Anda di halaman 1dari 4

SULIT 4541/3

4541/3
Kimia
Kertas 1
September PEPERIKSAAN PERCUBAAN
2003 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1 PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2003
1 jam
2

KIMIA
Kertas 3 (Set 1)

Ujian Amali Bertulis

Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.

1. Jawab semua soalan.

2. Tuliskan jawapan anda dalam ruang yang disediakan.

3. Elemen dan aspek yang ditaksir ditunjukkan pada tiap-tiap ceraian soalan.

4. Anda hendaklah menyerahkan kertas tulis dan kertas graf tambahan, jika digunakan,
bersama-sama dengan kertas soalan.

5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

6. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang berguna
bagi menjawab soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak


1. Seorang pelajar menjalankan eksperimen bagi menentukan haba peneutralan asid.
Dalam ekperimen tersebut dia telah menyukat 25 cm3 1·0 mol dm-3 asid hidroklorik dan 25
cm 3 1 ·0 mol dm-3 natrium hidroksida. Eksperimen diulang menggunakan 25 cm3 2·0 mol
dm -3 asid hidroklorik dan 25 cm3 2·0 mol dm -3 natrium hidroksida.

Perubahan suhu bagi eksperimen pertama adalah seperti berikut :

Suhu awal asid hidroklorik oC 28


Suhu awal natrium hidroksida oC 27
Suhu tertinggi larutan oC 34

a. Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen di atas;

i. Pembolehubah yang dimanipulasikan

ii. Pembolehubah yang dimalarkan

iii. Pembolehubah yang bergerak balas

b. Hitungkan perubahan suhu tindak balas bagi keputusan di atas.

c. Hitungkan haba peneutralan bagi tindak balas di atas.

d. Lukiskan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan di atas.

Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara


2
e. Ramalkan perbezaan yang mungkin anda lihat bagi kedua-dua tindak balas di atas dan
terangkan jawapan anda.

2. Jadual di bawah diperolehi apabila seorang pelajar meleburkan asetamida.

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240


Suhu (oC) 30 40 50 60 70 80 80 80 90

a. Plotkan graf menggunakan data dalam jadual di atas.

b. Dengan menggunakan teori kinetik jirim terangkan apa yang berlaku kepada zarah-
zarah asetamida pada

i. 0 hingga 150 saat

_____________________________________________________

ii. 150 hingga 210 saat

_____________________________________________________

iii. 210 hingga 240 saat

_____________________________________________________

c. Semasa menjalankan eksperimen asetamida dipanaskan dalam kukus air. Mengapa?

_____________________________________________________

d. Lakarkan graf bagi penyejukkan asetamida.

Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara


3
3. Anda dibekalkan dengan serbuk kalsium karbonat dan ketulan kalsium karbonat serta
bahan-bahan dan radas yang diperlukan untuk menunjukkan kesan luas permukaan ke atas
kadar tindak balas.

Rancangkan satu eksperimen untuk tujuan di atas. Penerangan anda haruslah mempunyai
perkara-perkara berikut;

a. Tujuan eksperimen
b. Hipotesis
c. Semua pembolehubah
d. Senarai bahan, alat radas dan susunan radas
e. Kaedah eksperimen
f. Penjadualan data

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara


4

Anda mungkin juga menyukai