Anda di halaman 1dari 5

SULIT SKEMA SET 3 1103/1

1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU

Kertas 1

SKEMA JAWAPAN
KERTAS 1 SET 3

1. Kertas jawapan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 1


SULIT SKEMA SET 3 1103/1

Bahagian A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai
pasukan unit beruniform di sekolah. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.

Sejak kebelakangan ini, minat para pelajar untuk menyertai unit beruniform di
sekolah kurang menggalakkan. Hal ini disebabkan para pelajar lebih memberi perhatian
kepada bidang akademik. Malah ada sesetengah pelajar beranggapan bahawa
penglibatan aktif dalam aktiviti unit beruniform yang merupakan satu daripada cabang
aktiviti kokurikulum dapat menjejaskan prestasi akademik mereka. Anggapan
sedemikian tidak benar kerana melibatkan diri dalam aktiviti unit beruniform banyak
faedahnya. Jika tidak, masakan Kementerian Pendidikan Tinggi memperuntukkan 10 %
markah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum bagi permohonan masuk ke Institusi
Pendidikan Tinggi Awam

Pemudi harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai pelapis kepimpinan negara,
generasi pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pemimpin. Bergiat
secara aktif dengan memegang jawatan penting dalam unit beruniform adalah satu
daripada caranya untuk mengasah bakat kepimpinan dan melatih seseorang pelajar
untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai seorang Ketua Platun pasukan kadet remaja
atau ketua patrol bagi pengakap, pelajar akan memperoleh pengalaman memimpin
platun atau patrolnya. Bagitu juga dengan pengalaman mengurus unit masing-masing
dengan memegang jawatan pengerusi atau setiausaha. Jadi, tidak hairanlah jika
kebanyakan pemimpin negara mempunyai latar belakang sebagai seorang pemimpin
unit beruniform semasa di alam persekolahan .

Penyertaan dalam unit beruniform dapat membentuk disiplin diri dalam kalangan
ahlinya. Seperti yang kita sedia maklum,, setiap unit beruniform amat mementingkan
disiplin dan kepatuhan pada pelbagai peraturan yang ditetapkan. Bagi seorang ahli
kadet polis misalnya, mereka perlu mematuhi peraturan berpakaian iaitu mesti memakai
pakaian seragam yang ditetapkan berambut pendek, berdisiplin ketika sesi latihan
kawat, menepati waktu perjumpaan diadakan dan sebagainya. Hal ini sudah pasti akan
melahirkan generasi remaja yang berdisiplin.

Penyertaan dalam unit beruniform juga akan membuka ruang untuk mempereratkan
perpaduan kaum. Setiap unit beruniform akan disertai oleh para pelajar yang berbilang
kaum dan agama. Menerusi aktiviti yang dilaksanakan membolehkan ahli-ahli yang
pelbagai kaum dan agama ini saling mengenali, bertukar-tukar fikiran dan seterusnya
menjalankan aktiviti untuk kepentingan bersama, sekali gus akan menjalin perpaduan
dan integrasi nasional seperti yang harapkan oleh kerajaan melalui Sistem Pendidikan
Negara..

Selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah, penyertaan dalam unit beruniform
juga memberi peluang kepada kita untuk memberi sumbangan kapada masyarakat
setempat, negara dan masyarakat antarabangsa. Pasukan pengakap dan pasukan
Bulan Sabit Merah misalnya, boleh menyertai aktiviti gotong- royong membersihkan
kawasan perumahan, membantu mangsa banjir , bertugas pada hari sukan dan
menyertai acara perbarisan Hari Kebangsaan. Kita juga berpeluang memberi

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 2


SULIT SKEMA SET 3 1103/1

sumbangan di peringkat antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh pasukan bulan
sabit merah yang membantu mangsa-mangsa tsunami di Acheh. Sesungguhnya, tangan
yang memberi lebih baik daripada menerima. Hal ini bukan sahaja memberi pengalaman
yang amat bermakna malah akan mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa.

Kesimpulannya, memang banyak manfaat yang diperoleh dengan melibatkan diri dalam
aktiviti unit beruniform. Oleh itu, kesempatan berada di alam persekolahan hendaklah
diambil oleh para pelajar dengan menyertai unit beruniform agar negara memiliki
generasi yang berketrampilan dan sarat dengan nilai-nilai murni.

Bahagian B

[ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

[ 100 markah ]

SOALAN 1

Golongan belia di negara kita kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian
walaupun bidang pertanian dapat mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Bincangkan usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan golongan belia


menceburi bidang pertanian. .

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat membincangkan usaha-usaha yang dapat


dilakukan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian

SOALAN 2

Masyarakat hari ini sibuk mengejar kebendaan hingga mengabaikan semangat


kejiranan. Sebenarnya, semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam hidup
bermasyarakat.

Jelaskan kepentingan semangat kejiranan dalam hidup bermasyarakat.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan kepentingan semangat


kejiranan dalam hidup bermasyarakat.

SOALAN 3

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 3


SULIT SKEMA SET 3 1103/1

Sekolah anda mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran


Malaysia di peringkat kebangsaan. Hal ini kerana pihak sekolah telah melaksanakan
pelbagai program untuk mencapai kejayaan tersebut. Anda ingin menceritakan program
tersebut kepada seorang sahabat yang tinggal di negara jiran.

Tulis surat anda selengkapnya.

(a) Format : Surat kiriman tidak rasmi.

Tolak markah jika tiada :

Alamat penulis - ½ markah


Tarikh - ½ markah
Menghadap surat - ½ markah
Penutup - ½ markah
Tandatangan - ½ markah

Maksimum markah ditolak - 2 markah.

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis surat untuk menceritakan pelbagai


program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga mencapai keputusan
cemerlang dalam peperiksan SPM peringkat kebangsaan

SOALAN 4

Hubungan baik antara dua negara berjiran perlu dikekalkan kerana banyak memberi
kebaikan kepada kedua-dua buah negara.

Beri pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh hasil daripada hubungan erat
yang terjalin antara dua negara yang berjiran.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat memberikan pendapat tentang kebaikan


yang diperoleh hasil daripada hubungan erat yang terjalin antara dua Negara
yang berjiran.

SOALAN 5

Pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

Pisang emas dibawa berlayar ,


Masak sebiji di atas peti ;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati .

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 4


SULIT SKEMA SET 3 1103/1

Maksud pantun di atas ialah budi mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan
masyarakat. Anda ingin menulis sebuah cerpen yang bertemakan budi. Tulis cerpen
itu selengkapnya

(a) Format : Cerpen

Tolak markah jika tiada :

Tajuk cerpen : 1 markah


Nama penulis : 1 markah

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis cerpen yang bertemakan budi.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 5