Anda di halaman 1dari 2

SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH OLEH MA1LIS PENASIHAT SYARIAH

SURUHAN1AYA SEKURITI MALAYSIA: ULASAN DAN KOMENTAR


Hussein Azeemi Abdullah Thaidi (IGA 110047)
Pasaran sekuriti merupakan anatara komponen penting dalam pasaran modal dan berIungsi
sebagai pengumpul dana yang besar bagi kemajuan dan pembangunan ekonomi negara. Namun,
percampuran pelbagai syarikat di Bursa Malaysia dan ketidakpastian tentang status halal
hararnnya syarikat berkenaan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelabur dalam membuat
pemilihan kaunter-kaunter yang halal. Pemilihan sekuriti halal adalah penting untuk memastikan
mereka terhindar daripada terjerumus dalam aktiviti pemiagaan yang bertentangan dengan prisip-
prinsip syariah. Islam pada prinsipnya melarang keras umatnya terlibat dengan aktiviti
pemiagaan haram. Apabila pelaburan dibuat dalam sebarang aktiviti yang haram, maka sebarang
keuntungan yang dijana juga turut diklasiIikasikan sebagai haram.

Berdasarkan senario ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui MPS telah mengambil
langkah mengklasiIikasikan sesuatu sekuriti itu patuh shariah atau sebaliknya, melihat kepada
aktiviti utama syarikat tersebut. Mana-mana syarikat yang operasi utamanya berteraskan perkara-
perkara yang dilarang syarak, maka ia terkeluar dari senarai patuh syariah.

Persoalan timbul apabila aktiviti syarikat bercampur antara unsur yang dibenarkan dan yang
diharamkan oleh sharak. Bagi menyelesaikan masalah ini, MPS telah menetapkan status syarikat
yang bercampur dapat diterima sebagai sekuriti patuh shariah apabila imej syarikat adalah baik,
aktiviti syarikat membawa maslahah yang besar kepada umat Islam dan kewujudan perkara
haram adalah sangat kecil dan bersiIat umum balwa. MPS juga telah menetapkan beberapa
tanda aras tertentu bagi menentukan tahap percampuran sumbangan yang dibolehkan. Sekiranya
sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras dengan syariah melebihi tanda aras yang
ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasiIikasikan tidak patuh shariah.

KOMENTAR TERHADAP BEBERAPA TANDA ARAS PATUH SHARIAH

Secara umumnya, tanda aras patuh shariah dikeluarkan berdasarkan ijtihad oleh para ilmuwan
yang berkelayakan. Namun, kegusaran timbul apabila tanda aras 5 digunakan bagi mengukur
tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas pengharamannya seperti arak, riba dan daging
babi. Berdarsarkan ijtihad ini, syarikat yang perolehannya melibatkan unsur haram yang 6atie
seperti yang dinyatakan, tetapi tidak melibihi 5, maka sekuritinya dikira sebagai patuh shariah.
Umum mengetahui bahawa tiada ruang untuk berijtihad bagi perkara yang telah 6atie (jelas dan
terang) pengharamannya. Arak, judi
1
, daging babi
2
dan riba
3
telah diharamkan oleh Islam secara
tegas, 6atie dan tiada kompromi kecuali pada keadaan darurat. Sebagai contoh, Islam melaknat
10 golongan yang terlibat dengan arak, antaranya pembeli arak, penjual arak dan orang yang
mendapat hasil keuntungan dari arak
4
. Dalam pengharaman riba pula, orang yang mengambil
riba akan kekal di dalam neraka
5
. Maka penulis merasakan, pelaburan ke dalam sekuriti yang

1
Surah al-Maidah, 5:90
2
Surah al-Maidah, 5: 3
3
Surah al-Baqarah, 2: 275
4
Hadis riwayat Ibn Majah (No. 3381) turut dinilai sahih oleh al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak
5
Surah al-Baqarah, 2: 275-276
mempunyai unsur yang diharamkan secara 6atie adalah lebih baik dielakkan, bukan secara
drastik, tetapi secara berperingkat.

Dari satu sudut yang lain, jika mengikut tanda aras 5 ini, maka sebahagian syarikat-syarikat
pelaburan seperti ASN dan ASB terkeluar dari senarai sekuriti patuh shariah kerana keterlibatan
syarikat seperti ini dengan riba adalah melebihi 5. Namun, ia seolah-olah bertentangan dengan
Iatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di mana hukum melabur ke
dalam syarikat seperti ini adalah harus
6
.

Jika diteliti pada tanda aras 10 pula, yang mana ia digunakan bagi mengukur percampuran
unsur umum balwa, timbul persoalan apakah piawaian yang digunakan untuk mengukur unsur
haram dalam syarikat tersebut boleh diterima sebagai perkara yang bersiIat umum balwa. maka,
persoalan ini memerlukan penilaian secara komprehensiI.

KESIMPULAN

Tidak dapat dinaIikan, penetapan kriteria dan tanda aras patuh shariah yang rasional perlu
dilakuakan agar Pasaran Modal Islam (PMI) dapat berdaya saing dengan Pasaran Modal
konvensional dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Kriteria yang
terlalu rigid akan menyebabkan pasaran modal Islam tidak dapat berkembang pesat dalam
persekitaran kewangan yang canggih dan maju. Namun dalam kesungguhan memajukan PMI,
unsur-unsur haram khususnya yang bersiIat 6atieyyat mestilah cuba dielakkan. Penulis dengan
kadar ilmu yang ada melihat bahawa jika pelaburan dalam sekuriti yang terlibat dengan unsur
haram yang bersiIat 6atieyyat dielakkan, ia tidaklah mematikan PMI. sebagai langkah solusi,
tanda aras selain 5 iaitu 10, 20 dan 25 boleh diperluaskan peratusannya kerana ia lebih
bersiIat d:anniyaat dan terbuka ruang untuk berijtihad. Diharapkan agar dengan potensi yang ada
dan trend yang berlaku sekarang yang mana arah PMI semakin berkembang dengan pesat, dan
penggunaannya semakin meluas, tidak mustahil jika pengeksploitasian dilakukan dengan
maksimum, PMI mampu untuk berkembang dengan pesat serta menjadi pasaran alternatiI kepada
pasaran konvensional. PMI bukan sahaja mampu untuk menarik para pelabur tempatan, malah
para pelabur antarabangsa seterusnya menjadi menyumbang kepada ekonomi negara

6
Resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80
yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.
Lihat ttp.//www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya.

Anda mungkin juga menyukai