Anda di halaman 1dari 1

Objektif Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar


tentang berbagai aspek dalam kejuruteraan dan peranannya dalam
masyarakat. Objektifobjektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut :

(i) Membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam bidang
kejuruteraan selain daripada teoriteori yang dipelajari di dalam bilik kuliah. ni
juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna
dan mempraktikkan pengetahuan, pertimbangan serta kebolehan mereka sendiri
dalam menjalankan tugas tugas kejuruteraan.
(ii) Untuk membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan secaralangsung
dalam pelbagai aspek kejuruteraan seperti konsep perancangan, reka bentuk,
pembinaan dan pentadbiran projekprojek kejuruteraan.
(iii) Seperti yang diketahui bahawa kerjakerja kejuruteraan tidak selalunya
berdasarkan kepada kerjakerja pejabat tetapi melibatkan kerjakerja di tapak
yang bermungkinan di kawasan yang sangat mencabar. Maka adalah
diharapkan bahawa latihan ini akan mendedahkan pelajar kepada tapak yang
sebenarnya.
(iv) Untuk mendedahkan pelajar kepada struktur organisaasi jabatan atau firma
tempat latihan dan menanam semangat kerja berpasukan serta memelihara
hubungan baik antara pekerja
(v) Memupuk dan menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan
mengukuhkan keyakinan diri terhadap sesuatu pekerjaan.
(vi) Melatih pelajar supaya berdisiplin dan menitikberatkan ketepatan serta
pengurusan masa.

Anda mungkin juga menyukai