Anda di halaman 1dari 25

SULIT

4541/1
Kimia
Kertas 1
September
2006
1¼ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2006


MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KIMIA
Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini adalah dalam dwibahasa.

2. Soalan di halaman kiri adalah dalam bahasa Melayu. Soalan di halaman kanan
adalah yang sepadan dalam bahasa Inggeris.

3. Calon dikehendaki membaca maklumat di halaman 2 atau halaman 3

Kertas soalan ini mempunyai 47 halaman bercetak


MAKLUMAT UNTUK CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan .

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan.

7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 2 [Lihat sebelah


SULIT
Bagi Soalan 1 hingga Soalan 50 , tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A , B ,
C dan D . Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang
sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Gambar rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji Proses X.

Proses
X
Penutup balang gas

Gas nitrogen Gas nitrogen


dioksida (perang) dioksida ( perang)

Namakan Proses X

A Resapan
B Kondensasi
C Penyejatan
D Pemejalwapan

2 Manakah antara berikut merupa kan ciri yang sama bagi isotop-isotop suatu unsur?

A Sifat fizik
B Sifat kimia
C Nombor nukleon
D Bilangan neutron

3 Apakah definisi bagi satu mol?

A Isipadu yang ditempati oleh 6.02 X 1023 zarah


B Jisim bahan yang mengandungi 6.02 X 1023 bilangan atom
C Jisim molekul satu bahan yang mengandungi 6.02 X 1023 bilangan molekul
D Kuantiti bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan
atom dalam 12.00 g karbon-12

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 4 [Lihat sebelah


SULIT
4 Gambar rajah menunjukkan satu sel kimia .

Apakah perubahan tenaga yang terlibat dalam sel tersebut?

A Tenaga elektrik à tenaga haba

B Tenaga kimia à tenaga elektrik

C Tenaga elektrik à tenaga kimia

D Tenaga kimia à tenaga haba

5 Gambar rajah menunjukkan pengaliran gas ammonia ke dalam air suling yang
mengandungi beberapa titis penunjuk fenolftalein untuk beberapa ketika.

Apakah pemerhatian yang mungkin?

A Warna larutan kekal tidak bewarna


B Warna larutan berubah dari merah menjadi ungu
C Warna larutan berubah dari hijau menjadi merah
D Warna larutan berubah dari tanpa warna menjadi merah jambu

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 6 [Lihat sebelah


SULIT
6 Manakah antara berikut adalah kegunaan utama bahan yang terhasil dalam Proses
Haber?

A Menghasilkan racun serangga


B Menghasilkan cat
C Membuat detergen
D Membuat baja

7 Propana dan propena adalah ahli bagi dua siri homolog yang berbeza.
Manakah antara berikut adalah formula am mewakili kedua-dua sebatian ini?

Propana Propena
A CnH2n CnH2n+2
B CnH2n+2 CnH2n
C C2nHn+2 CnH2n+1
D CnH2n+1 CnH2n+2

8 Persamaan berikut mewakili tindak balas penapaian.

C 6H 12O6 ? Y + CO 2

Apakah bahan Y?

A Etanol
B Glukosa
C Gliserol
D Asid etanoik

9 Penisilin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk

A mengurangkan kebimbangan
B mengurangkan kesakitan
C mengawal aras gula dalam darah
D membunuh atau menghalang pembiakan bakteria

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 8 [Lihat sebelah


SULIT
10 Gambar rajah menunjukkan label pada botol ‘Jus Oren XYZ’.

Jus Oren XYZ

Ramuan : air, gula, asid askorbik, sulfur dioksida, aspartame,


E110, E102, vitamin A and D.

Guna sebelum : 15 Dec 2006

Apakah fungsi sulfur dioksida?

A Memekatkan minuman
B Memberikan warna kepada minuman
C Memberikan rasa oren kepada minuman
D Menjadikan minuman tahan lebih lama

11 Manakah antara bahan berikut, zarah-zarah bebasnya terdiri daripada atom?

A Gas nitrogen
B Gas Xenon
C Serbuk glukosa
D Garam natrium klorida

12 Gambar rajah menunjukkan formula molekul bagi glukosa.

C6H12O6

Manakah antara bahan kimia berikut mempunyai formula empirik yang sama dengan
formula empirik glukosa?

Bahan Formula Molekul


A Etanol C2H6O
B Etanal C2H4O
C Asid etanoik C2H4O2
D Metil etanoat C3H6O2

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 10 [Lihat sebelah


SULIT
13 Jadual menunjukkan pemerhatian ke atas tindak balas asid etanoik dengan magnesium

Tindak balas Pemerhatian


Serbuk magnesium + asid etanoik glasial Tiada perubahan
Serbuk magnesium + asid etanoik glasial + air Pembuakan

Manakah antara berikut da pat menerangkan pemerhatian ini?

A Asid etanoik larut dalam air membebaskan gas hidrogen

B Asid etanoik mengion menghasilkan ion-ion hidrogen dalam kehadiran air

C Air mengion kepada ion hidrogen yang bertindak balas dengan magnesium
D Asid etanoik terurai kepada ion-ion hidrogen yang berpadu sesama sendiri
membentuk gas hidrogen

14 Jadual menunjukkan maklumat bagi dua asid.

Asid Kepekatan pH
-3
Asid sulfurik 0.01 mol dm 1.1
Asid hidroklorik 0.01 mol dm -3 2.0

Manakah antara pernyataan berikut benar?

A Asid sulfurik lebih pekat daripada asid hidroklorik


B Asid sulfurik adalah asid kuat manakala asid hidroklorik adalah asid lemah
C Kepekatan ion H+ dalam asid sulfurik lebih tinggi berbanding asid hidroklorik
D Asid sulfurik mengion lengkap dalam air manakala asid hidroklorik mengion
separa lengkap di dalam air

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 12 [Lihat sebelah


SULIT
15 Gambar rajah menunjukkan susunan atom -atom dalam suatu aloi.
Atom X

Atom Y

Atom Z

Aloi ini lebih keras daripada logam tulennya kerana

A susunan atom-atom dalam aloi lebih teratur dan bertertib


B getaran atom-atom dalam aloi menjadi lebih cergas
C lapisan atom -atom dalam aloi lebih sukar menggelongsor
D ketiadaan ruang kosong antara atom-atom dalam aloi

16 Gambar rajah menunjukkan pasu yang diperbuat daripada piuter.

Manakah antara berikut adalah logam utama yang digunakan untuk menghasilkan
piuter tersebut?

A Stanum
B Kuprum
C Antimoni
D Aluminium

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 14 [Lihat sebelah


SULIT
17 Gambar rajah menunjukkan perubahan kimia yang berlaku ke atas sebatian G.

H Br Br H
Bromin dalam CCl4 ¦ ¦ ¦ ¦
G H - C - C - C - C - H
¦ ¦ ¦ ¦
H H H H

Manakah antara berikut merupakan sebatian G?

A n- butana
B But -1-ena
C But - 2 - ena
D Butan - 2 – ol

18 Berikut adalah senarai bahan kimia yang digunakan oleh seorang pelajar untuk
menghasilkan etil etanoat.

• 2 cm3 asid sulfurik pekat,


• 10 cm3 larutan asid etanoik 2.0 mol dm-3
• 15 cm3 etanol tulen

Campuran tindak balas telah dipanaskan secara refluks selama 30 minit. Di akhir
penyediaan ini pelajar berkenaan gagal mengesan kehadiran etil etanoat dalam
campuran tindak balas.
Manakah antara berikut merupakan kesilapan yang telah dilakukan?

A Tidak menggunakan asid etanoik tulen


B Asid sulfurik pekat yang digunakan tidak mencukupi
C Sebanyak 30 cm3 etanol tulen sepatutnya digunakan
D Tempoh pemanasan secara refluks yang lebih panjang diperlukan

19 Masalah pengaratan menyebabkan banyak kerugian.


Manakah antara berikut adalah karat?

A Zink oksida
B Ferum(II) oksida
C Ferum(III) oksida
D Plumbum(II) oksida

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 16 [Lihat sebelah


SULIT
20 Gambar rajah menunjukkan struktur ion sabun.

M N

Manakah antara berikut benar mengenai bahagian M apabila sabun digunakan untuk
mencuci kotoran berminyak?

A Bersifat alkali
B Bersifat hidrofilik
C Larut dalam minyak
D Merendahkan tegangan permukaan air

21 Gambar rajah menunjukkan susunan zarah bagi bahan X pada suhu 100O C.

Zarah X

Manakah yang mungkin takat lebur dan takat didih bahan X?

Takat lebur / O C Takat didih / O C


A -123 -78
B -17 135
C 0 78
D 111 400

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 18 [Lihat sebelah


SULIT
22 Gambar rajah menunjukkan kedudukan unsur-unsur P, Q, R dan S dalam Jadual
Berkala Unsur.

R
P S
Q

Apakah sifat yang diwakili oleh P, Q, R dan S?

P Q R S
A Logam Bukan logam Gas adi Unsur peralihan
B Bukan logam Gas adi Logam Unsur peralihan
C Logam Unsur peralihan Bukan logam Gas adi
D Gas adi Bukan logam Unsur peralihan Logam

23 Unsur T mempunyai sifat-sifat berik ut :-


• Takat lebur dan takat didih tinggi
• Membentuk sebatian dengan pelbagai nombor pengoksidaan
• Oks ida T bertindak sebagai mangkin

Unsur T mungkin

A Rubidium
B Silikon
C Mangan
D Magnesium
24 Jadual menunjukkan maklumat mengenai atom bagi unsur X, Y dan Z.

Unsur Nombor Proton


X 11
Y 14
Z 17

Berdasarkan maklumat dalam jadual, dapat dijangkakan bahawa

A jejari atom semakin berkurang dari X ke Z


B ketumpatan atom semakin berkurang dari X ke Z
C unsur-unsur X, Y, dan Z berada dalam Kala 2 Jadual Berkala
D oksida X bersifat asid, oksida Y bersifat amfoterik, dan oksida Z bersifat bes

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 20 [Lihat sebelah


SULIT
25 Gambar rajah menunjukkan pembentukan suatu sebatian.

Karbon + klorin à Tetraklorometana

Ikatan dalam sebatian ini terbentuk melalui

A pendermaan elektron
B perkongsian elektron
C penerimaan elektron
D pertukaran elektron

26 M ialah sebatian ionik dan larut dalam air menghasilkan larutan yang boleh
mengkonduksikan arus elektrik.
Manakah antara bahan-bahan berikut mungkin sebatian M?

A Natrium klorida
B Hidrogen klorida
C Karbon disulfida
D Plumbum(II) klorida

27 Manakah antara persamaan tindak balas berikut yang paling sesuai bagi mewakili
tindak balas dalam penyediaan suatu garam tak terlarutkan?

A Pb(OH)2 + 2HCl à PbCl2 + 2H2O


B Pb + H2SO4 à PbSO 4 + H2
C AgNO3 + NaCl à AgCl + NaNO3
D CaO + H2SO 4 à CaSO4 + H 2O

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 22 [Lihat sebelah


SULIT
28 Gambar rajah menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia ringkas.

Manakah antara berikut benar mengenai sel kimia ini?

I Kepingan aluminium menipis


II Aluminium adalah terminal positif
III Enapan perang pada kepingan kuprum
IV Gelembung gas tidak bewarna terbebas di kepingan kuprum
A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I dan III sahaja
D I, II dan III sahaja

29 Rajah menunjukkan satu alatan sukan yang kerangkanya diperbuat daripada bahan
komposit.

Manakah antara berikut ciri bahan komposit tersebut?

A Daya tegangan tinggi


B Keras dan rapuh
C Tahan haba
D Lutsinar

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 24 [Lihat sebelah


SULIT
30 Persamaan menunjukkan tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.

CaCO3 + 2HCl ? CaCl2 + CO2 + H2O

Manakah antara perubahan berikut tidak dapat digunakan untuk menentukan kadar
tindak balas ini?

A Perubahan pH campuran tindak balas


B Pengurangan jisim kalsium karbonat
C Pertambahan jisim kalsium klorida
D Perubahan isipadu gas karbon dioksida

31 Persamaan menunjukkan tindak balas antara zink dan asid hidroklorik.

Zn (p) + 2HCl (ak) ? ZnCl2 (ak) + H2(g)

Manakah antara pernyataan berikut benar mengenai tindak balas ini?

I Jisim zink berkurang dengan masa


II pH bagi larutan asid hidroklorik meningkat dengan masa
III Kadar pembebasan gas hidrogen bertambah dengan masa
IV Frekuensi perlanggaran antara ion H+ dan atom zink berkurang dengan masa
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 26 [Lihat sebelah


SULIT
32 Dalam satu eksperimen, 100 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 bertindak balas
dengan magnesium berlebihan untuk menghasilkan gas hidrogen.
Graf isipadu gas hidrogen melawan masa dilukis dan lengkung X diperolehi.

Isipadu gas hidrogen, cm3

Sekiranya eksperimen diulang dengan menggunakan larutan lain, larutan


manakah yang akan menghasilkan lengkung Y?

A 50 cm3 asid nitrik 1mol dm-3


B 50 cm3 asid etanoik 1mol dm -3
C 25 cm3 asid sulfurik 1mol dm-3
D 25 cm3 asid hidroklorik 1mol dm -3

33 Gambar rajah menunjukkan formula struktur bagi satu sebatian yang diekstrak
daripada buah nenas.

Manakah antara berikut diperlukan untuk menghasilkan sebatian ini secara sintetik?

Alkohol Asid karboksilik


A n - butanol Asid propanoik
B Etanol Asid butanoik
C Etanol Asid propanoik
D n- butanol Asid etanoik

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 28 [Lihat sebelah


SULIT
34 Gambar rajah menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen untuk mengkaji
tindak balas redoks.
Selepas 20 minit didapati larutan di sekeliling elektrod X berubah dari tanpa warna
menjadi perang dan larutan di sekeliling elektrod Y berubah dari jingga kepada hijau.

Manakah antara pernyataan berikut menerangkan pemerhatian dalam eksperimen ini?

A Ion-ion iodida dioksidakan kepada molekul iodin


B Nombor pengoksidaan iodin bertambah dari 0 ke +1
C Elektron mengalir melalui litar luar dari elektrod Y ke X
D Nombor pengoksidaan kromium berkurang dari +6 ke + 2

35 Jadual menunjukkan pemerhatian bagi suatu eksperimen yang melibatkan pemanasan


dua bahan.

Bahan Pemerhatian
Serbuk karbon dan oksida logam P Berbara
Gas hidrogen dan oksida logam Q Berbara
Gas hidrogen dan oksida logam P Tiada perubahan

Manakah antara berikut merupakan susunan menaik kereaktifan unsur terhadap


oksigen?

A Karbon, P, hidrogen, Q
B Q, hidrogen, P, karbon
C Hidrogen, P , karbon, Q
D Hidrogen, Q, karbon, P

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 30 [Lihat sebelah


SULIT
36 Gambar rajah menunjukkan eksperimen yang dijalankan ke atas larutan ferum(II)
sulfat.

Manakah antara berikut boleh mewakili larutan X?

A Larutan kalium klorida


B Larutan kalium bromida
C Larutan natrium hidroksida
D Larutan kalium manganat(VII) berasid

37 Gambar rajah menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas pembentukan T daripada
R dan S.
Tenaga

x kJ mol-1

R+S

y kJ mol-1 T

Berapakah tenaga pengaktifan bagi tindak balas itu?

A y kJ mol-1
B (x + y) kJ mol-1
C x kJ mol-1
D (x-y) kJ mol-1

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 32 [Lihat sebelah


SULIT
38 Gambar rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur P dan Q.

Apakah formula sebatian dan jenis ikatan yang terbentuk apabila P dan Q
bertindak balas?

Formula Jenis Ikatan


A PQ 2 Ion
B PQ 4 Ion
C PQ Kovalen
D PQ 4 Kovalen

39 Persamaan menunjukkan tindak balas redoks antara gas ammonia dengan kuprum(II)
oksida.

2 NH3 + 3 CuO ? N2 + 3 Cu + 3 H2O.

Manakah antara pernyataan berikut benar berkaitan tindak balas ini?

A Gas ammonia bertindak sebagai agen pengoksidaan


B Gas nitrogen bertindak sebagai agen penurunan
C Nombor pengoksidaan kuprum berkurang dari +2 kepada 0
D Nombor pengoksidaan hidrogen bertambah dari -1 kepada +1

40 Jadual menunjukkan dua eksperimen yang dijalankan bagi tindak balas antara larutan
kalsium nitrat dan larutan natrium karbonat.

Larutan kalsium nitrat Larutan natrium Penurunan


Eksperimen karbonat suhu
Isipadu, Kepekatan, Isipadu, Kepekatan campuran,0 C
(cm 3) (mol dm -3) (cm 3) (mol dm -3)
I 100.0 1.0 100.0 1.0 6.0
II 50.0 2.0 50.0 2.0 X

Berapakah nilai X?

A 1.5 0 C
B 3.0 0 C
C 6.0 0 C
D 12.0 0 C
4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 34 [Lihat sebelah
SULIT
41 Gambar rajah menunjukkan susunan elektron bagi ion unsur R.
_
2

Berapakah bilangan proton dan elektron dalam atom unsur R?

Bilangan Proton Bilangan elektron


A 8 6
B 8 10
C 10 10
D 8 8

42 Nitrogen wujud sebagai molekul dwiatom.


Berapakah jisim bagi satu molekul nitrogen?
Diberi jisim atom relatif : N = 14 ; Pemalar Avogadro = 6 x 1023 mol-1

A 2.1 x 10-23 g
B 2.3 x 10-23 g
C 4.7 x 10-23 g
D 28 x 10 -23 g

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 36 [Lihat sebelah


SULIT
43 Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan keatas kadar tindak
balas antara natrium tiosulfat dengan asid hidroklorik.
Graf menunjukkan kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan 1/masa.

Berdasarkan graf yang diperoleh, berapakah nilai t jika eksperimen diulangi


menggunakan larutan natrium tiosulfat 0. 025 mol dm-3.

A 32.3 s
B 50.0 s
C 0.020 s
D 0.031 s

44 Berapakah isipadu air suling yang perlu dicampurkan kepada 25.0 cm 3 asid sulfurik
0.5 mol dm -3 untuk menghasilkan larutan baru yang mempunyai kepekatan
0.1 mol dm -3 ?

A 75.0 cm3
B 100.0 cm3
C 125.0 cm3
D 150.0 cm3

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 38 [Lihat sebelah


SULIT
45 Berikut adalah gambar rajah aras tenaga bagi satu tindak balas.

Tenaga
Zn + Cu2+

∆H = - 190 kJ/mol

Zn2+ + Cu

Manakah antara pernyataan berikut benar tentang tindak balas ini?

I Zink dioksidakan
II Tindak balas adalah eksotermik
III Suhu menurun semasa tindak balas
IV 95 kJ haba dibebaskan apabila 0.5 mol kuprum disesarkan
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

46 4.60 g natrium dibakar dalam gas klorin yang berlebihan. Persamaan untuk tindak
balas adalah seperti berikut:

2Na (p) + Cl2 (g) à 2NaCl (p)

Hasil yang diperoleh dilarutkan dalam air dan dijadikan 250.0 cm3. Berapakah
kemolaran larutan yang diperoleh itu ?
Diberi Jisim Atom Relatif : Na = 23.

A 0.05 mol dm -3
B 0.20 mol dm -3
C 0.40 mol dm -3
D 0.80 mol dm -3

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 40 [Lihat sebelah


SULIT
47 Jadual menunjukkan bacaan voltmeter yang diperoleh apabila dua elektrod logam
berlainan dicelupkan ke dalam larutan kuprum(II) nitrat..

Elektrod logam
Bacaan voltmeter (V)
Terminal positif Terminal negatif
P S 2.8
P Q 0.8
R S 1.2
Q R Y

Berapakah nilai Y?

A 0.8
B 1.0
C 1.6
D 2.0

48 Kuprum(II) karbonat terurai apabila dipanaskan dengan kuat mengikut persamaan


berikut:
CuCO3 à CuO + CO2

Berapakah isipadu gas karbon dioksida yang dibebaskan apabila 0.62 g


kuprum(II) karbonat dipanaskan?
Diberi jisim atom relatif Cu = 64, C = 12, O = 16 dan 1 mol gas menempati 24 dm 3
pada suhu dan tekanan bilik.

A 120 cm3
B 240 cm3
C 480 cm3
D 640 cm3

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 42 [Lihat sebelah


SULIT
49 Gambar rajah menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis larutan natrium klorida 1.0
mol dm -3.

Manakah antara berikut benar tentang pemerhatian dalam sel elektrolisis ini.

I Enapan kelabu berkilat terbentuk di katod


II Gelembung gas tidak bewarna dikumpulkan dalam tabung uji di katod
III Gelembung gas bewarna kuning kehijauan dikumpulkan dalam tabung uji di
anod
IV Bila kertas litmus biru lembab dimasukkan kedalam tabung uji di anod, warna
biru dilunturkan
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 44 [Lihat sebelah


SULIT
50 Jadual menunjukkan maklumat mengenai metana dan butana.

Jisim
Bahan api molekul Persamaan kimia tindak balas Haba
Pembakaran
relatif
Metana 16 CH4 + 2O2 à CO2 + 2H2O -890 kJ mol- 1
Butana 58 C4H10 + 13/2 O2 à 4CO 2 + 5H2O -2882 kJ mol -1

Berdasarkan maklumat dalam jadual boleh disimpulkan bahawa,

I butana lebih mudah terbakar berbanding metana


II pembakaran 1g metana menghasilkan lebih haba berbanding 1 g butana
III molekul butana mengandungi kandungan tenaga yang lebih berbanding metana
IV pembakaran 1 mol butana membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida
berbanding 1 mol metana
A I dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 46 [Lihat sebelah


SULIT
4541/1 ©2006 Hak Cipta MARA 48 [Lihat sebelah
SULIT