Anda di halaman 1dari 13

SULIT 1249/1

1249 /1
Sejarah
Kertas 1
September
2006
1? jam
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006
2
4
9
SEJARAH
1
Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan .

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah
1249/1 ©2006 Hak Cipta Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA SULIT
2

SULIT 1249/1

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan
pada kertas jawapan objektif anda.

1. Menurut pandangan Islam tamadun bermaksud pembangunan

A rohaniah dan akhlak


B rohaniah dan lahiriah
C bandar dan peradaban
D bandar dan pentadbiran

...semua urusan telah direkodkan dengan


menggunakan tulisan Cuneiform...

2. Petikan di atas merujuk kepada tamadun

A Indus
B Hwang Ho
C Mesir Purba
D Mesopotamia

Setiap penganut agama Hindu berusaha


mencapai Moksya.

3. Mereka yang telah mencapai tahap di atas akan

A lahir sebagai dewa


B bersatu dengan tuhan
C layak menjadi pendeta
D bebas daripada sistem kasta
3

Iliad dan Odyssey

4. Kedua–dua epik di atas menceritakan tentang

A percintaan
B penerokaan
C peperangan
D pengembaraan

Candi Kerajaan

Borobudur Sailendra

Angkor Watt Angkor

5. Apakah tujuan pembinaan candi di atas?


I. Tempat ibadat
II. Tempat menyimpan harta
III. Melambangkan orde-kosmos
IV. Melambangkan keagungan pemerintah

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

6. Antara berikut yang manakah bentuk pemulauan orang Arab Quraisy terhadap
keluarga Nabi Muhammad s.a.w?
I. Mereka tidak menjalankan aktiviti jual beli
II. Mereka tidak memberi sebarang pertolongan
III. Mereka dilarang berjiran dengan keluarga Nabi
IV. Mereka dilarang berkahwin dengan keluarga Nabi

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
4

Warkah Nabi Muhammad s.a.w


kepada Maharaja Rom Timur
….selamat dan sejahtera kepada sesiapa yang menurut perintah Allah.
Anutilah Islam nescaya anda akan selamat, nescaya Allah akan
mengurniakan anda ganjaran sebayak dua kali ganda. Seandainya anda
menolak Islam, maka anda akan menanggung dosa-dosa rakyat jelata...

7. Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.
iaitu

A siddiq
B tabliq
C fatanah
D amanah

Khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w


“…saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan
kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih
berpegang kepada pusaka ini…”

8. Apakah pusaka yang dimaksudkan?

A Ibadat haji dan umrah


B Ulamak dan kitab-kitab
C Al-Quran dan al-sunnah
D Pemimpin adil dan berwibawa

Kandungan
Perjanjian Hudaibiyah

Genjatan senjata selama 10 tahun

9. Apakah kepent ingan syarat perjanjian di atas?

A Muhajirin bebas kembali ke Makkah


B Merapatkan persaudaraan orang Islam
C Program dakwah dilakukan secara aman
D Kejayaan pembukaan semula Kota Makkah
5

Pembukaan semula kota Makkah

10. Mengapakah peristiwa di atas penting kepada umat Islam?


I. Kota suci umat Islam
II. Pusat pentadbiran Islam
III Perintis penyebaran Islam
IV Amalan menyembah berhala berakhir

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

11. Apakah fungsi baitulhikmah semasa Kerajaan Bani Abbasiyah?

A Pusat pentadbiran
B Institusi keilmuan
C Pusat perdagangan
D Institusi kewangan

12. Apakah tujuan Khalifah Ali meminta gabenor al-Asytar mengikat perjanjian
dengan golongan Zimmi?

A Membina sistem pengairan


B Mengenakan kutipan jizyah
C Mengarahkan serangan ke atas Parsi
D Melatih orang tempatan sebagai tentera

13. Antara berikut yang manakah sumbangan Saidina Uthman semasa menjadi
khalifah?
I. Mengumpul tulisan al-Quran
II. Membina angkatan tentera laut
III. Memperkenalkan kalendar Islam
IV. Menyediakan kemudahan rumah rehat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV
6

14. Apakah kesan kedatangan Islam ke atas sistem pemerintaha n di Asia Tenggara?
I. Islam menjadi agama rasmi
II. Mufti sebagai penasihat sultan
III. Sultan mengetuai pemerintahan
IV. Perundangan Islam diamalkan sepenuhnya

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15. Antara berikut yang manakah tulisan yang digunakan di Asia Tenggara sebelum
kedatangan Islam?
I. Kufi
II. Kawi
III. Batak
IV. Pallava

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II, III dan IV

Seikat seperti sirih


Serumpun seperti serai
Sedencing seperti besi

16. Apakah nilai murni yang ditekankan melalui kata-kata perbilangan di atas?

A Perpaduan
B Kerjasama
C Persahabatan
D Bermasyarakat

17. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka tidak mengenakan cukai ke atas beras?

A Tanaman rakyat
B Makanan utama
C Barangan kawalan
D Barangan tempatan
7

18. Apakah sumbangan golongan Patron semasa zaman Renaissance di Itali?

A Menaungi aktiviti keilmuan


B Mengurus pentadbiran negara
C Meningkatkan aktiviti keagamaan
D Menggalakkan aktiviti perdagangan

19. Mengapakah penjualan sijil Indulgences mendapat sambutan masyarakat pada


Zaman Pertengahan di Eropah?

A Keuntungan berlipat ganda


B Mendapat layanan istimewa
C Peningkatan status sosial individu
D Menebus dosa-dosa yang dilakukan

Tahun Eropah Cina

1910 22% 78%


1925 44% 56%
1937 68% 32%

20. Jadual di atas menunjukkan peratusan pengeluaran bijih timah oleh pengusaha
Eropah dan Cina di Tanah Melayu.
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan tersebut?

A Buruh
B Modal
C Pasaran
D Prasarana

21. Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 merugikan orang Melayu?
I. Mudah berpindah milik
II. Dikenakan cukai yang tinggi
III. Tanaman komersial tidak dibenarkan
IV. Kawasan yang diperuntukkan kurang subur

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
8

• Akta Kampung Ulu Burma 1887


• Akta Perkampungan Burma 1889

22. Apakah kesan daripada pengenalan akta di atas?

A Mengurangkan kuasa raja


B Menghapuskan institusi agama
C Menyingkirkan golongan Myo-ok
D Menamatkan pentadbiran tradisional

23. Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan bagi mengekalkan


kemerdekaan di Thailand?
I. Mengamalkan dasar anti Cina
II. Melantik ramai penasihat Barat
III. Melibatkan pribumi dalam ekonomi
IV. Memperkenalkan raja berperlembagaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

• Gerakan Wahabi di Arab Saudi


• Gerakan Reformis Islam di Mesir

24. Apakah kesan gerakan di atas kepada Tanah Melayu?

A Kemajuan perundangan Islam


B Mewujudkan penyatuan agama
C Meningkatkan perpaduan rakyat
D Kemunculan semangat kebangsaan

25. Kekalahan secara mendadak Jepun di Tanah Melayu menyebabkan

A kemerosotan kuasa raja-raja


B kegagalan gagasan Melayu Raya
C penentangan terhadap kuasa British
D perpecahan di kalangan orang Melayu
9

26. Apakah faktor kejayaan British mematahkan penentangan oleh Tok Janggut di
Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu?

A Menyekat bantuan luar


B Penggunaan tipu helah
C Mempergunakan kuasa raja
D Perpecahan dikalangan pengikut

27. Mengapakah Islam menolak amalan realpolitik?

A Mewajarkan semua tindakan


B Pemilihan pemimpin secara warisan
C Pembentukan negara berdasarkan bangsa
D Mengamalkan sistem pemerintahan tentera

28. Konsep negara dan bangsa Malaysia bermula sejak

A Malayan Union 1946


B Persekutuan Tanah Melayu 1948
C Persekutuan Tanah Melayu 1957
D Pembentukan Malaysia 1963

29. Pemimpin tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British kerana


bercanggah dengan

A Rukun Tiga Belas


B Perlembagaan l941
C Surat Pekeliling Bilangan 9
D Majlis Perundangan Negeri

30. Antara berikut yang manakah tujuan Sistem Ahli 1951 diperkenalkan?
I. Melatih orang tempatan mentadbir
II. Memulakan proses perpaduan kaum
III. Memulihkan kuasa politik orang Melayu
IV. Menyatukan negeri-negeri Tanah Melayu

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
10

31. Faktor politik yang mendorong kepada pembentukan gagasan Malaysia ialah

A desakan British
B ancaman komunis
C pengaruh Indonesia
D keseimbangan kaum

32. Apakah keistimewaan yang diperoleh Sabah dan Sarawak melalui Perlembagaan
Malaysia 1963?

I. Hal ehwal luar


II. Penggunaan bahasa
III. Perkhidmatan awam
IV. Hal ehwal imigresen

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II, III dan IV

Kuasa mentafsir
X perlembagaan negara

33. X merujuk kepada

A Kabinet
B Mahkamah
C Dewan Rakyat
D Dewan Negara
11

MB : “Kerajaan negeri Selangor bersetuju


menyerahkan Putrajaya kepada kerajaan
Persekutuan.”

PM : “Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima


kasih dan perkara ini akan dibawa dalam
persidangan parlimen yang akan datang.”

34. Dialog di atas mungkin sekali berlaku antara dua orang pemimpin.
Situasi di atas hanya sah setelah mendapat persetujuan lebih dua pertiga
Parlimen dan Majlis Raja-Raja mengikut pindaan perlembagaan berdasarkan

A Kaedah Pertama
B Kaedah Kedua
C Kaedah Ketiga
D Kaedah Keempat

35. Antara berikut yang manakah ciri-ciri badan berkanun di Malaysia?


I. Mempunyai kuasa autonomi tertentu
II. Ditadbir oleh Jabatan Perdana Menteri
III. Diketuai oleh seorang Ketua Setiausaha
IV. Mempunyai peruntukan kewangan sendiri

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Semua sekolah vernakular digantikan dengan satu


jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.

36. Pernyataan di atas merujuk kepada cadangan

A Jawatankuasa Barnes 1950


B Jawatankuasa Razak 1956
C Jawatankuasa Rahman Talib 1960
D Jawatankuasa Kabinet 1974
12

Majlis Gerakan Negara


( MAGERAN)

37. Apakah peranan majlis di atas yang ditubuhkan pada tahun 1969?

A Mentadbir negara
B Memajukan ekonomi
C Membangunkan bandar
D Meningkatkan pendidikan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

38. Apakah prinsip pembentukan dasar di atas?


I. Berteraskan agama Islam
II. Berteraskan Rukun Negara
III. Berasaskan kebudayaan Melayu
IV. Berasaskan Perlembagaan Negara

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

• Menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam


bidang pendidikan

39. Pertubuhan manakah yang menyediakan program seperti di atas?

A OIC
B NAM
C ASEAN
D Komanwel
13

40. Apakah langkah Kerajaan Malaysia dalam menghadapi cabaran era globalisasi?
I. Mengadakan reformasi sistem pendidikan
II. Menerima budaya bekerja dari negara barat
III. Menyediakan peruntukan besar bagi R & D
IV. Membina prasarana bagi perkembangan ICT

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT