Anda di halaman 1dari 4

Bil 17 ( 3/2009 ) EDARAN DALAMAN

15 FEBUARI 2009 19 SAFAR 1430H

ZIKRULLAH : TERAPI PENENANG JIWA


Pengenalan ikir adalah mengingati Allah sebaik dan seikhlas mungkin.Zikir meliputi perkataan, perbuatan dan perasaan. Zikir perkataan adalah seperti menyebut nama Allah, mengucapkan perkataan yang baik dan nasihat menasihati kerana Allah. Zikir perbuatan meliputi segala bentuk amalan dan kelakuan yang sesuai dengan syarak demi mencari keredhaan Allah. Zikir perasaan berbentuk mengingati nama dan sifat-sifat Nya, melihat matahari, bulan dan bintang di langit sambil mengenang kebijaksanaanNya, melihat kilat memancar dan guruh berdentum sambil mengenang keperkasaan Allah. Zikir yang paling sempurna ialah mengingati Allah dalam sembahyang. Sembahyang mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t. dengan sepenuh jiwa raga. Zikir yang terdapat di dalam sembahyang menjadi induk kepada zikir-zikir di luar sembahyang Kehidupan ini merupakan zikir yang berkekalan jika mata hati sentiasa memerhatikan sesuatu tentang Allah swt. Zikir yang berkekalan sukar diperolehi. Kebanyakan manusia melakukan pekerjaan yang baik-baik yang seharusnya menjadi zikir tetapi dilakukan tanpa ingatan kepada Allah swt dan bukan dengan penghayatan mematuhi syariatNya. Kekuatan dalaman perlu ditambah bagi memperolehi zikir berkekalan.

Diterbitkan Oleh : CITU, UiTM Kelantan

Bagi tujuan tersebut perlulah dilakukan zikir sebutan iaitu zikir dengan ucapan kalimah Lailahaillallah dan zikir nama-nama serta sifatsifatNya. Zikir seperti ini memberi kesan serta menguatkan rasa kecintaan dan ingatan kepada Allah swt. Orang yang tidak pernah berzikir adalah orang yang sangat keras hatinya dan kuat dikuasai oleh syaitan, hawa nafsu dan dunia. Cahaya api syaitan, fatamorgana dunia dan karat hawa nafsu membaluti hatinya sehingga tiada ingatannya kepada Allah swt. Seruan, peringatan dan ayatayat Tuhan tidak diterima oleh hatinya. Zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan berjaya melepasi benteng yang dididrikan oleh syaitan. Tenaga zikir yang berjaya memasuki hati akan bertindak sebagai pencuci yang menyucikan karat-karat yang ada pada dinding hati. Pada peringkat permulaannya zikir masuk ke dalam hati sebagai nama-nama dan sifat-sifat Tuhan yang diucapkan. Apabila karat pada dinding hati sudah berkurangan, ucapan zikir akan disertai oleh rasa kelazatan. Perhatian bukan sekadar kepada nama-nama dan sifat-sifat yang diingatkan malah ia lebih tertuju kepada yang Empunya nama dan sifat. Inilah kedudukan orang yang beriman. Zikir memainkan peranan

penting dalam melahirkan roh Islam. Bagi orang yang inginkan kebenaran wajib bagi mengingati Allah sebanyak mungkin. Ayat 103 surah An Nisaa Allah swt berfirman:

sembahyang maka hendaklah kamu mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring atas rusuk kamu. Tetapi apabila kamu telah tenteram maka hendaklah kamu dirikan sembahyang seperti biasa kerana sesungguhnya itu adalah bagi mukmin satu kewajipan yang ditentukan waktunya.
Zikrullah Penenang Jiwa Suatu Terapi

Lantas apabila kamu telah selesai

Amalan berzikir dan bertasbih dengan menyebut dan memuji Tuhan seraya menggunakan tasbih telah diamalkan sejak sekian lama. Zikir merupakan rawatan bagi penyakit hati. Dengan banyak berzikir dapat menghilangkan perasaan benci. Berzikir di waktu pagi dan petang adalah antara perkara yang menyebabkan datangnya rezeki. Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir menguasai ruang

Diterbitkan Oleh : CITU, UiTM Kelantan

kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu dan jin. Amalan berzikir akan mengaktifkan reaksi kimia dalam darah. Peningkatan oksigen akan membawa aliran darah yang segar. Otak adalah aktiviti bio elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan bagi melakukan tugastugas tertentu dan berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf otak berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Apabila zikir disebut berulangkali, aktiviti saraf bertambah aktif dan turut

menambah tenaga bio elektrik. Dengan itu otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan menjadi semakin kritis dan kreatif. Kesimpulan Zikir adalah merupakan terapi mujarab bagi minda, hati dan aliran darah manusia. Individu yang mengamalkan zikir akan menjadi individu yang tenang , bijak minda dan bersih hatinya.
Wan Norliza binti Wan Bakar UiTM Kampus Kelantan

KATA KATA HIKMAH Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. - Saidina Ali bin Abi Talib -

Diterbitkan Oleh : CITU, UiTM Kelantan

PERLUKAN BANTUAN, KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN AGAMA ! KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA
Ustazah Rokiah Jusoh ( Peg. Hal Ehwal Islam Kanan ) 09-9762087 Ustaz Husaini Ab. Razab ( Peg. Hal Ehwal Islam ) 09-9762110 Ustaz Mohd. Miqdad Aswad Ahmad ( Penolong Peg. Hal Ehwal Islam ) 09-9762112
ATAU KUNJUNGI KAMI DI CITU, PUSAT ISLAM

GANJARAN DAN DOA

ZIKIR

a@

Sesungguhnya zikir dan doa sentiasa mendorong pengamalnya naik ke darjat kemanusiaan yang tinggi dan melindunginya daripada terjebak kejurang yang kotor dan hina. Sesungguhnya amalan zikir dan doa yang dilakukan dengan penuh keikhlasan banyak kelebihannya antaranya : 1. Diampunkan dosa. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. Bersabda : Barangsiapa yang mengucapkan subhanallah Wa Bihamdihi ( Allah maha suci ) sebanyak seratus kali setiap hari, maka dosadosanya akan diampuni. ( Muslim ) 2. Diharamkan neraka baginya. Firman Allah swt : Dan tiadalah tuhan akan menyiksa mereka, sedang engkau berada di antara mereka, Dan tiadalah tuhan hendak menyiksa mereka, selama mereka beristighfar ( memohon ampun ). ( Al-Anfal : 33 )

Penasihat : Ustaz Affendi Ismail. Pengerusi : Ustaz Husaini Ab. Razab. Panel Penulis : Ust. Husaini Ab. Razab.

Ustazah Rokiah Jusoh. Ust. M. Miqdad Aswad Ahmad & Pensyarah-pensyarah CITU

3.

Mendapat pertolongan pada hari akhirat. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. Bersabda : Dua kalimah yang ringan di lisan, tetapi berat di timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan ar-Rahman iaitu : Subhanallahi wa bihamdih, Subhanallahil Azim. ( Bukhari dan Muslim )

4.

Dapat memasuki syurga. Diriwayatkan dari Rifaah al-Juhani bahawa Rasulullah saw. telah bersabda : Tidaklah terdapat seorang hamba yang mati dengan bersaksikan Tiada Tuhan selain Allah, dan bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah dengan hati yang mantap kemudian membenarkannya melainkan di akan masuk ke Syurga. ( Ahmad )

Diterbitkan Oleh : CITU, UiTM Kelantan

Anda mungkin juga menyukai