Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan Setiap manusia adalah berbeza, unik dan tidak ada individu yang lain sama dengannya walaupun

seriras. Oleh itu, perbezaan individu seperti jantina, fizikal, kecerdasan otak, personality, gaya belajar, kesihatan, social dan bangsa dan bahasa. Menurut Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching Kepelbagaian individu merujuk kepada sifat manusia berpotensi memajukan keupayaan dirinya Terdapat pelbagai teori pembelajaran, implikasi faktor pebezaan individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seorang guru harus memahami perbezaan individu di kalangan pelajar dan member perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Definisi Perbezaan Individu Menurut Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching pula menerangkan keupayan seseorang merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia dan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistic dan sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang (seperti takut melakukan kesilapan,takut bertanya) Menurut Borich dan Tombari(1997), perbezaan individu ialah: Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment Iaitu perbezaan individu adalah variasi yang dapat diperhatikan di kalangan ahli dalam satu kumpulan tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak. Ciri-ciri perbezaan Individu 1. Jantina

Di kalangan masyarakat Asia, kanak-kanak lelaki dianggap istimewa dan diletak harapan tinggi. Lelaki dianggap berani dan dilantik sebagai ketua keluarga. 2. Fizikal Di dalam kelas , bentuk badan dan ketinggian setiap pelajar adalah berbeza. Ada pelajar tinggi, rendah, bertubuh besar, sederhana. Sheldon (1942), (di dalam Roediger et al. 1996), telah mengkategorikan temperamen mengikut bentuk badan. i) ii) Endomorf, ia itu individu yang bertubuh bulat. (suka bergaul) Mesomorf, ia itu individu yang mempunyai tubuh dengan otot-otot yang kuat. (asertif,agresif) iii) Ektomorf, ia itu individu yang kurus dan tinggi.(pendiam)

3. Kognisi Individu menpunyai perbezaan dari segi kognitif iaitu berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira, menaakkul dan berimginasi. Alfred Binet (1905) mengatakan seseorang yang cerdas ialah orang yang keupayaan mentalnya lebih daripada kawankawan yang sama umur dengannya. 4. Personaliti Ia melambangkan keperibadian seseorang seperti peramah, senang bergaul,popular dan digemari. Ada individu yang pendiam dan menyindiri.Carl Jung membahagikan personality kepada i) ii) iii) Ekstrovert (periang,suka berkawan, petah bercakap, peramah) Introver (pendiam, kurang bersosial,sensitif dan berhati-hati) Ambivert (kombinasi cirri-ciri persoaliti ekstrovert dan introvert)

5. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Gaya kognitif impulsif akan memilih pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan member tindak balas cepat tetapi banyak membuat kesilapan. Gaya reflektif, mempunyai kecerdasan yang sama dengan pelajar impulsive, akan mengalami masa yang lama sebelum menjawab sesuatu soalan atau menyudahkan tugasan kerana dia membuat pelbagai pertimbangan sebelum menjawab soalan. 6. Kesihatan Sifat pelajar yang sihat dan normal ialah kelihatan cergas, riang suka bertanya,suka membaca, mendengar pengajaran guru dengan penuh perhatian, pandai bersosial dan mempunyai sahabat. Terdapat juga pelajar yang cacat penglihatan atau didak dapat membezakan huruf bdengan huruf datau menghadapi masalah dyslexia 7. Sosial Sosial bermaksud pelajar dapat berinteraksi antara satu dengan lain. Oleh itu, pelajar yang suka bermain dan aktif biasanya mempnyai lebih ramai kawan daripada yang tidak suka bermain atau tidak aktif. 8. Bangsa/Bahasa Penduduk di sesebuah negara terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, berbeza daripada segi bahasa pertuturan kebudayaan, gaya hidup agama serta system kepercayaan dan nilai.

Pembelajaran Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan

kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Kesan Pembelajaran Pembelajaran Koperatif Vygotsky (1896-1943) menjelaskan pembelajaran koperatif sebagai: ..group learning activity organized on the socially structured exchange of information between learners in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is motivated to increase the learning of others.

Pembelajaran koperatif bermaksud penggunaan kumpulan yang kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja besama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan. Ahli kumpulan berbincang dan saling membantu antara satu sama lain. Kumpulan heterogenus pula terdiri daripada murid-murid yang cerdas, ia tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama (Slavin, 1991). Kumpulan koperatif biasanya berlaku dalam kumpulan cerdas dan lambat. Pelajar cerdas akan membantu pelajar lambat. Semangat kerjasama semaikn tinggi apabila bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pembelajaran ini menggunakan idea scaffolding dalam teori pekembang kognitif Vygotsky, Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif. Teori Pelaziman Operan Thorndike terkenal dengan pembelajaran cuba jaya. Ia itu beberapa percubaan dibuat sehingga berjaya. Melalui eksperimen yang telah dilakukan ke atas seekor kucing dalam sangkar yang berjaya keluar untuk mendapat makanan. Thorndike berpendapat pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R (rangsangan) dan response (gerakbalas). Hukum Pembelajaran Thorndike. , ia itu stimulus

a) Hukum Kesediaan Kesediaan dan persiapan perlu ada sebelum individu bertindak untuk belajar. Kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. b) Hukum Latihan Rangsangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. c) Hukum Kesan Jika sesuatu tindakan membawa perubahan yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat tetapi jika ia membawa kesakitan maka ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar. Ia mempunyai persamaan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis ia itu peneguhan positif dan peneguhan negatif. a) Peneguhan Positif akan menggalakkan sesuatu tindakan diulangi. Contoh peneguhan positif ialah senyuman, pujian, menepuk bahu, member hadiah dan sebagainya. b) Peneguhan Negatif ia itu rangsangan serta merta yang tidak disukai atau menyakitkan. Peneguhan negative boleh digunakan untuk membentuk tingkahlaku yang diingini. Perbezaan Personaliti Manusia mempunyai personality yang berbeza. Kita dapat mengetahui personaliti seseorang melalui wajah dan wataknya, gaya pecakapannya, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja. Carl Jung , membahagikan personality kepada 1) Ektrovert periang suka berkawan, petah becakap, peramah, mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara , meminati aktiviti luar dan tahan lasak. Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian di kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire, dan beliau

mendapati pelajar yang mempunyai kecedasan yang tinggi adalah berpersonaliti ektrovert. 2) Introvert pendiam, menyindiri, tidak suka dengan orang baru, pemalu dan pendiam. Menurut Rita Dunn et al, (1989) menunjukkan bahawa pelajar pintar cedas terdiri daripada pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar bersendirian daripada belajar berkumpulan. 3) Ambivert Adalah gabungan sikap dan tingkahlaku ekstrovert dan introvert. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Gaya Kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Witkan (1940) telah mengenal pasti dua gaya. 1) Gaya belajar bergantung latar (field dependence) 2) Gaya belajar bebas latar (field independence) Mengikut ,Kagan (1965), kanak-kanak yang bergaya kognitif impulsive akan memilih pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberikan tindak balas yang cepat, tetapi kurang tepat. Manakala kognitif reflektif, mempunyai kecerdasan yang sama dengan pelajar impulsive, akan mengambil masa yang lama sebelum menjawab sesuatu soalan dan berharap jawapannya adalah paling tepat. Kajian lepas menunjukkan sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya kognitif yang sama, pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik (Saracho&Spodek). Untuk mencari keadaan yang ideal adalah sukar. Oleh itu, sebagai guru anda perlu tahu gaya kognitif pelajar anda dan cuba merancang pengajaran dan bahan bantu mengajar yang memenuhi kehandak gaya kognitif pelajar anda. KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA

Kajian ini telah dilakukan oleh Zaridah binti Zuber dari SK Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Murid-murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, beliau telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Kajian yang melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu, Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, beliau telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan. Langkah-langkah menangani masalah. Masalah penglihatan boleh menyebabkan murid kurang memberi tumpuan. Ini boleh diatasi dengan menggunakan kad imbasan yang berwarna. Dengan kad imbasan yang berwarna ditulis dengan saiz yang besar dapat menarik minat murid.Murid yang menghadapi masalah visual dan audio(penglihatan dan pendengaran) harus ditempatkan di bahagian depan kelas. Guru membuat tindakan dengan menghubungi ibubapa atau penjaga supaya membuat rawatan selanjutnya. Teori Pembelajaran Sosial, Bandura (1977) merupakan teori kognitif social (Bandura,1986). Proses Peniruan melalui empat langkah iaitu , tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Bandura dan Walters (1963), di dalam buku mereka Social Learning & Personality Development, menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku. Guru akan memperkenalkan latihan berbentuk latih-tubi. Ia itu menulis berulang kali walaupun latihan yang sama. Sikap malas dan tidak memahami arahan adalah disebabkan perbezaan individu. Di dalam satu kelas mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Setiap individu berbeza dari segi lahiriah & rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya. (Boon dan Ragbir, 1997). Murid bersikap malas kerana mereka ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, guru tidak harus mengabaikan mereka. Mereka harus diberi bimbingan. Proses pengajaran harus menggunakan

bahasa yang mudah difahami mengikut tahap murid. Guru terpaksa menyedia beberapa set latihan dari senang atau mudah ke tahap sederhana dan seterusnya mencabar.Apabila ada peningkatan, sikap murid akan berubah. Murid yang kurang berkeyakinan harus diberi motivasi dengan memberi pujian. Hasil daripada kajian Teori Pelaziman Klasik Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.Ini diperkuatkan lagi dalam Teori Pelaziman Operan Skinner ia itu gerak balas boleh dikuatkan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Setelah murid dapat menyiapkan latihan dengan betul, mereka dipuji sebagai dorongan dan diberi latihan untuk peneguhan. Setelah pulang ke rumah, murid tidak mendapat bimbingan di rumah. Ini disebabkan ibu bapa tiada masa untuk membimbing mereka. Masalah ini boleh diatasi dengan membuat jadual membaca dan menyiapkan kerja sekolah di rumah. Ibu bapa mengenakan peraturan dan diberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka. Menurut Baumrind (di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan dan yang paling sesuai digunakan ialah Autoritatif ia itu kebebasan berbatas. Anak-anak yang dibesarkan cara ini dapat membantu perkembangan anak ia itu kebebasan berbatas. Contohnya menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping member sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka.

Kajian Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar Kajian ini telah dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof Boon Fakulti Pendidikan ,Universiti Teknologi Malaysi,Skudai, Johor. Encik Amir Hamzah bin Abdullah dari Universiti Utara Malaysia,Kedah. Seramai 359 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon, Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit, Sekolah Menengah Kebangsaan TM Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis

dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach alfa yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9515 bagi bahagian B dan 0.7512 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai kepada jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi dan tingkah laku kenakalan. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah tingkah laku kenakalan yang kerap dilakukan oleh para pelajar. 1) Pelajar datang lewat ke sekolah 2) Pelajar gemar membuang masa 3) Makan di kantin di luar waktu rehat 4) berambut panjang atau berfesyen. Langkah-langkah menangani masalah. Pelajar yang datang lewat ke sekolah adalah disebabkan oleh perbezaan individu ia itu emosi dan persekitaran Menurut , Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan di rumah, komuniti masyarakat. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi pelajar. . Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi pelajarnya. Pelajar gemar membuang masa kerana mereka cepat bosan dengan sesuatu. Guru hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan seperti mengadakan perbincangan kumpulan supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak guru serta memberi tindak balas dengan segera. Makan di kantin dan di luar waktu rehat adalah salah di sekolah. Ini disebabkan pengaruh persekitaran ia itu rakan sebaya yang lain. Guru hendaklah sentiasa memberi nasihat dengan menerangkan implikasi disebaliknya ia itu tindakan disiplin. Menurut Teori Pelaziman

Operan Thorndike ia itu pembelajaran berlaku daripada gabungan R G , ia itu rangsangan dan gerak balas. Apabila didenda atas kesalahan yang dilakukan maka perbuatan itu tidak akan diulang kembali. Pelajar yang berambut panjang dan berfesyen adalah disebabkan mereka gagal dalam bidang akademik serta berkelakuan yang tidak menepati norma masyarakat adalah disebabkan oleh ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, social dan emosi. Guru harus
menyedari ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan

individu. Guru memperkenalkan pembelajaran koperatif iaitu pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius. Dalam aktiviti pembelajaran ini, pelajar yang cerdas akan membantu pelajar yang lambat.Ini bersamaan dengan Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky.

KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA PELAJAR UNIVERSITI TEMPATAN : STATUS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN Kajian ini telah dijalankan oleh 8 orang ia itu: Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md Yunus, Ramlah Hamzah, Rosini Abu, rohani Ahmad Tarmizi, sharifah Md. Nor, Kamariah Abu Bakar dan Habsah. Kemahiran pengurusan masa merupakan salah satu kemahiran belajar yang penting untuk dikuasai oleh pelajar bagi membantu mereka mencapai kejayaan cemerlang semasa menuntut di universiti. Walaubagaimanapun, kajian yang menyeluruh tentang sejauh mana kemahiran inidimiliki oleh pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan kesannya terhadap prestasi mereka masih belum banyak dilakukan. Justeru, kertas kerja ini cuba mengupas isu tersebut berdasarkan kajian ke atas 3025 orang pelajar dari tujuh buah universiti awam dan dua buah universiti swasta yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidangData dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik dan ia dianalisis secara deskriptif serta menggunakan ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Beberapa rumusan dapatan kajian dapat dibuat seperti berikut: 1. Pelajar masih lemah dalam pengurusan masa.

2. 3. 4.

Pelajar perempuan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Pelajar India menunjukkan kemahiran pengurusan masa yang lebih baik berbanding pelajar Melayu dan pelajar Cina. Kemahiran pengurusan masa dapat mempengaruhi pencapaian akademik. Langkah-langkah mengatasi masalah. Menurut Kopper (2006), pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan

dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Manakala bagi Drucker (1966) pula, pengurusan masa berasaskan andaian bahawa dengan merekod, mengurus dan mengagih masa boleh membantu seseorang menggunakan masa dengan cekap. Kemahiran pengurusan masa di kalangan pelajar masih belum memuaskan. Senario kesederhanaan dalam pengurusan masa tidak wajar dibiarkan berlaku. Perbezaan individu yang terdapat di kalangan pelajar seperti tingkahlaku mempengaruhi pengurusan masa. Sikap pelajar yang tidak bertanggungjawab, sentiasa inginkan hiburan, pergaulan bebas dan kurang didikan agama. Peranan guru disini ialah memberi motivasi kepada murid akan kepentingan masa jika ingin berjaya dalam pelajaran. Murid boleh dilatih dengan adanya jadual belajar, jadual menonton dan jadual bermain. Dengan mematuhi jadual, murid dapat menguruskan masa dari awal persekolah. Perbezaan gender atau jantina menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai pengursan masa yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Ini disebabkan oleh kanak-kanak lelaki dianggap istimewa daripada kanak-kanak perempuan. Tidak adanya layanan sama rata menyebabkan murid lelaki bebas daripada murid perempuan. Satu lagi perkara harus diberi perhatian oleh guru ialah tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan social kanak-kanak lelaki biasanya lambat 2 tahun daripada kanak-kanak lelaki. Walaubagaimanapun, pembelajaran koperatif boleh diperkenalkan oleh guru. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang berlainan kecerdasan akan berada dalam kumpulan. Mereka akan bekerjasama dan menolong pelajar yang ketinggalan dalam akademik. Ini bersamaan dengan Teori Kognitif Vygotsky. Adakalanya pengajaran oleh rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan pelajar yang lebih mahir.

Perbezaan bangsa dan bahasa tidak menghalang individu mencapai kejayaan dalam akademik. Jika bangsa Cina dan bangsa India dianggap rajin dalam kajian ini tetapi tidak ada kurangnya dengan Melayu. Kesedaran adalah amat penting untuk menjadi murid seorang individu yang berpelajaran. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting dalam usaha member didikan awal seperti prasekolah. Awasi perkembangan mereka dan sentiasa memberi galakan dan peneguhan positif. Teori Perkembangan Psikososial Erikson, menyatakan bahawa menanam sikap kepercayaan sejak bayi amat penting dalam mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri kanak-kanak tersebut. Guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Ini dapat menanam sikap positif terhadap pelajaran.

Perbezaan personaliti di kalangan pelajar. Carl Jung pula membahagikan personality kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. Personaliti seseorang dapat diketahui melalui wajah dan wataknya. Pelajar yang baik dalam akademik sentiasa bersedia untuk belajar. Kerja sekolah yang diberi oleh guru dapat disiapkan dengan baik ini adalah kerana mereka mempunyai jadual untuk menyiapkan kerja sekolah. Pelajar ini biasanya sangat popular. Ramai yang ingin berkawan dengan mereka. Personaliti introvert merupakan personaliti pendiam, pemalu, kurang percaya dan tidak suka dengan orang baru. Guru harus menggalakkan pergaulan antara ekstrovert, introvert dan ambivert. Semasa aktiviti bersenam, mereka dibahagikan dalam kumpulan campuran tiga personaliti. Mereka akan bekerjasama dan berkomunikasi antara satu dengan lain. Maka akan wujud rakan sebaya yang dapat menimbulkan minat berkomunikasi dan tolong menolong. Persaingan dalam pembelajaran akan berlaku.
PERBEZAAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS AKADEMIK (PCA) BERDASARKAN GENDER

Kajian ini telah dijalankan oleh Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob dan Aznan Che Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji personaliti ekstrovert dan introvert kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Seramai 177 sampel dipilih yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari Sekolah Menengah

Sains Mara (MRSM). Seramai yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada peringkat peperiksaan.
Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan. Langkah-langkah mengatasi masalah. Terdapat pelbagai jenis personaliti , antaranya personalit mengikut Carl Jung , boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis ia itu ekstrovert, introvert dan ambivert. Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personality ekstrovert ia itu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra dan kreatif.Ini telah dibuktikan oleh Eysenck dan Cookson (1961) dalam kajiannya mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpesonaliti ekstrovert. Personaliti introvert merupakan personaliti seseorang dimana dia kurang menyenangi bersama orang lain, dia lebih suka menyindiri,kurang percaya diri, pemalu dan pendiam. Personaliti ambivert ialah gabungan personaliti ekstrovert dengan personalit introvert.Murid-murid dalam golongan ini adalah murid-murid yang pintar dan mereka memerlukan pendekatan yang berbeza untuk menanganinya. Untuk mengatasi masalah murid yang lemah, guru perlu memahami tingkahlaku murid melalui faktor genetik dan latarbelakang murid. Dengan mengetahui faktor ini guru boleh merancang dengan menggunakan pengajaran terancang atau perician e-learning di dalam computer. Pilih perisian yang bersesuaian dengan murid kerana keperluan individu adalah berbeza. Ini bersesuaian dengan

Teori Kognitif ini dipelopori oleh Piaget dan menekankan proses mental dalaman. Teori ini melibatkan proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Pengetahuan pula boleh bertambah melalui deria pengamatan yang ada pada pelajar
Mempelbagaikan bentuk penilian kerana penilaian kertas dan pensil sahaja tidak menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang. Untuk menggalakkan kreativiti, aktiviti membuat buku skrap boleh dilakukan. Ini akan menggalakkan murid berfikir dan berkembang seterusnya. Menurut Nik Azis

(1999), beliau mengatakan bahawa pada asasnya pelajar pintar cerdas juga adalah merupakan pelajar yang sama dengan pelajar-pelajar lain namun apa yang membezakan antara pelajar pintar cerdas dengan pelajar-pelajar normal yang lain adalah daya pemikiran mereka yang boleh membentuk helah bela diri dalam melindungi sifat negatif atau personaliti negatif yang ada dalam diri mereka. Perbezaan jantina (gender) sangat penting di dalam masyarakat Asia. Walaubagaimanapun, fenomena yang biasa di sekolah ialah murid lelaki lebih nakal dan susah

mematuhi disiplin, sementara murid perempuan lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih Berjaya dalam pelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Maccoby dan Jaclin (1974) (dalam Banks & Thompson, 1995) mendapati pelajar perempuan lebih baik daari segi kecerdasan lisan atau bahasa sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari kecerdasan ruang. Oleh demikian, guru harus member perhatian kepada aspek fizikal dan kebolehan pelajar lelaki dan pembelajaran harus disesuaikan dengan peringkat perkembangan pelajar dan jantinanya. Guru member tugasan yang berbentuk pembelajaran koperatif. Di dalam kumpulan itu, terdiri daripada murid yang berlainan jantina dan kecerdasan. Ahli kumpulan akan menanam sikap tolong-menolong membantu menyelesaikan tugasan. Ini akan mewujudkan semangat kerjasama. Kesimpulan Kajian seumpama ini diharapkan dapat dijalankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan dicadangkan juga diadakan kajian untuk melihat perbandingan antara kecerdasan kognitif dan kecerdasan emosi terhadap pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar. Ini akan dapat memberi satu gambaran yang jelas tentang faktor manakah yang lebih dominan. Kajian ini telah mengambil pemboleh ubah kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar, personaliti pelajar iaitu personaliti ekstrovert dan introvert, pengurususan masa. Pemboleh ubah yang lain juga perlu diberi perhatian seperti persekitaran sekolah, status sosio ekonomi, peranan ibu bapa, konsep kendiri dan guru. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru menangani masalah murid serta memberi harapan kepada murid untuk berada di kalangan murid yang cerdas.

Anda mungkin juga menyukai