Anda di halaman 1dari 4

PEMBUANGAN BAYI: MENCARI PUNCA DAN 1ALAN PENYELASIAN

Saturday, August 21, 2010 5:05:49 AM


FAKTOR PEMBUANGAN BAYI, MASALAH SOSIAL, Gejala sosial, MENANGANI
PEMBUANGAN BAYI, PEMBUANGAN BAYI
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan
penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa
menanggung beban di atas perbuatan tersebut.

Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di
merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana
menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang
mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi
melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula
seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka
anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat,
seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah
membuang bayinya ke kawasan yang kotor.

Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada
tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97
kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi
punca tersebut.

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah,
saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-
tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan
turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati
pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi
akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku
yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut,
diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat
dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun
kerana keadaan mental dan Iizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.

Pembuangan bayi melibatkan banyak Iaktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau
menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang
bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang
dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui 'Kajian ProIil Remaja Perempuan Risiko Tinggi
terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah memberi pendedahan
betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga
memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka
meningkat remaja. KonIlik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat
dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama
memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa
pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan
mengikut kehendak hati.

Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah
yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas,
pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan
adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis
terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar
bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah,
institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan
kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan
komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan
membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konIlik berlaku
kerana Iungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konIlik daripada merebak
dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai
tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu
semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi
kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan
berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan
digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem
pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang
dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.

Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan
memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha
mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman
memperkenalkan 'Baby`s Craddle untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak
membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya
hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu
muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan
yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di 'Baby`s Craddle akan diambil oleh jururawat
bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk
menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan Iizikalnya.

Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru
dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta,
agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu
memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa
tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan
anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.

Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh
membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat
bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang 'SaIe
Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa
dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai
nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap
undang-undang 'SaIe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari
keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu
daripadanya ialah www.robynsnest.com/.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka
ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia
menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan
pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi
di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang
menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di
samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan
sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan
kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan
hukuman sedia ada ini?



PUNCA-PUNCA GE1ALA PEMBUANGAN BAYI
Saturday, August 21, 2010 5:01:25 AM
MASALAH SOSIAL, Gejala sosial, PEMBUANGAN BAYI
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaI baru yang berorientasikan sains dan teknologi.
Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan
bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan
perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya
anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup
membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan
mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian
kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.
Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap
sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina
kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki
yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang
pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa
yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa
mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan
bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan
ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang
menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa
yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka.
Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa
tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya
seterusnya wujudnya masyarakat yang bersiIat penyayang.