Anda di halaman 1dari 9

TOPIK 14

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

TOPIK 14
PENGENALAN

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

Isyarat yang melalui media penghantaran ada berbagai bentuk iaitu sama ada dalam bentuk denyutan elektrik, denyutan cahaya atau mikro gelombang. Isyarat bergerak dari satu media ke media yang lain dan ini memerlukan perkakasan atau peranti komunikasi untuk menukar dari satu bentuk isyarat ke bentuk isyarat lain. Isyarat juga bergerak dari satu protokol rangkaian ke protokol rangkaian yang lain. Keadaan ini juga memerlukan peranti rangkaian untuk membolehkan isyarat melalui satu protokol ke protokol yang lain. Begitu juga peranti diperlukan untuk menukarkan isyarat analog ke isyarat digital. Topik ini akan membincangkan peranti komunikasi yang digunakan untuk menukarkan dari satu bentuk ke bentuk isyarat lain dan juga untuk membolehkan isyarat bergerak lebih jauh dalam sesuatu media penghantaran.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenalpasti berbagai peranti komunikasi dan rangkaian yang digunakan; 2. mengetahui 3 jenis peranti yang berkaitan dengan isyarat; dan 3. mengetahui 7 jenis peranti yang berkaitan dengan protokol.

14.1

MODEM

Modem ialah peranti untuk mentransformasi isyarat digital ke isyarat analog untuk membolehkan isyarat analog bergerak dalam talian analog (lazimnya talian telefon analog) dan kemudian menukarkan kembali dari isyarat analog ke isyarat digital apabila sampai ke komputer penerima seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.1. Modem adalah peranti yang popular terutamanya dengan perkembangan Internet dan peranti ini selalu dipasang di rumah kerana kebanyakan rumah mencapai Internet melalui talian telefon analog. Modem ialah kependekan daripada modulator demodulator yang bermaksud modulasi nyahmodulasi.

OUM

193

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

TOPIK 14

Rajah 14.1: Peranan modem

Proses modulasi ialah proses menukar isyarat digital ke isyarat analog. Modulasi frekuensi mewakilkan frekuensi tinggi untuk digital 1 dan frekuensi rendah untuk digital 0. Proses nyahmodulasi ialah proses menukarkan isyarat analog ke isyarat digital. Kelajuan modem pada hari ini ialah 33600bps dan 56000 bps. Ada berbagai jenis modem iaitu modem dalaman, modem luaran, modem kad PC, dan modem faks seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.2.

Rajah 14.2: Jenis-jenis modem

194

OUM

TOPIK 14

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

Modem dalaman dicetak di papan litar dan dipasang pada satu slot papan induk komputer. Modem luaran ialah modem yang berada di luar PC dan dihubungkan dengan PC melalui port siri. Modem kad PC adalah modem yang dimuatkan dalam kad PC yang dimasukkan melalui slot kad PC. Modem kad PC selalu digunakan untuk komputer riba atau komputer nota. Modem faks ialah modem yang digabungkan dengan faks dan selalunya dipasang secara dalaman ataupun luaran. Modem faks berfungsi sebagai modem dan mesin faks di mana faks yang diterima akan disimpan dalam bentuk elektronik (dalam cakera). Piawaian modem telah ditetapkan oleh ISO dan ITU-T(ITU-telecomunication). Kelajuan piawaian yang dikeluarkan oleh ITU-T ialah V.90 yang membenarkan data diterima sehingga 56kbps dan menghantar data sehingga 33.3 kbps. Kelajuan menerima data untuk modem lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelajuan menghantar data. Jadual 14.1 menunjukkan sebahagian piawaian modem.
Jadual 14.1: Sebahagian Piawaian Modem

Latihan 14.1
Apakah tugas modem?

14.2

CODEC

Peranti codec berperanan untuk menukarkan data analog kepada strim bit digital (isyarat digital) dan sebaliknya seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 14.3. Codec adalah kependekan daripada coder-decoder, iaitu pengekod-penyahkod. Pengekod ialah proses menukarkan data analog, lazimnya dari peranti analog, kepada strim bit digital (isyarat digital), lazimnya ke talian penghantaran digital. Penyahkod ialah proses menukar strim bit digital (isyarat digital) ke data analog. Penukaran dari data analog yang mewakili suara dan data ke bentuk isyarat digital membolehkan penggunaan peralatan penghantaran digital dan pensuisan baru. Misalkan, Codec diperlukan jika talian penghantaran ialah ISDN atau DSL dan peranti sumber isyarat ialah peranti analog (telefon).

OUM

195

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

TOPIK 14

Rajah 14.3: Fungsi Codec

14.3

DSU

DSU ialah unit khidmat data (digital service unit). DSU diperlukan untuk membolehkan komunikasi dari peranti digital ke talian penghantaran digital, walaupun kedua isyarat sumber dan talian penghantaran digital adalah isyarat digital. Kedua-dua mungkin menggunakan format digital yang berbeza seperti perbezaan kadar isyarat, bilangan bit per baud, paras voltan dan lain-lain seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.4. Misalnya DSU akan mentransformasi isyarat digital dari PC melalui port selari kepada format isyarat penghantaran digital yang digunakan untuk talian digital ISDN.

Rajah 14.4: Fungsi DSU

14.4

PEMULTIPLEKS (MULTIPLEXER)

Pemultipleks berfungsi sebagai pengabung berbilang isyarat dari berbilang peranti ke satu gabungan isyarat untuk dihantar melalui satu talian dan kemudiannya pemultipleks ini menukarkan kembali gabungan tersebut kepada berbilang isyarat seperti yang dihantar sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 14.5. Peranti pemultipleks adalah sejenis peranti yang mempunyai satu saluran komunikasi untuk membawa semua data yang dihantar daripada banyak peranti. Peranti ini akan mengumpul semua mesej yang hendak dihantar dan diterima sebelum dihantar kepada peranti yang berkaitan. Kaedah ini menjimatkan kos, misalnya menyewa satu talian lebih untung berbanding dengan 14 talian jika tanpa pemultipleks.

196

OUM

TOPIK 14

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

Rajah 14.5: Pemultipleksan

14.5

PENGULANG (REPEATER)

Peranti ini digunakan untuk mengatasi kekangan panjang kabel atau jarak perjalanan gelombang. Contohnya piawaian IEEE802.3 hanya membenarkan panjang kabel atau gelombang sehingga 500 meter. Pengulang digunakan untuk menerima isyarat dari satu kabel, menjana semula (regenerate) dan dihantar semula ke kabel yang seterusnya. Penguatan isyarat begitu penting supaya isyarat itu sungguh kuat untuk didengari oleh semua komputer yang berkait dengan kabel tersebut. Isyarat atau paket yang dihantar tidak dikenali atau cuba difahami oleh pengulang. Pengulang hanya memberikan laluan isyarat tersebut dan menghantarnya ke segmen talian yang berikutnya seperti di dalam Rajah 14.6. Pengulang adalah antaramuka paras lapisan fizikal model OSI.

Rajah 14.6: Pengulang

Latihan 14.2
1. 2. Apakah tugas pengulang? Apakah keadaan pengulang boleh digunakan? Kenapakah pemultipeks dikatakan kaedah yang menjimatkan?

14.6

TITI (BRIDGE)

Titi menghubungkan dua rangkaian setempat (LAN) yang menggunakan protokol yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.7. Titi mentafsir bahagian pautan paket data dan menentukan sama ada perlu dihantar ke LAN yang terkait. Dengan perkataan lain, titi akan membaca semua paket data dan hanya menerima paket yang perlu dihantar ke LAN lain. Titi tidak mengubah sebarang maklumat, titi hanya menyalin paket

OUM

197

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

TOPIK 14

dari satu LAN dan mengulangnya dalam LAN yang lain. Titi mengendali pada lapisan pautan data Model OSI. Ada dua jenis titi iaitu titi luaran dan titi dalaman. Titi dalaman adalah kad pengubahsuai rangkaian kedua yang diletak dalam pelayan fail. Titi luaran mengandungi PC berasingan yang mempunyai kad antaramuka yang digunakan apabila pelayan fail terlalu banyak aktiviti untuk menyokong fungsi titian atau port tidak ada untuk mengendali kad antaramuka. Lebih dari dua LAN boleh dihubungkan dengan titi. Titi adalah antara kaitan yang dikendali pada lapisan pautan data model OSI.

Rajah 14.7: Pengendalian titi

14.7

PENGHALA (ROUTER)

Penghala berfungsi seperti titi. Penghala beroperasi pada lapisan rangkaian, iaitu lapisan yang bertanggungjawab kepada penghalaan paket dan pengumpulan maklumat perakaunan. Khidmat penghala juga menyediakan khidmat memilih lintasan terbaik untuk data, sama ada termurah atau terpantas, khidmat mengurangkan kesesakan rangkaian yang melengahkan penghantaran paket, dan khidmat mengendali paket berbagai saiz. Kos penghala agak mahal dan juga kelajuan penghala juga lambat. Oleh kerana mahal, penghala telah digantikan dengan hab atau suis dan seterusnya menolak kedudukan penghala lebih jauh dari PC rangkaian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.8. Penghala juga boleh digunakan untuk memencilkan sebahagian LAN daripada LAN yang lain dan justeru itu digunakan unuk melaksana sekuriti LAN. Penghala boleh digunakan untuk menghubung berbagai jenis rangkaian.

198

OUM

TOPIK 14

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

Rajah 14.8: Peranan penghala

Latihan 14.3
Jelaskan fungsi dalam sistem rangkaian: (i) Titi (ii) Penghala

14.8

HAB

Hab digunakan untuk menggabungkan semua talian dalam sesuatu rangkaian dan hanya sesuai dan khas untuk satu jenis rangkaian, iaitu hab LAN bintang berbeza dengan hab LAN yang lain. Hab akan menghantar atau menyiar (broadcast) semua paket ke port lain pada hab yang sama seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.9. Jika satu PC sedang menghantar data, PC lain dalam hab yang sama perlu menunggu hingga PC tersebut selesai menghantar. Keadaan ini menjadikan hab perlahan dan boleh menyetopikkan kesesakan dan paket tidak dapat bergerak terutamanya bilangan stesen terlalu banyak. Biasanya satu hab mengandungi 8, 12 atau 16 port. Hab selalunya digunakan untuk topologi bintang.

Rajah 14.9: Pengendalian hab

OUM

199

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

TOPIK 14

14.9

SUIS

Suis sama seperti hab tetapi lebih bijak dari segi penghantaran data ke semua stesen. Suis tidak menghantar data ke semua stesen, tetapi hanya menghantar data ke port atau stesen destinasi sahaja. Pada masa yang sama, lebih banyak stesen dapat menghantar dan menerima data serentak seperti di dalam Rajah 14.10. Kebanyakan suis beroperasi pada lapisan ke dua, iaitu lapisan pautan data. Bagaimanapun, kini terdapat suis lapisan ke tiga dan ke empat, iaitu suis lapisan rangkaian dan suis lapisan pengangkutan (bagi model OSI).

Rajah 14.10: Pengendalian suis

Kadangkala suis juga disebut hab suis. Suis memberi kemudahan untuk berkongsi lebar jalur dan juga lebar jalur terdedikasi, menyokong teknologi baru dan menjamin pelaburan pemasangan rangkaian yang telah dibuat.

14.10

GET LALUAN (GATEWAY)

Get laluan digunakan untuk menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol seperti menghubungkan LAN dan WAN. Get laluan beroperasi pada lapisan rangkaian dan ke atas dalam model OSI. Jadi, get laluan bertindak sebagai penukar protokol dengan menyatukan perbezaan antara rangkaian, iaitu menukar kepala dan ekor paket supaya konsisten dengan protokol rangkaian atau pautan data mesej yang hendak dihantar.

Latihan 14.4
1. 2. 3. Apakah tugas get laluan? Apakah keadaan yang membolehkan get laluan digunakan? Senaraikan 2 peranti komunikasi dan rangkaian yang berkaitan dengan isyarat. Apakah perbezaan yang terdapat di antara hab dan suis? Sila nyatakan.

200

OUM

TOPIK 14

PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN

RUMUSAN
Anda telah membincangkan berbagai peranti komunikasi dan rangkaian di dalam topik ini. Secara umumnya peranti di atas boleh dikelaskan kepada dua iaitu yang berkaitan isyarat dan satu lagi yang berkaitan protokol. Kelas yang berkaitan isyarat ialah penghantaran isyarat analog atau digital pada talian analog atau digital. Peranti yang berkaitan ialah modem, codec dan DSU. Kelas yang berkaitan protokol ialah pengulang, titi, penghala, hab, suis dan get laluan. Yang mana menjadi pilihan sebagai antaramuka dalam rangkaian, adalah dari paras lapisan yang terbawah. Justeru pilih pengulang dari titi, pilih titi dari penghala/hab/suis. Titi boleh menggantikan pengulang, penghala/hab/suis boleh menggantikan titi. Pemultipleks pula digunakan sebagai pemproses depan dan untuk berkongsi talian hubungan dengan rangkaian lain.

OUM

201