Anda di halaman 1dari 8

Teks Ucapan Perasmian. Alu-aluan Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Yang berbahagia Dato Wira Mohd Johari bin Haji Baharom,Timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Yang Berusaha Tuan Haji Zolkefli bin Ghazali, Pengurus FELDA Batu Lapan Guar Napai,Changloon, Kedah Yang Berusaha Encik Shahidan bin Ahmad, ketua Kampung FELDA Batu 8, merangkap Timbalan Pengerusi JKKR Yang Berusaha Uztaz Abdul Halim bin Abdul Rahman, Ketua Penyelaras Program Bina Insan Guru IPG Kampus Perlis, Yang Berusaha Encik Muhd. Sukri bin Osman, pensyarah pembimbing Pendidikan Seni Visual, Barisan EXCO JKKR, GPW, Peneroka, Penerokawati, Belia-Belia, barisan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis serta para hadirin sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun di sini bagi sama-sama kita menjayakan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Semester 4 IPG Kampus Perlis bersamasama penduduk FELDA Batu 8 Guar Napai, Changloon Kedah. Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat.

Majlis dengan ini menjemput ______________________________ bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. Nyanyian lagu Seterusnya hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu:

Negaraku Lagu Negeri Kedah

Hadirin dipersilakan duduk. Ucapan Pengarah Projek Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Projek Program Anak Angkat Bina Insan Guru siri 4. Dengan ini majlis mempersilakan saudara Nur Iffat Haiqal bin Mohd Zawawi bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan Ucapan Pengurus Felda Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Haji Zolkefli bin Ghazali, Pengurus FELDA Batu 8 Guar Napai. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan. Ucapan Perasmian Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato Wira Mohd Johari bin Haji Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program Anak Angkat Bina Insan Guru siri 4 IPG Kampus Perlis.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan Penyampaian cenderamata Majlis mempersilakan Nur Iffat Haiqal bin Mohd Zawawi mengiringi Ustaz Abdul Halim bin Abdul Rahman bagi menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang berbahagia Dato Wira Mohd Johari bin Haji Baharom.

Terima kasih diucapkan. Penutup Dengan ini berakhirlah ucapan perasmian itu tadi maka bermulalah Program Anak Angkat Bina Insan Guru. Diharapkan semua aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Sekian..

Perasmian penutupan

Alu-aluan

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Yang berbahagia Encik Abdul Manap bin Amat , Pengurus Besar FELDA wilayah Alor Setar,Kedah. Yang Berusaha Tuan Haji Zolkefli bin Ghazali, Pengurus FELDA Batu Lapan Guar Napai, Changloon, Kedah. Yang Berusaha Encik Shahidan bin Ahmad, Ketua Kampung FELDA Batu 8, merangkap Timbalan Pengerusi JKKR Yang Berusaha Uztaz Abdul Halim bin Abdul Rahman, Ketua Penyelaras Program Bina Insan Guru IPG Kampus Perlis, Yang Berusaha Encik Muhd. Sukri bin Osman, pensyarah pembimbing Pendidikan Seni Visual, Barisan EXCO JKKR, GPW, Peneroka, Penerokawati, Belia-Belia, barisan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis serta para hadirin sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun di sini bagi sama-sama kita menjayakan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Semester 4 IPG Kampus Perlis bersamasama penduduk FELDA Batu 8 Guar Napai, Changloon Kedah. Bacaan Doa Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi.

Majlis dengan ini menjemput ______________________________ bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. Nyanyian lagu Seterusnya hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu:

Negaraku Lagu Negeri Kedah

Hadirin dipersilakan duduk. Ucapan Pengarah Projek Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Pengarah Projek Program Anak Angkat Bina Insan Guru siri 4. Dengan ini majlis mempersilakan saudara Siti Aeishah bt Jaffar bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi. Ucapan Pengurus Felda Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Haji Zolkefli bin Ghazali, Pengurus FELDA Batu 8 Guar Napai. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan. Slide show Untuk memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, para hadirin akandiserikan dengan tayangan video yang memaparkan perjalanan aktiviti sepanjang program ini berlangsung

Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan tayangan videosebentar tadi.

Ucapan Perasmian

Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput YangBerbahagia Encik Abdul Manap bin Amat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Anak Angkat Bina Insan Guru siri 4 2011. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan Penyampaian cenderamata Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan kepada ibu bapa angkat kerana membantu menjayakan program ini. Dengan ini majlis menjemput Nur Iffat Haiqal bin Mohd Zawawi selaku Pengarah Projek mengiringi Encik Abdul Manap bin Amat bagi menyampaikan cenderamata penghargaan kepada ibu bapa angkat. Dijemput 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Penyampai kepada JKKR dan Belia

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Abdul Manap bin Amat atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Encik Sukri bin Osman mengiringi Ustaz Abdul Halim bin Abdul Rahman bagi menyampaikan cenderamata kepada Pengurus FELDA, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan dan Belia-belia yang terlibat sepanjang program ini dijalankan. Majlis mempersilakan 1. (pengurus) 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Terima kasih di ucapkan. Penyampaian kepada pengurus Felda Seterusnya majlis menjemput Nur Iffat Haiqal bin Mohd Zawawi mengiringi Tuan Haji Zolkefli bin Ghazali bagi menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Encik Abdul Manap bin Amat di atas kesudian beliau hadir bagi merasmikan majlis penutupan Program Bina Insan Guru. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutupan

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini.

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi.

Maka dengan ini berakhirlah Program Anak Angkat Bina Insan Guru siri 4 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya segala jasa dan bakti anda semua akan dikenang dan tersemat di hati. Sekian. Wabillahitaufikwalhidayah.