Anda di halaman 1dari 33

KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU

Nama : Rohana binti SuIaiman


No matrik : D20102043002
KumpuIan: EL-TO2
Untuk perhatian: Dr.Idris bin Mohd Radzi





SoaIan 1
Guru


Norji


Guru


Norji


Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji

Siapakah nama kamu? Bagaimanakah perasaan kamu belajar di sini?


Saya bernama Norji.Saya berasal dari Kampung Pinang dan bersekolah di sini.
Saya seronok belajar di sini.

Kenapakah kamu berasa seronok?


Saya berasa seronok kerana dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru
yang berpengalaman seperti guru lepasan pelajaran dari luar negara.

Apakah peranan kamu apabila guru menggunakan "smartboard"?

Saya baru mengetahui bahawa itu "smartboard". Saya berasa lebih bersemangat
untuk belajar.

Dahulu tidak bersemangat untuk belajar,kerana tiada "smartboard".

Tidak. Perkara ini menambahkan semangat untuk belajar. Walaubagaimanapun
setiap kelebihan ada kekurangannya.

Apakah kekurangannya?

Masa yang diambil jika menggunakan "smartbord" sangat sedikit. Perkara ini
menyebabkan tidak cukup masa untuk menyalin nota.

Kalau begitu kamu memerlukan lebih banyak masa.

Ya. Penggunaan "smartboard" menyebabkan banyak masa terbuang kerana
masalah teknikal.

SoaIan 2
"Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa nggeris yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan
sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
Pelaksanaan program ini bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa nggeris(PPSM).
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Bahasa Melayu juga
pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian sehinggakan Universiti Kebangsaan
Malaysia menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila
melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan
profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu juga turut mahir
berbahasa nggeris.
Memperkukuh Bahasa nggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
nggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat
nasional dan antarabangsa.
Pengumuman pemansuhan PPSM dan dasar MBMMB dibuat selepas kerajaan
mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar
itu.Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendikiawan serta pandangan umum
mengenai pro dan kontra pelaksaan PPSM yang dilaksanakan sejak 2003.Contohnya,tokoh
bahasa yang juga ekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),Dr Hassan Ahmad
menyatakan PPSM boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurutnya
,sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk bidang sains dan
matematik.
Rasional perlaksanaan MBMNB ialah Penggunaan bahasa nggeris sebagai bahasa
pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis
kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang
dimulakan sejak tahun 1970an dan Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan
bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.Tujuan utama
memperkukuh Bahasa nggeris pula adalah kerana Bahasa nggeris merupakan bahasa
komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Sebagai seorang guru,perkara paling penting sekali ialah memupuk tentang pentingnya
bahasa Melayu sejak kecil ataupun ketika zaman sekolah rendah lagi.Dalam hal ini sudah tentu
peranan tersebut dimainkan oleh guru.Guru hendaklah memberitahu akan kepentingan bahasa
Melayu dan kesan pengabaian jika tidak memartabatkan bahasa ibunda negara kita.Bak kata
pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kata orang jika kita hendak melihat apa-apa
yang akan berlaku pada masa hadapan, lihatlah generasi muda kita sekarang. Hal ini bermakna
sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi
merealisasikan aspirasi Negara Jika dididik,diasuh dari kecil lagi ,maka, murid-murid akan
menjadi lebih mantap dalam proses memartabatkan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian
sebagai seorang generasi muda.Murid-murid juga akan mengagungkan bahasa ibunda kita
yang dicintai.Dengan adanya asas yang dipupuk dari kecil mengenai kepentingan bahasa
kebangsaan ini maka ,bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan sehingga mencapai
objektifnya..
Strategi-strategi yang boleh digunakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu ialah saya
sebagai seorang guru menjalankan Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu dimana
penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Seterusnya adalah melalui Asas
Berbahasa (Basics To Basics) iaitu pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur
dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui
modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa
adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam
konteks.Melalui strategi ini ,murid akan dapat belajar bermula dari asas untuk berbahasa yang
pada masa kini di pandang remeh. Perkara yang menjadi akar umbi ini amat penting kerana jika
murid-murid tidak dapat menguasai sesuatu perkara itu dari asasnya,maka murid-murid akan
gagal untuk meneruskan langkah yang seterusnya untuk mencapai matlamat yang dituju. Guru-
guru juga mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan,berwajah manis, ceria, mesra, berbudi
bahasa dan menunjukkan tingkahlaku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana
sahaja merekaberada. Mahu atau tidak, guru sentiasa menjadi tatapan dan perhatian umum
dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Apa saja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan
atau ke mana saja guru pergi, merekatetap akan menjadi perhatian masyarakat. Guru juga
menjadi role modelkepada murid-murid. Konsep kepimpinan melalui teladan sering
dikaitkandengan profesion perguruan. ni bermakna guru-guru perlu menunjukkan teladan yang
baik dan boleh dicontohi serta bebas daripada sifat-sifatyang tidak baik. Ciri-ciri personal yang
ditunjukkan oleh para guru akan menjadi ikutan yang baik kepada pelajar dan dipandang tinggi
oleh masyarakat.
Strategi seterusnya melalui Didik Hibur iaitu pendekatan P&P Bahasa Melayu akan
menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah.
Sebagai seorang guru,saya boleh memainkan peranan dengan mempelbagaikan teknik
pengajaran.Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa
akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan
penghasilan produk. Guru juga perlu menjadikan suka membaca sebagai satu amalan dan
sentiasa memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan
kesungguhan kendiri dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan
di dalam ruang lingkup yang menyeluruh . Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar
boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. a juga dapat mengelakkan guru kekeringan idea
ketika menyampaikan ilmu kepada murid. lmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk
perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.
Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan
kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi
pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan
pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang
cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi
guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa
kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi
kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
Contohnya,guru boleh mempelbagaikan kaedah bercerita kepada murid-murid dengan
menggunakan pelbagai bahan-bahan sokongan contohnya seperti gambar-gambar yang
berwarna-warni agak dapat menarik minat murid-murid dalam mempelajari pelajaran tersebut.
Kaedah ini akan lebih menarik perhatian murid-murid kerana dalam bentuk hiburan dan tidak
membosankan berbanding dengan pengajaran secara hambar dan tiada bahan bahan
sokongan yang boleh membosankan murid-murid. Kita sebagai seorang insan biasa memang
tidak lari daripada perasaan bosan jika sesuatu perkara itu tidak menarik perhatian kita dan
tidak menghiburkan.
Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum iaitu penggunaan sistem
bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu.
Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard
dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri.Penggunaan dialek ataupun loghat negeri ini sering
diamalkan oleh guru-guru menyebabkan murid-murid keliru akan bahasa Melayu dengan dialek
ini.Sebagai seorang guru hendaklah mengajar dalam bahasa Melayu yang betul agar murid-
murid tidak keliru terutama dalam bidang penulisan. Contohnya dialek negeri Terengganu yang
mana makan disebut 'makang'. Penggunaan istilah itu boleh menyebabkan murid murid keliru
dan salah faham seterusnya melakukan kesalahan dalam tatabahasa dan kosakata.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P seperti perisian, e-mel,
laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta
menghiburkan. Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan.Selain
daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, berorganisasi,
pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya.
Contohnya satu portal boleh diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna
Bahasa Melayu untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa
Melayu.Maka dengan itu ,peningkatan dalam bidang sastera dan tahap bahasa itu dapatlah
dipertingkatkan sejajar dengan konsep 'Memartabatkan Bahasa Melayu,Memperkasakan
Bahasa nggeris'. Teknologi maklumat amat penting pada masa sekarang kerana segalanya
boleh dicari melalui nternet. Pada zaman yang moden ini pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran boleh didapati di dalam nternet.Bahkan pelbagai contoh soalan,pendapat-
pendapat dari para ilmiah mengenai bahasa juga boleh di dapati di dalam nternet.
Maka dengan itu guru-guru boleh mendapat rujukan untuk mengajar murid-murid berdasarkan
fakta-fakta yang betul dan tepat.Guru juga boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya
membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran
Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NLAM diteruskan. Beberapa
penambahbaikan boleh dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu perlu beropsyen Bahasa Melayu untuk
memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.Bahan bacaan amat penting kerana buku
merupakan sesuatu yang dekat dengan murid.Masa yang terluang boleh diisi dengan
membaca.Perpustakaan mini boleh dijalankan di dalam kelas Guru digalakkan menghadiri
kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan
terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar
negara. Pengeluaran buku-buku genre sastera melayu di pasaran merupakan usaha
lain untuk menarik minat murid murid terhadap warisan pujangga turun-temurun ini.
Kesenambungan sastera melayu ini telah merangkumi semua aspek kehidupan samada di
dunia mahupun di akhirat.Misalnya, cerita Pak Pandir yang kurang ilmu agama dan
ilmu pengetahuan lalu terlalu mudah ditipu akibat kejahilan dirinya sendiri.
Prosa-prosa klasik yang mempunyai pelbagai unsur nasihat mampu membentuk
masyarakat yang tinggi budi pekerti dan tatasusilanya. Tambahan pula, isi-isi
tersirat di dalam sesebuah genre itu sendiri membuatkan pembaca menghayati
nukilan-nukilan ini untuk mengetahui nasihat-nasihat yang terkandung didalamnya.
ni menunjukkan minat terhadap genre sastera melayu tradisional kian berkembang
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sekali lagi kerjasama antara Kementerian
Pelajaran dengan pihak swasta penting untuk memartabatkan kembali genre
tradisional ini. Sebagai contoh yang mudah difahami, sekiranya genre sastera
melayu tradisional di ajar di semua sekolah kebangsaan dan jika terdapat
permintaan dari sekolah bukan kebangsaan sekurang-kurangnya lima belas orang pelajar,maka
wajib sekolah tersebut menyediakan kelas bagi para pelajar tersebut
untuk mereka mempelajari matapelajaran tersebut.Konkritnya disini kita dapat lihat
buku yang telah disediakan oleh pihak kerajaan mengikut sukatan yang telah
ditetapkan seperti petikan Hikayat Hang Tuah yang terkandung didalam buku Anak
Laut mampu menarik minat para murid-murid untuk mendalami prosa klasik ini di sekolah
bukan jenis kebangsaan tersebut tadi.
ltihannya, dengan adanya buku-buku genre sastera ini dipasaran dapat memudahkan
penyebaran propaganda tentang keagungan prosa klasik untuk menarik minat murid-murid
terhadap genre sastera melayu tradisional.
Selain itu Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif diwujudkan. Pemantauan daripada
aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa
bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk
P&P.Kelas yang ceria dan bersih memberi impak yang besar dalam proses P&P berbanding
kelas yang tidak teratur dan kotor. Semangat untuk belajar murid-murid juga akan berkurang
kerana situasi kelas yang sedemikian.Oleh sebab itu guru-guru hendaklah memainkan peranan
yang besar untuk menyelesaikan masalah itu. Guru-guru mestilah memastikan jadual tugasan
harian dipatuhi dan diikuti oleh setiap murid.
Untuk memperkukuhkan Bahasa nggeris pula strategi berikut perlu dilakukan iaitu
Asas berbahasa (Back to Basics), Kurikulum Bahasa nggeris menitikberatkan pengukuhan
penguasaan asas Bahasa nggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping
menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts.
Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang
menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama,
muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-
kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan
murid kepada Bahasa nggeris pelbagai genre.
Majoriti murid ,terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami
pelajaran yang diajar. Hampir 50% murid didapati tidak faham bahasa nggeris.Disebabkan
perkara itu guru mestilah mengenali murid dengan lebih mendalam dan dapat mengetahui
masalah yang dihadapi oleh murid agar murid tidak segan,malu atau takut untuk bertanya
tentang perkara yang mereka tidak fahami terutama dalam bahasa nggeris.Dengan bantuan itu
hubungan guru dan murid juga akan menjadi lebih rapat dan murid akan lebih selesa
mendapatkan ilmu. Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa
bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan dirisendiri sehingga tidak
mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat diterima atau tidak oleh pelajar dan
mengambil sikap endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka.
Selain itu, para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yangbaik. Ciri-ciri
interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung,berkomunikasi, menangani masalah,
menyesuaikan diri dan sebagainya.Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga
pelajar berasa bosan terhadap pengajarannya. Seorang guru yang baik akan cuba mewujudkan
komunikasi dua hala dengan pelajarnya,sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan
yang berkaitan.
Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada yang berangan
atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau meminta pandangan daripada pelajar
tersebut. Guru perlu memanggil nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima kasih di atas
jawapan dan pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu menunjukkan sifat
prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak sesekali mengherdik atau menghina pelajar
yang dianggap nakal dihadapan kawan-kawan mereka.Seorang guru memang perlu bersikap
tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah memarahi pelajar dengan kata-kata
kesat atau membebel sehingga berjam-jam lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang
dikeluarkan daripada kata-kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative
berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi .
Kurikulum Bahasa nggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui
tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata
pelajaran berkenaan. Penetapan model Standard British English digunakan sebagai panduan
supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan
dan tatabahasa. Transformasi Kurikulum Bahasa nggeris akan menggunakan pendekatan
modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P
tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.
Sumber P&P seperti makmal komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan
perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat
dimanfaatkan dalam P&P Bahasa nggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai. Bagi
meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru murid, seorang guru Bahasa nggeris
gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yang mengajar kelas berenrolmen besar
(contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2. Perkongsian dan Jaringan Guru dalam
kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang
termkini dan berkesan. Tambahan lagi,penambahan bilangan guru bahasa nggeris,
memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas
penguasaan bahasa nggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa nggeris, menekankan
komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa nggeris dan mendedahkan
pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa nggeris.

Selain itu, kepimpinan sekolah, Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak
pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami
matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa nggeris dan turut merancang program yang sesuai
untuk mencapai objektif yang ditetapkan.Pertandingan-pertandingan bahasa juga boleh
dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti murid-murid berfikir. Jawatan Penyelaras B akan
diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program
seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan untuk
meningkatkan bahasa nggeris dikalangan pelajar.
Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa nggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik
dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa nggeris di kalangan pelajar, Kerajaan
menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa nggeris di kalangan pelajar kita akan
meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda
untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa nggeris dalam
bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk
mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu
menguasai bahasa nggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.










Rujukan
Pemansuhan PPSM tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa nggeris.
Sebaliknya, penguasaan bahasa nggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa
langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa nggeris. Langkah-langkah yang
akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa nggeris di
kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika
membuat pengumuman mengenai strategi "Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa nggeris (MBMMB) baru-baru ini.
ni termasuklah menambah bilangan guru bahasa nggeris, menambah waktu belajar bahasa
nggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari
kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa nggeris di peringkat umur yang
awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa nggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa nggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam
mata pelajaran bahasa nggeris.
Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah nstitut Pendidikan Guru
Malaysia (PGM) Kampus Bahasa nggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa nggeris.
Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa
nggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi
meningkatkan penguasaan bahasa nggeris pelajar luar bandar. nsentif khusus akan diberikan
kepada guru-guru bahasa nggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan
pembantu guru bahasa nggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang
melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan ".onta.t-time antara guru dan murid. Dengan
mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa nggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan
kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa nggeris. Mereka ini boleh dibimbing
secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa nggeris dengan lebih baik.
Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa nggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik
dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa nggeris di kalangan pelajar, Kerajaan
menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa nggeris di kalangan pelajar kita akan
meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda
untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa nggeris dalam
bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk
mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu
menguasai bahasa nggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.
Pemantapan penguasaan bahasa nggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan
penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus
kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan
apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.
Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di
sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk
memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60
peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80
peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah.
Melihat ke hadapan, dasar "Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
nggeris yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar
baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar
pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan
untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-
pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-
landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSM tidak akan terjejas.
Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk
melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek
latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. nsyaAllah,
berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan
dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara
kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.


Rujukan : http://www.mudahbelajar.com/?p=325


RABU, 25 NOVEMBER 2009 - Dasar MBMBI Akan DiIaksana Lebih AwaI


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa
nggeris (MBMB) akan mula dilaksana pada 2011, setahun lebih awal daripada yang
dijadual.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan MBMB bagi menggantikan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris (PPSM)
sepatutnya dijadual pada 2012.

"Kita perlu berikan perhatian dalam usaha kita memartabatkan sistem pendidikan di
negara kita ini iaitu bermula pada tahun 2011, kita akan mula melaksanakan dasar baru
menggantikan PPSM.

"Kami telah berbincang di peringkat kementerian, dan mendapati kami mampu untuk
menyegerakan setahun lebih awal mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa
Malaysia dan tidak lagi dalam Bahasa nggeris, walaupun jadual asalnya ialah pada
2012," katanya.

Berucap pada majlis jamuan malam bersama guru cemerlang sempena Persidangan
Kebangsaan Guru-guru ke-7 di sini Selasa, Muhyiddin berkata bagi mencapai sasaran
itu, komitmen seluruh tenaga pengajar, guru, pengetua, guru besar serta Kementerian
Pelajaran amat diperlukan kerana ia bukan satu perkara atau tanggungjawab yang
remeh.

Muhyiddin berkata semasa keputusan memansuhkan PPSM dahulu, kementerian serta
kerajaan telah mengambil kira langkah terbaru ini adalah yang terbaik bukan setakat
untuk meningkatkan martabat pendidikan tetapi juga meningkatkan kualiti pendidikan.

"Oleh itu, komitmen amat diperlukan kerana ini adalah satu beban yang tidak boleh kita
pandang remeh dan memerlukan komitmen yang total daripada guru-guru serta tenaga
pengajar," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun PPSM dimansuh, penguasaan Bahasa nggeris oleh
pelajar masih dititik beratkan.

"Pastinya semua pihak bersetuju tentang pentingnya kita menguasai Bahasa nggeris.

"Sewajarnya, anak-anak kita dalam tempoh 13 tahun mahir atau lebih daripada mahir
untuk menguasai Bahasa nggeris dan tidak patut menjadi satu perkara yang
diperbincangkan seolah-olah tahap penguasaan Bahasa nggeris masih sederhana atau
rendah sedangkan ia telah diperkenalkan sekian lama," katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar MBMB, khidmat tenaga pengajar atau pakar dari
luar negara akan diguna sebagai 'master teacher' sementara menunggu tenaga
pengajar terlatih tempatan.

"Dalam MBMB, kita sudah pun menyediakan kurikulum yang lebih baik dengan buku
teks yang lebih sesuai, menyediakan makmal Bahasa nggeris yang lebih lengkap,
software (perisian) yang terbaik serta penggunaan tenaga pengajar yang berupaya
mengajar Bahasa nggeris dengan baik.

"Sementara kita belum mepunyai guru-guru atau pakar yang terlatih, mahu tidak mahu
kita terpaksa mengisi kekosongan itu dengan tenaga dari luar negara sebagai 'master
teacher', untuk bantu supaya proses pengajaran Bahasa nggeris dapat dilaksana
dengan cara berkesan," katanya.

-- BERNAMA


Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai
pemansuhan PPSM dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
penguasaan Bahasa nggeris (MBMMB).
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar
PPSM akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme "soft
landing untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah
peralihan dasar berkenaan. Mekanisme "soft landing adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah
rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan
Bahasa nggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah
menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa nggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Walau bagaimanapun mekanisme "soft landing akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar
lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam
dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan
dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam
dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam
dwibahasa sehingga 2015.
ni bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi
SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan
sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah
akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi
Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa nggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMB dan mekanisme "soft landing adalah seperti yang dilampirkan.

"Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa nggeris yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan
sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan
sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses
transisi pada tahun 2012 nanti.
Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang
sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSM
tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk
melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek
latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui
kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar
baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita
secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

RasionaI

Penggunaan bahasa nggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di
sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu
dalam bidang tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata
pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

PeIaksanaan

Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada
masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

Bermula pada tahun 2012

Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Menyediakan guru B yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar
negara dan PTS selain daripada pengambilan melalui PGM dan PTA

Menyediakan guru B di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi
(contoh: melebihi 35 murid)

Menyediakan bahan bacaan Bahasa nggeris

Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa nggeris
Strategi Memartabatkan Bahasa MaIaysia

P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan
SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

Menggunakan CT dalam P&P Bahasa Malaysia

Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa nggeris
Sumber : http://suzanalelawatty.blogspot.com

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu MuIai 2011
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan
bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa nggeris (MBMMB) bagi murid tahap satu mulai
tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid tahun satu
yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.
Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru
yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan
matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobi
Parlimen semalam.
Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMB bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan
tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan
rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara
teratur.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak
akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa
nggeris (PPSM) kerana dasar baru iaitu MBMMB adalah selaras dengan keperluan negara
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
$:mber : Kosmo online 21 oktober 2009

MBMMBI Mampu BeIa PeIajar Tercicir
Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan
Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa nggeris (MBMMB) bagi murid Tahun Satu
mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah
rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa
nggeris.
Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan dris (Upsi), Profesor
Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris (PPSM) itu tidak boleh dilengahkan
lebih lama kerana sejak PPSM diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif
kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMB bagi
murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu
bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan
kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa nggeris yang perlu
disiapkan akhir tahun depan.

Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak
memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSM diperkenalkan.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof
Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak
pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi
pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa nggeris.
Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSM (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong
dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan
1Malaysia.

Sumber : Berita Harian
SEJARAH kegemilangan zaman lampau Bahasa Melayu, kedudukannya sebagai bahasa
pribumi, fungsinya sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur dan senang dipelajari
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
Oleh itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa
Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata
dan laras bahasa.
Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan
menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi
dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses
ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan.
Beliau berkata, kemajuan pendidikan dalam Bahasa Melayu telah berlaku dengan pesatnya
apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Melayu dan
terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di institusi-institusi pengajian tinggi (PT).
"Setelah merdeka, melalui usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perancangan yang
tersusun telah dijalankan terhadap Bahasa Melayu.
"Fungsi utama DBP direalisasikan melalui dua program besar, iaitu melalui pembinaan bahasa
dan pengembangan bahasa.
"Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan, tiba di kemuncaknya apabila
menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti.
"Kejayaan Bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai wahana ilmu pengetahuan melalui
penggunaan bahasa tersebut dalam syarahan-syarahan perdana,'' katanya ketika
membentangkan kertas kerja Pemerkasaan Bahasa Melayu di PT pada Persidangan
Kebangsaan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di Selangor baru-
baru ini.
Seminar bertemakan Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara itu berlangsung pada 6
hingga 8 September lalu.
Menurut Nik Safiah, usaha memperkasakan Bahasa Melayu di PT adalah menggunakannya
dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cintakannya.
Kata beliau, kini Bahasa Melayu menghadapi semacam zaman kegelapan sementara, tetapi
kita yakin bahawa Bahasa Melayu akan dapat bangun kembali, mengambil tempatnya yang
asal apabila mendapat sokongan dan dukungan terhadap pengguna bahasanya terutama
dalam konteks penggunaan di PT.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh
berkata, perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba di
kemuncaknya apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan sehingga ke universiti.
Menurut beliau, ia menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.
Namun, realitinya kini, kata Wan Hashim, Malaysia sudah mengamalkan pendidikan dwi-aliran
pada peringkat pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu aliran bahasa kebangsaan untuk
nstitusi Pengajian Tinggi Awam (PTA) dan aliran bahasa asing terutama Bahasa nggeris
untuk nstitusi Pengajian Tinggi Swasta (PTS).
Di sektor swasta, kata beliau, penggunaan Bahasa nggeris masih diutamakan dengan alasan
ia satu keperluan yang membabitkan perhubungan luar negara dan perdagangan
antarabangsa.
Wan Hashim yang juga Ahli Parlimen Gerik berkata, kelahiran institusi pendidikan swasta yang
dibenarkan melahirkan dua aliran pendidikan yang menggunakan dua bahasa pengantar yang
berbeza.
"a sekali lagi memulakan sejarah persaingan di antara Bahasa Melayu dan Bahasa nggeris
untuk diterima umum sebagai bahasa utama khususnya sebagai wahana untuk menyampaikan
ilmu tinggi dan ilmu baru.
"Dasar baru pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris meningkatkan kembali
martabat Bahasa nggeris walaupun ia secara formalnya tetap dianggap sebagai bahasa kedua
negara,'' katanya dalam kertas kerja Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Jalan
Berliku.
Wan Hashim menambah, fenomena globalisasi dan budaya CT muncul sebagai ombak besar
yang meletakkan Bahasa nggeris sebagai bahasa utama dunia.
Dalam konteks Malaysia, kata beliau, ia muncul kembali untuk bersaing hebat dengan Bahasa
Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Beliau berkata, Bahasa nggeris diberi ruang yang luas dan keutamaan serta kedudukan yang
istimewa dalam pada yang sama menurunkan nilai ekonomi Bahasa Melayu.
"Sayugia diingatkan bahawa Bahasa Melayu masih merupakan bahasa utama dan bahasa
rasmi dalam sidang Parlimen, dalam ucapan dan perbahasan tahunan Perhimpunan Agung
UMNO, urusan pentadbiran kerajaan dan bidang perundangan" ujarnya.
Sementara itu, pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn, Miswan Surip dan Biamin Ahmad berkata, Bahasa Melayu dalam
bidang teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan
oleh lebih ramai pengguna.
Menurut kedua-duanya, ini kerana bidang perisian merupakan bidang yang penting dalam
memperkatakan keupayaan sesuatu bahasa itu menjadi bahasa teknologi maklumat.
"Bidang perisian merupakan nadi kepada teknologi maklumat yang membolehkannya
memproses, mencari maklumat, membantu pemerolehan, penyimpanan dan penyebaran
maklumat.
Ketika membentangkan kertas kerja Keupayaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Teknologi
Maklumat (T) Di Era Globalisasi, mereka menjelaskan, untuk menjadikan Bahasa Melayu
berupaya menjadi bahasa T beberapa cabaran yang perlu diatasi di peringkat nasional
antaranya pengunaan Bahasa Melayu dalam bidang pencipta perisian masih sedikit.
"Cabaran kedua adalah semua peralatan Computer Aided Software Engineering (CASE) yang
mendapat tempat di negara ini menggunakan Bahasa nggeris.
"Keadaan ini menyebabkan pembangunan perisian akan selesa dengan budaya kerja mereka
dan akan terus mengabaikan perkembangan teknologi perisian sejagat,'' kata mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, menurut mereka, institusi pengajian tinggi tempatan (PT) perlu
mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan perisian dan pelajar
yang berpotensi diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
"Tujuannya untuk memperbanyakkan golongan dengan penggunaan dwibahasa dan
berpengetahuan luas dalam bidang yang kian berkembang pesat ini.
"Dengan cara ini bilangan golongan yang menggunakan Bahasa Melayu pada peringkat
kepimpinan dalam industri perisian dapat diperbanyakkan dan mempertingkatkan penyelidikan
dalam bidang kejuruteraan perisian.
"Syarikat tempatan atau golongan penyelidik tertentu perlu bekerjasama dengan pengeluar
peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu sepenuhnya,''
tambah mereka.
JuIai 2009, Kabinet hari ini meIuIuskan cadangan strategi Kementerian PeIajaran untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
nggeris di semua peringkat persekolahan.
Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa nggeris (PPSM) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula
berkuatkuasa pada tahun 2012. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu
dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah
menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan
Enam dan Matrikulasi.

Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang
mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa nggeris (PPSM),
pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa
sehingga kohort terakhir PPSM tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan
pemantauan mengenai PPSM yang menunjukkan bahawa PPSM tidak dapat dilaksanakan
sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSM/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan
Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa nggeris dan Bahasa Malaysia. Pemantauan
Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:
O Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa nggeris sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
O Secara purata peratusan penggunaan bahasa nggeris adalah antara 5358 peratus
daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik.
O Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang
mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa nggeris pada tahun 2008
mencapai tahap profisiensi.
O Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus
kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7
peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid
bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian
murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
O Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik semakin melebar semasa PPSM dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends
in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata
pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada
tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada
tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa
nggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSM.
Tahap penguasaan Bahasa nggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih
rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa nggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam
bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan,
bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil SJK(T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
nggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk
memantapkan penguasaan bahasa nggeris di kalangan murid.
O Menambah bilangan guru bahasa nggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan
penguasaan bahasa nggeris di kalangan murid. ni termasuklah 1000 orang guru luar
negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada PGM, PTA dan
PTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk
mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong
bahasa nggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di
Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan contact time antara guru dan murid.
O Peruntukan waktu bahasa nggeris bagi SK Tahap ditambah sebanyak 90 minit
daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap ditambah
sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
O Peruntukan waktu bahasa nggeris bagi SJKC/T Tahap ditambah seratus peratus iaitu
daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap ditambah
sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
O Peruntukan waktu bahasa nggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah
sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
O Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit
daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
O Peruntukan waktu bahasa nggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu
daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
O Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa nggeris diperkenalkan kepada
semua murid Tahap untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di
samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
O Makmal bahasa nggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid
mempelajari bahasa nggeris dengan lebih berkesan.
O Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
nggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
O Pelajaran tatabahasa nggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran B.
O Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa
nggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa nggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan
melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah
dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid
melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan
meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan
tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan
dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan
penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping
memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan
tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan
untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai,
budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains,
Matematik, Bahasa nggeris dan Bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan
pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan
penguasaan Bahasa nggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains
dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa nggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa nggeris
sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional
dan antarabangsa.

a) Tujuan MBMMB :

1. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat
1Malaysia.

2. Tujuan utama memperkukuh Bahasa nggeris adalah kerana Bahasa nggeris
merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


b) Strategi memartabatkan Bahasa Melayu meliputi perkara-perkara berikut:


Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu
Asas Berbahasa (Back To Basics)
Didik Hibur
Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
Program Bacaan
Guru Bahasa Melayu Berkualiti
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
Bahasa Melayu Bahasa lmu dan Komunikasi
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Melayu di Universiti Luar Negara
Syarat Layak Masuk nstitut Pengajian Tinggi


Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu Penguasaan asas kemahiran berbahasa
diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi
modul P&P.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis
diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa.
P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu
dalam konteks.
Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Melayu akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang
betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu. Penggunaan dialek
tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa
Melayu itu sendiri.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi makluamt seperti
perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat
interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan
penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar
serta pengguna Bahasa Melayu untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang
Bahasa Melayu.
Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu
(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NLAM diteruskan.
Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat
ditingkatkan.
Guru Bahasa Melayu Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen
Bahasa Melayu untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri
kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan
terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar
negara.
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek kebersihan,
keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan
saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
Bahasa Melayu Bahasa lmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung dari Eropah,
Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan
dalam Bahasa Melayu dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam
kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Melayu juga mestilah tekal dan mantap dalam
semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Melayu di Universiti Luar Negara Satu kolaborasi
yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi
Bahasa Melayu di universiti luar negara.
Syarat Layak Masuk nstitut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti
hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia sebagai syarat masuk.

MEMPERKUKUHKAN BAHASA NGGERS
Strategi memperkukuhkan Bahasa nggeris meliputi perkara-perkara berikut:
Penambahan Masa P&P Bahasa nggeris
Transformasi Kurikulum Bahasa nggeris Sekolah Renda
Asas Berbahasa (Back to Basics)
Didik Hibur Modul Language Arts
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris
Penetapan Model Bahasa nggeris
Transformasi Kurikulum Bahasa nggeris Sekolah Menengah
Sumber P&P Makmal Komputer
Guru : Contact Time Berkualiti
Perkongsian dan Jaringan Guru
Kepimpinan Sekolah
Penambahan Masa P&P Bahasa nggeris peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2
ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa nggeris bagi SJKC/T Tahap
1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu
Bahasa nggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan
waktu Bahasa nggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa nggeris Sekolah Rendah Transformasi Kurikulum Bahasa
nggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa
nggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) Kurikulum Bahasa nggeris menitikberatkan pengukuhan
penguasaan asas Bahasa nggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping
menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts.
Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera
Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan
bagi mendedahkan murid kepada Bahasa nggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris Kurikulum Bahasa nggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan
menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa nggeris model Standard British English digunakan sebagai
panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan,
penulisan dan tatabahasa.
Transformasi Kurikulum Bahasa nggeris Sekolah Menengah Transformasi Kurikulum Bahasa
nggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa
mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul
Grammar.
Sumber P&P Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya
boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P
Bahasa nggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru murid, seorang guru
Bahasa nggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yang mengajar kelas
berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang
peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan
kehendak kurikulum Bahasa nggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk
mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras B akan diwujudkan di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau
English Village akan dijalankan secara berterusan.



Rujukan :http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm
http://galusbm1.blogspot.com/2010/04/memartabatkan-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai