Anda di halaman 1dari 2

bumi telan kaum luth

luth bin haran bin tarah (azar) adalah anak saudara nabi ibrahim. luth adalah
antara orang beriman yang mengikut nabi ibrahim berpindah dari babylon ke palestin
dan mesir.

kemudian nabi luth mendiami kota sodom di wilayah jordan. namun, penduduk kota itu
berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat tuhan. kegiatan
merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah
daging mereka. lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

nabi luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, sebaliknya


beriman kepada allah, selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan
jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu.

kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, malah berani memberi amaran kepada nabi luth:
�jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri
ini.� luth berkata: �sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu
lakukan.�

seterusnya mereka mencabar nabi luth dengan berkata: �jika benar dengan azab yang
kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.�

mendengar perkataan mereka, nabi luth berdoa kepada allah. dalam al-quran
dijelaskan, maksudnya: �luth berdoa, wahai tuhanku, tolonglah aku dengan
menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.�

doa nabi luth diterima allah, lalu diutuskan-nya beberapa malaikat untuk
menurunkan azab ke atas kaumnya. sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi nabi
ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka.

nabi ibrahim berkata: �ya allah, di dalam negeri itu ada luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.�

perkara ini dapat diperhatikan melalui al-quran, maksudnya: �berkata ibrahim;


sesungguhnya di kota itu ada luth. malaikat berkata: �kami lebih mengetahui siapa
yang ada di kota itu. kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan
isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.�

setelah mengunjungi nabi ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan
menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke sodom. malaikat dengan wajah manusia
itu silih berganti menjadi tetamu nabi luth.

nabi luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa
cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa
kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

namun, berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai
kalangan mereka pergi ke rumah nabi luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan
terkutuk itu dengan tetamu nabi luth.

apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, nabi luth cuba menghalang mereka
daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya
untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik.

kaum luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: �sesungguhnya


kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu.
sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.�

seketika keadaan di pekarangan rumah nabi luth kacau-bilau. nabi luth gagal
mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu.
tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata
mereka.

perkara ini diceritakan al-quran: �dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar
menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu kami butakan mata mereka, maka
rasakanlah azab-ku dan ancaman-ku.�

selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada nabi luth mereka
sebenarnya malaikat. kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum luth.
ketika itu juga luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri
berkenaan pada waktu malam.

al-quran memperjelaskan: �utusan malaikat berkata; wahai luth, sesungguhnya kami


adalah utusan tuhanmu. sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. oleh itu,
pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. dan janganlah
ada seorang pun antara kamu yang
tertinggal, melainkan isterimu. sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat
jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu subuh. bukankah subuh itu sudah
dekat?�

kemudian azab yang ditunggu kaum luth menimpa mereka. kehancuran mereka pada waktu
subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. mereka
turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar.

al-quran menyebut azab yang menimpa mereka: �maka kami jadikan bahagian atas kota
itu terbalik ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang
keras.�

demikian balasan terhadap mereka yang melakukan homoseks. berhubung


perkara ini, ada sebuah hadis rasulullah yang diriwayatkan imam ahmad daripada ibn
abas: � siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum luth, bunuhlah orang yang
melakukannya dan diperlakukannya.�

Anda mungkin juga menyukai