungan. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1970an. Kedua-dua kaedah hirarki dan rangkaian sudah tidak banyak digunakan sekarang. Rajah 5.22 menunjukkan contoh pangkalan data rangkaian.

OUM

77

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Ekonomi Mata Pelajaran

Sains Komputer

Matematik

Ravi Guru

Siti

Chong

Khairul Guru

Nurul

Razali

Lina

Ramli

Rajah 5.22: Contoh pangkalan data rangkaian

Pangkalan data hubungan adalah yang paling mantap dan mudah lentur. Model pangkalan data hubungan mula diperkenalkan oleh E.F. Codd. Ia tidak memerlukan takrifan awal struktur pangkalan data. Data disusun dalam bentuk jadual yang mempunyai lajur dan baris. Nama diberikan kepada setiap jadual dan lajur. Setiap jadual mempunyai satu lajur yang unik yang dikenali sebagai kunci utama. Kunci utama ini digunakan untuk menghubungkan jadual yang berbeza. Pangkalan data hubungan paling banyak digunakan sekarang. Rajah 5.23 yang berikut menunjukkan contoh pangkalan data hubungan.

Rajah 5.23: Contoh pangkalan data hubungan

78

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Dalam pangkalan data jenis hirarki, rangkaian atau hubungan, data disimpan dalam pangkalan data. Aturcara untuk memproses data disimpan secara berasingan di dalam aturcara di luar pangkalan data. Satu pendekatan baru ialah data dan aturcara disimpan di dalam pangkalan data secara serentak. Ini dinamakan pangkalan data berasaskanobjek (object-oriented database). Pangkalan data jenis ini masih belum meluas digunakan. Kini terdapat juga pangkalan data hubungan berasaskan objek (objectrelational database). Rajah 5.24 menunjukkan ringkasan kepada empat jenis organisasi DBMS.

Jenis 1. Hirarki

Pemerihalan Struktur data dalam nod disusun seperti pokok terbalik; setiap nod ibu boleh ada beberapa anak; setiap nod anak boleh ada hanya satu ibu. Seperti hirarki kecuali setiap anak boleh ada beberapa ibu. Data yang disimpan dalam jadual yang mengandungi baris dan jalur. Objek boleh termasuk ke dua-dua data dan perlakuan yang akan diambil terhadap anda.

2. Rangkaian

3. Hubungan

4. Berorientasi Objek

Rajah 5.24: Ringkasan empat jenis organisasi DBMS

5.10.3

Pelayan - Pelanggan

Kebanyakan DBMS disimpan di komputer pelayan (server). Perisian DBMS akan menyimpan serta menguruskan data di komputer pelayan. Komputer pelanggan (client) akan digunakan oleh pengguna untuk mencapai serta memproses data yang terdapat dalam pangkalan data di komputer pelayan. Kaedah ini dinamakan kaedah pelangganpelayan (client-server). Kaedah pelanggan-pelayan membolehkan pangkalan data dikongsi oleh lebih banyak pengguna. Contoh DBMS untuk pelayan adalah Oracle, Informix dan Sybase. Contoh perisian untuk untuk membina perisian antaramuka pelanggan adalah PowerBuilder. Contoh kaedah pelayan-pelanggan adalah sistem pendaftaran pelajar di OUM dan sistem pendaftaran pekerja asing di Jabatan Imgresen Malaysia. Kaedah pelanggan-pelayan mempunyai beberapa kebaikan: (i) (ii) Pelayan mempunyai fungsi utama sebagai storan dan pemprosesan dilakukan oleh pelanggan. Keselamatan data pada pelayan lebih terjamin.

(iii) Keperluan perkakasan boleh ditambah dengan mudah kepada pelayan. Pangkalan data boleh disusun dengan tiga cara: terpusat, teragih dan pelangganpelayan. Dalam pangkalan data terpusat, semua pangkalan data organisasi berada pada

OUM

79

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

satu komputer sahaja, lazimnya sebuah komputer kerangka besar. Kaedah ini memudahkan pengurusan tetapi mempunyai risiko jika komputer tersebut rosak. Sebagai contoh di OUM, jika semua pangkalan data tentang pelajar, pekerja, kewangan dan sebagainya disimpan pada satu komputer, maka kaedah ini dinamakan pangkalan data terpusat. Rajah 5.25 yang berikut menunjukkan kategori pangkalan data.

Rajah 5.25: Kategori pangkalan data

Dalam pangkalan data teragih (distributed), semua pangkalan data disimpan pada beberapa komputer yang berada pada lokasi yang berbeza (bangunan, bilik, kawasan). Sebagai contoh di OUM jika maklumat tentang pelajar Fakulti Bahasa terdapat pada pangkalan data di Fakulti Bahasa dan maklumat pelajar Fakulti Sains terdapat pada pangkalan data di Fakulti Sains, maka kaedah ini disebut pangkalan data teragih. Kaedah ini lebih sulit untuk diselenggarakan. Dalam pangkalan data pelanggan-pelayan, pelanggan menjalankan aplikasi pangkalan data dan pelayan melaksanakan sebahagian atau semua DBMS sebenar. Contoh pangkalan data jenis ini adalah sistem pendaftaran pelajar di OUM. Terdapat dua cara untuk mencapai data dalam pangkalan data: melalui bahasa pertanyaan dan melalui aturcara aplikasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.26.

Rajah 5.26: Kaedah capaian data

Bahasa pertanyaan (query language) adalah bahasa yang digunakan oleh pengguna untuk mengambil data dari pangkalan data.

80

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Dengan bahasa ini, pengguna boleh menambah, menyunting, membuang dan mencapai pangkalan data. Contoh bahasa pertanyaan adalah SQL (Structured Query Language), yang boleh digunakan untuk mencapai pangkalan data jenis hubungan. Contoh arahan SQL adalah;
SELECT OWNERID, is in Orders & Antiques FROM ORDERS, ANTIQUES WHERE OWNERID = BUYERID UNION SELECT BUYERID, is in Antiques Only FROM ANTIQUES WHERE BUYERID NOT IN (SELECT OWNERID FROM ORDERS);

Pengguna boleh juga mencapai pangkalan data melalui aturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara seperti COBOL atau C, dan mengandungi arahan SQL yang dibenamkan di dalam aturcara tersebut. Kaedah ini dinamakan embedded SQL seperti di dalam Rajah 5.27
/* example of embedded SQL using C */ #include EXEC SQL BEGIN DECLARE SECTION; int BuyerID; char FirstName[100], LastName[100], Item[100]; main() { EXEC SQL CONNECT UserID/Password; EXEC SQL DECLARE ItemCursor CURSOR FOR SELECT ITEM, BUYERID FROM ANTIQUES ORDER BY ITEMS; EXEC SQL OPEN ItemCursor; EXEC SQL FETCH ItemCursor INTO :Item :BuyerID; while(!sqlca.sqlcode){ EXEC SQL SELECT OWNERFIRSTNAME, OWNERLASTNAME INTO :FirstName :LastName FROM ANTIQUES WHERE BUYERID = :BuyerID; printf(%s %s %s, FirstName, LastName, Item); } exit(); } Rajah 5.27: Contoh embedded SQL

Konsep yang banyak digunakan sekarang adalah gedung data (data warehouse), iaitu gabungan beberapa pangkalan data yang besar dalam satu organisasi dalam bentuk yang sesuai digunakan oleh pengguna. Satu gedung data mungkin mengandungi data yang banyak dan ini mungkin menyukarkan pengguna menganalisa data tersebut.

OUM

81

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Ini selanjutnya melibatkan kaedah perlombongan data (data mining) iaitu satu kaedah menganalisa data yang banyak dengan menggunakan kaedah statistik, pembelajaran mesin, logik kabur dan kecerdasan buatan.

Latihan 5.4
1. 2. Apakah kebaikan memiliki pangkalan data? Apakah pengurusan pangkalan data?

5.11

PERISIAN MEMPROSES DOKUMEN

TEX adalah satu sistem memproses dokumen untuk menghasilkan dokumen yang bermutu tinggi. Ia banyak digunakan dalam penerbitan jurnal atau majalah akademik. Sistem ini sesuai digunakan terutama untuk dokumen yang melibatkan banyak rumus matematik. Dokumen TEX adalah dalam ASCII yang mengandungi penanda-penanda seperti sebuah dokumen HTML. Dokumen ini kemudiannya akan diproses untuk menghasilkan satu bentuk dokumen mudahalih seperti .ps (postscript) atau .pdf (portable documet format). Rajah 10.19 menunjukkan perisan Ghostview yang boleh digunakan untuk memaparkan dokumen .ps dan .pdf.

Rajah 5.28: Perisian Ghostview yang memaparkan dokumen postscript

5.12

PERISIAN GRAFIK

Memaparkan grafik kepada ahli perniagaan mungkin nampak merugikan kerana terdapat cetakan nombor yang biasa dilakukan komputer. Bagaimanapun, graf, peta dan carta boleh membantu manusia membandingkan data, mengesan ikutan dengan lebih mudah dan membuat keputusan lebih pantas. Penyelidikan menunjukkan bahawa manusia belajar lebih banyak maklumat yang dipersembahkan secara visual. Tambahan lagi, maklumat visual selalunya lebih bermakna dari satu mukasurat penuh nombor. Selain dari mewakili nombor dan fakta, grafik kerap digunakan oleh ahli perniagaan atau sesiapa sahaja dengan mesej untuk dihantar sebagai sebahagian dari persembahan.
82

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

Perisian grafik menggabungkan berbagai objek visual untuk menghasilkan persembahan yang menarik dan menyeronokkan. Penggunaan perisian grafik yang paling memuaskan adalah kerja yang dihasilkan oleh artis grafik, mereka yang mempunyai kedua-dua kebolehan artistik dan keupayaan untuk menggunakan perisian grafik canggih untuk mengungkapkan idea mereka. Artis menggunakan perisian sebagai alat seni mereka untuk menghasilkan seni komputer yang mengagumkan. Perisian grafik ialah perisian yang menukar data angka kepada bentuk paparan grafik seperti carta palang, carta pai, dalan lain-lain lagi. Ia membenarkan pengguna menghasilkan pelbagai jenis bentuk grafik. Antara jenis perisian grafik ditunjukkan dalam Rajah 5.29.

Rajah 5.29: Jenis-jenis perisian grafik

(i)

Grafik hiasan (decorative graphics): digunakan untuk meningkatkan penghasilan dokumen dan tidak untuk menyampaikan maklumat. Biasanya tersirat bersama pemproses kata seperti lukisan klip. Antara contoh perisian grafik hiasan adalah Paint (didapati percuma dengan sistem pengendalian Windows) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.30, Paint Shop Pro dan Adobe Photoshop.

Rajah 5.30: Microsoft Paint

OUM

83

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

(ii)

Grafik bisnes/analisis (business/analytical graphics): untuk memudahkan data angka lebih mudah difahami. Contoh grafik sedemikian ialah carta palang, carta pai, carta kawasan garisan, graf garis, piktogram dan gabungannya. Biasanya diperoleh dengan menggunakan hamparan atau perisian statistik.

(iii) Grafik persembahan (presentation graphics): grafik digunakan untuk mempersembah atau membentang data/idea kepada pelanggan atau orang lain. Grafik persembahan ini mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga. Contoh perisian adalah Microsoft Powerpoint seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.31, Freelance dan Harvard Graphic.

Rajah 5.31: Microsoft Power Point

(iv) Grafik ilustrasi (illustration graphics): satu jenis grafik persembahan yang digunakan secara profesional. Tiga jenis perisian ilustrasi ialah lukisan (drawing), pewarnaan (painting) dan penyuntingan imej (image editing). Contoh perisian ialah Adobe Illustrator seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.32.

Rajah 5.32: Adobe Illustrator 84

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

(v)

Grafik animasi (animation graphics): untuk menambah gerakan ke atas imej dan lukisan. Contohnya perisian Pixar yang telah digunakan untuk menghasilkan filem Toy Story dan Toy Story II.

5.13

PERISIAN BERSEPADU

Perisian bersepadu (Integrated Software) adalah koleksi beberapa aplikasi perisian dalam satu pakej dengan set perintah yang sepunya dan kebolehan bekerja sebagai satu perisian dan berkongsi data. Objektifnya ialah untuk pengguna melaksanakan berbagai tugas tanpa perlu berpindah dari satu perisian ke perisian lain. Biasanya mengkamirkan kebolehan pemproses kata, hamparan, pengurusan pangkalan data, komunikasi dan lain-lain. Contohnya ialah Microsoft Works, Claris Works. Selalunya perisian jenis ini kurang berkuasa dibandingkan dengan perisian terasing.

5.14

PERISIAN PELENGKAPAN KELOMPOK

Perisian pelengkapan kelompok (groupware) adalah perisian yang digunakan dalam rangkaian oleh sekumpulan pengguna yang bekerja dalam satu projek. Biasanya ada empat jenis iaitu: perisian pelengkapan kelompok asas seperti Lotus Notes, perisian alir kerja seperti Action Workflow, perisian mesyuarat seperti Vetanas Group dan perisian penjadualan seperti MS-Project.

5.14.1

Perisian Set

Perisian set adalah gabungan perisian-perisian yang dijual secara kelompok dengan harga yang murah jika dibandingkan membeli setiap perisian secara berasingan. Perisian ini berbeza dengan perisian bersepadu. Contoh perisian adalah seperti Microsoft Office, Lotus SmartSuite, Novell PerfectOffice dan Sun StarOffice. CD ROM untuk StarOffice boleh didapati secara percuma dengan melayari http://www.sun.com.

5.14.2

Perisian Penerbitan Meja

Perisian penerbitan meja (desktop publishing software) ialah perisian yang digunakan untuk tujuan percetakan atau penerbitan yang lebih maju dari perisian pemprosesan kata. Ciri perisian ini adalah seperti kemampuan mengadunkan teks dan grafik, berbagai jenis gaya dan bentangan, boleh mengimport bahan dalam format yang berbeza dan bahasa pemerihalan halaman (page description language). Contoh perisian penerbitan meja adalah seperti Microsoft Publisher, Pagemaker, FrameMaker dan QuarkXPress. Rajah 5.33 menunjukkan contoh antaramuka perisian Pagemaker.

OUM

85

PERISIAN KOMPUTER

TOPIK 5

Rajah 5.33: Adobe PageMaker

5.14.3

Perisian Multimedia

Perisian pembentangan multimedia atau pengarangan multimedia membolehkan pengguna mengabungkan teks, grafik, animasi, video, muzik, suara dan bunyi dalam persembahan. Perisian ini memudahkan pembangunan perisian berasaskan multimedia. Contoh perisian multimedia adalah seperti Multimedia ToolBook, Authorware, Flash dan Director. Rajah 5.34 menunjukkan contoh perisian Flash.

Rajah 5.34: Macromedia Flash

86

OUM

TOPIK 5

PERISIAN KOMPUTER

RUMUSAN
Dalam topik ini, kita telah pun mempelajari dengan lebih dekat berkenaan perisian sistem. Walaupun perisian sistem jarang diperkatakan, kepentingannya tidak boleh dinafikan. Sistem pengoperasian mengurus sumber, memberi antara muka pengguna dan menjalankan aplikasi. Windows, Mac OS, Unix dan Linux adalah sistem pengoperasian yang selalu digunakan. Selain itu kita juga telah melihat perisian aplikasi yang sering digunakan bagi meningkatkan produktiviti organisasi mahupun individu seperti pemprosesan kata, hamparan, pangkalan data dan perisian pelengkap kelompok.

OUM

87

Anda mungkin juga menyukai