Anda di halaman 1dari 6

PAHANG

GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN HAIWAN DAN STUNNING MENURUT ISLAM 1. MUKADDIMAH


1.1. Takrif Dalam bahasa Arab disebut bererti penyembelihan atau bererti pembersihan, iaitu pembersihan dari sebarang kekotoran dan najis iaitu melukakan bahagian-bahagian tertenty pada leher binatang oleh orang-orang tertentu dengan alat-alat yang tertentu

Penyembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelihbinatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat merikh dan dua urat darah dikiri dan kanan leher binatang (saluran makan dan minuman ) Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk memastikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Islam membezakan bentuk penyembelihan dan mengambilkira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang halusan teknik ini adalah sebagai melatih, mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh tanggungjawab Binatang yang halal dimakan jika tidak disembelih secara syarak, dagingnya akan menjadi haram kerana dianggap menjadi bangkai sedangkan bangkai adalah haram di makan. 1.2. HIKMAH PENYEMBELIHAN

Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan mudah, tidak menyakiti dan menyeksakan Diisyaratkan supaya disembelih di leher kerana lebih dekat / cepat untuk memisahkan roh Hikmah diharamkan menggunakan alat penyembelihan yang ditegah adalah kerana menyakitkan binatang. Islam menyuruh mematikan binatang dengan baik dan beradab Melahirkan rasa ihsan ke atas binatang dan memupuk jiwa yang baik dalam hubungan sesama manusia Membezakan cara penyembelihan dengan orang bukan Islam Darah yang mengalir keluar tidak berbau busuk berbanding dengan darah yang keluar (beku), dengan ini daging dapat disimpan dengan lebih lama & bermutu. 1.3 Kaedah Hukum Makanan 1.3.1 Tiap - tiap barang (zat) dipermukaan bumi ini menurut hukum asalnya adalah halal kecuali ada larangan dari syara' atau kerana mudharatnya 1.3.2 Binatang yang hidup di air semuanya halal, baik yang berupa ikan atau lainnya, mati dengan atau ada sebab atau mati sendiri 1.3.3 Binatang yang hidup di air dan di darat seperti katak, buaya dan sebagainya hukumnya haram ( tidak halal dimakan ) 1.3.4 Binatang yang berkehidupan di darat ada yang halal dan ada yang tidak halal (haram). Antara yang halal : unta, lembu, kerbau, kambing, kuda dan begitu yang baik manakala yang haram

2. JENIS PENYEMBELIHAN 2.1 Secara manual ( menggunakan tangan ) 2.1.1 Penyembelihan ke atas binatang yang boleh dikawal Dilakukan ke atas binatang yang tidak menimbulkan kesukaran untuk menyembelihnya seperti di leher ( tempat yang diisyaratkan ) samada sifat bindatang tersebut liar atau jinak.Bagi binatang jinak, penyembelihan dilakukan dengan cara biasa ( seperti dalam syarat penyembelihan ) dan bagi binatang liar apabila ianya dapat ditangkap ( seperti semasa perburuan ) dengan anak panag dan sebagainya hendaklah masih ada padanya hayat mustaqirrah 2.1.2 Penyembelihan ke atas binatang yang tidak boleh dikawal Ia dilakukan ke atas binatang yang tdaik dapat ditangkap untuk disembelih di lehernya (tempat yang disyaratkan ) sama ada semasa perburuan atau semasa bukan semasa perburuan. Bagi binatang yang harus disembelih dengan cara ini adalah halal dimakan hanya dengan melukan mana-mana bahagian tubuh badan tersebut dengan alat yang diharuskan yang boleh menyebabkan kematian 2.2 Secara menggunakan mesin Ia merupakan salah satu cara penyembelihan binatang dengan pisau yang tajam yang digerakkan oleh mesin elektrik sebagai menggantikan tangan manusia. Dalam proses ini seorang pekerja muslim dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan mesin tersebut. Pekerja mestilah muslim yang mematuhi syarat=syarat penyembelihan.

3. RUKUN PENYEMBELIHAN

3.1 Rukun penyembelihan terdiri daripaada 4 perkara : i.. Penyembelih ii. Alat penyembelihan iii.Cara penyembelihan iv. Binatang sembelihan 3.2 Penjelasan bagi rukun penyembelihan 3.2.1 Penyembelih i. Beragama Islam dan berakal. Orang bukan Islam, orang gila, mabuk dan kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah penyembelihannya kerana penyembelihannya adalah satu cara taabbud kepada Allah s.w.t yang memerlukan

niat. Penyembelihan orang buta adalah makruh. Dalam perburuan penyembelihan orang buta adalah haram samada menggunakan panah atau sebagainya kerana di anatara syarat pemburu ialah dapat melihat. ii. Memahami syarat sah pemyembelihan iii. Memutuskan halkum dan dua marikh bagi mengalirkan iv. Tidak berada dalam ihram (bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah ) 3.2.2 Alat penyembelihan i. Setiap benda yang boleh memotong urat-urat leher dan mengalirkan darah sama ada berupa besi, batu, kaca atau seumpamanya adalah boleh digunakan untuk menyembelih kecuali kuku, tulang dan gigi kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia yang dihormati. ii. Penyembelihan yang menggunakan pisau hendaklah dipastikan sentaisa tajam untuk memutuskan urat dengan tepat. iii. Ketajaman pisau hendaklah dikekalkan kerana setiap penyembelihan terpaksa memutuskan halangan bulu-bulu binatang seperti ayam sebelum mata pisau mencecah pada kulit binatang untuk dilukakan iv. Alat penyembelihan hendaklah dipastikan sentiasa bersih dari berlumuran darah 3.2.3 Cara Penyembelihan i. Memutuskan halqum ( saluran penafasan ) dan dua uarat marikh (saluran makanan dan minuman ) yang terletak di bawah halqum. Hukum memutuskan dua urat kiri dan kanan adalah sunat. Walaubagaimanapun kita digalakkan memotong kedua-dua urat darah tersebut supaya binatang yang disembelih cepat mati. 3.2.4 Binatang sembelihan i. Haiwan darat contoh ayam, lembu, kambing an lain-lain ii. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam ( sila rujuk Garis Panduan Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam ) iii. Masih ada hayat mustaqirrah iv. Penyembelihan dilakukan ditempat yang berasingan daripada haiwan yang tidak halal iv. Haiwan mestilah sihat dan tidak berpenyakit 4. SYARAT SAH PENYEMBELIHAN 4.1 Syarat-syarat bagi menghalalkan penyembelihan ialah : i. Niat atau qasad - penyembelih mestilah melakukan penyembelihan dengan ada niat atau tujuan sedar apa yang dilakukannya itu. Jika seseorang menyembelih bukan kerana Allah s.w.t atau kerana berhala atau pemujaan, tidak halal penyembelihan tersebut dan haram dimakan dagingnya.

ii. Menyegerakan keluarnya roh binatang engan memutuskan halqum dan urat marikh. iii. Masih ada hayat mustaqirrah iv. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam v. Penyembelihan dilakukan dengan sekali potong sahaja dan ia boleh dilakukan berulang kali tanpa mengangkat pisau / alat penyembelihan. 5. HUKUM HUKUM BERKAITAN DALAM PENYEMBELIHAN 5.1 Perkara Perkara Sunat Dalam Penyembelihan; i. Membaca Bismillah bagi mazhab Syafie dan Maliki tetapi wajib bagi Mazhab Hanafi dan Hanbali ii. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas membca Bismillah. iii. Sunat diasah piau supaya cukup tajam. Menggunakan alat penyembelihan yang tajam adalah dituntut oleh syarak supaya tidak menyeksa binatang. Adalah makruh sekiranya alat penyembelihan tumpul. iv. Membaringkan binatang diatas rusuk kirinya dengan lembut dengan kepadanya diangkat sedikit. Penyembelih hendaklha menegang kulit di bawah dagunya dan menarik sehingga nampak jelas kulitnya atau uratnya. v. Memutuskan semua urat yang tertentu dengen asegera supaya binatang tersebut mati dengan cepat tanpa menyeksanya. Penyembelihan juga tidak boleh memutuskan saraf tunjang ( spinal cord ) atau putus langsung lehernya. vi. Sunat menghadap kiblat 5.2 Perkara - Perkara Makruh Dalam Penyembelihan i. Tidak membaca Bismillah ii. Menghalakan binatang selain dari arah kiblat iii. Meletakkan kaki di atas pipi binatang iv. Mengasah pisau yang di hadapan binatang yang dibaringkan dan di hadapan binatang-binatanag yang lain v. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong hingga sampai ke saraf tunjang atau menyembelih dari belakang tengkuk dan mengheret binatang secara songsang ke tempat pemyemnbelihan vi. Melapah atau memotng kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk 6. STUNNING 6.1 Syarat Penggunaan Stunning

i. Memenuhi syarat-syarat sah penyembelihan ii. Haiwan tersebut mestilah mempunyai 'hayat mustaqqirah' dengan tanda pertamanya haiwan itu akan menggelupur dan yang kedua darahnya terpancar ketika disembelih iii. Binatang tersebut hanya tidak sedarkan diri apabila melalui proses stunning, tetapi sekiranya binatang itu tidak disembelih ia akan sedar semula seperti biasa. iv. Terdapat petugas mengawalnya semasa penyembelihan. Sekiranya terdapat penyembelihan yang tidak sempurna, binatang tersebut hendaklah dikeluarkan. v. Pengguna stunning hendaklah dikawalselia oleh Jabatan yang bertanggungjawab vi. Haiwan yang mengalami stunning hanya mengalami kejutan sementara dan tidak menyebabkan mati atau mengalami kecederaaan kekal vii. Peralatan yang digunakan untuk tunning binatang yang halal tidak boleh digunakan untuk binatang yag tidak halal. 6.2 Jenis-jenis Stunning Penggunaan stunning bertujuan melalikan binatang sebelum penyembelihan . Tiga jenis stunning yang biasa digunakan :

Stunning Elektrik Stunning Mekanikal Stunning Angin (Pneumatic) 6.2.1 Stunning Elektrik i. Kekuatan arus elektirk hendaklah dikawal oleh jabatan yang berkenaan. ii. Jenis yang menggunakan stunning di kepala haiwan iaitu meletakkan dua elektrod di bahagian kepada haiwan iii. Stunning elektrik untuk dan itik ialah waterbath atau water stunner sahajavi. Voltan yang digunakan hendaklah mendapat pengesahan daripada jabatan yang berkenaan. 6.2.2 Stunning Mekanikal i. Hanya digunakan pada lembu, kerbau,bing dan biri-biri. ii. Jenis yang tidak menusuk ( berkepala bentuk cendawan/bulat ) iii. Tidak menembusi atau memecahkan tengkorak supaya tidak berlaku kecedaraan kekal. iv. Haiwan yang mati akibat sembelihan yang tidak sempurna hendaklah diasingkan 6.2.3 Stunning Angin ( Pneumatic) i. Sejenis stuunning berkuasa elektrik yang bertindak melalui tekanan udara dan tidak mengandungi sebarang peluru

ii. Ketukan udara berlaku dibahagian hujung tengkuk haiwan menyebabkannya tidak sedarkan dirinya beberapa saat iii. Stunning jenis ini hendaklah ditujukan pada pangkal tengkuk.

Anda mungkin juga menyukai