Anda di halaman 1dari 19

LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3.

FORUM JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK

ESEI ILMIAH

KUMPULAN ELD 05

DISEDIAKAN OLEH NAMA AZHAR B MOHAMED NO. ID D20102043287 NO. TELEFON 013-9640040

NAMA PENSYARAH

DR NORILA BINTI MD SALLEH

TARIKH SERAH

12 NOVEMBER 2011

ISI KANDUNGAN
1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 2.0 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan Reka bentuk kurikulum di Malaysia Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia Akta Pendidikan 1996

LAMPIRAN 3
Halaman

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

2.2

3.0

FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolahsekolah? Berikan hujah anda. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

3.2 3.3 3.4 3.5

2.1

Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap

isi kandungan unit tersebut

memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

ABSTRAK Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.Melalui Akta Pendidikan 1996 sistem pendidikan bertumpu kepada pendidikan prasekolah. Pendidikan sekolah rendah dan menengah dan juga tanggungjawab kementerian pelajarn bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan negara-negara lain yang lebih maju. Namun dalm melaksanakan akta yang telah digubal dalam sistem pendidikan terdapat cabaran-cabaran yang perlu diatasi oleh pihak yang terlibat dengan pendidikan terutama sekali guru-guru yang berad di sekolah yang memastikan pendidikan berjaln dengan lancar dan sekali gus akta pendidikan dapat ditunaikan oleh setiap orang guru bagi memartabatkan profesion perguruan. Kata-kata kunci: Sistem pendidikan, perpaduan bangsa, masyarakat majmuk, kualiti kehidupan, dan keperluan masyarakat Malaysia.

PENDAHULUAN Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat berpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikan tradisional juga melibatkan perkaraperkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan, dididik dengan

ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masa kelak. Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep berbakti kepada tanah dan alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebut mencapai peringkat umur remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah mereka mendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuh dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, anakanak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya menjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur.

Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama. Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka akan mengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang boleh dianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat. Anak-anak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ain, fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaranpelajaran yang lain. Selain di rumah Pak Imam, guru atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid. Selain itu pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.

Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah meningkatkan lagi semangat para pejuang kemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di tanah air ini. Langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari oleh para pemimpin tempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah

sebagai kehendak sebuah negara yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara yang diberi tumpuan secara serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman Talib sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib pada 1960. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Objektif dasar pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961, antaranya adalah seperti berikut: "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Soal perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah; kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu pendidikan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan percuma diberi untuk semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses pendidikan.. KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk system pendidikan ke arah yang lebih baik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan seperti penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua penyata pendidkan yang digubal adalah semata-mata untuk memajukan system pendidikan yang ada di Negara kita. Kandungan petiap penyata yang digubala adalah berdasarkan suasana dan keadaan kehidpan semasa demi untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi

dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah

mengutamkan ilmu pengetahuan kerana ilmu penetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996

Pendidikan Prasekolah Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh

KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan. Pendidikan Prasekolah memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Kanak=kanak berumur enam tahun telah didedahkan dengan alam persekolahan. Melalui kurikulum Prasekolah, kanak-kanak telah diajar mengenai pendidikan awal bagi membiasakn diri dengan alm persekolahan. Melalui sukatan Prasekolah kanak-kanak diajar bagimana untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Kanak-kanak telah diajar untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang mudah bagi membolehkan kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya apabila berada dalm situasi sekolah rendah pad umur tujuh tahun. Kanak-kanak juga dengan asas-asas agama seperti doa-doa harian yang melibatkan aktiviti harian seperti doa makn, doa masuk tandas, doa masuk dan keluar tandas. Kanak-kanak juga diajar asas membaca al Quran. Segala persiapan yang diajar diprasekolah adalah sebagai asas bagi kanak-kanak menempuh alam persekolahan semasa berada di skolah rendah.

Pendidikan Rendah Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkatperingkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan berbagai-bagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik. Antaranya ialah : Mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan Program orientasi persekolahan dimasukkan dalam sukatan pelajaran diperingkat awal pendidikan rendah iaitu semasa murid berada ditahun satu. Sukatan berkaitan orientasi alam persekolahan digubal khas untuk kanak-kanak bagi menghadapi situasi alam persekolahan diperingkat awal persekolahan. Pendedahan mengenai hubungan murid dengan rakan sebaya dan bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah dan bilik darjah. Orientasi alam persekolahan berlaku untuk minggu awal

persekolahan bagi membiasakan diri kepada kanak-kanak. Program ini memberikan hasil yang baik di mana murid-murid lebih bersedia untuk belajar kerana masalah tidak membiasakan diri dengan sekolah dan rakan sebaya telah dapat diatasi di peringkat awal persekolahan.

Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah Bagi mengtasi masalah keciciran diperingkat pendidikan rendah, Kurikulum sekolah telah digubal bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak bagi semua mata pelajaran. Semua kurikulum sekolah rendah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaaan menekankan mengenai pendidikan yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Menjadi harapan negara agar setiap individu dapat memberikan sumbangan kepada negara melalui modal insan yang mampu membangunkan negara.

Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak Pendidikan adalah untuk semua kaum yang ada ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Orang asli yang ada di Malaysia masih lagi kurang kesedaran betapa pentingnya pelajarn bagi mereka. Ramai dikalangan orang asli di Malaysia tidak bersekolah kerana mereka lebih suka mencari pendapatn untuk menyara kehidupan mereka berbanding dengan pelajaran. Buktinya orang asli tadak ada yang bekerja di kementerian atau sektor swasta, ini kerana mereka tidak ada kelulusan dari segi sijil pelajaran. Untuk menggalakan orang asli memasuki alm persekolahan , kerajaan telah mengalbil langkah yang sewajarnya dengan membina sekolah-sekolah di penempatan orang asli dengan tenaga pengajarnya dihantar dari bandar dari kalangan guru-guru lepasan maktab. Guru-guru sanggup mengajar dipenempatan orang asli demi kemajuan pendidikan orang asli walaupun terpaksa menanggung berbagai-bagai kesusahan dan kepayahan. Guru-guru sanggup dihantar ke Sabah dan Sarawak demi mendidik anak bangsa untuk mencapai hasrat kerajan dalam pendidikan. Hasilnya ramai arang asli yang belajar di sekolah yang dibina dipenemaptan orang asli dan ramai diantara mereka mampu melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi di sektor kerajaan dan swasta. Ini adalah kerana keprihatinan kerajaan bagi memajukan orang asli dalam bidang pendidikan

Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Kerajaan telah melaksanakan undang-undang pendidikan wajib dari tahun 1 hingga tahun 6. Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak kessolah akn didenda sehingga RM5000 kerana mengabaikan hak anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tidak mampu untuk membiayai perekolahan ank-anak mereka, bantuan telah diberikan kepada murid miskin dalam bentuk KWAPM. Tidak ada alasan bagi ibu bapa melarng ank-ank mereka untuk kesekolah dan belajar sebagaimana murid-murid lain. Hasil nya tidak ada murid yang tercicir dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka. Semua Ibu bapa sanggup menghantar ank mereka kesekolah kerajaan mahupun swasta. Kita tidak dengar ada dikalangan kanak-kanak yang berada di rumah kerana tidak besekolah kerana tidak mampu. Semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Peruntukan Kuasa Menteri Pelajaran Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran. Boleh dikatakan kuasa Menteri telah dinyatakan dengan jelas dalam setiap aspek/bahagian dalam Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Pentadbiran (Bahagian ll), Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lll), Sistem Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lV), Penilaian Dan Peperiksaan (Bahagian V), Pendidikan Tinggi (Bahagian Vl), Institusi Pendidikan Swasta (Bahagian Vll), Pendaftaran Institusi Pendidikan (Bahagian Vlll), Pendaftaran Guru (Bahagian lX), Jemaah Nazir Sekolah (Bahagian X), Kewangan (Bahagian Xl), Rayuan (Bahagian Xll), Peraturan-peraturan (Bahagian Xlll), Pelbagai (Bahagian XV), dan Peralihan Dan Pemansuhan (Bahagian XVl). Dalam setiap bahagian tersebut, Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup jelas kepada Menteri untuk melakukan sebarang tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang mungkin menimbulkan kekeliruan dan perlu diberi penelitian semula. Dalam Bahagian XlV iaitu Kesalahan Dan Penalti, Seksyen 136 (Kuasa untuk menyiasat), Seksyen 137 (Kuasa untuk masuk tanpa waran) dan Seksyen 138 (Memulakan dan menjalankan pendakwaan) menyatakan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh melibatkan diri dalam ketiga-tiga perkara (Seksyen 136, 137 dan 138). Kebenaran yang diberikan kepada seorang pegawai Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Inspektor untuk melakukan penyiasatan dalam mana-mana institusi pendidikan seolah-olah merendahrendahkan martabat sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Kehadiran seorang pegawai polis bertujuan untuk menggelidah sebarang premis pendidikan tanpa waran menunjukkan seolah-olah autoriti premis pendidikan tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Tambahan pula tindakan ini semacam satu bentuk kekerasan.

Usaha pemertabatkan bahasa Kebangsaan melalui sistem pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 agak mengelirukan. Dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Namun demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri. Begitu juga penggunaan bahasa pengantar selain daripada bahasa Kebangsaan diberikan kepada tadika (Seksyen 23). Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996. Namun dalam penggunaan bahasa lain, dalam Seksyen 1, Akta Pendidikan 1996 hanya menyebut: bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian Hal ini kelihatan agak janggal kerana sebarang institusi yang menawarkan pengajian Islam pasti akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar kerana itu adalah bahasa Al Quran. Tambahan pula Islam adalah agama rasmi di negara ini.

2.2

Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran

PENDAHULUAN
Terdapat berbagai-bagai-bagi cabarn dan masalah yang dihadapi dalam mengaplikasikan Akta Pendidikan 1996. Akta Pndidikan 1996 yang digubal khas adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan akta pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 digubal bagi menggantikan Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang tidak dapat diguna kerana terdapat kelemahan-kelemahan dari segi kandungan mengikut kesesuaian masa kini. Untuk mengatasi kelemahan yang terkandung dlam Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak beberapa perubahan telah dilakukan untuk kebaikan dan kemajuan bidang pendidikan di Malaysia. Walaupun perubahan dilakukan namun kandungan dalam Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang difikirkan sesuai masih lagi dikekalkan seperti penggunan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Resmi dalam semua urusan kerajaan. Begitu juga denganiIsu perpaduan kaum di Malaysia masih dikekalkan dalam Akta Pendidikan 1996. Walaupun Akta Pendidikan 1996 digubal bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan Penyat pendidikan sebelum ini namun beberapa perkar masih lagi belum dapat di atasi dan menjadi cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.

CABARAN-CABARAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan pendidikan yang cemerlang. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Masalah perpaduan kaum telah menjadi masalah utama dalam melaksanakan akta pendidikan 1996. Tujuan utama akta pendidikan ialah untuk penyatuan kaum melalui pendidikan. Apa yang berlaku sekarang kaum yang ada di Malaysia masing dengan sikap kaum masing. Pencapaian pendidikan mengikut kaum adalah berbeza. Dari segi pencapaian dalam pendidikan kaum cina adalah maju jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Pencapaian pendidikan kaum Melayu sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum Cina. Pencapaian pendidikan dapat dicapai dengan perpaduan kaum. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut

meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Oleh sebab keadaan linguistik yang begitu berbagai di Malaysia, maka secara sekali imbas kita akan dapat melihat bahawa ada masalah yang nyata dalam menentukan yang mana satu untuk dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pilihan itu haruslah yang dapat memuaskan hati semua golongan, dan juga mesti dapat dihormati dan dijalankan dari semua segi, baik sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa Malaysia (dulunya Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha yang dibuat untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris, pada masa itu telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Ternyata bahawa ini adalah merupakan satu dasar pemerintahan penjajah Inggeris. Untuk menguatkan dan meneruskan kuasa mereka di Malaysia, maka mereka telah dengan sengaja membiarkan penduduk-penduduk Malaya terbahagi dan tinggal berasingan dari segi kebudayaan, ekonomi dan bahasa. Keperluan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan yang tunggal adalah menjadi mendesak selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957. tetapi sebenarnya, persoalan ini telah lama timbul dan difikirkan oleh golongan-golongan bumiputera yang tertentu, terutamanya, para pendidik dan penulis. Angkatan Sasterawan 50 telah menyuarakan bahawa kemerdekaan dalam pemerintahan tidaklah dapat dianggap berhasil atau bermakna sekiranya kaum bumiputera tidak dapat turut menyertai perbincangan atau mengambil bahagian untuk berbincang dalam dewan-dewan perundangan di Malaysia. Jadi mereka tidaklah akan dapat turut serta dalam menjalankan pemerintahan negara mereka. Perkara seperti ini dianggarkan akan berlaku kerana, sebab pada masa itu hanya lebih kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara. Keadaan begini sudah tentunya menghalang sebilangan penduduk Malaysia, biak dari apa suku bangsa sekalipun, daripada turut serta dalam mentadbirkan negara mereka. Oleh yang demikian, untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran diri dan negara mereka sendiri, makan amatlah penting mereka menggunakan sebuah bahasa yang lebih luas dipergunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah adanya sebuah bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa bangsa yang tinggal di Malaysia. Jadi keperluan bagi sebuah bahasa Kebangsaan adalah amat mendesak. Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan yang paling layak untuk dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia. Memang benar, ini suatu keputusan politik, tetapi memang tidak ada sebarang keraguan lagi mengenai keputusan ini. Begitu jugalah dalam kebanyakan negara yang baru merdeka, sekiranya, penduduknya terdiri daripada berbilang

bangsa dan bahasa, maka keputusan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan adalah suatu persoalan politik. Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk, maka ternyata bahawa penduduk Melayulah yang ramai bilangannya iaitu membentuk 43% dari penduduk Malaysia, sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia. Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh dianggap sebagai masyarakat minoriti. Walaupun penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kandung itu terdiri daripada hanya 43% dari seluruh penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat pendatang. Tetapi bahasa-bahasa pendatang, walaupun dituturkan oleh segolongan penutur yang agak besar bilangannya, tetapi setiap satunya tidaklah seragam. Bahasa Cina itu sebenarnya terdiri daripada beberapa buah bahasa (dialek) yang berlainan seperti Mandarin, Kanton, Hokkien, Tieuchieu, Hainan, Hakka, Kaysai, Amoi dan Foochow. Begitu juga bahasa India yang sebenarnya terbentuk dari beberapa buah bahasa yang berlainan seperti Tamil, Malayalam, Telugu, Sinhali, Punjabi, Benggali, dan lain-lain. Ternyata bahasa mendatang ini tidaklah dapat diterima sebagai suatu bahasa Kebangsaan. Ia bukanlah bahasa bumiputera dan setiap satunya hanya mempunyai bilangan penutur yang kecil, dan penyebarannya tidak luas dan tidak seragam. Hanya bahasa Melayu sajalah yang luas dipergunakan oleh penduduk Malaysia tidak kira apa rupa bangsa. Apa yang lebih penting untuk menjadi pertimbangan ialah bahawa bahasa Melayu dituturkan itu adalah agak seragam. Dalam istilah ini jelaslah bahawa bahasa Melayulah yang luas sekali digunakan, atau bahasa majoriti penduduk Malaya, pada masa itu. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia. Sebenarnya, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di Malaysia. Dasar kerajaan adalah untuk membolehkan bahasa-bahasa ini wujud

bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka secara perlembagaan bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia. Hasrat ini dirancangkan supaya dijalankan secara berperingkat-peringkat melalui sistem

pendidikan negara. Bahasa Melayu dirancangkan supaya menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat dalam pendidikan dan pentadbiran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah tidaklah begitu tegas pada mulanya. Pelaksanaan itu seharusnya dijalankan secara berlembut dengan jalan meyakinkan bangsabangsa asing supaya mempelajari bahasa Malaysia tanpa paksaan. Ternyata bahawa cara ini telah tidak memberi kesan sebagai yang dirancangkan. Sepatutnya, dalam masa sepuluh tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967, bahasa Malaysia dijadualkan supaya dapat menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Walaupun kebanyakan warganegara Malaysia yang terdiri dari kaum mendatang ini bersimpati dan bersetuju dengan dasar ini, tetapi mereka tidaklah mengambil apa-apa langkah yang konkrit kerana dasar pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang desakan. Walaupun demikian, usaha awal ini tidaklah pula boleh dikatakan gagal sama sekali. Kebanyakan penduduk Malaysia menyalakan pemerintahnya sendiri dalam kegagalan mereka melaksanakan dasar ini dengan lebih tegas lagi. Oleh sebab itu, selepas 1969, kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, untuk menggantikan bahasa Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, dan juga guna untuk ketetapan dalam jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas lebih kurang tujuh tahun, Malaysia mulai dapat melihat hasil-hasil yang lebih tegas dan memuaskan menuju matlamat yang dirancangkan. Hasrat kerajaan ialah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar penuh di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Sebenarnya kalau ditinjau pula pelaksanaan bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan, maka sebenarnya akan terdapat suatu hal yang amat menarik. Bahasa Malaysia sememangnya telah pun dipergunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di peringkat universiti pada mas ini. Dalam hal ini dapat dikatakan yang hasrat dan tujuan kerajaan ini telah tercapai dalam beberapa hal, dan dasar ini sudah maju dan merupakan suatu feit accompli. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara

ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Namun terdapat segelintir guru tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat kepada guru. Terdapat guru-guru yang sanggup

mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada sesetengah guru sanggup melanggar etika perguruan yang ditetapkan kepada mereka. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru adalah terlalu berat yang terpaksa dipikyul oleh orang yang bergelar guru. Sikap sambil lewa atau acuh tak acuh atau memandang rendah terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada guru. Walaupun tugas yang diberikan dianggap kecil dan mudah tetapi sebenarnya ia adalah terlalu berat dan susah untuk di amalkan. Oleh sebab itulah ada sesetengah guru memandang ringan dan ambil mudah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Oleh itu ada di antara guru yang sanggup meninggalkan kelas semasa waktu mengajar hanya semata-mata sanggup berbual kosong antara guru lain sama ada di kantin atau di bilik guru atau di mana sahaja. Contoh di atas adalah sbahagian daripada tingkah laku yang bertentangan daripada kod etika perguruan. Terdapat banyak lagi contoh salah laku yang dilakukan oleh guru yang boleh boleh dikategorikan sebagai melanggar kod etika perguruan. Di antaranya ialah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ponteng kelas Tidur dalam kelas Bercakap hal-hal politik dalam kelas Mencarut Berkelakuan tidak senonoh terhadap murid Menagih dadah Mencabul murid di tempat-tempat sunyi semasa lawatan semasa guru dan murid bersendirian

Contoh di atas adalah sebahagian tingkah laku yang dianggap melanggar kod etika perguruan. Ada di antara guru telah didakwa di mahkamah kerana sanggup merogol muridnya. Adajuga guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan pengedaran dadah dan bergaduh. Kes guru melanggar etika perguruan sebagaimana contoh yang dikemukakan di atas telah menjadi satu masalah dan menjadi beban kepada sekolah. Di antara kes salah laku guru yang paling ketara ialah masalah kes ponteng kelas semasa waktu proses pembelajaran. Kes ini boleh dianggap kes yang paling teruk di mana kes ini selalunya dihadapi oleh setiap sekolah. Setiap sekolah akan ada kes seperti ini. Daripada bilangan guru yang ramai di sesebuah sekolah terdapat seorang guru atau lebih menghadapi masalah ponteng kelas. Secara keseluruhan guru yang terlibat dengan masalah ini akan berkumpul di suatu tempat dan akan melakukan kerja keraja yang tidak ada kaitan dengan sekolah. Fenomena ini kita boleh di mana-mana sekolah biasanya kes ini berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang jauh dari pusat bandar atau jauh dari pejabat pelajaran daerah. Yang mana sekolah ini jarang sekali dilawati oleh pegawai-pegawai pelajaran daerah. Di antara punca-punca yang boleh Menyebabkan perkara ini berlaku kepada seseoarang guru yang terlibat dengan kes pelanggaran kod etika perguruan disebabkan beberapa perkara. 1. 2. 3. 4. Masalah individu itu sendiri Masalah keluarga Masalah kewangan Masalah sekolah adalah

Masalah Kemasukan ke IPT Kerajaan telah membina pusat-pusat pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat Malaysia bagi menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang mahir bagi membina negara maju. Melalui Akta Pendidikan 1996 kerajaan memberi pelung kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kepusat pengajian tinggi. Berdasarkan kepada pencapaian peperiksaan awam kaum Cina telah mendahului pencapaian dalam pendidikan berbanding dengan Melayu dan India. Kerajaan mahu peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi hendaklah diberikan secara sama rata kepada semua kaum. Maka timbullah sistem kuota dan sistem merit bagi menentukan kemasukan pelajar kepusat pengajian tinggi. Pencapaian kaum Melayu dan India tidak dapat menyaingi pencapaian pendiidkan kaum Cina dari segi pendidikan. Ini bermakna kaum Cina lebih erhak untuk belajar dipusat pengajian tinggi. Kerajaan telah melihat satu sistem perlu diwujudkan bagi menentukan kelayakan pelajar-pelajar meneruskan pengajian

ke peingkat pengajian tinggi. Keadaan ini akan menentukan modal insan yang akan menguruskan negara Malaysia untuk masa akan datang PENUTUP Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Akta Pendidikan 1996 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman" Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal inidapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri

pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

Rujukan Prof.Dr. Othman Lebar & Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim &En.Omar Hisham Mohd Baharin & En.Ismail Raof (2010), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Zaini b Abdullah & Mohmad Nor b Mohamad Taib & Iklhsan b Othman & Norila binti Md Salleh & Abu Bakar b Yusuf & Abdul Talib b Mohamd Hashim (2011), KPF 3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafh dan Dasar

Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah imu: analisis konsepkonsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E[5].pdf http://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESION-PERGURUAN http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/ http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

Anda mungkin juga menyukai