Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Hari Kanak-Kanak ialah untuk menghargai dan meraikan murid murid disamping memupuk semangat kerjasama &

; setiakawan dikalangan warga sekolah . Rasional sambutan Hari Kanak-kanak ialah bagi memupuk bakat dan kebolehan murid, mewujudkan hubungan erat antara murid-murid dan warga kerja sekolah dan memupuk kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah. TARIKH PERTANDINGAN : 4 NOVEMBER 2009 (RABU) PERJALANAN AKTIVITI

Sambutan kanak-kanak di mulakan dengan perhimpunan pagi tepat 7.20 pagi, dalam perhimpunan tersebut guru menerangkan perjalanan sambutan hari Kanak-Kanak. Setelah murid bersurai dari perhimpunan, berkumpul di padang bagi menyaksikan pertandingan sukaneka murid tahap 1 yang dikelolakan oleh En. Mohd Halim b Mohd Salleh. 3 jenis sukaneka dijalankan dan dapat ditamatkan pada waktu yang ditetapkan. Sementara pertandingan sukaneka dijalankan, peserta yang akan menyertai pertandingan pekaian beragam bersiap untuk persembahan. Penyertaan untuk pertandingan pakaian beragam amat memberangsangkan di luar jangkaan. Terdapat lebih dari 50 peserta yang mendaftarkan diri untuk pertandingan tersebut. Untuk menjimatkan masa semasa pertandingan pakaian beragam yang dijalankan, guru terpaksa membuat saringan. Peserta yang layak akan membuat persembahan di hadapan para hakim. Pertandingan ini juga dapat dijalankan dan ditamatkan pada masa yang ditetapkan. Aktiviti seterusnya persembahan badut yang julung kali diadakan di sekolah. Sambutan untuk persembahan ini amat menggalakkan, murid-murid kelihatan teruja dan seronok sepanjang persembahan dijalankan. Kawalan murid juga dapat dikawal oleh Mr. Badut dengan baik. Persembahan ini juga ditamatkan tepat pada waktunya. Seterusnya acara kemuncak ialah ucapan dan penyampaian hadiah. Ucapan sempena Hari Kanak-kanak disampaikan oleh Pn. Latipah bt Salatin (GPK Pend. Khas) menggantikana Guru Besar. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang dijalankan dengan keadaan terkawal.