Anda di halaman 1dari 10

1

1 SULIT 1103/2
0 1103/2
3 Bahasa
2 Melayu
Kertas 2
September
2006
2½ jam
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 ©2006 Hak Cipta Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA SULIT
SULIT 2 1103/2
Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja
dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan -halangan untuk melaksanakannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah pe rkataan .

Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat
untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan
telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yang
terbuka luas. Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua
bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat
menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara
dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.
Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja
kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai
tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil
kemerdekaan yang dikecapi.

Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi


terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati
sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat
cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi
orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara. Ilmu
yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negara-
negara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras
kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh.
Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan
tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa.

Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai- bagai aktiviti kemasyarakatan


dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim,
orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat
kita harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala
potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat,
penyayang, dan cinta akan negara. Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan
untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini
seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman
terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat
yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai
kemerdekaan sekian lama.

Kepesatan pembangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat
membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai
warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan
negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan. Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat
besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus
mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan
kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menghargai Kemerdekaan,


Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004 )

1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan -soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memanfaatkan segala potensi.


[ 2 markah ]

(ii) Nyatakan kejayaan-kejayaan yang diperoleh ne gara sejak merdeka.


[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sambutan hari kemerdekaan negara mempunyai
tema-tema tertentu seperti ‘Keranamu Malaysia’ ?
[ 4 markah ]

1103/2 [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Zel faham maksud mama, bukan? Sebagai anak mama satu-satunya, ma yakin ma
telah mendidik Zel sebagai sebaik-baik anak. Begitu juga abah. Dulu dan sekarang. Ma
yakin Zel tidak akan bersikap bodoh, malah ma tahu Zel matang dalam menjalani setiap
pergerakan dalam hidup lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan keluarga abah- Aunt Pah,
Abang Awi , Aman dan Arif. Anggap saja perlakuan mereka yang Zel tidak gemar itu
berikutan daripada ketidakmatangan . Ia bukan disebabkan salah didikan Aunt Pah dan abah.
Mereka pendidik yang berjaya di bidang akademik, Zel. Mungkin ruang waktu dan
pengetahuan yang lebih, mereka didik Abang Awi, Aman dan Arif lebih baik daripada mama.
Tapi sebaliknya Abang Awi, Aman, dan Arif saja yang belum dapat capai piawai
kematangan seperti mana yang telah Zel peroleh sekarang.”

“Mama!”

Di luar sedar, air jernih yang tanpa aku jemput, perlahan-lahan menuruni cerun pipi.
Aku memeluk mama erat sekali. Begitu mulia hati mama. Tidak pernah aku duga selama ini
mama begitu luhur. Murni. Suci. Kudus.

(Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah


dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah harapan mama terhadap Zel?


[ 3 markah]

(ii) Sekiranya anda Zel, bagaimanakah anda dapat mengeratkan hubungan


dua keluarga yang renggang itu?
[ 3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai daripada petikan dan dua nilai daripada
keseluruhan cerpen.
[3 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2

Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat
bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut.
Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat
orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat ,
katanya,”Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?”

Maka kata Tun Mamat , “Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan
oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di
bawah gunung ini : tiada boleh naik ; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa?
Dan apa nama tuan hamba?”

Maka sambut perempuan tua itu . “Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah
pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan
segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.”

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya pun lenyaplah. Ada
kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga.
Maka ia berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah
dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.”

(Dipetik daripada Peminangan Puteri


Gunung Ledang dala m antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud sudahlah dipersembahkan berdasarkan petikan di atas?


[ 2 markah ]

(ii) Apakah yang dilihat oleh Tun Mamat di taman itu?


[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, jika perempuan tua itu Puteri Gunung Ledang, mengapakah
puteri itu perlu menyamar ?
[ 3 markah ]

1103/2 [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2 (d ) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,


Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang,
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan,
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di tepi seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Permatang Budi,
Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

1103/2 SULIT
SULIT 7 1103/2

(i) Apakah maksud Pandai-pandailah membawa diri dalam puisi di atas?


[ 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda , apakah adab makan yang boleh diamalkan selain adab yang
telah dinyatakan dalam puisi di atas?
[ 3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran dalam puisi di atas.
[ 4 markah]

1103/2 [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) insentif
(ii) intensif
(iii) aspirasi
(iv) inspirasi
(v) interaksi
(vi) interpretasi
[ 6 markah ]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat
tersebut.

(i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.

(ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan


kerja-kerja amal.

(iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah.


[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut
agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul.

(ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua
pihak.

(iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi
pada akhir tahun 1990an lagi.
[ 6 markah ]

1103/2 SULIT
SULIT 9 1103/2

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke
sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.

(ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya


pencairan ais pada kawasan kutub.

(iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu
yang belum dia kuasai.
[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik-
baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.

(ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata
peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

(iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke


tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
[ 6 markah ]

1103/2 [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 10 1103/2

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan


kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

(b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa
dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT