Anda di halaman 1dari 11

WLA 105

PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan Moral
• Pendidikan Moral merupakan
pendidikan yang dapat membentuk
individu yang boleh mengubahsuai,
berfikir untuk diri sendiri, tidak
mudah dipengaruhi serta boleh
membuat penilaian yang kritis
mengenai isu moral.

10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 2


Apa itu Moral?
• Moral berasal daripada perkataan Latin moralis
yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan
tatasusila sesebuah masyarakat.

• Istilah moral meliputi sifat – sifat luhur seperti


a) baik hati b) tolong –menolong c) bersih
d) berani e) adil f) rajin

• Dapatkah anda berikan lagi sifat-sifat yang


bermoral ini?
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 3
Keadaan yang berikut dapat
menunjukkan dengan lebih jelas lagi
pengertian moral.
1. Ia bermaksud kawalan tingkahlaku yang
berlandaskan kriteria-kriteria yang
dihayati serta diamalkan oleh seseorang
itu.
Larangan atau sekatan dari luar yang
diterima dengan fahaman ( iaitu
mengapa sesuatu tindakan tidak boleh
dilakukan) adalah sesuatu yang dianggap
bermoral.
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 4
1. Seseorang individu juga dikatakan
bermoral jika dia berupaya
menentang keinginan untuk
melakukan sesuatu yang dianggap
salah.

3. Istilah moral akan merujuk kepada


peraturan-peraturan yang diterima
secara rasional.

10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 5


Apa itu Nilai?
• Nilai adalah amalan harian bagi
kebanyakan individu.

• Kehidupan memaksa kita membuat pilihan,


mentafsir sesuatu sama ada baik atau
buruk dan cuba menetapkan sesuatu nilai.

• Dari segi falsafah nilai dihadkan kepada


yang positif dan yang baik.
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 6
Apa itu Etika?
• Etika didefinasikan sebagai sains yang
mengkaji tingkah laku manusia di dalam
masyarakat.

• Ia merupakan bidang yang mentafsir tingkah


laku manusia sebagai benar atau salah, baik
atau buruk.

• Etika berasal daripada perkataan Greek ethos


yang bermaksud adat atau cara hidup.

• Dapatkah anda berikan kod etika profesion


yang lain?
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 7
Moral dan Etika?
• “Moral” dan “Etika” membawa makna
yang seakan-akan sama.

Dibawah merupakan perbezaannya:


• “Moral” dan “Kemoralan” merujuk
kepada tingkahlaku seseorang itu.

• “Etika” merujuk kepada kajian mengenai


tingkahlaku moral.

10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 8


Apakah Undang-undang?
• Undang – undang merupakan
peraturan yang digubal oleh
pihak berkuasa untuk mengatur
kehidupan sesebuah masyarakat
atau negara supaya aman.

10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 9


Apakah Agama?
• Agama dan adat resam merupakan
aspek yang mempunyai kaitan
dengan tingkah laku kita.

• Agama merangkumi seluruh


sistem kehidupan manakala adat
pula hanya melibatkan
sekelompok masyarakat.
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 10
Adat dan Kebiasaan
• Adat ialah nilai yang diterima oleh majoriti
dan diamalkan oleh sesuatu masyarakat
atau nilai bersamadi sesuatu tempat.

• Contohnya: Seseorang yang mengamalkan


etika seperti berbudi bahasa bahasa dan
bersopan santun dalam adat Melayu
merupakan adat adat yang melahirkan
etika yang baik.
10/18/08 Copyright : WOU (RHS) 11

Anda mungkin juga menyukai