Anda di halaman 1dari 9

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

O Prosedur pentaksiran hendaklah ditadbir secara seragam jika tidak skor murid
akan didapati berbeza selain dari faktor pengetahuan dan kemahiran. Mari
kita lihat contoh dimana prosedur pentaksiran dijalankan disebuah bilik darjah
yang mana pentaksiran dijalankan:

O Didalam kelas pertama, seorang guru telah mengumpul sejumlah 40 buah
skrip jawapan sebaik sahaja ujian 40 minit telah dijalankan. Dalam kelas
kedua, seorang guru telah membenarkan muridnya meneruskan ujian dengan
tambahan masa selama 10 minit iaitu sehingga loceng tamat kelas berbunyi.

O Seorang guru telah membaca arahan kepada muridnya dan telah menyemak
semula dua soalan sampel seperti yang telah diarahkan didalam manual
pentadbiran. Guru yang seorang lagi telah menyerahkan ujian yang diberikan
kepada murid dan meminta mereka membaca arahan dan meminta muridnya
meneruskan tugasan soalan dan menyelesaikan masalah tersebut sendiri.

O Murid dari kelas pertama meneruskan kerja secara senyap tanpa gangguan
sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kelas kedua pula diganggu
sebanyak empat kali oleh panggilan telefon dari pejabat dan dari dari murid
yang menghantar mesej yang telah sampaikan. Guru kelas pertama telah
memohon dari pejabat agar tidak diganggu dan mengantungkan notis "Do not
disturb" pada pintu kelas. Kelas kedua pula tidak membuat sebarang
permohonan seperti kelas pertama.

O Dari perhatian diatas, satu kelas telah menerima keputusan purata skor yang
lebih tinggi dari kelas lain. Namun begitu, skor yang diperolehi bukanlah
petunjuk kebolehpercayan kepada pengetahuan atau kemahiran murid, Skor
yang diperolehi mungkin meyimpang kerana murid telah diberikan lebihan
masa untuk menjawab. Yang lainnya skor adalah lebih rendah kerana guru
tidak membaca arahan tugasan. Perbezaan dalam keadaan ujian berbeza
telah mengakibatkan perbezaan dalam hasilan keputusan dan menyebabkan
skor berstatus tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan (unreliable). Contoh
ini menunjukkan mengapa data pentaksiran dari kelas berlainan tidak boleh
dibandingkan kecuali pentadbiran ujian adalah dalam situasi yang sama.

O Bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara seragam, pihak sekolah
hendaklah memastikan semua arahan pentadbiran wujud untuk semua
prosedur pentaksiran dan semua arahan hendaklah dikaji dan digunakan ole
pentadbir ujian. Pihak sekolah hendaklah mendapatkan manual pentadbiran
dari pembina prosedur pentaksiran asal dan memberikan salinan kepada guru
dan pentadbir pentaksiran. Bagaimanapun, dalam beberapa kes, manual
memang tidak dapat diperolehi. Pentadbir pejabat hendaklah membina
prosedur pentadbiran pentaksiran yang boleh diambil dari mana-mana buku
teks , sekolah atau badan pentaksiran lain yang berkaitan.

O Prosedur pentaksiran boleh digunakan untuk menyeragamkan pentadbiran
jika pendidik tahu mengenainya dan mengunakannya sebelum, ketika dan
selesai sahaja ujian ditadbir. ni adalah untuk memastikan pentadbiran
pentaksiran berjalan lancar, mengurangkan kelewatan dan karenah dan
memastikan keadilan. Sesetengah aktiviti boleh dijalankan oleh seorang
individu di sekolah atau daerah. Yang lainnya memerlukan kerjasama dan
intergriti dari pentadbir, guru, murid dan ibu bapa.

SebeIum pentaksiran bermuIa

O Adalah perlu bagi guru-guru termasuk yang tidak terlibat dengan pemilihan
atau pembangunan dijelaskan dan dimaklumkan mengenai segala aspek
pentaksiran yang berlaku dalam kelas. Pastikan mereka tahu akan
kandungan dan format semua aspek pentaksiran dan memahami objektif dan
hasilan pembelajaran disekolah. ni akan membolehkan kurikulum dan arahan
dapat diselaraskan dengan arahan hasilan tanpa menumpukan kepada
pengetahuan dan kemahiran yang akan ditaksir.

O Juga turut ditentukan adalah samada bahan-bahan pentaksiran adalah
mencukupi bagi mentadbir pentaksiran yang akan dijalankan. Jika perlu,
kotak dan bahan pentaksiran hendaklah dibuka dan di dikira. Pastikan semua
yang diperlukan untuk tujuan pentaksiran adalah tersedia seperti buku
jawapan, buku ujian, kertas menulis, pencil atau pen, kalkulator atau
peralatan sains sudah tersedia. Tugasan ini hendaklah disediakan terlebih
dahulu dan dapatkannya sekiranya tidak tersedia.

O Simpan bahan pentaksiran ditempat yang selamat, dengan menguncikan
bahan-bahan pentaksiran dilokasi yang sesuai. Murid tidak sepatutnya
melihat dimana bahan pentaksiran ditempat sehingga pentaksiran dijalankan.
Guru juga jika di minta mengajar konsep tertentu item atau tugasan dari
pentaksiran turut tidak terkecuali dari mengetahui apa yang akan ditaksir
kelak.

O Pastikan semua yang terlibat dengan pentaksiran menerima arahan
pentadbiran dalam tempoh dan masa yang sesuai agar dapat mereka
bersedia selepas membaca, menyoal dan memperolehi maklumat yang
diperlukan. Jika perlu taklimat atau latihan adalah diperlukan

O Maklumkan kepada murid dan ibubapa mengenai pentaksiran yang akan
dijalankan terlebih dahulu.

O Pastikan juga bilik dimana pentaksiran yang akan dijalankan di susunatur
dengan baik Jika perlu kenalpasti bilik yang tidak terdapat gangguan ketika
pentaksiran dijalankan.

Ketika pentaksiran berjaIan

O Semua arahan pentadbiran hendaklah dipatuhi. Pentadbiran yang kelam
kabut dan tidak konsisten akan menyebabkan respon yang diberikan adalah
lemah dan seterusnya menjejaskan kebolehpercayaan.

O Juga didapati jika tugasan tidak dimaklumkan tempoh masa, pastikan murid
mendapat masa yang mencukupi untuk menyelesaikan pentaksiran. Jika
pentaksiran diberi tempoh masa, pastikan tempoh masa adalah tepat. Jangan
biarkan atau berikan tempoh masa yang kurang atau berlebihan dari tempoh
masa yang telah dinyatakan. Maklumkan kepada murid berapakah tempoh
masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pentaksiran. Maklumkan
dengan menulis di papan tanda secara berperingkat (seperti setiap 15 minit).
Menulis akan tidak menganggu berbanding pengumuman yang dilakukan.

O Jika terdapat item atau tugasan latihan, semak bersama murid seperti yang
diarahkan didalam manual, Jika tidak, murid akan memberi respon yang tidak
betul atau tidak sesuai dengan kehendak tugasan dan akan mendapat skor
yang rendah.

O Maklumkan akan kepentingan pentaksiran. Terangkan kepada murid sebab
mengapa mereka ditaksir dan apakah akibat dan hasilan dari pentaksiran
yang dijalankan. Adalah digalakkan agar pentadbir pentaksiran memberi dan
membentuk sikap yang serious dan positif agar murid dapat
mempertingkatkan prestasi mereka.

O Perlakuan murid juga hendaklah dipantau sepanjang pentaksiran dijalankan.
Pastikan murid mengikut arahan yang telah diberikan. Maklumkan bahawa
jawapan hendaklah mengikut prosedur pentaksiran dan bukan mengenai
kandungan.

O Murid sering mendapat petunjuk tentang bagaimana untuk bertindak terhadap
sesuatu pentaksiran dari guru mereka. Mereka perlu tahu bagaimana
maklumat boleh digunakan dan guru menanggap perkara yang penting. Jika
guru membaca arahan dengan betul dan memaklumkan akan kehendak
pentaksiran, murid akan cenderung untuk memberi hasilan yang terbaik.
Sebaliknya, jika guru menjalankan pentaksiran secara tidak kemas dan kelam
kabut, dengan tidak memberi tumpuan kepada arahan atau perlakuan murid
dan kelas, murid akan bertindak sebagaimana yang dikehendaki dan hasilan
keputusan akan mungkin lebih rendah dari tahap prestasi sebenar.

SeIepas Pentaksiran SeIesai (When assessment is compIeted )

O Jika pentaksiran (buku ujian, manuskrip jawapan atau kerta penulisan)
dihantar ke organisasi lain bagi tujuan skoran dan analisa, pastikan semua
arahan penyediaan dan pembungkusan adalah dipatuhi. Kumpulkan semua
bahan secepat mungkin, secara teratur dan tersusun agar murid tahu bahawa
tugasan mereka adalah selamat. Seperti yang telah dinyatakan pada arahan
manual, pastikan semua kertas jawapan mengandungi nama atau
pengenalan murid dan dan mengandungi tanda-tandan pengenalan yang
diperlukan, Kembalikan atau hapuskan bahan yang tidak digunakan. Jelaskan
sebarang arahan terutama opsyen skoran, laporan atau ringkasan atau
permohonan pengendalian. Permohonan semak semula atau analisa semula
akan menambahkan kos.

O Jika pentaksiran pemarkahan diadakan setempat, pastikan ianya
dikumpulkan setempat bagi mengelak tugasan murid tidak bercampur aduk
atau hilang. Sebarang permasalahan yang berlaku ketika pentadbiran
pentaksiran dijalankan akan menjejaskan skoran murid, oleh itu, pendidik
boleh menentukan samada agar prosedur pentaksiran adalah berjalan
dengan baik dan lancar.

O Pastikan pentaksiran skoran adalah tepat dan seragam. Membenarkan murid
membuat skoran terhadap diri sendiri atau rakan adalah dianggap tidak
berkebolepercayaan. Pentaksiran prestasi hendaklah dijalankan oleh guru
atau lain-lain pentaksir yang telah dilatih; dan pentaksir hendaklah
mengunakan rubrik bagi menjamin kebolehpercayaan. Pastikan juga
semakan dibuat agar kunci skoran yang dibina adalah betul dan menyemak
respon sampel yang kecil akan membantu memastikan ketepatan.



Kesahan dan keboIehpercayaan ujian
1. KONSEP KESAHAN
4 Ujian seharusnya mengukur apa yang sepatutnya diukur ( Umum )
2. Jenis Kesahan
4 Kesahan Kandungan (Content Validity)
4 Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity)
Kesahan Semasa (Concurrent Validity)
Kesahan Ramalan (Predictive Validity
4 Kesahan Konstruk (construct validity)
4 Kesahan Muka (Face Validity)
3. Kesahan Kandungan (content validity)
4 tem ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur
4. Kesahan Kandungan (content validity)
4 Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran
yang ditentukan atau kepada bidang pengajaran yang dikhususkan.
5. Ciri-ciri Kesahan Kandungan
4 Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji
4 Digunakan dalam ujian pencapaian
4 Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata
pelajaran tertentu
6. Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran
yang diajar Bergantung kepada relevensi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin
diperhatikan atau diketahui perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JSU dan
Spesifikasi Ujian

iri-ciri Kesahan Kandungan

. Kesahan Berkaitan Kriteria ( Criterian-related Validity )
4 Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung
kepada prosedur mentadbir ujian:-
4 Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian
(concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive).
8. Kesahan Semasa/Serentak ( Concurrent Validity )
4 Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian
tertentu
4 Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendik.
9. Skor ujian/pep. akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkaan
guru tentang kebolehan pelajar , misalnya skor Sejarah dalam pep. SPM
10. Kesahan Ramalan
4 Ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat masa
kini (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) dapat disahkan
berdasarkan eviden yang dikumpulkan pada masa hadapan.
11. Kesahan Ramalan
Contoh:-
4 Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga
tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku
4 Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi
daripada pelajar mengambil ujian tersebut.




12. Kesahan Konstruk
4 Sejauh mana ujian mengukur kognitif individu: -
kecerdasan
Kreativiti
Emosi


Contoh:-
4 Ujian ditadbir kepada pelajar yang julat pencapaiannya luas
4 keputusan ujian membezakan antara pelajar yang pencapaiannya tinggi dengan
yang rendah ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk.
13. Kesahan Muka
4 Ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur
14. Kepetingan Kesahan Muka
4 Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian
4 Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada golongan
yang skornya rendah
4 Membantu menyakinkan pengguna yang berpotensi (e.g. guru, pentadbir
sekolah) untuk menggunakan ujian tersebut
15. Menyakinkan orang ramai, apabila mereka dapat hubungkaitkan antara ujian
dengan pencapaian atau ciri-ciri ujian itu sepatutnya mengukur
4 Pelajar/calon akan bertindak lebih baik kepada ujian yang mempunyai kesahan
muka yang tinggi.
16. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksahan skor
nstrument tidak akur kurikulum (objektif/ kandungan) nstrumen tidak akur
gagasan nstrumen tidak akur spesifikasi (taburan, aras kesukaran) Pembinaan
item tidak tepat istilah, ayat, petunjuk dalam item NSTRUMEN ramai pelajar
meneka jawapan sewenang-wenangnya
KEBOLEHPERAYAAN
4 Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak
adanya ralat pengukuran ( Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA ).
1. Pertunjuk bagi konsistensi skor-skor;
antara pemeriksa
mengikut masa
Tugasan-tugasan yang berlainan
item-item yang mengukur perkara yang sama (parallel test) (
www.cresst96.cse.ucla.edu/glossary )
18. Kebolehpercayaan ujian bergantung kepada ketekalan skor yang dihasilkannya
walaupun diulang uji beberapa kali.
19. Prosedur pentadbiran pengujian
4 Tidak bergantung kepada satu set soalan tertentu yang digunakan
4 Masa ujian dilaksanakan
4 Pemeriksa ujian tersebut



Pengaruh Terhadap KeboIehpercayaan


20. Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang
menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagai skor ralat/ralat pengukuran (error
measurement).
21. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu kumpulan
itu tidak semestinya mempunyai kebolehpercyaan yang tinggi bagi kumpulan
yang lain
22. Tadbiran dua kali:
4 Kumpulan pelajar yang sama + ujian yang sama = skor yang berlainan =
Kebolehpercayaan rendah
23. Format ujian Bilangan soalan,pilihan jawapan, jenis ujian,masa,konstruk
4 Arahan - jelas, mudah difahami, susunan kesukaran item
24. Lebih panjang sesuatu ujian, atau lebih banyak bilangan itemnya , lebih tinggi
kebolehpercayaannya
4 Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya
bilangan pilihan jawapan bagi setiap item
ormat ujian

25. Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada item adalah paling kurang
kebolehpercayaannya tem yang sukar atau terlalu sukar akan membawa
kepada kebolehpercayaan yang rendah
26. tem seharusnya mendiskriminasi antara pelajar yang pandai dengan lemah.
tem mestilah bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan atau masalah-
masalah teknikal
2. Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:-
Mengikut masa yang ditetapkan
Bebas daripada gangguan/ bising
Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan

engeIakkan RaIat Pengukuran (KeboIehpercayaan Rendah )

28. Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan dijadikan
sebagai satu faktor pengujian Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi
setiap item Perlu mempunyai dua atau lebih pemeriksa atau pemberi gred
untuk menilai kertas ujian yang sama

29. Konsep kebolehpercayaan ini tidak terhad kepada skor ujian, malah lain-
lain jenis maklumat terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap
seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainan dapat memberikan
testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya?

Anda mungkin juga menyukai