Anda di halaman 1dari 15

SULIT

1511/1
Sains
Set 3 Kertas 1
Mei
2005
1 14 jam
JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE

SAINS

Kertas 1

Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak.


SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

1 Jadual menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi empat jenis
atom

Atom Nombor proton Nombor nukleon


P 6 12
Q 8 16
R 6 14
S 7 16

Antara atom P, Q, R, S, yang manakah merupakan isotop

A. Q dan S
B. P dan R
C. P dan Q
D. R dan S

2 Antara berikut yang manakah ialah bahan ion?

A. Naftalena
B. Glukosa
C. Natrium oksida
D. Merkuri

3 Maklumat menunjukkan teori atom

Atom merupakan zarah sfera bercas positif, manakala elektron bercas negatif
bertaburan secara sekata dalam sfera itu

Teori atom di atas dikemukakan oleh

A. John Dalton
B. Ernest Rutherford
C. J.J. Thomson
D. Sir James Chadwick

4 Semasa pemejalwapan hablur iodin,

A. tenaga kinatik zarah berkurangan


B. kandungan tenaga zarah adalah tetap
C. tenaga dibebaskan
D. tenaga diserap

5 Pesakit kencing manis diberi suntikan hormon insulin untuk mengawal

A. aras gula dalam darah


B. pertumbuhan otot dan tulang
C. aras besi dalam darah
D. kadar denyutan jantung

LEARNING TO SCORE HALAMAN2


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

6 Antara berikut yang manakah adalah betul tentang fungsi sistem saraf
I Saraf soma mengawal tindakan terkawal
II Saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal
III Saraf tunjang mengawal tindakan refleks

A. III sahaja
B. I, II, dan III
C. I dan II sahaja
D. II dan III sahaja

7 Perubahan persekitaran diterima oleh seseorang melalui

A. otak
B. saraf tunjang
C. reseptor deria
D. saraf-saraf periferi

8 Rajah menunjukkan mekanisme kejadian anak kembar tak seiras

Struktur X dan proses Y masing-masing ialah A

Struktur X Proses Y
A Zigot Mitosis
B Zigot Meiosis
C Fetus Meiosis
D Bayi Meiosis

9 Manakah antara berikut menunjukkan kandungan kromosom dalam sel kulit seorang
lelaki?

A. 22 + XY
B. 44 + XX
C. 44 + XY C
D. 22 + XX

LEARNING TO SCORE HALAMAN3


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

10 Antara berikut yang manakah merupakan penyakit terangkai seks?


I Sindrom Down
II Buta warna
III Hemofilia

A. I sahaja
B. III sahaja D
C. I dan III
D. II dan III

11 Rajah menunjukkan sinar radioaktif dalam medan elektrik.


(-)

Sumber radioaktif Plat X

Sinar P

Sinar Q
Sinar R
Plat Y

(+)
Antara yang berikut yang manakah benar tentang sinar P, Sinar R dan Sinar Q ?.

Sinar P Sinar Q Sinar R

A. Gamma Alfa Beta


B. Beta Gamma Alfa
C. Alfa Gamma Beta
D. Beta Alfa Gamma

12. Unsur yang bersifat radioaktif boleh mereput dan memancarkan sinaran

A. Ultraungu
B. Radioaktif
C. Inframerah
D. Sinar- X

LEARNING TO SCORE HALAMAN4


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

13 Rajah menunjukkan proses pembelahan suatu nukleus berat dengan membedilnya


menggunakan zarah X.

Zarah X
Zarah X

.
RAJAH 13
. Zarah X ialah

A. proton
B. elektron
C. neutron
D helium

14 Berikut adalah ciri-ciri sinaran radiokatif Q.

 Nukleus Helium
 Bercas positif
 Kuasa Penembusan rendah
 Halaju rendah

Apakah sinaran Q ?.

A. Sinaran inframerah
B. Sinar Gamma
C. Sinar Beta
D. Sinar alfa

15 Antara oksida logam berikut yang manakah boleh diturunkan oleh karbon?
A Kuprum oksida
B Magnesium oksida
C Natrium oksida
D Aluminium oksida

LEARNING TO SCORE HALAMAN5


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

16 Rajah menunjukkan susunsn radas untuk mengkaji kereaktifan logam terhadap oksigen.

Wul kaca Serbuk logam


Serbuk logam
Bahan X

Panaskan Panaskan

Bahan X ialah

A. kalium manganat (VII)


B. natriun klorida
C. kalsium karbonat
D. ferum (II) oksida

17 Antara berikut yang manakah boleh diuraikan oleh tenaga cahaya?


I Argentum bromida
II Argentum klorida
III Kalium bromida

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III
D. I, II dan III

18 Jadual menunjukkan pemerhatian keadaan warna langit dan warna matahari pada
waktu tengahari dan waktu senja.

Waktu Pemerhatian
Waktu Tengahari Langit kelihatan biru dan matahari kelihatan putih
Waktu senja Langit kelihatan biru dan matahari kelihatan merah

Pemerhatian itu menunjukkan cahaya matahari telah mengalami ?.

A. penyerakkan
B. pantulan
C. pembiasan
D. penyebaran

LEARNING TO SCORE HALAMAN6


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

19 Rajah menunjukkan Rajah Sinar bagi pembentukan imej bagi suatu kanta penumpu.

objek O R
Q imej

Jarak OR mewakili

A. ketebalan kanta
B. jarak objek
C. jarak fokus
D. jarak imej

20 Rajah menunjukkan tiga warna primer ditindihkan di atas suatu skrin putih.

HIJAU

P
Q

MERAH
BIRU

20 Apakah warna sekunder yang akan terhasil pada kawasan P dan Q ?.

Kawasan P Kawasan Q
A Putih Sian
B Kuning Sian
C Magenta Sian
D Kuning Magenta

21 Faktor yang memberi kesan terhadap penghasilan ammonia yang optimum ialah

A. suhu
B. cahaya
C. ketumpatan
D. nisbah gas nitrogen dan hidrogen

LEARNING TO SCORE HALAMAN7


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

22 Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji proses penghasilan baja


ammonia.
Rod kaca

Campuran asid sulfurik dan


ammonium hidroksida

Baja yang terhasil diakhir eksperimen ini ialah

A. baja urea
B. ammonium sulfat
C. ammonium nitrat
D. ammonium fosfat

23. Maklumat mmenunjukkan bagaimana sejenis aloi dibuat.

• Logam kuprum dileburkan


• Sedikit logam timah dimasukkan kedalam leburan
• Leburan disejukkan dengan pantas
• Hasil sesuai digunakan untuk membuat pingat, alat dapur
dan barangan hiasan seperti patong dan tugu.

Apakah aloi tersebut?

A. Piuter
B. Loyang
C. Kupronikel
D. Gangsa

24. Aktiviti perkilangan yang mengakibatkan pencemaran termasuklah


I pemasangan pemendak elektrostatik
II pembuangan bahan sisa industri
III pembakaran bahan api fosil

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan III sahaja
D. II dan III sahaja

25. Antara berikut yang manakah penyakit yang disebabkan oleh virus?

A. Selesema
B. Sifilis
C. Kurap

LEARNING TO SCORE HALAMAN8


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

D. Taun

26 Rajah menunjukkan organisma X dan organisma Y dari kumpulan kulat.

Organisma X Organisma Y

Pernyataan yang boleh dikaitkan dengan X dan Y ialah

A. kedua-duanya multisel dan sejenis parasit


B. saiz organisma Y lebih besar daripada organisma X
C. organisma Y membiak melalui belahan dua
D. organisma X perlu kepada sel perumah untuk membiak

27 Faedah yang disumbangkan oleh mikroorganisma dalam kehidupan harian manusia


termasuklah

I penghasilan rasa yang diingini pada tembakau oleh kulat


II penghasilan vitamin K oleh bakteria dalam usus besar manusia
III pembebasan gas karbon dioksida oleh yis untuk menaikkan adunan roti

A. II sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan III sahaja
D. II dan III sahaja

28 Minyak kelapa sawit merupakan sumber vitamin E. Vitamin ini penting dalam badan
sebagai

A. hormon
B. pengantioksida
C. enzim
D. antibodi

LEARNING TO SCORE HALAMAN9


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

29 Rajah menunjukkan proses penapaian alkohol oleh yis dalam larutan X.

Larutan X
+ Yis

X mungkin

A. larutan kalium manganat (VII)


B. larutan natrium klorida
C. jus buah nanas
D. larutan asid hidroklorik

30 Getah tervulkan adalah lebih kuat daripada getah asli kerana


I molekul-molekul getah tervulkan lebih besar
II daya tarikan molekul-molekul getah tervulkan lebih kuat daripada getah asli
III terdapat rangkai silang sulfur antara molekul-molekul karbon getah tervulkan

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

31 Barangan terpakai politena boleh dikitar semula kerana

A. polimernya tidak mempunyai rangkai silang


B. takat leburnya rendah
C. bentuknya tidak mudah diubah selepas pemanasan
D. polimer-polimernya bergabung antara satu sama lain

32 Rajah menunjukkan struktur polimer sintetik bagi plastik.


• •


Apakah nama plastik tersebut ?

A. Melamina
B. Perspeks
C. Polistirena
D. Politena

LEARNING TO SCORE HALAMAN10


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

33 Antara berikut, yang manakah berlaku apabila perspeks mengalami proses


penyahpolimeran ?

I Satu cecair terhasil


II Takat lebur monomer lebih tinggi
III Molekul berantai panjang bertukar menjadi molekul berantai pendek

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan III sahaja
D. I, II , dan III

34 Berbanding dengan getah asli, getah sintetik adalah

A. kurang tahan haba


B. lebih mudah diresapi air
C. lebih mudah dioksidakan oleh udara
D. kurang kenyal

35 tenaga cahaya
Gas X + air glukosa + oksigen
Klorofil
Apakah gas X

A. karbon dioksida
B. karbon monoksida
C. nitrogen dioksida
D. sulfur dioksida

36 Pengambilan makanan yang kaya dengan gula secara berlebihan boleh


menyebabkan

A. diabetes
B. arteriosklerosis
C. anoreksia nervosa
D. kwasyiorkor

LEARNING TO SCORE HALAMAN11


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

37 Rajah menunjukkan nilai kalori bagi beberapa makanan.

nilai kalori S

R
T

makanan
R, S dan T mewakili

A. marjerin , sawi dan roti


B. sawi , roti ,dan marjerin
C. roti , marjerin dan sawi
D. marjerin , roti dan sawi

38 Kedua-dua kaedah tanaman tutup bumi dan tanaman mengikut kontur membantu

A. mendatangkan hasil pertanian sampingan


B. mencegah hakisan tanah
C. menambah kandungan nitrogen tanah
D. mempelbagaikan jenis tanaman

39 Rajah menunjukkan tumpuan utama yang diberikan oleh institusi berasaskan tani
dalam usaha meningkatkan produktiviti makanan.

MPOB

MARDI
JABATAN
x PERIKANAN

MADA
JABATAN
PERTANIAN

X ialah

A. latihan vokasional dan teknik


B. pengurusan sumber manusia
C. penyelidikan dan pembangunan
D. khidmat nasihat dan kaunseling kepenggunaan

LEARNING TO SCORE HALAMAN12


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

40 Proses pembiakbakaan dapat menghasilkan baka tanaman atau ternakan yang


bermutu.Ciri-ciri baka yang bermutu termasuklah

I hasil pengeluaran yang tinggi


II jangka masa pengeluaran yang singkat
III ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan serangga perosak

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I , II dan III

41 Rajah menunjukkan operasi jek hidraulik.

Daya Berat = 4000 N

Luas
permukaan Luas
Omboh X = permukaan
0.02 m2 Omboh Y = 2 m2

Cecair

Berapakah daya yang diperlukan untuk mengangkat model kereta itu ?

A. 20 N
B. 40 N
C. 100 N
D. 2 000 N

42 Antara berikut yang manakah benar tentang momentum sebuah kereta ?

A. Semakin berat kereta itu semakin rendah momentumnya.


B. Semakin laju kereta itu semakin rendah momentumnya.
C. Lebih tinggi pecutan kereta itu semakin tinggi momentumnya.
D. Momentum semakin tinggi apabila keadaan nyahpecutan.

43 Bahan api dalam enjin diesel empat lejang dibakarkan oleh haba daripada

A. pencetusan bunga api palam pencucuh


B. pemampatan diesel dalam silinder
C. pemampatan udara dalam silinder
D. pemampatan campuran diesel dan udara dalam silinder

LEARNING TO SCORE HALAMAN13


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

44 Antara berikut , yang manakah benar tentang jisim sesuatu objek ?

I Jisim adalah tetap


II Jisim diukur dalam unit gram
III Jisim sentiasa ditarik oleh daya graviti

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III

45 Apakah jenis gelombang yang digunakan oleh telefon bimbit


A. gelombang inframerah
B. gelombang mikro
C. gelombang UHF
D. gelombang VHF

46 Rajah menunjukkan pembentukan sejenis gelombang S.

Gelombang S

Proses di atas berlaku di

A. amplifier
B. pengesan
C. modulator
D. pengayun elektrik

47 Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang fungsi satelit.

I isyarat radio, televisyen dan telefon bimbit


II membantu mengemudi kapal laut dan pesawat terbang
III mengkaji planet, bintang dan angkasa lepas

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I , II ,dan III

48 Antara berikut yang manakah akan berlaku apabila air di dalam sebuah kolam
tercemar dengan baja organik ?

A. Kandungan oksigen dalam air menurun


B. Nilai pH air meningkat
C. Suhu air meningkat
D. Bilangan mikroorganisma berkurangan

LEARNING TO SCORE HALAMAN14


UNIT KURIKULUM JPN PERAK
SAINS SPM 2005
SET 3 KERTAS 1

49 Pemusnahan hutan secara besar-besaran mengakibatkan semua yang


berikut, kecuali

A. pemusnahan habitat
B. banjir kilat
C. kesan rumah hijau
D. kehilangan kawasan tadahan air

50 Pilih pernyataan yang benar mengenai kesan letusan gunung berapi.

I Abu dan lahar yang dikeluarkan memusnahkan habitat di kawasan


sekitarnya.
II Satu keseimbangan yang baru akan terjadi selepas satu tempoh masa yang
panjang.
III Ekosistem baru yang terbentuk mungkin mempunyai spesies flora dan fauna
yang berlainan.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III

LEARNING TO SCORE HALAMAN15


UNIT KURIKULUM JPN PERAK