Anda di halaman 1dari 6

Penanaman Padi

Padi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pokok Padi

Pandangan Sawah Padi

Pelbagai jenis beras dijual dipasar raya dalam bungkusan


seberat lima, sepuluh atau dua puluh kilo.

Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan


makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia.
Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu
padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi
huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah
jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi
sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang
teratur.

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai


Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana
terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap
yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm.
Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang
berpanjangan.

Padi huma merupakan padi asal yang


ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan.
Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang
bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara
lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih
yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan
selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak
di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam
oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan
padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di
kawasan di mana air tidak bertakung.

Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan
yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu.
Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu
mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih
tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras.
Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang
ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan
istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada
suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai
akan di akan pada akhir musim menanam padi sabagai satu cara melepaskan penat lelah
sepanjang musim menanam padi yang lalu.

1
Penanaman Padi

AMALAN-AMALAN TANAMAN TERUS PADI

Tanaman terus padi ialah satu amalan tanaman di mana biji-biji benih padi ditabur terus
ke sawah. Biji-biji benih akan bercambah, dijaga sehingga pokok-pokoknya besar dan
matang. Dengan amalan tanaman terus, pengubahan anak semaian padi tidak perlu
seperti yang terdapat dalam amalan biasa.

Amalan tanaman terus padi boleh diusahakan dalam keadaan kering dan basah atau
separuh basah. Cara menanam boleh dibahagikan kepada 2 cara, iaitu secara tabur dan
dengan menggunakan jentera penanam biji. Dalam keadaan kering, kedua-dua cara (tabur
dan dengan jentera penanam biji) boleh diusahakan. Tetapi di dalam keadaan basah atau
separuh basah, tanaman terus secara tabur adalah lebih sesuai.

Berikut adalah kebaikan dan keburukan cara-cara menabur dan menanam dengan
jentera:

2
Penanaman Padi

CARA TABUR

Sesuai untuk kedua-dua keadaan basah dan kering.

Tabur terus dengan tangan


- mudah diuruskan
- sesuai untuk kawasan kecil
- taburan tidak serata
- kekosongan dibekas-bekas alur jalan semasa menabur

Mesin Penabur Kuasa Tangan


- tabur serata
- hanya menggunakan tenaga pusingan tangan
- kekosongan dibekas alur jalan semasa menabur

Mesin Penabur Berinjin


- tabur serata
- taburan seperti dari ruangan udara
- lebij cepat (25 min/ha)

Taburan Dari Ruangan Udara Dengan Pesawat Udara


- cepat dan sesuai untuk kawasan luas
- pada amnya kadar benih digunakan lebih banyak
- cara ini masih belum diamalkan tetapi berpotensi

CARA MENANAM DENGAN MESIN

Sesuai untuk keadaan kering.

Tugalan atau Jemput (selepas membuat alur dengan mesin)


- mengambil masa yang lama
- banyak tenaga dan rumit
- jarak tanaman tidak serata
- kadar biji semata rumpun tidak serata

Mesin Penanam Biji


- boleh disangkutkan ke belakang mesin pembajak putar
- penyediaan tanah dan penanaman dijalankan sekaligus
- sesuai untuk tanaman berbaris
- cepat dan kemas
- masalah kegelinciran dan lekatan lumpur di tanah basah

Mesin-mesin Lain Yang Boleh Digunakan:


3
Penanaman Padi

KEADAAN SESUAI UNTUK TANAMAN TERUS PADI

Tanaman terus padi memerlukan beberapa keadaan tertentu seperti infrastruktur


pengairan yang lengkap, kesesuaian tanah dan kawalan rumpai serta musuh yang ketat
untuk menjamin kejayaannya.

Infrastruktur Pengairan Yang Lengkap

Pengurusan air yang betul sangat penting di beberapa peringkat tanaman. Pengurusan air
yang tidak betul bukan hanya mengganggu percambahan tetapi juga mempengaruhi
pembiakan rumpai, musuh-musuh tanaman dan kerosakan permukaan tanah daripada
kesan roda semasa menuai dengan jentera penuai. Infrastruktur yang lengkap ialah sistem
perparitan pengairan serta pengaliran yang boleh mengawal paras air dengan tepat.

Untuk kawalan air yang lebih cepat, parit-parit kecil sedalam dan selebar 0.5m di
sekeliling petak boleh mengawal paras air dengan memuaskan.

Jika permukaan tanah tidak rata di kawasan yang luas, parit-parit tambahan atau alur-
alur mengalirkan takungan air mesti dibina supaya gangguan kepada percambahan benih
boleh dielakkan.

Kesesuaian Tanah

Jika tanaman terus dilakukan dalam keadaan kering, tanah mestilah mudah dihancurkan.
Tanah-tanah ringan yang tidak menjadi ketul-ketul besar dan keras semasa dibajak akan
memberikan kambusan yang baik kepada benih-benih dan melindunginya daripada
musuh-musuh. Di kawasan-kawasan tanah yang berat seperti tanah liat, dan pengaliran
air yang kurang cepat, tanaman terus secara tabur dalam keadan basah adalah lebih
sesuai. Tanah yang berat ini mudah diusahakan dalam keadaan basah dan tidak akan
menjadi ketul-ketul. Penyerapan airnya perlahan, oleh itu permukaan tanah perlu
diratakan untuk mengurangkan takungan-takungan air yang akan mengganggu
percambahan.

Kawalan Rumpai

Kawalan rumpai yang berkesan adalah satu daripada punca kejayaan tanaman terus padi.

Oleh sebab rumpai membiak dengan cepat dalam sebarang keadaan, percambahannya
mesti diganggu sehingga pokok padi menjadi sudah besar dan dapat menberi naungan
untuk mengawal pembiakan rumpai itu. Satu daripada cara kawalan rumpai yang
berkesan ialah melalui penyediaan tanah yang sempurna. Selain daripada mengawal
rumpai, pembalikan lapisan tanah juga akan menambahkan organan ke tanah.Di kawasan
yang sentiasa diusahakan, pembiakan rumpai biasanya kurang, dan kawalan secara
penyediaan tanah yang sempurna boleh mengatasi masalahnya nanti.

Untuk kawasan yang mempunyai rumpai yang tebal, kawalan menggunakan racun herba
mungkin perlu. Berdasarkan kepada ketebalan rumpai, satu atau dua pusingan semburan
paraquat (@ 2 liter/ha atau lebih) perlu dibuat sebelum tanah diusahakan dan ditanam.
Walau bagaimanapun, usaha kawalan rumpai mesti ditentukan keberkesanannya sebelum
benih ditabur atau atau ditanam kerana kawalan selepas menanam sungguh merumitkan.
Kawalan selepas menanam ialah kawalan rumpai yang membiak dalam keadaan berair.
Jenis-jenis rumpai ini seperti rumpai berdaun lebar yang biasanya boleh dikawal dengan
semburan racun herba 2,4-Dbutyl ester sebanyak 2 kg/ha 30-35 hari selepas penanaman/

4
Penanaman Padi

penaburan.

Kadar Benih dan Jenis Padi

Kadar benih yang digunakan sekarang ialah 40-100 kg sehektar, tertakluk kepada cara
tanaman. Jika tanaman terus dengan mesin diusahakan, kadar benih ialah 40 kg/ha dan
jika ditabur kadar benihnya boleh ditinggikan hingga ke 100kg/ha. Tujuan meninggikan
kadar benih ialah untuk meninggikan bilangan pokok tanpa pembiakan rumpun dan
untuk kawalan rumpai secara menaungkan keadaan sekeliling.

Jenis padi yang digunakan sekarang ialah jenis biasa yang didapati sesuai seperti MR-1
(Setanjung) dan MR-10 (Sekembang).

Rawatan Biji-Biji Benih

Untuk menjamin percambahan yang serata, cepat dan bermut, biji padi perlu dipilih
supaya benih yang bernas sahaja ditanam. Satu daripada tujuannya ialah untuk
menpercepatkan percambahan, dengan itu pokok-pokok padi boleh membiak lebih cepat
sebelum benih-benih rumpai membiak.

Pilihan benih yang bernas boleh dibuat melalui perasingan atau tapisan dengan
menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam (@1.08SG).
Untuk mengawal penyakit yang terdapat pada biji-biji, benih boleh direndam dalam air
panas pada suhu 54-55 darjah celcius selama 10 minit.

Benih kemudian boleh dipracambah mengikut kegunaannya. Biasanya, benih pracambah


digunakan jika tanaman terus secara tabur diamalkan. Untuk benih pracambah, benih
mesti direndam selama 6 jam dan kemudian diperam dalam keadaan lembab selama 42
jam.

Pembajaan

Kadar dan masa pembajaan dalam amalan tanaman terus adalah penting untuk
menentukan mutu hasilnya. Kadar dan masa pembajaan yang diamalkan untuk tanaman
terus sekarang ialah seperti berikut:

Baja Kadar N Masa Membaja


Baja Asas (Campuran) 30 kg/ha 15 hari selepas tanam
15:15:7.5 Pembajaan Permukaan 1(Urea) 20 kg/ha 35 hari selepas tanam
Pembajaan Permukaan 2 (Urea) 20 kg/ha 55 hari selepas tanam
Pembajaan Permukaan 3 (Urea) 20 kg/ha 75 hari selepas tanam
Kadar baja ini
tertakluk kepada kesuburan tanah setiap kawasan. Pada umumnya kadar NPK 90:30:30
kg/ha didapati mencukupi.

Kawalan Musuh dan Serangga

Disebabkan kadar benih untuk tanaman terus adalah 2 hingga 4 kali ganda daripada kasar
benih tanaman biasa, jumlah pokok padi yang membiak juga bertambah. Kedaan ini
meninggikan naungan kepada mush tanaman seperti tikus dan serangga.

Untuk mengelakkan daripada serangan-serangan tersebut langkah yang perlu diambil

5
Penanaman Padi

ialah:
- membersihkan kawasan sekeliling supaya tempat-tempat perlindungan musuh
termusnah
- amalkan kawalan lebih awal bagi tujuan mencegah. Pencegaha awal bagi tikus didapati
amat berkesan.

Untuk serangan ulat serangga, gunakan bahan pencegah kimia carboruran dengan kadar
yang biasa diamalkan untuk alat batang dan penyakit merah.

Kadar Masa Menggunakannya


0.5 kg/bahan aktif/ha 15 hari selepas tanam
0.5 kg/bahan aktif/ha 30 hari selepas tanam Penuaian

Kira-kira 30 hari sebelum menuai, kawasan mesti dikeringkan untuk membolehkan


jentera penuai lengkap menjalankan kerja-kerja menuai. Tujuan mengeringkan sawah
ialah untuk mengelakkan kerosakan permukaan tanah daripada bekas-bekas roda ini akan
merumitkan kerja-kerja meratakan tanah. Padi tanaman terus boleh juga dituai dengan
tangan.