Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan bahasa seorang kanak-kanak bergantung pada 3 aspek; dorongan, kematangan, persekitaran.

Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan dorongan, kematangan dan persekitaran. Dorongan Dorongan yang tepat dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti: Memberi maklum balas yang positif. Perlu diberi pengukuhan positif sperti pujian atau penghargaan. Membetulkan sebutan kanak-kanak secara membina. Kematangan

Tahap perkembangan berbahasa kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur atau kematangan. Semakin meningkat umur, semakin banyak perbendaharaan kata dan bentuk ayat yang disebut. Persekitaran

Kemahiran berbahasa berkembang dengan pesat jika kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran kondusif. Contohnya seperti persekitaran yang selamat, bebas dan terdapat bahan yang dapat merangsang perkembanganbahasa seperti CD-Rom ataupun alat permainnan bahasa. 2. Pengaruh persekitaran yang mempengaruhi bahasa kanak-kanak? Kecacatan fizikal Masalah kanak-kanak yang cacat fizikal sememangnya akan menimbulkan masalah dalam pembelajaran. Kecacatan fizikal yang diamaksudkan ialah kecacatan pertuturan, penglihatan, pengamatan dan tangan. Menurut Samuel A. Kirk, kanak-kanak cacat penglihatan biasanya terbatas mobiliti sosialnya, lemah koordinasi moto dan lemah dalam mata pelajaran bahasa dan matematik. Gangguan bahasa ibunda Rakyat Malaysia adalah berbilang kaum, maka terdapat beberapa bahasa ibunda. Apabila kanak-kanak masuk alam persekolahan pengaruh tersebut sudah mendalam dalam diri terutama dari segi sebutan dan struktur bahasa berkenaaan. Pengaruh Dialek Tempatan

Bahasa daerah atau dialek adalah satu faktor yang mengganggu aspek sebutan dan intonasi dalam bahasa melayu baku. Biasanya melibatkan murid berbangsa Melayu yang dibesarkan dalam kawasan dialek yang kuat atau tebal pengaruhnya. Pengaruh media massa

Melalui media massa (radio,televisyen) kanak-kanak mempelajari dan mencontohi pelbagai aspek bahasa seperti sebutan, tekanan, pembatangan suku kata dan perbendaharaan suku kata. Setiap bunyi vokal atau konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul supaya tidak timbul masalah dalam komunikasi. Pelabagai program yang tersiar menggunakan perkataan yang kurang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. 3. Sistem bahasa - Jelaskan maksud fonologi, morfologi, sintaksis, pragmatik.

Fonologi -kajian yang mengkaji bidang fonem iaitu bunyi perkataan Morfologi -bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata Pragmatik -peringkat penggunaan bahasa yang peka pada konteks sosial yang berbeza Semantik -kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan Sintaksis -bidang ilmu yg mengkaji tentang pembinaan ayat termasuk hukum tatabahasa dan juga struktur. 4. Strategi penggabungjalinan yang selalu digunakan dalam prasekolah kebangsaan. Definisi: Penggabungjalinan ialah satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan: Ia merupakan integrasi beberpa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara menarik. Di antara berbagai-bagai kemahiran yangdigabungjalinankan, salah satu kemahiran merupakan fokus, iaitu kemahiran utama, dan kemahiran-kemahiran lain merupakan kemahiran sampingan.

Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Bagaimanapaun, kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemhiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain.

Cara-cara menggunakan penggabungjalinan. Bagi menjalankan kaedah ini, guru harus mengikut beberapa panduan berikut: Mengenal pasti terlebih dahulu kemahiran utama dan juga kemahiran sampingan yang lain. Kemahiran utama harus diberikan penekanan dalam proses pnp Kemahiran2 sampingan hendaklah dikuasai terlebih dahulu bagi membolehkan murid mengaitkan dengan kemahiran utama Kemahiran utama biasanya digunakan pada peringkat perkembangan manakala kemahiran sampingan digunakan pada peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan hendaklah dirancang berdasakan pencapaian, objektif dan kebolehan pelajar Kemahiran2 dalam sesuatu pelajaran seharusnya diintegrasikan mengikut susunan yang sesuai Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logical ataupun bersesuaian 5. Aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak.

Memperdengarkan bunyi pelbagai alat muzik seperti tamborin, maracas dan sebagainya. Kemudian murid-murid dikehendaki mengikut rentak setiap alat muzik yang dimainkan dengan menepuk tangan. Memperdengarkan bunyi-bunyi alam semualajadi seperti bunyi ombak, air dan sebagainya kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dikehendaki meneka bunyi yang telah diperdengarkan. Murid-murid dikehendaki mengecam perbezaan bunyi dengan cara guru mengetuk gelas yang sama saiz tetapi mempunyai kandungan air yang berbeza.

6. Nyatakan 5 objektif kurikulum bahasa dalam kurikulum kebangsaan. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Menulis perkataan dan ayat mudah yang betul. Menambahkan perbendaharaan kata. Meningkatkan kemahiran bahasa.

Anda mungkin juga menyukai