Anda di halaman 1dari 7

Skima jawapan SPM Kimia Kertas 2 Set 2

Bahagian A

1 (a) A dan C
(b) Ion daripada C : C+
Ion daripada E : E-2
(c) (i) A2O
(ii) BO2
(d) (i) 2.8.3
(ii) Kumpulan 13
(e) 25
(f) (i) B dan E
(ii) D dan E

2 (a) 0 ⋅1 × 1000
Bil mol asid etanoik = = 0·1 mol
1000

Jisim asid etanoik = 0·1 × [ (2 x 12) + (4 x 1) + (2 x 16) ]


= 0·1 × 60 = 6·0 g
(b) Diserap
(c) Karbon dioksida
(d) Terdapat ion-ion bebas dalam larutan R. Tiada ion bebas dalam larutan S.
(e) Larutan S tidak mempunyai molekul air untuk membolehkan ion hidrogen
terbentuk.
(f) Asid atanoik adalah asid lemah / perceraian asid etanoik tidak lengkap
(g) (i) 25 × 0 ⋅ 2
Bil mol NaOH = = 0·005 mol
1000

Jisim hablur T = 0·005 × [ (2 × 12) + (3 × 1) + (2 × 16) + 23 ]

= 0·005 × 82 = 0·41 g
(ii) mana-mana satu
i. larut dalam air
ii takat lebur tinggi
iii.takat didih tinggi
iv.membentuk elektrolit bila larut dalam air
3 (a) Saiz molekul bertambah besar. Daya tarikan antara molekul semakin kuat.
Lebih banyak
tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara
molekul.
(b) Cecair
(c) (i) CnH2n+2
(ii) C7H14
(iii) 2C2H6 + 4O2 à 4CO2 + 6H2O
(e) 5⋅6
Bilangan mol propana yang terbakar : = 0·25 mol
22 ⋅ 4

Isipadu oksigen yang diperlukan : 2 × 0·25 x 22·4 = 11·2 dm 3 @ 11200


cm3

4 (a) (i) Haba yang diserap oleh air = mcè = 200 × 4·2 × 8 J = 6720 J @ 6·720 kJ

(ii) Jisim etanol yang dibakar = 22·5 22·19 g = 0·31 g


0 ⋅ 31
∴ Bilangan mol etanol = = 0 ⋅ 007
46
(b) (i) C2H5OH (ce) + 3O2(g) à 2CO2 (g) + 3H2O (g)
(ii) 0·007 mol etanol terbakar menghasilkan 6720 J haba
6720
1 mol etanol terbakar membebaskan = 960000 J haba
0 ⋅ 007

(c) (i) Pembakaran etanol yang tidak lengkap

Sebahagian haba dihilangkan ke persekitaran dan diserap oleh bekas


kuprum
(d)

[ 2 markah ]
5 (a) (i) Asid etanoik
(ii)

(b) (i) Penghidrogenan


Penghidratan
Pengesteran
(c) (i) etil etanoat
(ii)

(iii) berbau harun


(d) (i) Lemak / minyak
(ii) Natrium hidroksida / Kalium hidroksida

6 (a) (i) Rod Zink


(ii) Zink lebih elektropositif daripada kuprum
(b) Rod kuprum : Cu2+ + 2e Cu

Rod Zink: Zn Zn2+ + 2e


(c) Logam zink
(d) Dari elektrod kuprum ke elektrod zink
(e) Membenarkan pengaliran anion untuk melengkapkan litar
(f) Sel kering tidak mengandungi elektrolit cecair yang mudah tumpah, sel asid
plumbum elektrolitnya mudah tumpah.
(g) Bacaan pada galvanometer berkurang / menurun.
Bahagian B

1 (a) (i) Peneutralan bes oksida ( plumbum(II) oksida ) dengan asid (asid nitrik)

(ii) Penguraian ganda dua ( dubel ) (plumbum klorida) dengan natrium sulfat .

(b) Panaskan 50 cm3 asid nitrik dalam sebuah bikar dan masukkan
plumbum oksida sedikit demi sedikit sehingga ia tidak larut lagi.
Turaskan larutan yang terhasil semasa ia masih panas untuk
mengeluarkan plumbum oksida yang berlebihan. Panaskan hasil
turasan sehingga tinggal satu per empat (1/4) isipadu asal untuk
membentuk larutan tepu. Padamkan api dan biarkan ia sejuk
kepada suhu bilik untuk proses penghabluran. Turaskan hablur
yang terhasil. Bersihkan dengan air suling dan keringkan dengan
kertas turas.

(c) Masukkan campuran serbuk kuprum sulfat dengan kuprum


karbonat ke dalam air dalam sebuah bikar. Panaskan dan kacau
sehingga semua kuprum sulfat telah larut. Turaskan larutan yang
tehasil. Baki turas yang diperolehi adalah kuprum karbonat kerana
ia tidak larut. Bersihkan dan keringkan baki turasan. Panaskan hasil
turasan sehingga ¼ isipadu asal untuk mendapatkan larutan tepu
kuprum sulfat. Sejukkan kepada suhu bilik dan turaskan hablur
kuprum sulfat yang terhasil.

2 (a) Penyesaran halogen berlaku bila halogen yang lebih elektronegatif


menyesar halogen yang kurang elektronegatif dalam larutan garam
halidanya. Klorin mengantikan bromin dalam larutan kalium
bromida membentuk kalium klorida.

(b) (i) Klorin menyesar iodin daripada larutan kalium iodida kerana
klorin lebih elektronegatif daripada iodida. Larutan tak
berwarna bertukar menjadi perang.

(ii) 1. Bahagikan larutan yang terhasil kepada dua bahagian ke


dalam tabung uji.

2. Masukan larutan kanji ke dalam tabung uji yang pertama.


Larutan kanji bertukar menjadi biru tua.

3. Masukan karbon tetraklorida / tetraklorometana ke dalam


tabung uji kedua dan goncangkan. Tetraklorometana
bertukar menjadi ungu.
(c) Tindak balas penyesaran logam berlaku apabila logam yang lebih
elektropositif mengantikan ion logam yang kurang elektropositif
daripada larutan garamnya.

Dalam satu eksperimen magnesium (mana-mana logam yang


lebih elektropositif) dimasukkan ke dalam larutan kuprum sulfat
(mana-mana logam yang kurang elektropositif). Campuran
dibiarkan buat seketika supaya tindak balas berlaku selengkapnya.
Diperhartikan larutan biru kuprum sulfaf menjadi pudar dan logam
berwarna perang berkilat terbentuk.

Magnesium yang merupakan logam yang lebih elektropositif


mengalami proses pengosidaan dengan membebaskan 2 elektron
membentuk ion magnesium

Mg Mg 2+ + 2e

Ion kuprum dalam larutan yang kurang elektropositif


mengalami proses penurunan dengan menerima 2 elektron
membentuk logam kuprum

Cu2+ + 2e Cu
Bahagian C

1 (a) Pengawet adalah bahan yang ditambah kepada makanan untuk


membuat makanan boleh disimpan dan tahan lebih lama.

Natrium nitrat digunakan untuk menghalang pertumbuhan bakteria


yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Asid etanoik digunakan untuk mengawet buah-buahan dan


sayuran dengan menjadikannya jeruk. Ia menghalang
pertumbuhan mikroorganisma yang boleh merosakan buah-
buahan atau sayuran.

(b) Perwarna ditambah dalam makanan untuk membuat makanan


kelihatan lebih cantik, menarik dan memulihkan warna asal
makanan yang luntur semasa memproses makanan.

Perwarna merupakan sebatian organik yang kompleks seperti


sebatian azo dan sebatian trifenil. Sebatian azo biasa akan
menghasilkan warna kuning, merah, perang atau hitam Seabtian
trifenil menghasilkan warna hijau biru dan lembayung.

Pengambilan perwarna yang berpanjangan terutama pada


kanan-kanak akan menyebabkan keaktifan melampau, asma dan
ruam.

Perisa adalah bahan kimia yang ditambah kepada makanan


untuk meningkatkan rasa makanan. Ia mengantikan perisa
semulajadi yang termusnah semasa pemprosesan makanan.
Monosodium glutamat (MSG) meningkatkan rasa makanan daging,
sayuran dan makanan yang diproses lebih sedap.
Aspatum dan Asesulfame-K memberikan rasa manis kepada
makanan.

Ester memberikan bau dan rasa buah kepada makanan


Monosodium glutamat boleh memberi kesan sampingan seperti sesak nafas,
sakit dada, pitam, pening kepala lemah badan dan muntah-muntah.

(c) Penstabil merupakan bahan kimia yang ditambah untuk membuat


makanan seperti ais krim, sos, susu berbentuk emulsi dan
membantu minyak dan air bercampur. Contoh agar-agar dan
acacia
Pemekat ditambah pada makanan supaya mengubah struktur asal
bahan makanan menjadi tekstur yang halus dan licin. Contoh
kanji, agar-agar dan pektin.
2 (a) 10 cm3 minyak kelapa sawit dicampurlan dengan 50 cm3 larutan
natrium hidroksida pekat dalam sebuah bikar dan dipanaskan
sehinga mendidih selama 10 minit sambil dikacau dengan rod
kaca. Padamkan api dan tambah 50 cm3 air suling dan beberapa
spatula natrium klorida sehingga pepejal kelihatan terapung. Didih
campuran itu selama 5 minit kemudian padamkan api dan biarkan
ia sejuk kepada suhu bilik. Turaskan pepejal yang terbentuk. Cuci
baki turasan dan keringkan. Pepejal yang diperolehi ialah garam
sabun.

(b) Garam sabun larut dalam air membentuk ion-ion sabun. Ion sabun
mepunyai dua bahagian’

Bahagian hidrokarbon :
Bersifat hidroforbik yang akan larut dalam gris kekotoran.
Bahagian berion :
Bersifat hidrofilik yang akan berada dalam bahagian air. Bercas
negatif

Tindakan pencucian sabun


Bahagian hidrokarbon sabun akan larut dalam gris kekotoran
meninggalkan bahagian berion yang bercas negatif dipermukaan
kekotoran. Cas negatif dipermukaan kekotoran menolak satu sama
lain menyebabkan kekotoran berpecah membentuk titisan / zarah
yang lebih kecil. Permukaan titisan kekotoran yang bercas negatif
menghalang ia daripada bercantum semula. Kekotoran dibersihkan
apabila kain dibilas.

Anda mungkin juga menyukai