Anda di halaman 1dari 2

Flora merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae.

Biasanya, Organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai flora mahupun tumbuhan.Flora memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.flora merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Flora merupakan elemen yang sangat penting dalam rekabentuk sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan.Flora mempunyai kegunaan tertentu dalam landskap dari segi fungsi fizikal dan kecantikan.Tanpa kehadiran flora maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Ada enam fungsi fizikal flora iaitu mengawal hakisan, meredakan iklim, bertindak sebagai tirai, memberi teduhan daripada panas matahari, mengarah pergerakan dan akhir sekali melindungi hidupan liar. Selain itu,flora juga memiiliki fungsi estetika iaitu yang pertama flora-flora boleh digunakan untuk membentuk sempadan-sempadan kepada ruang-ruang yang tertentu. Di samping membentuk ruang atau bilik-bilik luar ini, tumbuh-tumbuhan juga berguna untuk memberi kualiti atau menghias ruang tadi. Kedua, merangka pemandangan merupakan suatu teknik yang sering digunakan untuk memperbaiki sesuatu pemandangan.Cara yang paling biasa untuk merangka pemandangan semulajadi ialah dengan menggunakan flora. Disamping itu,kehadiran flora-flora di pangkal bangunan atau struktur boleh menjadikan bangunan atau struktur itu kelihatan terikat dengan permukaan bumi dan lebih stabil.

Kaya dari bisnis landskap? Mengapa tidak? Dalam beberapa tahun terakhir, landskap telah menjadi komoditas bisnis yang menjanjikan. Banyak orang tergiur manisnya bisnis ini. Beberapa di antaranya sukses meraup keuntungan yang fantastis. Namun, tidak sedikit pula yang harus gulung tikar akibat salah manajemen.Bidang landskap ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks penghidupan manusia sejagat.

Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai 'seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh'. Peranan arkitek landskap akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan Negara Landskap bukan lagi asing kepada masyarakat di negara ini, terutama dikawasan bandar. Semakin banyak premis sama ada kediaman persendirian, hotel, taman rekreasi, rumah ibadat, resort, hospital, pusat pengajian tinggi malahan sekolah, mula memberi penekanan terhadap persekitaran hijau dan menghiasinya dengan seni landskap yang indah dan menarik.Malahan sesetengah pihak pemaju menjadikan landskap salah satu komponen penting seiring dengan projek yang dibangunkan. Ia bukan lagi aspek sampingan pembangunan, malahan dianggap penyumbang penting kepada sector pelancongan serta pembangunan ekonomi negara

Anda mungkin juga menyukai