Anda di halaman 1dari 3

Mencari atau menjadi?

June 20, 2011 by nurjeehan

Manusia inginkan yang terbaik untuk diri sendiri.Sebagai contoh dalam memilih pasangan hidup,andai ditanya lelaki tentu sekali akan memilih wanita solehah yang memakai tudung labuh,menjaga tingkah laku,menghormati suami,dapat mendidik anak-anak di rumah sementara sang suami mencari rezeki.Jika ditanya wanita,tentu sekali mereka juga inginkan lelaki yang boleh membimbing mereka,yang boleh mengimamkan solat mereka.Lelaki sejati yang boleh menjadi contoh terbaik untuk anak-anak mereka.

Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya, kata seorang mahasiswi. Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidakFatimah!, tegas seorang mahasiswa. Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-

" Carilah bakal ibu untuk anak-anakmu, bukan isteri buatmu...Apa yang pernah kita lakukan pada hari ini akan menjadi baja yang merosakkan anak-anak kita nanti, Anak yang soleh akan lahir dari ayah dan ibu yang soleh dan solehah" (`*.()....Sungguh beruntung seorang LELAKI memiliki CINTA PERTAMA seorang WANITA..dan sungguh beruntung seorang WANITA memiliki CINTA TERAKHIR seorang LELAKI.....() .)

Ikrar Kedamaian Jiwa Anda : AKu kini hanya takutkan Allah. Aku tidak lagi takutkan manusia dan peristiwa yang akan aku tempuhi. Aku kini tidak lagi takut untuk meneroka cabaran baru. Aku juga tidak takut gagal atau kecewa. Aku telah bebas kan diriku dari perasaan takut kepada hal hal dunia. Semuanya kerana Allah ada disisiku. ~ ~ " Tanamkan impian untuk ke syurga bersama-sama..jadikanlah awak sebagai penyebab untuk isteri awak ke syurga..InsyaAllah..Jangan awak penyebab isteri awak tergelincir ke neraka..Bimbinglah keluarga awak dengan AL-Quran dan sunnah Rasulullah...Tanggungjawab awak sangat berat,amanahlah dan caknalah dengan tanggungjawab awak terhadap keluarga awak" ~ ~

Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu. DIA kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian. Dengan memberi ujian dan musibah. Supaya kita tersedar

Anda mungkin juga menyukai